Friday, April 27, 2012

Jom Hidup Sihat

assalamualaikum wbt.
Marilah kita merajinkan diri menukar cadar. Iya lah sebelum ne pun rajin, tapi tak tahu sebab nya. ^_^

How often you must change your bedsheets
No matter your relationship status, you never go to bed alone. Nestled within your sheets are countless intruders. For an explanation, we turned to Philip M. Tierno Jr., director of clinical microbiology and immunology at New York University's Langone Medical Center.

How often do most Americans change their sheets?
It varies. Most people have a standard of once a week. But many people go three weeks, a month or more. "Younger people seem to leave their sheets on the bed longer," Dr. Tierno says.

How often should they change their sheets?
Wash sheets and pillowcases once a week, and you'll eliminate that debris that has accumulated in the bed for that week. You'll be safer from breathing in that material.

Debris? How can sheets possibly get that dirty?
Human skin cells become food for dust mites. That is one of the biggest problems associated with bedding. Mites accumulate, along with their feces. But there is also animal hair, dander, fungal mold, fungal spores, bodily secretions and bacteria. Also: dust, lint, fibers, particulates, insect parts, pollen, soil, sand and cosmetics. "One person can perspire as much as a liter in a night—even more if you have a lot of covers," he says. And, of course, people eat in bed as they watch TV.

All this stuff is yucky, but is it a health risk?
It is mainly a threat to respiratory tracts and not an infectious source. If you have allergies or asthma, this matter can exacerbate it. If you don't have an allergy, you could develop one because you're constantly challenged.

Is there an ideal way to wash bedding?
The water should be 130 to 150 degrees Fahrenheit, typically the washing machine's hot-water cycle. Then dry using a hot drying cycle. That is germicidal; it actually kills and destroys a lot of vegetative material. It also kills the dust mites. For extra protection, "bleach is excellent. It is probably the cheapest germicide and can be used in a low concentration." Cold water non-bleach bleaches use peroxide, so they're also germicidal.

Once a week, hot water. Then I'm safe?
No. To protect the mattress, I use an impervious outer cover. If you look at a mattress, it collects debris by gravity. All kinds of things collect on it that are absorbed into its core. Without the impervious cover, your mattress is a "zoological and botanical garden," he says. The outer covers are made of pliable, plastic vinyl and are commonly used by people with asthma and allergy symptoms. The covers should also go on pillowcases. "If you put an impervious outer cover over the mattress and mattress pad, your mattress won't harm you."

****************************************************************************
sekian seadanya....
jumpar article ne kat pakcik google semalam. eh ke makcik yahoo.
ntah lah either one lah

Thursday, April 26, 2012

Answerable to who?

Assalamualaikum wbt...

Mengikut kamus hidup aku yang dipiawaikan oleh diri aku, jika anda mampu:

1. Deliver good job - which give benefits to people surround u.


2. Deliver that good job on time. Use time wisely.

3. Jangan curi masa main FB, blogging, berborak, skype, etc.
    Jangan menyalahgunakan harta benda pejabat seperti telefon, mesin fotostat, dll.

4. Use all source (man, machine and money) wisely without any waste.

5. Committed and responsible.

6. Give and encourage your staff to go excellent. Excellent together.

7. No bad and back biting to others.

8. Your Work not a reason for you to delay your praying time.

9. Not such an annoying superior or sub-ordinates.


10. Be the best among the best.

11. No 'red' mark at your attendance record.


So, with all the criteria above... are we classified as an excellent person?
if people judge you excellent, then again you need to question yourself, 'are you excellent enough in Allah's view?'
It just because.... we are answerable to Allah , not only to our boss (es). 

nota:study case:
layer:
boss no.1
boss no.2 - answerable to boss no.1
staff no.1 - answerable to boss no.2 and boss no. 1
staff no.2 - answerable to staff no.1 and boss no.2  



when staff no.2 too closed with boss. no.2, and show no respect to staff no.1 as their immediate superior, so what should staff no.1 do/react/ 'tenyeh' the prestasi to that staff no.2 when the boss no.2 already tag team with that staff no.2.  hoccay... bincangkan.

so my answer is very easy.... I am answerable to Allah , not only to my boss .

case closed ^_^ hehehe... hoccay?

Friday, April 20, 2012

Bersyukur saat diuji

Alhamdulillah...

Semoga Allah ilhamkan jalan untuk mendapat jalan keluar yang sebaik-baiknya.
Sabarlah hati tatkala 'meter suhu' sudah mencecah ke tahap 'amaran peringkat 5'

Monday, April 16, 2012

Antara Safa dan Marwah


Kalau rasa pahit, jangan cepat nak luah. Kalau rasa manis, jangan cepat nak telan"


Assalamualaikum wbt.

Hmmm i can say "MUST READ" book kot kepada penggemar novel melayu.  Me walau pun beli buku ne secara tak sengaja, tapi pengisiannya jauhhhh lebih bagus daripada buku yang sengaja dibeli itu.  Sangat bagus lah. Saya bukan lah penggemar novel sangat semenjak dah bekerja 5 tahun ne.  Tapi i can say, ini adalah novel melayu-malaysia -islam terbaik yang saya baca dalam tempoh 3 tahun ini.
(nota: saya tak banyak baca novel pun dalam tempoh 5 tahun ne. selective sikit semenjak sudah "umur banyak" ini.  Kerana takut baca perkara yang tak bermanfaat)...

Apapun tahniah kepada Ismad Astar.  Penyampaian yang cukup baik dan sangat bermanfaat.
Hmmm siapa ya Ismad Astar... Heheheeee.... Saya meneka seseorang. wakakakaka... Harap salah tekaan itu.
Kebanyaka quote ayat Al-Quran yang beliau petik, kebetulannya juga yang sering saya paparkan di blog ini.
Tapi tajuk buku ne sebenarnya macam tak sesuai kot. Heheheeee.... sekadar pandangan...

Friday, April 13, 2012

Antara dua lokasi

Assalamualaikum wbt...

Saja2 mengubat kerinduan... ^_^

 ne lah entrance hotel yang kami duduk kat makkah selama 35hari
Hotel Shubra Al-Khalil.
Walaupun apearance nya agak "old", tapi kami (aku dan adek) sangat senang dan gembira stay Shubra ne.
sangat gembira. 
1. bilik yang sempoi dan kowboy, dengan pengemas bilik tkt 15 si harun yang 'best fren' ngan ibu, sebab dia tak payah tukar cadar, ibu ngn aku yang buat sendiri. tapi nanti ibu bising kalau lama tak nampak muka dia sebab nak mintak plastik sampah dan suruh vacuum bilik. hahahaha...,
2. dewan makan yang best (floor MZ dan SR) dan pekerja2 nya yang baik hati.
walau se bizi dan penat mana, pekerja2 nya akan melemparkan senyuman manis dan tutur kata yang sangat baik... aku rasa mereka student indonesia yang belajar di sana kot. kerja part time.

3.petugas-petugas THTS yang boleh dibuat geng.
(haji zaki, haji shahril a.k.a aku panggil beliau haji dam (sbb kerja dia kutip dam), ustaz shihabuddin, ustazah rohana, hajah azian, hj sahab... waaaa... mereka itu best tahu).

4. Dekat nak p masjid. Aku boleh p sendiri jer kalau ayah p dulu or kalau ibu ngn adek lewat.
Pastu kak aida ngn husband dia mesti report kat ibu sebab aku suka jalan sorang-sorang. heheheeee..
5. bawah tu ada money changes. selalu buli aku. kalau aku nak duit kecik, semedang jer tak ada.
Tapi ayah g tukar beratus2 riyal SR 1, ada pulak.  Hangin betul.
6. sebelah tu pulak kedai ayam golek dan nasi arab... TERBAEK.... hari2 makan pun tiada aku jemu.

rindunya... ^_^

Bawah ne pulak, Anwar Movenpick, Madinah.

1. Mewah tahap gaban hotel ne... punya lah cantik.  sebelum kami semakkan bilik tu macam kat Shubra, mekah, adek pesan suruh ambek gambar.
so beginilah rupa dia...

abah tak sporting... nak gak tu ambik gambar dia.
hahaha...


cantik tempat makan dia, tapi...
pekerjanya tak se baik kat shubra. susah nak tengok mereka senyum...
garang jer muka.... stress kot.
kat sini macam profesional hotel lah, so sangat strict dengan waktu makan...

bilik air pun lagi better.
5 star hotel katakan.

see... dapur pun ada. hehehee...

walaupun hotel dia best, tapi kami lebih gembira di mekah.
sebab kat mekah dapat duduk sekali ngan ayah.
kat madinah, ayah kena duduk bilik lain (sebelah aje pun).
sebab ateh duduk sebilik ngan kiteorang. huhuhu...

kat madinah, langsung tiada aku jumpa money changes, KFC, mahupun kedai ayam golek.
mujur ada pasar tamar. heheheeee...

dan masjid pun, selangkah jer ngan lobi hotel. hehehe...
tapi tu pun jenuh nak dapat ruang dalam masjid sebab tempat muslimat yang amat-amat terbatas.
kesiannya kami.


sekian... sekadar mengubat kerinduan pada bumi makkah dan madinah.

Bila mereka mula...

Assalamualaikum wbt....

Waahhh... betul-betul sudah tidak boleh tahan dengan budaya mengumpat, mengata orang, tikam depan belakang yang dah semakin berleluasa.  Tu tak campur lagi talam 7 8 muka.

Dulu suasana tak ada macam ne. bebas daripada zon hasut menghasut ne... mengadu domba, mengumpat, tikam belakang. tak ada semua ne. kalau ada pun very isolated case. sekarang ne.... ya ampun.... tak boleh tahan lagi...

Untuk itu... kita perlukan alat ini...

terima kasih la kawan hadiah kan aku menda ne.
terima kasih ibu dan ayah yang belikan cd al-quran yang baru.
buat penahan telingan dan penawar hati.


Ya Allah.... beri aku kekuatan untuk menjauhi orang-orang ini.  Jauhkan aku daripada menjadi sebahagian mereka sama ada sebagai pengumpat atau orang yang diumpati.
Aku mohon keampunan Mu Ya Allah. Aku mohon Perlindungan Mu Ya Allah. Ameen...

Thursday, April 12, 2012

Kerna Terpaksa

aku melangkah pergi...
ke???
Secret recipe... hehehehe...

Assalamualaikum wbt.
Hmmmm.. setiap kali melayari blog cik irma, maka setiap kali itu lah keinginan untuk membuat choclate indulgence kembali berkobar-kobar.
Ku khabarkan kepada cik irma, nak belajar daripada beliau, tapi beliau tidak mengajar (dan tidak mahu mengajar aku... hahaha... gurau ja) tapi memang beliau tak buka kelas kek, jadi beliau mencadangkan aku belajar dari Kak Ina di BzeeBakery .  Buka blog kak ina.  haih... lagi lah... macam2 kek pula yang bersarang di minda untuk dicuba.  So aku pun dengan penuh rendah hati semangat berkobar-kobar, terus sms kak ina, nak join kelas DIY.  Malangnya date dah penuh semuanya sehingga sebelum keberangkatan aku ke australia nanti.  Maka date yang available adalah selepas  balik aussie i.e. selepas raya lah... Ok, sumpah lama menanti.  So membawa hati yang kecewa, terpaksalah meng kaya kan secret recipe sekali lagi dengan membeli one slice chocolate indulgence...
Mahal tahu... rm10++ campur tax... grrrrr... geram.

hambek kau...
aku beli kat secret recipe.

tapi memandangkan aku ini bukan manusia berputus asa (ececewah...), maka aku meng 'hello' kak yus, jiran tetangga ku dengan ayat yang tak boleh blah punya baik:
"Salam, Kak Yus. Baik Hati x? Hehee, Jom buat kek chocolate indulgence nak x?Hehee..."

Dan kak yus said yes... hahahaha... siap kau chocolate indulgence... walau pun kami tak pernah buat, kami akan mencubanya ... Insya Allah.  Kalau gagal, aku daftar lah dengan kak ina. Lepas raya pun lepas raya lah... tapi kalau cubaan dengan kak yus gagal, aku akan mencuba dengan ibu pulak. ibu kan terror bab masak memasak ne...

ok ini adalah resepi chocolate indulgence, yang aku copy dari blog aida's delight . Tiadalah aku mengenali orang ini, tapi terima kasih lah banyak2 sebab berkongsi resepi.  sebab cik irma tak letak resepi ne kat blog beliau, dan kak ina pun hanya akan bagi resepi setelah masuk kelas beliau.

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE


BAHAN A (Chocolate Chiffon):

30g serbuk koko (larutkan dengan 120ml air suam)
4 biji kunig telur
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kesil soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)
1 sudu kecil esen vanila

BAHAN B:

4 biji putih telur
60g gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar

CARA-CARA:

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain, pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telangkupkan kek di atas redai, biarkan betul2 sejuk baru di belah kepada 4 lapisan.

FILLING (Mousse Coklat Hitam):

200g coklat masakan hitam

2 biji kuning telur (dipukul dahulu)

2 biji putih telur (diputar hingga kembang)

60g gula kastor

1/2 sudu besar mentega

250ml Anchor whipping cream (tawar) - dipukul hingga pekat

1 1/2 sudu besar gelatin

50ml air

*simpan sedikit adunan untuk sapuan nipis pada kek


CARA-CARA:

1. Rendam gelatin dengan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.

2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul sebati dan angkat.

3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaub balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

FILLING (Mousse Coklat Putih):

200g coklat masakan putih

100ml susu segar UHT

2 biji kuning telur (dipukul dahulu)

2 biji putih telur (diputar hingga kembang)

60g gula kastor

250ml Anchor whipping cream (tawar) - dipukul hingga pekat

2 sudu besar gelatin

50ml air


CARA-CARA:

1. Rendam gelatin dann air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.

2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.

3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balikkan ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu segar dan whipping cream yang diputar. gaul hingga rata.

4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selam 4 jam (sehingga beku). Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat. Seelok2 nye mousse putih dibuat sehari lebih awal dan disimpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, whisk semula hingga kembang baru disapu ke atas kek.

TOPPING CHOCOLATE GANACHE:

150ml Anchor whipping cream (tawar)

350g coklat masakan hitam

1 sudu besar mentega cair

CARA-CARA:

1. Masak secara double boiler, panaskan whipping cream***hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek.

***Hiasan: untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whish hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzel pilihan dan pipe di atas kek atau tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang dihias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

***untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras, tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak supaya lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.


CARA-CARANYA:

1. Belah kek chiffon kepada 4 lapisan.

2. Lapisan pertama: letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.

3. lapisan kedua: letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.

4. Lapisan ketiga: letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.

5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.

6. Keluarkan kek dari loyang, sapu nipis dengan mousse coklat hitam keseluruhan kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.

7. Letak kek di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru dihias.

8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.

Tiga perkara - jangan dilewatkan

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu
 
solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi
 
dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.
 
(H.R. Tirmidzi)

Thursday, April 5, 2012

RESEPI KARI AYAM KERING

BAHAN-BAHANNYA:

1. 10 ketul ayam, (suka hati kau nak berapa ketul sebenarnya).
2. ¼ kg santan pekat. (pun kau agak2 jer sebenarnya… hikhikhik).
3. 2 batang serai dititik.
4. 2 helai daun kunyit di koyak rabak kan.

Perkara (5) – (7) WAJIB mayang halus untuk ditumis bersama perkara (8) hingga (10).

5. 6 biji bawang merah. – MAYANG HALUS.
6. 1-2 inci hali. – MAYANG HALUS.
7. 2 ulas bawang putih. – MAYANG HALUS.

8. 2 kulit kayu manis.
9. 3 biji buah pelaga.
10. 10 kuntum bunga lawang. (er, betul ke kuntum? Tak kesahlah, janji spuloh).

11. 2 paket rempah daging (yg kecek tuh).
12. Sedikit air asam jawa (kau agak2 lah, angah pun tak tau nak cakap berapa measure nya).
13. 2 biji kentang (ibu pesan potong leper, angah pesan, suka hati kau nak bentuk apa pun. Heheheee)…
14. Garam dan gula secukup rasa.

15. 3 sudu minyak kelapa (untuk tumis… apa daaaa… minyak pun kena sukat pakai sudu ke, agak2 jer sudah… )

CARA MEMASAK:

A: GORENG AYAM TERLEBIH DAHULU – GORENG ¾ MASAK SAHAJA. ATAU KALAU NAK MASAK PUN, JANGAN SAMPAI KERAS. Sekadarnya sahaja.

Bawah ne cara nak buat kari nya…

1. Panaskan kuali – masukkan minyak masak tadi.
2. Masukkan bahan-bahan untuk tumisan iaitu perkara (5) hingga (10).

- Kau masukkan (5), (6), (7) dulu, dah wangi sket baru masuk perkara (8)-(10).
- P/S: Ne cara angah ler. Tak pernah tgk ibu masak ne, angah jumpa ayam ne masa dia dah siap duduk atas meja ready to eat. Hahaha…

3. Ok bila tumisan kau dah kuning n naik bau (i.e. wangi ler), masukkan rempah dan air asam jawa.
4. Kacau sampai naik minyak.
5. Masukkan kentang biar sampai empok (yer ker istilah empok ne? tak kisahlah, buat sampai boleh kau makan lah).

6. Masukkan santan, daun kunyit, serai – KACAU sehingga kering.
7. Sambil2 kacau tu, masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi, kacau sehingga sebati dan make sure ayam tuh masak.

Tadaaa…. Dah siap…

RESEPI RENDANG PEDAS AYAM

BAHAN-BAHANNYA:

1. 1 ekor ayam, (suka hati kau nak potong 16 ke 20).
2. 3 biji kelapa or 1 kg santan (sebenarnya nak santan dial ah kan).
3. 10 sudu cili kering bergiling ( alah cili blender lah, jangan kau cari batu giling plak).

Perkara (4) hingga (7) WAJIB dimayang halus. Kalau blender, nanti tak sedap, padan muka. hahaha...

4. 30 biji bawang merah – WAJIB dimayang halus.
5. 6 – 8 batang serai. WAJIB dimayang halus.
6. 6 – 8 inci halia. WAJIB dimayang halus.
7. 6 helai daun kunyit. WAJIB dimayang halus.

8. 2 sudu kerisik (kau tau ke nak buat kerisik kelapa tuh? Hahaha).
9. Garam secukupnya.

CARA MEMASAK:

PALING MUDAH DALAM DUNIA….
MASUK SAHAJA SEMUA BAHAN NE DALAM KUALI, DAN MASAK SEHINGGA KUAH PEKAT ATAU KERING…

1. masuk jer semua dalam kuali macam ne....

2.  KALAU TAK NAK AYAM TU OVER COOK, AGAK2 AYAM TU DAH MASAK, KELUARKAN DARI KUALI, DAN TERUS KERINGKAN KUAH. BILA AGAK2 KUAH DAH NAK KERING, BUBUH SEMULA AYAM TADI SUPAYA MESRAAAA

RESEPI IKAN ASAM PEDAS

Assalamualaikum wbt,

lagi resepi untuk adek.

orang lain jangan nyibuk. (waaah,... sombongnya haku)... heheheeee...
tak lah... maksud saya setiap daripada kita cara masak nya berbeza... kan kan kan...
ne resepi mak saya...
sentiasa sedap di lidah, tekak dan hati saya... ^_^

BAHAN-BAHANNYA:

1. 2-3 ekor ikan termenung (erm boleh juga ikan pari/ tenggiri/ikan jenahak). Jangan buat ikan siakap or ikan bawal dah ler. I never try that.
2. 2 batang serai dititik.
3. 1 bunga kantang – kau belah dua ajer. Gaya bebas.
4. Daun kesom / daun cenehom.

Perkara (5) hingga (8) – ditumbuk halus. ditumbuk bersekali lah maksudnya, tapi masuk satu2.
kau fahamkah adekku? hahaha....

5. 4 biji bawang merah.
6. 2 ulas bawang putih.
7. Sedikit halia (lebih kurang besar ibu jari kau ler).
8. Secubit/ sedikit belacan.

yang (9) ne tumbuk berasingan... kalau tak silap. hwahwahwa...
9.  3-4 biji buah keras – ambil isi jer yang kaler putih tuh (di tumbukhalus ya).

10. 3-4 sudu cili kering yang dah di blender.

11. 1-2 biji tomato (cadangan boleh dipotong 4 or 6 bergantung size tomatoman itu).

12. Air asam jawa secukupnya.

13. Garam secukup rasa.

14. Minyak masak untuk menumis

(agak2 ler, jangan banyak sangat, jangan sikit sangat sampai melekat kat kuali).

15. Air secukupnya.

CARA MEMASAK:

1. Panaskan periuk, kemudian masukkan minyak.
2. Masukkan bahan (5) hingga (8) yang ditumbuk halus tadi, kacau hingga kuning/ naik bau wangi.
3. Masukkan perkara (9) i.e. buah keras yang dah ditumbuk tadi.

4. Masukkan cili blender, kacau/ masak sehingga naik minyak.
5. Masukkan air biasa (anggaran 2 cawan) dan asam jawa (1 cawan),
    - yang ne adek agak2 lah saiz cawan/kuantiti air dan bilangan ikan nye yer.

6. Masak sehingga mendidih.

7. Masukkan daun cenehom. Bunga kantan, serai, tomato, dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah jadi pekat.

8. Masukkan ikan,

9. Bubuh lah gula sikt.
(sikit jer untuk neutralkan rasa pedas dan masam,jangan banyak kang manis lak, kena gelak baru tau)…

10. Masak hingga sebati (make sure ikan tu masak yer).

Tadaaa…. Dah siap…

don't ask me apakah nama menda alah ne semua dalam bahasa mat saleh, i don't know. (yet).
selamat memasak.... yer ker adek nak memasak? cam tak percaya sungguh. hahahaha...

RESEPI DAGING KICAP PEDAS

Assalamualaikum wbt.

Resepi untuk adek. 
Ne bilangan bawang bagai ne, adek hentam jer.  jangan bawak pembaris pulak. hwahwahwa...

BAHAN-BAHANNYA:

1. 500 gram daging dipotong nipis.

Perkara (2) – (4) : digiling halus. Kau nak lesungkan pun tak apa. Nak blender pun orite jer, tapi kurang sedap ler kalau blender.

2. 20 biji bawang merah.
3. 4 ulas bawang putih.
4. 2 inci halia.

5. 4 sudu makan cili kering (yang dah blender yer).
6. 4 sudu makan sos tomato.
7. 1 sudu makan gula.
8. Kicap secukupnya.
9. Air secukupnya (untuk lembutkan daging)

CARA MEMASAK:

1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga kuning (bau wangi).
2. Masukkan cili kering (yang dah di blender) dan sos tomato sehingga naik minyak.
3. Masukkan daging.
4. Masukkan air.
5. Masukkan gula dan kicap.
6. Masak dengan api perlahan sehingga kering.

p/s: dah berjaya bagitau yer.... hwahwahwah... coming soon resepi kari kering ayam... tah hapa namanya...betul kot.