Wednesday, February 25, 2009

Reject Or Accept Ho?

Pernah dengar tak orang cakap statistik adalah suatu seni pembohongan. Ada ke patut. Kalau iyepun tak suka statistik jangan la kata seni pembohongan. Best apa belajar statistik. Keje bidang statistik lagi best. Nak reject ke nak accept Ho. Sinificant ke tak significant sesuatu keadaan terhadap sesuatu keadaan yang lain? Statistik ni kalau dihayati dan didalami betul2, u can find them full of beauty and interest.

Selagi mana tiada PENGKHIANATAN terhadapnya, sebaliknya digunakan dengan kaedah yang betul, diinterpretasikan dengan berhati-hati dan penuh ilmiah, keupayaan statistik dalam menyelesaikan fenomena dan keadaan-keadaan yang berstatus PELIK TETAPI BENAR adalah sangat2 extraordinary.

So, let's have fun on statistics.....

Thursday, February 19, 2009

walimatul 'urus

Hmmm dah terima banyak sangat kad jemputan kawin ni. Nampaknya semakin ramai sahabat-sahabat saya yang akan mendirikan rumahtangga tahun ini. Tahniah buat sahabat-sahabat semua.
Oooopppps...bajet perlu diselaraskan ni.
Schedule: Mac (Melaka,Pahang, Perak), May (Kedah), Jun (Sabah). Hmm Sabah ni yang lemah lutut sikit ni. Tapi tak apa, akan cuba untuk penuhi undangan kalian. Insya Allah.

Hmm bercerita tentang walimah ni, saya terfikir tentang cara orang Islam di Malaysia meraikan hari bahagia a.k.a majlis kawin la...
Saya ni lemah sikit dalam bab2 menulis proper malay....saya akan cuba.
Ok, mesej yang ingin disampaikan : berkaitan dengan bersyukur dan keberkatan

Orang Melayu a.k.a Islam di Malaysia, kalau buat kenduri kawin, pasang khemah sampai 5 6, atau di mana2 dewan yang grand gitu KLCC la, PICC (rm 99.00/head) jemputannya juga bukan calang-calang. Tan Sri / Puan Sri / Dato / Datin adalah para VIP nya. Bersusah payah buat kenduri grand bagai nak rak berhabis duit supaya kenduri kita nampak GAH. Tapi hakikatnya, kita semakin jauh semakin melupakan konsep bersyukur dan konsep keberkatan.
Kita taksub nak orang puji majlis kita sampai kita terlupa untuk taksub supaya orang DOAkan kenduri kita. Kadang2 pujian yang diharapkan, kutukan dan umpatan pulak yang diterima...ishishish...
Kenapa yer kita kata begitu?
1. Bila kita jemput orang kaya raya tan sri dato seri yang berseri-seri ni, mereka ni dah biasa makan makanan yang sedap2, jadi makanan kita tu kategori yang sangat la biasanya bagi mereka. Ditambah pula dengan hiasan pelamin ke, bilik pengantin ke, memang adat manusia ni suka membanding-banding majlis orang ni majlis orang tu, lepas tu buat sesi KETUPAT a.k.a mengumpat atau dalam bahasa artis hari ni dipanggil BERGOSIP. Bukan ker dah berdosa tu, dan mungkin kurang keberkatan / kurang serinya majlis tersebut bila dihadiri oleh orang2 yang berseri-seri itu tadi.

2. Cuba kita jemput, orang2 miskin, anak2 yatim, kita raikan mereka sebagai tetamu VIP majlis kita (seperti yang di lakukan oleh Raja Muda Perak semasa perkahwinan baginda, VIP baginda adalah anak2 yatim), disebabkan mereka jarang dapat makanan yang sedap-sedap, bagi diaorang door gift lagi, mesti diaorang akan rasa happy dan best sangat. Kalau tak puji pun, paling2 mereka gembira dan tak BERGOSIP negatif tentang majlis kita. Mudah2 an ada mereka titipkan doa untuk kita.

Sekadar pandangan saya. Kalau ada yang nak beri komen, sila2.

sebenarnya bagi saya kena seimbang la, yang kaya raya pun kita jemput, yang miskin pun kita jemput. Sama2 berkongsi kegembiraan.

Wallahualam

Friday, February 13, 2009

sahabat


sahabat tu kata kawanku :
bukan satu tapi beribu.
bukan sementara tapi untuk selamanya.
bukan untuk dimusuhi tapi disayangi.
bukan untuk dilupai tapi diingati.
bukan hanya disini tapi di mana-mana.
bukan setakat ini, tapi hingga hujung nyawa.
betul ke?
kalau macam tu kenapa ada Kawan Makan Kawan?
kawan yang sanggup lukakan hati kawan.
kawan yang sanggup biarkan kawan tu tertanya-tanya apa salah dia sehingga dia disisihkan.
???
kawan bagi aku tetap kawan. sampai bila-bila tetap kawan.
cuma berubah kategori sahaja.
wanna be my fren? my gud fren? my best fren? my special fren? or my boyfren?
tapi boyfren tu reserve la utk suami ja...ahaks!!!...
statement paling melucukan petang2 jumaat ni. hihihi...

hmmm tak apa la.
walau apapun terima kasih kepada SEMUA SAHABAT2 ku di dunia ini yang menyayangi aku kerana kelebihan aku dan mengasihi aku kerana kekurangan aku....

semoga redha Allah sentiasa bersama kita semua atas nama tali persaudaraan.....

nhh_318.