Tuesday, October 1, 2024

Essential Travel Checklist: Must-Have Items for Your Trip to China

 Assalamualaikum. 

Traveling to China? Don’t Forget These Essential Items!

From Adapters to Apps: Must-Have Items for Your China Adventure

Secara random hari ini nak kongsi quick checklist kalau korang nak travel ke China.

If stay less than 15 days in china tak perlu visa. 

Tapi kalau datang atas urusan kerja/ hadir persidangan, boleh confirmkan dengan penganjur, korang perlu visa atau tidak.

Cadangan apps untuk install: Alipay, WeChat, Google Translator, Apps utk solat (saya guna the nour)

1) Transaction kewangan:

ALIPAY - sangat penting kalau nak naik bas, train dan DIDI (e-hailing) kat china.

dalam ni ada semua mini program boleh guna nak rent bicycle, boleh guna nak shopping kat Taobao dan lain-lain

opsyen kedua kalau tak nak install ALIPAY, boleh topup touch n go. nanti boleh guna e-wallet TnG utk pembayaran di China. Tapi tak semua kedai terima TnG, so boleh standby cash.

masalah dengan cash ni pula ialah sesetengah seller/ taxi driver dengan sangat2 selamba cakap tak ada duit baki maka burn la baki korang.

TnG tak boleh digunakan untuk naik train/ metro. Ada sesetengan metro ada mesin boleh beli kad akses manual - tapi kena scan la bahasa dia







2) Communication.

Kalau anda roaming data plan sedia ada dari Malaysia - anda boleh akses kepada semua termasuk Google, whatsapps tanpa perlu vpn.

Beli raoming package sesuai dengan bilangan hari anda di China.

Kalau anda guna free wifi hotel - semua akses google/ whatsapps dan keturunannya tidak boleh diakses melainkan anda subscribe VPN.

Subscribe VPN ni kami guna mullvad VPN. RM25 sebulan. tapi kalau setakat pergi 2 3 hari, tak payah la VPN ni. aktifkan roaming sahaja.

Install la WeChat, seronok juga pakai WeChat ni - boleh beli macam2 kat china dengan harga diskaun. hahaha.

Tapi saya sarankan ada weChat supaya:

i) anda boleh ada networking dengan rakan2 conference di China. Boleh scan QR Code mereka dan build a network. sebab mereka memang tak boleh akses whatsApps etc.

ii) untuk cek Waktu solat, rujuk apps yang ada dalam WeChat - lebih tepat berbanding guna apps dari Malaysia.

3) Toilet management

Sila la beli dan bawa botol bidet (seperti yang saya kongsikan gambar ni) kat shopee RM11 sahaja.

Dan lapik toilet bowl. sangat membantu. Sebab 99% tandas kat china ni tak ada bidet. 1% kalau ada pun kat masjid.

Tapi biasanya toilet kat hotel bersih dan ada plastic lapik yang macam kat korea tu. kita flush je dia tukar plastic cover.

Tapi tak semua hotel ada. So better bawa la. Kalau boleh avoid public toilet, sila avoid. Hahaha.

4) Upper part china dah start sejuk. So check la suhu siap2 tempat yang korang nak pergi dan bawa baju yang sesuai.

5) Bawa food sendiri (especially sos cili/ sambal) kalau tak suka makan makanan cina. if nak try boleh, sebab p 2 hari saja kan. Give it a try la.

Bawa utensils sendiri set sudu garfu kalau tak reti guna chopstic dan sudu kecik kat kedai.

6) Bawa adapter - sebab kepala plug china ni ada macam2. kalau bernasib baik, dapat 3 pin macam Malaysia. tapi ada hotel yang tak ada 3 pin tu. So better bawa international adapter. Kalau ada banyak benda nak di charge, bawa la sekali extension wayar tu.

7) Bawa ubat sendiri - essential medicine kena ada - panadol, ubat sakit perut, charcoal, VITAMIN C - wajib ya dan lain-lain ikut kebiasaan sendiri.

China ni insha Allah selamat. Everywhere also have cctv.

Sekian, quick checklist must have item/ apps when visiting China.




No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)