Sunday, November 13, 2016

Kisah Benar berCanopy Walk di HUTAN FRIM


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tarikh : 24 September 2016 (Ahad)
Lokasi : Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong Kuala Lumpur, Malaysia.
Masa : 10.00 pagi - 2.00 petang
Ahli rombongan : DIVA-Go tak cukup corumn.

Pada tanggal yang dinyatakan di atas, DIVA-Go tak cukup corumn. telah membantu I untuk menunaikan salah satu dari "100 wishlist before I die - pada senarai ke 62" Terima kasih korang sebab melayan wishlist aku ni. Hihihi ...

Okay korang yang lain -- pernah pergi FRIM tak? Ke tak tau pun FRIM tu apa? Adeiii ...

Sikitlah I bagi mukadimah tentang FRIM ye. Mohon terharu dan mohon terasa untuk pergi k.

Tuesday, November 8, 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...





Faktor penyertaan:

  1. Nak sukat saiz tapak tangan Scdha Sein - sebab SS cakap FM ni hampir sama saiz ngan tapak tangan dia.
  2. Nak sukat ketebalan dan kekebalan FM ini yang didakwa "dikukus sempurna" - gittew.
  3. Esok hari jadi en.Abah. So en.Abah ni - setiap kali SJM dan SSS anto ufti - mesti en. abah yang buka peti surat tu. En. Abah pesan "Lenkali pesan kat kawan-kawan blogger - jangan lupa anto untuk abah sekali" - hahahaha... pulak dah ... Harap-harap ada luck untuk en.Abah.
  4. Sebab MAK - tag I ... hahahaha .... saja lah I nak tunjuk semangat kesukanan (sporting) di situ.
  5. Both of them are Kakak Kawasan - nanti kena bayar royalti lak bila cedok info travel kat belog diaorang kalau tak join. Hahaha.
  6. Join belog diaorang ni merapu kerapu - penawar menghilangkan stress.  Hahaha...
  7. As blogger we support each other - tag line SS.
Okay dengan pesanan ...

I nak menang - walau I tahu peluang I nipis tipis kempis - sebab I bab-bab random ni ... jarang yang ada luck ... huhuhu... tapi siapa tahu kan ... kih kih kih ...  Tapi kalau I menang ... I nak pilih FM mana I nak - aci tak ... hahaha... menang belum tentu - berangan dah pasti ... 

Okay uols - jemputlah join ... meh I tag reramai ...



@loves_nhhas

Wednesday, November 2, 2016

Semangat Yang HILANG



Sometimes we find ourselves at the bottom of mountains:
a mountain of sins that need to be corrected;
a mountain of things that need to be achieved;
or even a mountain of self-refinement that needs to occur.
At first, we may attempt to jump over the mega-mountains of life,
but this only causes us to fall back to where we started,
with nothing more than skinned knees and hurt palms.
This leaves us at the bottom of the mountain,
staring upward through tear-blurred eyes,
trying to figure out how we are going to make it to the out-of-sight peak.
The keys to this reoccurring dilemma are submission and patience.



Tuesday, November 1, 2016

Hobi dan cita-cita yang tidak kesampaian ...


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

People love to judge others. 
Mungkin pernah bercita-cita untuk menjadi seorang peguam / hakim bagi mengadili orang - tapi cita-citanya tidak tercapai - lantas - jadilah hakim kepada kehidupan orang lain ...

Jangan melihat dan menilai orang dari masa lalunya atau bila-bila masa je.
Berilah kesempatan untuk orang berubah. Selagi ada nyawa - peluang untuk jadi hamba Allah yang baik dan bertaubat itu ada. Insya Allah.
(orang tu termasuklah diri sendiri – melainkan diri sendiri adalah seekor BERUANG dan bukannya orang).

Kerana apa?  Sejarah membuktikan …

Seseorang yang hampir membunuh Rasulullah s.a.w. pun kini dimuliakan dapat menjadi sahabat Rasulullah s.a.w, dimakamkan di sebelah makam Nabi s.a.w. iaitulah Saidina Umar al-Khattab.

Jangan terus-terus menilai seseorang dari masa lalunya…

Seseorang yang pernah melawan agama Allah pun akhirnya menjadi ‘pedang’ Allah (Saifullah) iaitulah Khalid Al-Walid.

Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah s.a.w melihat si pendek tidak menawan iaitu sahabat baginda “Saidina Julaybib r.a. dikejar-kejar oleh para bidadari syurga.

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. 
(Apatah lagi 'status' di laman sosial - hihihi...)
Kerana kasut emas fir’aun pun berada di neraka. Sedangkan selipar lusuh “Saidina Bilal bin Rabah”   kedengaran di syurga ...

Masya Allah … 

Semoga Allah memberkati kita dengan Petunjuk dan Hidayah Nya – agar disetiap ilmu yang kita miliki dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.

Usaha untuk jadi baik adalah jihad sampai mati.  Hari ini kita berjaya, adakalanya kita kecewa.  Hari ini kita jadi baik, esok lusa mungkin "jadi gila" (pastu mulalah nak salahkan faktor persekitaran ... kerja lah salah, orang lah salah, pokok ngan kucen pun kita nak salahkan kalau boleh - apatah lagi nak salahkan menteri - hahaha) ...

Don't Judge.
If you're unsure - then ASK.
ASK whom ? Think !

Iman kita ada turun naik. 
Semoga kita ada banyak "support system" yang dapat bersama-sama kita untuk usaha dan berjaya jadi baik.  Insya Allah.

Terima kasih kepada SEMUA support system saya ;-)

@loves_nhhas

#selfnote
#IngatKatDiriSendiri
#MohonInsaf
#MohonJadiDiriSendiri
#TapiJadilahDiriSendiriVersiBaik
#MohonBuatPilihanYangTepat
#MohonPilihPergiSyurga
#MohonPilihRaihPahala