Tuesday, October 30, 2012

Tiap-tiap Kebaikan...

Dari Jabir, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w :
Tiap-tiap satu kebaikan adalah sedekah” (H.R Bukhari).

Dari Abu Dzar, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w :
“Janganlah engkau pandang rendah apa sahaja kebaikan, walaupun engkau bertemu saudara mu hanya dengan muka yang manis” (H.R. Muslim)



Thursday, October 25, 2012

Hari Arafah...

Assalamualaikum wbt...

Hari ini.... 9 Zulhijjah 1433 H (25 Oktober 2012).  Setahun yang lalu 9 Zulhijjah 1432 H (5 November 2011 - Sabtu) Allah rezekikan aku, adek, mama dan abah berada dibumi arafah untuk berwukuf. Alhamdulillah... segala puji bagi Allah... yang mengizinkan kami menjadi tetamu Nya dalam penuh kesempurnaan dan keselesaan, dan mudah-mudahan dengan penuh kesyukuran.... Ameen...

Saat dan ketika ini, sahabatku, Siti Norhudah, juga sedang berada di bumi Arafah sebagai persediaan untuk berwukuf.  Semoga Allah memelihara keselamatan dirinya, diberi segala kemudahan dan diberikan haji yang mabrur... Ameen....
Juga doa aku panjatkan untuk tok ayah dan tok leha, along suriani sekeluarga serta makcik zaiton dan pakcik Zainal.... Semoga Allah memelihara keselamatan diri kalian, diberi segala kemudahan dan diberikan haji yang mabrur... Ameen....

Allahuakbar... menitis juga air mata ini mengenangkan saat2 manis setahun yang lalu... Allahuakbar.... Allah memberi begitu banyak kemudahan dan keselesaan pada kami sekeluarga.... Allahuakbar.... Moga kami menjadi hamba Nya yang bersyukur....

Ne sedang melihat lintas langsung dari masjidil haram

Subhanallah... tahun lepas, aku berada di arafah, sudah tidak ambil port perihal orang lain ... Hehehe... tak terfikir langsung nak ambil tahu apa jadi kat makkah...
Subhanallah... tahun ini, saat ini, Allah rezekikan aku untuk menonton secara langsung apa yang berlaku di sekitar masjidil haram sekarang...  saat ini, 10.23 am (malaysia) = 5:19 am (makkah), mereka sedang solat subuh... Subhanallah... ramai lagi rupanya di makkah... berpakaian ihram serba putih.  mengelilingi kaabah bagi menunaikan solat subuh.... mungkin selepas subuh mereka akan berangkat ke arafah... Semoga mabrur ya hajj.

5 Petang (malaysia) lebih kurang jam 1 makkah (time zohor), time wukuf, aku rasa mereka akan tukar kelambu kaabah... sebab waktu tu orang tak ramai kat masjidil haram... semoga kalau ada rezeki, aku dapat menontonnya.... Insya Allah....

hah... khemah haku, bawah sempadan sign ne lah.
belakang tu depa tgh masak.../ prepare food


ne pulak... air...
hambek ler berapa banyak nak...
tapi mango cepat benar sold out.
epal, tak best sangat... heheeee...


ne, time wukuf tengah hari...
 masa nak tunggu khutbah arafah yang disampaikan oleh Dato' Sri Jamil Khir.
wukuf dengan PM tau... hehehe...
tahun ne depa wukuf dengan Agong ;-)






ne pulak, time maghrib... lepas isya' kami dah mula Q nak g mabit di muzdalifah...

p/s:  dari sini http://live.gph.gov.sa/
sedang bertalbiah... selepas subuh.... SUBHANALLAH...
YA ALLAH, Rezekikan hamba Mu ini menjadi tetamu Mu lagi Ya Allah.
dalam penuh persediaan dan kesempurnaan... Ameen....


Labbaikallahummalabbaik...
Ya Allah HambaMu datang menyahut panggilanMu,

Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu,

hambaMu datang menyahut panggilanMu,
Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu,
hambaMu datang menyahut panggilanMu,
sesungguhnya segala pujian,
nikmat dan pemerintahan adalah KepunyaanMu tidak ada sekutu bagiMu

Monday, October 22, 2012

Belajar...

Assalamualaikum wbt...


Aku mahu belajar... aku mahu jadi orang yang terpelajar... aku mahu menjadi orang yang mengajar kan ilmu yang bermanfaat... Tapi aku rasa seperti tiada hati mahu mengisi borang untuk menyambung ke peringkat Sarjana... kerana, tiada bidang yang aku rasa aku minat dalam liputan penajaan yang dibenarkan. Bidang yang aku minat, tiada penajaan kerana fungsi kerja yang tidak berkaitan... tapi aku mahu belajar itu... Makanya aku perlu mengambil cuti belajar tanpa gaji?  Alammak...  mampukah aku... Macam tidak ja...Ustaz pesan... Kena YAKIN ja... dan jalan... Tapi mursyid pesan, kena lah ada plan yang proper, kewangan, kerjaya dan ilmu... jangan main terjah ja. Allah bagi akal fikiran dan iman untuk berfikir, menilai dan bertawakal.... (belajar kitab hikam)...
Dan lebih mencabar lagi... kena ambil TOEFL walaupun di universiti tempatan.   Adoiya...



tapi... pesanan ini menjadi penguat semangat...

Islam mewajibkan lelaki dan perempuan menuntut ilmu dan mengajarkannya pula, terutamanya ilmu yang berkaitan dengan fardhu ‘ain.

Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :“Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut.” (HR: Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :“Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi.” (HR: Ibnu Majah)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dan maksudnya :“Malaikat membentangkan kepaknya kepada orang yang menuntut ilmu kerana ia gembira dengan apa yang diperbuatnya (menuntut ilmu ini).” (HR: Ibnu ‘Asakir)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang maksudnya :“Sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu, maka ia akan menemui Allah s.w.t., sedangkan jaraknya ketika itu dengan para nabi tidak ada, kecuali satu darjat kenabian.” (HR: Tabrani).

semoga saya ikhlas menuntut ilmu kerana Allah... RAbbi Yassir wala tu'assir....
permudahkanlah Ya Allah... permudahkanlah...
Ameen.....


Put your trust on Allah....

Thursday, October 4, 2012

Wahai jiwa yang tenang...

Hanya orang yang tenang dapat menenangkan orang lain...
Hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain...

Semoga Allah bagi kekuatan untuk menjadi orang yang tenang dan bahagia itu...

Ameen...