Saturday, April 28, 2018

Bab 4/2018 : NILAI !


I  LOST FOCUS TO DO MY REVISION

This is my exam weeks 27 April ~ 7 Mei + 30 Mei 2018
(FINAL EXAM kot)

please pray 4 Huda 
Semoga lulus pengajian ini keseluruhannya on time dan beroleh ilmu bermanfaat untuk ummat
Insha Allah.

To keep sane ...
To have something beneficial, lemme share this tot here.
I can't really remember where I got it.
#semogabermanfaat
*********************************************************


Jangan melihat dan menilai orang dari masa lalunya.
Berilah kesempatan untuk orang berubah.
(orang tu termasuklah diri sendiri – melainkan diri sendiri adalah seekor BERUANG dan bukannya orang).

Kerana apa?  Sejarah membuktikan …
Seseorang yang hampir membunuh Rasulullah s.a.w. pun kini dimuliakan dapat menjadi sahabat Rasul, dimakamkan di sebelah makam Nabi s.a.w. iaitulah Saidina Umar al-Khattab.

Jangan terus-terus menilai seseorang dari masa lalunya…
Seseorang yang pernah melawan agama Allah pun akhirnya menjadi ‘pedang’ Allah (Saifullah) iaitulah Khalid Al-Walid.

Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah s.a.w melihat si pendek tidak menawan iaitu sahabat baginda “Saidina Julaybib r.a. dikejar-kejar oleh para bidadari syurga.

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. 
(Apatah lagi sekadar statusnya di laman sosial)

Kerana kasut emas fir’aun pun berada di neraka. Sedangkan selipar lusuh “Saidina Bilal bin Rabah”   kedengaran di syurga

Masya Allah …
Semoga Allah memberkati kita dengan Petunjuk dan Hidayah Nya – agar disetiap ilmu yang kita miliki dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.

MANA MILIK KITA?  APA KEPUNYAAN KITA?

Lahir mu: Dilahirkan oleh orang lain.
Nama mu: Dinamakan oleh orang lain.
Pelajaran mu: Diajar oleh orang lain.
Pendapatan mu: Diberikan oleh orang lain.
Hormat : Diberikan oleh orang lain.
Mandian pertama dan terakhir mu : Dimandikan oleh orang lain.
Selepas mati : Segala harta dan hak mu  diambil oleh orang lain.
Pengkebumian mu :  Dibuat oleh orang lain.
Hairan … kerana masih terdapat EGO dan keras hati bersarang dalam diri kita…

Mohon insaf … kerana … kita sebenarnya tidak punya apa-apa dan juga tiada daya tanpa izin daripada NYA.


Rasulullah (s.a.w.) said: “If you do not rush but think before acting you will either hit the target or get close. If you rush you will either fall into an error or come close to an error.” 
(Hadith Shareef, Kanz al Ummal)

Notes: please correct me with the hadith if I'm wrong

***************************************************************************************
Keep me in your doa please.

#nanges