Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tarikh : 24 September 2016 (Ahad)
Lokasi : Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong Kuala Lumpur, Malaysia.
Masa : 10.00 pagi - 2.00 petang
Ahli rombongan : DIVA-Go tak cukup corumn.
Pada tanggal yang dinyatakan di atas, DIVA-Go tak cukup corumn. telah membantu I untuk menunaikan salah satu dari "100 wishlist before I die - pada senarai ke 62" Terima kasih korang sebab melayan wishlist aku ni. Hihihi ...
Okay korang yang lain -- pernah pergi FRIM tak? Ke tak tau pun FRIM tu apa? Adeiii ...
Sikitlah I bagi mukadimah tentang FRIM ye. Mohon terharu dan mohon terasa untuk pergi k.
FRIM ni adalah singkatan untuk Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Merupakan salah sebuah institusi
yang terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika di dunia.
Asal usul penubuhan - cukupppp lama. Dari sebelum zaman merdeka iaitu ditubuhkan pada tahun 1929 di sebuah kawasan tapak bekas lombong bijih
timah di Kepong yang diusahakan sebagai kebun sayur pada tahun 1925.
Setahun kemudiannya, Dr.F.W. Foxworthy, pegawai
penyelidik pertama dalam bidang perhutanan, telah memulakan usaha penyelidikan
perhutanan dengan penubuhan tapak semaian hutan serta petak percubaan penanaman
pokok secara besar-besaran.
Kalau dah namanya HUTAN - maka memang luaslah hutan FRIM ni iaitu seluas 545 hektar bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit Lagong di perbandaran Kepong,
kira-kira 16 km barat laut dari Kuala Lumpur.
FRIM telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi pada 10 Februari 2009, dan
diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada
10 Mei 2012 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM ni. Semasa kami sampai ... memang RAMAI le warga Kolumpo sedang berjogging dan berbasikal di dalam kawasan FRIM ni (aku syak lah warga KL - sebab warga Jaybee tidak mungkinlah ke FRIM semata-mata untuk berjogging kan).
Owh ya, untuk masuk ke FRIM ni - korang akan dikenakan bayaran per kereta kalau tak silap aku - RM5/ car. Aku terlepas jap bab ni sebab masa masuk entrance FRIM ni ada pulak senior aku call untuk bab-bab yang tak berapa nak penting bagi aku tapi penting tergesa-gesa ntah apa-apa bagi dia untuk diselesaikan. Lepas sorang-sorang call. Nyaris juga nak aku OFF kan handphone tu. hahaha. Namun sebab aku ni baik - bertabahlah aku menahan telinga dan menysun ayat melayan sorang-sorang punya keperluan.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan dalam FRIM ni antaranya...
Berjogging - ada 5 lokasi jogging yang dinamakan oleh pihak FRIM iaitu Jalan Foxworthy, Jelutong, Kapur, Kg.Jawa dan Taman Botani. Tapi yang aku jumpa Taman Botani sahaja.
Kawasan untuk pengambaran - korang nak buat photo shoot ke kan. Bolehlah datang sini. Tapi kena dapatkan kelulusan terlebih dahulu ye.
Ada villa cantik - untuk majlis perkahwinan.
Dewan besaq pun ada.
Kawasan pekhemahan. dan Kawasan untuk berkelah
dan juga boleh berbasikal - sewaan basikal turut disediakan.
Untuk keterangan lanjut : korang boleh layari laman web FRIM seperti berikut:
Untuk kami ... divago tak cukup corumn ... misi kami adalah untuk ber canopy walk - atau abah aku panggil titi gantung ... tapi FRIM panggil dia Titian SILARA ... Dah boleh bagi nama slot akasia ni - #sititiyangdukalara.... (okay hambar) ...
Untuk menyertai aktiviti ini, perkhidmatan jurupandu FRIM adalah diwajibkan untuk individu atau kumpulan. Seorang jurupandu (Kos bayaran RM 127.20) hanya boleh membawa tidak lebih daripada 25 orang setiap kumpulan. Anda boleh berkongsi dengan pelawat lain (opsyen hanya pada 10.30 pagi) ataupun mengambil jurupandu untuk kumpulan tersendiri. Maka, apabila dah kongsi tu - kosnya jadi belas-belas ringgit sahaja.
Memandangkan kami konon nak datang ber 4 je, maka kami pun join lah group lain. Dan untuk group yang bercampur-campur ni, hanya ada pada trip pukul 10.30 pagi sahaja. Tapi penyudahnya kami bertiga je sebab minul tak dapat datang last minute sebab dia memang banyak drama - hahahaha... Dan we missed divago akhmar very much - hambar gak trip ni sebab Kma tak ada - walaupun dia sangatlah pendiam - tapi ketiadaannya AMAT KAMI RASAI. Kma - ko WAJIB ada lain kali k.
Owh ya ... Korang kalau nak ber canopy walk di FRIM - adalah WAJIB juga membuat tempahan awal melalui e-mel kepada frim_enquiry@frim.gov.my sekurang-kurangnya sehari sebelum datang ke FRIM. Butiran yang diperlukan termasuklah nama penuh, bilangan orang dalam kumpulan, nombor telefon bimbit, tarikh lawatan dan masa ketibaan. Tempahan hanya boleh dibuat pada waktu bekerja sahaja iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari cuti umum. (standard lah ni).
Sebenarnya ada juga pelawat (kebanyakannya foreigner dan Chinese ) yang membuat cubaan masuk ke hutan ni tanpa touris guide sebab kononnya mereka boleh guide diri mereka sendiri ... NAMUN ... suka diingatkan ... kalau tujuannya nak naik canopy walk tu sendiri - KIRIM SALAM lah jawabnya. sebab sebelum sampai check point situ - ada pondok pengawal ... kah kah kah .... kau dah berhutan selama sejam - kalau kau tak ada touris guide - confirm brother jaga post canopy walk tu tak bagi kau masuk. Maka patahlah balik. Padanlah muka. Logik tak - kau cakap kau tak tahu? I kalau masuk negara orang - google macam-macam k. Hatta nak masuk FRIM ni pun kami google dulu - kena bayar ke tidak and what is the procedure - mana ada aci main redah je. Ada contoh teladan kat bawah ni ... nanti kang korang baca k.
Sebenarnya - ada sebab kenapa canopy walk ni di kawal sebegitu rupa ...
Titian SILARA tersebut pernah ditutup sejak 13 Oktober 2015 kerana mengalami kerosakan setelah ditimpa pokok yang tumbang akibat hujan lebat di dalam Kampus FRIM. Beberapa bulan selepas pokok-pokok yang tercedera dibiarkan pulih, keadaan kesihatan pokok-pokok berkenaan dinilai oleh arboris FRIM terlebih dahulu sebelum staf Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar (EUF) memulakan kerja-kerja pembaikan pada bulan April. Bagi memastikan keselamatan dan ketahanan sistem titian, FRIM mengambil keputusan untuk mengurangkan bilangan pengguna daripada 250 orang kepada 60 orang sehari.
Tour guide kiteorang bernama Mr. Ong or kiteorang panggil dia Uncle Ong. Ikut dan lah mana sempat. Kadang Mr Ong, kadang uncle je. Hihihi. Uncle ni - dia orang lama kat FRIM ni. Dia cakap dia "lahir" di FRIM (mungkin maksud dia membesar di area situ kot - aku malas nak tanya hihihi) ...
Tapi uncle ni was an ex-staff there. Dia telah pun bersara. Tapi maybe tak boleh nak move on dari FRIM disebabkan minatnya dalam bidang ni - maka beliau memilih untuk menjadi volunteer guide there.
Best uncle ni - banyak peribahasa dia tau. Pastu ilmu pasal hutan - toksah sembang lah - memang TERROR hoccay. Dah lah petua-petua kesihatan melayu cina india yang berasaskan sumber alam ni - semua dia terror hoccay.
Jom kita cekidout our trip to FRIM ... Mana yang ingatlah ye. Masa ke FRIM ni - henfon ku rosak - so banyak catatan yang tak dicatatkan - pastu ... aku adalah juga bercita-cita turun/ keluar dari hutan ni jap lagi nak jot down ... sekaliiiiiii dekat 3 jam dalam hutan tu - sampai bawah - hapah pun dah tak berapa nak ingat ... kih kih kih ... so kalau ada geng - aku berhasrat nak pergi lagi - Insya Allah.
Okay ... ini check point kami yang pertama. Menerangkan tentang tasik, tumbuh-tumbuhan dan makhluk dalam air.
Uncle Ong siap pesan - suh tulis wasiat / bagi akaun and pin number bank sebelum turun ke bawah bagi ikan makan ... hahahaha... Si penakut haiwan macam aku ni - memang TIDAK lah nak turun ke bawah tu kan ... hihihi ...
Cantik kan view ni.
Sooooo greeennnn
Habis melawat tasik dan ikan ... Jom kita mulakan expedisi masuk hutan mencari TITIAN SILARA (de canopy walk)
Divago tak cukup corumn
Sesi penerangan - tah nama apa ke pokok ni ...
siap uncle bakar serpih kayu dia.
ada khasiatnya pokok ni.
Lupa dah apa.
Uncle Ong cakap
"Forest is a GIANT PHARMACY"
Hmmm macam betul juga kan...
Jom jalan lagi masuk hutan...
Jumpa lah pulak pokok ni ... berenti lagi ...
explain lagi ... lupa juga ... hahahaha
tapi pokok ni ada something bau macam garlic bila dibakar.
Kebanyakan kulit/ daun pokok-pokok besar ni - khasiat dia untuk mengubati luka kat kulit - to avoid septic.
contoh kalau korang g camping ke - perang ke, ada luka/ cedera... boleh lah guna pokok dan daun-daun ni untuk hentikan luka dan merawat kecederaan.
dah namanya darurat kan.
Ha ni pulak semut. Kalau tak silaplah namanya semut.
Besar gak. Semut ni dia gigit sakit dan dia kuarkan something dari badan dia untuk "jahit rapat" setiap tempat yang dia titi. Contoh kalau dia meniti kat mulut kau - haaa siaplah ... "terjahit" lah mulut kau. Ada fungsi dia - uncle cakap - masa zaman perang or darurat or cedera dalam hutan, diaorang guna semut ni untuk JAHIT bahagian anggota yang luka... fungsi macam jarum dan benang lah semut ni.
Ya Allah ... scary sungguh aku bayangkan.
Ntahlah - tetiba masa tu terus bersyukur dengan nikmat kemerdekaan dan keamanan yang kita ada hasil susah payah orang-orang terdahulu...
sob sob sob .. sedih...
Jumpa lagi pokok ...
macam biasa - berenti - bakar ngan lighter - test IQ sapa tau nama pokok n fungsi dia, etc etc etc.
ni kalau tak silap aku - uncle citer tentang pokok yang berpenyakit dan kepentingannya.
maksudnya kalau pokok tu kategori sakit - dia bagus untuk dibuat ubat.
So macam mana nak identify pokok yang sakit ...
haaaa something like that lah kot kalau tak silap aku.
Tapi korang jangan caya sangat lah kat aku untuk klausa yang ini - mohon letak sikit keraguan - sebab aku lupa ... gomenasai minna san
Nanti aku jumpa fakta yang tepat aku share semula.
Okay ... sambung jalan lagi ....
I tell you ....
Jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sungguh nak sampai.
Masa kat "bawah"- opis FRIM tadi - uncle cakap - dalam 2 jam setel lah sampai canopu walk siap turun bawah terus .... tapi hakikatnyaaaaaaaaaa ......
okay teruskan bacaan ...
Jumpa pulak lokasi ni ...
Cantik ... Subhanallah.
Dannnn kami jumpa sesuatu kat sini ...
...
...
...
...
...
...
...
......
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Tada ... welcome to twilight zone...
hahahaha
Subhanallah terpegun tengok susunan ni kan ...
Terpegun dan poyo campur jakun punya pasal ...
langsung tak dengar sepatah pun penerangan daripada uncle.
So i also don't know apa citer kat sini.
Tapi kalau tak silap aku ...
pokok ni terbentuk sebab errrr ntah...
macam tak logik gak explanation tu ... hmmm abaikan je lah...
hihihi...
Jalan lagi ... jumpa pokok getah pula ...
hahaha...ni jelah yang mampu kami teka dengan betul ... kih kih kih ...
Ntah namap apa ke benda ni ...
hadoooiii ...
cendawan kot... kih kih kih ...
Above picture ni - perdu pokok yang sangat besar - boleh dijadikan "Toilet" ketika kauorang kehutanan.
Dah macam-macam gaya aku galas bag pink tu.
Hadoiiii lah .... bila nak sampai ni weih ....
Tuh dia ... jauh kami kena tinggal weih ....
Diva-goTak-Cukup_Corumn
Sampai kat satu macam wakaf kot ... berehat jap ...
ku ingatkan dah nak sampai ... rupanya jauhhhhhhh lagi ....
Okay ... aku nak kongsi sikit tips kalau korang nak masuk FRIM / any hutan:
Walaupun FRIM ni letaknya di KOLUMPO (baca sebagai Kuala Lumpur), namun jika namana adalah FOREST ... maka yes ... it is FOREST. Real forest walaupun man made forest.
Tips ahkak ... Silalah pakai pakaian yang bersesuaian :
- Pakai tshirt yang selesa dan berwarna CERAH. Tshirt berwarna hitam mengundang nyamuk. Acik Mahani - pakai full set hitam - sebab she claim herself as legit boss (walaupun I tak tau apa ke benda legit boss tu - at first I tot citer hindustan ... hahaha...
- Minah UKRAINE ni walaupun dia pakai serba hitam - tapi mungkin sebab dia berkulit cerah kot ... hahaha... bukan... sebab minah ni bawak ubat nyamuk berlingkar yang bako ngan api yang macam kita pakai kat kampung masa kecik-kecik dulu ... Maka menumpang le kami semua rapatkan saf dengan beliau. Sempoi gila dia gantung ubat nyamok tu kat pinggang dia...
- Pakai seluar yang selesa - better pakai track bottom lah. Haku ingat FRIM tu camno lah kan nak fefeeling hambik gambo - aku g pakai jeans - hahaha - buat still okay je. Tapi next time - I opt for track bottom.
- Kasut untuk hiking or jungle trekking. Sebab kalau kau pandai nau macam ahkak - g pakai scholl (kasut g kerja - yang memang ku pakai kemana jua daku pergi walau pun pergi pasar - because i only have ONE shoes ) ... maka ...habis haus tapak kasut tu.... adei ... dah lah baru beli last year (setelah merata satu klang valley ni aku cari - ni ha rupa kasut I-click HERE - banyak negara dah I travel hanya dengan sepasang kasut ni sahaja) ... OKAY NAK CITER - SILA PAKAI SPORT SHOES LAH - or else u'll end up JANGGAL trekking instead of jungle trekking. Aku tak pakai sport shoes sebab kasut sukan aku rosak - tak p jahit lagi - nak beli baru - errrr krik krik krik ... pastu aku underestimate FRIM ni - seriously aku ingat track dia smooth .... rupa-rupanya ... hadoiiiiiii lingkup kasuk aku ... menyesal menyesal ....
- Bawak air mineral - sebab sangat exhausted dan boleh menyebabkan dehydrate kalau tak biasa. Lesson learnt okay - penangan menjajah WIND MILL kat SINI haritu . Kali ni kami bawak mineral 1.5L kongsi 3 orang.
- Bawak lite food macam pisang/ roti/ kurma/ cokla sebab sangat letih dan lapar hoccay.
- Sila ambik trip pagi (10.30 pagi supaya dapat view pengambaran yang cantik dan supaya sempat turun untuk solat zohor ye.
Errrmmm okay - buat masa ni itu je tips yang ingat yang mungkin berguna untuk dikongsikan. Sebab seriously I underestimate g FRIM ni. Salah kasut, salah shoes, lapar sebab tak bawak makanan - mujur bawak air... etc etc etc ....
Bergambar kenang-kenangan dengan ahli rombongan bercampur-campur.
Ada 4 ke 5 group ni menjadikan jumlah kami semua errr sepatutnya 19 orang ... campur uncle 20 orang. tapi sebab minul tak jadi join last minute - maka tinggal 19 orang je lah.
Ayuh .... teruskan perjalanan ...
Senyum seindah suria ...
Yang membawa cahaya ...
Senyumlah dari hati ...
Dunia mu berseri ....
(*_*)
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
...
..
..
.
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
Setelah hampir dua jam - baru sampai kat signboard ni....
Baru nampak sign board ... belum sampai lagi anak-anak sekalian...
Jalannnnnnn lagi ....
Sampailah jumpa PONDOK pengawal ni.
Kalau kau menceroboh masuk FRIM ni tak bayar - sebab kau rasa kau mampu nak GUIDE diri sendiri ... sampai kat depan ni PERCUMA je kau kena halau balik. Hahaha... Padan muka.
Masa kiteorang sampai ni - ada 4 orang sedang buat penipuan tersebut. 1 tu rasanya cina malaysia - bawak kawan-kawan dia nampak macam foreigner 3 orang. Siap berani menipu cakap dia dari group kiteorang ... Walau pun kau cina - selamba je lah uncle Ong tak nak tolong sebab uncle ong pun agree "Ini adalah orang yang tidak beretika" (seriously baik tul ayat Uncle) ...
Dannnn lebih poyo lagi mereka berempat cuba untuk buat bayaran kat brother jaga pondok ni...
Memang tak layan lah ... lagi lah brother u halau suruh pergi.
Nak rasuah ke apa ni woi...
adeiiii....
Okay - so moral - jangan menipu - sila scroll atas untuk dapatkan info.
Make sure booking before datang dan bayar okay.
satu hari boleh naik canopy ni 60 orang sahaja.
Ni papan biru ni ada rules lah nak naik canopy ni bagi tujuan keselamatan.
contoh -at 1 time boleh naik berapa orang je atas canopy tu. pastu u must keep ur distance with each other - jarak sekurang-kurangnya antara dua tanda merah yang ditandakan di atas canopy tersebut. dan sebagainya. semua ni untuk keselamatan.
Perjalanan dimulai dengan K-rin sebab tak memasal dia jadi official photographer untuk SEMUA ORANG dalam group ni. Baik betul dak K-rin ni...
Dan aku pun ambik gambo dia dari hujung ke hujung...hihihi
Ada beberapa lah titian silara ni. 3 ke 4 camtu lah
with Uncle Ong
Okay mahani ...
Faham ... faham ...
You're the BOSS.
hihihi ...
Setelah puas bergambar - maka ayuhlah kita turun kerana jam pun sudah menunjukkan hampir pukul 2 petang ... zohor dak lagi ni haishhh ...
Turun ni lagi penatttt... Nanges ...
Kaki aku betul-betul dah teramat sakitnya.
tak mampu dah nak berjalan ...
Ni anak lady from ukraine tadi.
Nama dia Alexender kot.
Budak ni ... haila ... semua benda dia nak cuba.
Lepastu obses dengan haiwan dan serangga. Semua haiwan dan serangga yang dia jumpa dia nak tangkap. Sampaikan dia insist nanges2 nak angkat tunggul kayu ni sebab nak cari serangga kat bawah ni. Terpaksalah auntie huda berpura-pura mengangkatnya - dah cakap tak boleh - but he insisted.
Siap tak kisah ditinggalkan sorang kat situ... Haishhh budak kecik ni ...
Lastly dia nanges tak nak jalan sebab dia letih. Mak dia suruh gak dia jalan sebab mak dia susah lah nak dukung dia kan turun lurah2 kat hutan tu. Selamba je dia insisted tak nak jalan. Penyudahnya - salah seorang budak melayu lelaki dalam group kiteorang ni yang dukung dia sampaiiiiiii ke bawah. Masa ni jauh lagi ye nak sampai bawah. Sempoi budak tu - tinggi saham depan aweq dia... gentleman gittew. hihihi... Jauh weih dia dukung budak alex ni. dah lah bukan anak dia... baik betul ...apa ke nama dak lelaki tu - pun aku dah lupa gak... hihihi
jalan punya jalan ... jumpa dah punca air ...
konon-kononnya - ini menandakan kau dah hampir sampai ke bawah ...
tapi rupa-rupanya JAUH lagiiii
Jumpa jambatan ni ...
tetiba ramai orang ...
ehhhh mana datang orang ramai-ramai ni ...
Ingatkan orang bunian
#JanganTegur
hahahaha ....
Rupanya dah nak keluar dari hutan ...
masani ... memang tinggal aku sengsorang kat belakang...
semua orang dah tinggalkan aku.
cisss macam ni lah namanya kawan...
kalau aku pengsan camna?
Mohon rasa bersalah ye mahani n Krin ...
hahahaha....
sebab aku dah sangat-sangat tak mampu nak jalan ....
siap terduduk keletihan dan kesakitan ...
Sampai bawah kat jalan TAR - kena menapak ke opis FRIM yang kiteorang parking tadi... seriously aku dah nak menangis dah ... dah tak boleh jalan....
lembik gila weih ... korang kalau tapak kaki sakit - jangan PAKSA ... sebab kat tapak kaki tu control macam-macam organ dalam badan tau - kidney, perut - back bone etc (kalau tak silap aku)
dah sampai bawah ni - jauhhhh lagi nak g parking.
Krin tunggu aku ...
tapi mahani still jalan laju-laju ...
kecik hati aku ... dia jalan tak toleh belakang langsung hoccay ...
Rupanya - dia rushing jalan laju-laju sebab nak g ambik kereta ...
kih kih kih ... dia suh aku tunggu kat tepi sini ada tempat skolah renda agama (dalam FRIM ada skolah hoccay ...hihihi)
Tenkiu darling - baik nya ko... hihihi...
sayang mahani.
sayang kRin.
Okay tak jadi dah kecik hati.
Dah ambil kereta - kami pergi solat kat surau FRIM ...
Sebelum keluar dari pagar FRIM . kita pusing-pusing dulu ...
pastu ... balik ... kami p makan KFC kat mana ntah - eden pun tak tau ...
bye bye FRIM ...
ada rezeki saya datang lagi.
Thanx Mahani, KRin sebab layan aku datang sini.
Sayang korang. MMmmmuuaaah ...
Maka tercapailah wishlist aku no 62/100.
Alhamdulillah ....
Okay Next .... destination JOM ...
Akhmar - sila availablekan diri anda ....
- TAMAT-
Semoga ada manfaatnya
@loves_nhhas
Berapa seorang berapa ye?
ReplyDeleteTuan.
DeleteEntrance masuk FRIM RM5/car kalau tak silap.
Entrance canopy RM120+++ utk 1 group max 25 orang.
So kalau g ramai2... blh share.
Ada dah tulis kt atas entri ni.
Kalau tuan nk g... better call dulu FRIM.
Tgk schedule dh penuh ke belum
tahniah!! berjaya menghabiskan trekking..mmg pakaian kena sesuai esp kasut & seluar..best jg FRIM..mesti jejak jg ni..
ReplyDeleteTu lah.
DeleteTeringat sangat nk ajak akk.
Takut akk x sudi. Hihi
yayyyy..wishlist done!last ke sini masa sekolah menengah. memang best kan..twilight tu cantik sangat..
ReplyDeletenext time nak cukupkan korum ajak le I..dah lama tak buat nature activity macam ni
ReplyDeleteNurul dah macam ketua kontinjen..ramai orang follow..hehe
ReplyDeleteHaha... laju scroll tgk blk picture ketua kintinjen tu
DeleteSS nampak semut tonggek!
ReplyDeleteFRIM ni kan yg lokasi filem Gunnug ledang tu
ReplyDeleteowh ye ke mak...
Deletetak tau pulak...
bukan PGL buat kat GRIK ke mak?
Rasanya kat sini..pernah baca
DeleteRamai ikut gi masuk ni..teringat zaman sekolah dulu :))
ReplyDeletewah, bestnya betul2 real la jungle tracking ni...jauh betul
ReplyDeleteTak pernah sampai lagi frim ni.. salam kenal.. follower 123 wahh cantik no ni...
ReplyDeletewow ...macam menang lucky draw tau 123
Deletebestnya.. Huda bawak mummy but sila jogging dulu.. ahhahaha :P
ReplyDeletejom mummy jom
Deletejomm... nanti free bole plan balik ni... menarik sgt!
Deleteikut! ikut!
DeleteEhh rindu pulak kat budak comel ni..hehehe :D
ReplyDeletefewwiitttt ,.... auwww
DeleteDah macam pi hiking..syokk ni..
ReplyDeletebalik ghumah terus cari mesin penimbang
Deletehahaha
Slim sudah..ehhehe
DeleteAda water track .. boleh mandi tak? hahhaa
ReplyDeleteboleh kot mummy...
Deleteada nampak orang mandi ... sebab macam kira small water fall lah
wahhhhhh keanapa tak ajak sy sekali... da dekat da tu waaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteawat tak habaq nak ikut...
Deletejom lah next time kita p k
hehehe..best btl g FRIM..klu nk g lg nti btau la, wat xtvt lain lak..nek beskal jgk ..
ReplyDeletemcm seronok je.. lama sgt tak wat aktiviti mcm ni... rindu pulak rasenye
ReplyDeleteKisah benar katanya 😬 Dah mcm baca cerpen
ReplyDeleteDek kerana panjang sgt nanti sambung..woww geng Diva masuk hutan tu cayalah 😂
ReplyDeleteKecik hari ngan mahani sbb kena tggal eh..jgn salah faham dia x kasi huda jln jauh tu nk pegi ambik kereta..itulah kadang sis JM pun suka salah faham adeh
ReplyDeleteMgkin sbb huta terpelihara itu sbb nak masuk perlu dpt kebenaran jufa perlu hire guide tp kalau pegi dlm group 2,3 kena byr 4rm120++ mmg mahal lah melainkan share dgn group lain..biatnys sampai jam 11 melepas
ReplyDeleteTakut haiwan? Kiranya serangga x takut lah eh
ReplyDeleteNi kirany trip mencari ilmu lah kan..kenal jenis pokok dan khasiat..kena smit jahit rapat lg wahh! Menarik
ReplyDeleteKakak cuma baca dan tengok pun macam nak semput Huda
ReplyDeleteCalang-calang stamina memang tak sampai destinasi:)
teringin nak berkhemah di dlm hutan..
ReplyDeleteSalam ziarah dari Bunda...
ReplyDeletemenarik.. klau nk p inform la.. kot2 leh turun KL lagi ka
ReplyDeleteItulah. Hari tu gamble je g FRIM confident nak g canopy walk. Ble dah smpi br tau kne book T_T
ReplyDeletehttp://www.fatindays.com
besar gile tmpt nie ek.. sbb tu laa kena pakai tour guide..
ReplyDeleteSalam cik huda..mana pergi lama nyepi nih..td tgk ada entry baru sal breathtaking highway..try buka xde pulak..:((
ReplyDeleteRajin dia jenjalan umh orang..umh sendiri takmo hapdet ke..hehe
ReplyDeleteBaru boom entry terkini..dia dah delete..haishhh
ReplyDeletebaru nak egt pergi sorg2.. uhuhu cam terbantut je hasrat ni
ReplyDelete