Sunday, January 30, 2011

Begin with Bismillah

Assalamualaikum wbt...

Mulakan lah dengan Bismillah...
Sudahi dengan alhamdulillah....


dengarlah talk ne... moga2 bermanfaat....
Nak upload video tak reti.... huhuhu

Du'a for our brothers and sisters


Assalamualaikum wbt...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Ketegangan terus melanda Egypt... (read MORE)

Ya Allah, Kau lindungilah saudara-saudara kami dari sebarang mara bahaya... Bantulah mereka yang benar-benar berada pada jalan Mu... Tiadalah dalam pengetahuan kami siapakah yang benar dan siapakah yang bermuka-muka itu. Ya Allah, bantulah kami dalam menangani musuh-musuh Mu dengan cara yang paling baik di sisi Mu... ameen...

Moga kak asma&suami serta yang lain2 nya dalam perlindungan Allah sentiasa... ameen...

Thursday, January 27, 2011

Broga - Trip 17.10.10






Assalamualaikum wbt...
Kesabaran Anda Kebanggaan Kami.
(Okey, ini tagline orang malas upload entry)
sementara haku mengumpul kekuatan utk upload picture dan story on our 2nd trip, haku kongsikan dahulu gambar trip pada 17.10.10.
masa trip ne, haku tak ikut.
diaorang tinggalkan haku...
sebab tu diaorang kena g sekali lagi pada 13.11.10 sebab tulah meninggalkan haku...
apa pun, thanx kepada ketua trip, en.asri for dis picture...
subhanallah... sangat nice...
akhir kalam, kepada anda yang dok tanya bila nk update story, sekali lagi ditegaskan
...Kesabaran Anda Kebanggaan Kami
...


Tuesday, January 25, 2011

BONIA - For sale...

Assalamualaikum wbt...

...SOLD...

on 26.1.2011

barang baik kan... hehehehe...thanx cik na for helping me...sedey dan gembira...

sedey sebab terpaksa melepaskan kasut yang comel tu, gembira sebab dah dapat melawan diri daripada sifat membazir... hehehe

Thinking of selling this shoes, cap BONIA... saya baru beli masa p KLCC minggu lepas...
sebab dia tengah SALE tahap pelik...
Kasut ne dari harga RM200++ tinggal RM99.00 je...
walau pun saya seorang yang tidak boleh pakai heels kerana masalah tertentu, tapi dek kerana kasut ne cantik, saya beli juga... hehehe...
Oleh itu ada sapa2 berminat tak? saya let go harga yang saya beli di KLCC haritu lah...
RM99.00 sahaja... size 5...


owh yang di bawah ne, tidak berhasrat utk dijual kerana kasut ne flat jer... memang sesuai utk golongan makcik2 macam i... apa daaa... muda2 dah tak blh pakai heels...
tapi awas,walaupun buruks tidak mengikut trend muda-mudi masa kini,
kasut kat bawah ne harganya RM300+++...
Tapi beli pada harga sale cuma RM149.00 sahaja...
kalau nak, g sendiri kat KLCC ya kalau ada lagi lah... hehehe...

ceh... niat asal g KLCC tu nak singgah solat maghrib je lepas visit Little Caliph- Adik Muhamad.

Jap lagi gatal jadi the tourist @ KLCC...

Termendarat pulak SALE kat parkson.

Makanya... melayang lagi RM... huhuhu...

Wednesday, January 19, 2011

...ubat stress...

...assalamualaikum...
...ubat stress...
topik harine kat IKIM - morning before berita 8 pagi;
cara-cara menangani stress selain solat dan zikir:
so... makan coklat banyak2...
jangan lupa gosok gigi
jangan tinggalkan senaman selepas itu.
kalau tak anda akan jadi terlebey stress apabila gigi rongak dan berat badan naik...
waaaa... temperatur orang yang nak kena flying kick tu macam dah turun sket.
tapi dia macam revenge of the seed (tetiba tajuk movie) dengan bagi kerja banyak @#$%^&*
waaaa.....coklat.... i need coklat....

Monday, January 17, 2011

The tourist - KLCC

MENJADI THE TOURIST... I LOVE KLCC....


heh... aku suko gambo ne sebab macam g melancong plak.

padahal KLCC je pun... bukan kat JEPUN... hehehe...

Sunday, January 16, 2011

Little Caliph - Adik Muhammad



assalamualaikum wbt...
alhamdulillah...
tahniah kak siti dan suami...
thank you Allah atas anugerah yang diberikan...
bak kata suami kak siti... puas hati tunggu 14 tahun....
hehehe...
Adik Muhammad, Lahir pada 4 Januari 2010...
semoga kak siti sembuh segera dan adik muhammad sihat selalu...
seriously comel betul muhammad ne... dah lah behave jer sepanjang ada visitor...
tak apa lah sayangku, nanti acik huda jumpa awak lagi ... ok...
love you muhammad....

Saturday, January 15, 2011

PROBLEMS

Assalamualaikum wbt...

Harine, hijacked FB along, dan visit Ustaz Zahazan Mohamad, dan terjumpa acronym ne:


P = Purposeful
R = Roadblocks
O = Offering
B = Benificial
L = Lessons (to)
E = Enhance
M = Mental
S = Strength

Friday, January 14, 2011

I miss You All My Fren


dari kiri:
1. we call him big brother; sean,
2.then our sister yang gangster; cheryl, ne boleh baling pisau kat waitress; hahaha...
3. our kakak yang boleh pukul engineer dan store kalau diaorang buli kami; sis lee chuen
4. my beloved senpai; chee hooi... she cry when i left... macam tak percaya, lpstu dia pun resign.
5. who else... budak kecik - yg dipanggil ADIK; hahaha...(me)
6. erm, our little n quiet sister, sue
7. our brutal member; blh bawak fortlift kalau keadaan terdesak; fong lan. blh juga dipanggil Lanlan... mesti dia marah... hahahaha
8.our pretier sister, aweq tak rasmi norman, tapi ada black back karate amoi ne; marrie ong
9. strong mum ; sis allice... sangat strong....
Assalamualaikum wbt...
Aku rasa none of them pun yang tahu blog ne... Tapi tak apa... i missed them... i do missed them very much... Kawan-kawan yang baik walaupun ada sedikit sewel.... hahahaha...
kenangan betul dengan diaorang ne...
aku missed semuanya... alamak.... norman tak ada dalam gambar....
macam-macam kisah dengan diaorang ne... apa yang pasti,
1. tiap kali dapat gaji, kami akan tarah JUSCO TEBRAU CITY dan try new food ... semua halal restaurant kiteorang dah terjah...
2. kalau ada birthday, mesti akan keluar makan ramai-ramai meraikan birthday boy or birthday girl.
3. CNY nanti boss bagi angpow...
4. masa CNY mesti dapat berlori-lori limau sampai boleh buat air mandian.... best....
5. ingat lagi kenangan tiba2 aku tumbang pengsan, pitam, cheryl ngn fong lan susah payah bawak g klinik. pastu bila dah ok, kiteorang terus kuar g makan malam... apa tah nama kedai tu...
waaa.... i missed you all...

Resepi - Kuey teow goreng Kerang

Kuey teow goreng

Bahan2 nYa

1 kilo kuey teow
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
2 biji telur
2 sudu besar kicap manis
2 susu besar sos tiram
1 genggam taugeh (ikut suka)
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
garam dan perasa secukpnya
1/2 cawan air
Kerang rebus jgn bubuh air

Cara-cara mengerjakannya

1. cuci dan toskan kuey teow
2. blend/tumbuk bawang besar dan bawang putih
3. panaskan minyak dan tumis bawang+bawang putih+cili boh/giling dan tumis hingga garing
4. masukkan sos tiram dan kicap manis dan kacau rata dan tambahkan dengan sedikit air tadi (boleh tambah lagi jika suka).

5. masukkan kerang+garam+perasa dan kacau rata
6. pecahkan telor dan kacau hingga telor sebati (akan jadi pekat)
7. masukkan taugeh dan kacau hingga sebati masukkan kuey teow dan gaul hingga rata

nota 1: thanx kak su for the resepi... dah try dah haritu... tapi tak blh lawan sifu lah... boleh lawan tongga jer... hehehe...
nota 2: IJAN DI - Nah... kongsi resepi ngan anda... hehehe... so boleh lah kita bertuko-tuko resepi ya...

Jika cantik menjadi puncanya

Jika cantik dan indah menjadi puncanya, maka Allah adalah yang terindah..keindahannya terzahir dari makhluknya.

Jika banyak membantu menjadi sebabnya, Ya Allah maha membantu...udara yang disediakan, matahari yang memancar, alam yang penuh dengan rezeki serta nikmatnya. Ya Allah tidak terkira nikmatNya...




Thank you Ya Allah for all the nikmat given...
Pls guide my steps Ya Allah...
Take me home with a place in Jannah Ya Allah...
the only love that i'm looking for is YOUR LOVE; Ya Allah...
Give Me Your Love... n Love by your servent who LOVE YOU...

Taubat

wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan
aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
Maha Pengampun dosa

Ya robbi, izinkanlahaku kembali pada - Mu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
Maha Pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali…
dan meski aku tak laya
ksujud padamu
dan sungguh tak layak
aku…
"Lagu : Taubat by Opic"

Wednesday, January 12, 2011

Dari kisah nak goreng nuggets

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... walaupun minggu ini dinamakan minggu kena marah... tapi yang penting aku tak rasa nak marah sangat (ada sikit jer rasa nk flying kick seseorang; dan esok sampai hujung minggu ne, seseorang itu tak ada... yeayyyy) tapi sebenarnya rasa nak flying kick itu telah pupus bila terkenangkan, siapa yang tak buat salah... yer dak... memaafkan itu lebih dekat dengan takwa... Adakalanya kita juga perlukan kemaafan dari orang lain... dan sesungguhnya Pencipta kita itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang... Kalau Yang Maha Berkuasa pun bersifat Pengampun, siapalah kita yang kerdil ne nak marah-marah dan menyimpan dendam pada orang lain. Betul tak? Kadang-kadang tanpa kita sedari, KITA lah punca kenapa orang lain naik angin dan nak marah. Jadi marilah kita sama-sama bermuhasabah memperbaiki kelemahan diri, dan bermujahadah untuk menjadi hamba Nya yang lebih baik dari hari ke hari dan mudah-mudahan kita beristiqamah... Insya Allah...

Tuh dia, panjang nya ayat. Agak-agak boleh baca senafas tak? Hehehe... ne kalau pengerusi PPJPM baca mesti dia akan cakap “kamu ne huda... selalu buat ayat panjang-panjang... tak cukup nafas saya nak baca”.... hehehe... hmm apa tah jadi dengan bulletin ya...lama dah tak dengar khabar berita...hehehe.

Hmmm... aku suka menulis, dan masa menyiapkan laporan prestasi yang lalu, baru aku perasan, semua persatuan/kelab yang aku anggotai, aku join team bulletin – ppjpm, puspanita, perkisa ... hehehe... erm dan baru-baru ne, aku dipertanggungjawabkan menulis artikel muka depan ppjpm untuk dua keluaran. Alah, jangan perasan lah pulak cik huda.... anda kena menulis sebab kebetulannya anda terlibat, dan orang lain sibuk masa tu... itu jer sebabnya... hehehehe...


Tak apalah... hakikatnya aku memang suka menulis... (agaknya)...hehehe... mungkin ini penangan semasa zaman persekolahan dahulu bermula dari darjah lima, cikgu BM (kalau tak silap namanya Cikgu Rodzidan) suka bagi dua karangan yang perlu disiapkan setiap hari...sekali lagi diulang: 2KARANGAN SEHARI... SETIAP HARI... Mula-mulanya menyampah dan menyumpah juga... tapi cikgu tu garang. Jadi kenalah juga buat. Mula-mula cincai saja menulis, lepastu buat alasan tak ada idea, jadi setiap malam sambil tersengguk-sengguk siapkan kerja sekolah yang wajib iaitu matematik dan karangan, bila aku masuk tidur, nanti abah akan semak karangan dan matematik. Matematik biasanya memang tiada masalah, tapi karangan tu, Ya Ampun, memang macam hampeh... Maka abah pun betulkan mana-mana yang patut, betulkan ayat, bagi idea atau isi yang lebih baik. Lepas tu kelam kabut lah bangun lepas subuh tu aku betulkan balik karangan tu... Bila difikir-fikirkan balik sekarang, hmmm kenapa ya aku betulkan karangan tu? Sebenarnya kalau tak betulkan pun tak apa... hantar sahajalah kerja yang cincai tu... hehehe... tapi mungkin sebab sendiri dah rasa karangan tu macam hampeh, dan rasa malu nak hantar kepada cikgu, maka aku pun betulkan. Dan rasa ayat yang abah dah modify tu macam best, rugi pulak kalau tak digunakan... hehehe... Rutin itu berlaku sehinggalah aku sekolah menengah. Erm maksudnya rutin abah semak karangan setiap kali aku ada kerja rumah karangan dan aku akan betulkan pagi-pagi sebelum ke sekolah. Tapi semasa di sekolah menengah tak adalah cikgu BM bagi karangan dua tajuk setiap hari... hehehe... tapi oh ya...

Sebelum tu, nak bagitahu, penulisan aku improve dari semasa ke semasa... dan cikgu rodzidan pernah bacakan karangan aku dalam kelas kakak-kakak dan abang-abang darjah enam sebagai karangan contoh... hahaha... cikgu kata budak darjah lima boleh tulis karangan lebih baik daripada budak darjah enam... hahaha... macam mana aku tau? Sebab cikgu baca karangan tu dalam kelas kakak aku.... hahahaha... (sambil taip ne aku pun dah senyum sampai ke telinga... sebab terkenangkan betapa lucunya insiden tu) kisahnya semasa balik sekolah, abah yang jemput macam biasa, dan dalam kereta rasanya, along bukak cerita
hari ini cikgu baca karangan angah dalam kelas along... cikgu puji tinggi melangit... along tahan gelak jer, sebenarnya angah copy intro karangan tu daripada surat khabar... lepastu abah yang semak bagi tambah baik...”

hahahaha... memanglah betul aku salin mukadimah karangan tu daripada surat khabar, tapi aku tak pulak rasa benda tu salah, sebab dah aku rajin baca surat khabar, maka kebetulan tajuk karangan tu ada kena-mengena dengan berita dalam surat khabar, apa lagi, aku pun salin lah... hahahaha... tengok, darjah lima pun dah rajin membaca surat khabar... budak-budak sekarang ntah apa-apa jer yang dibaca mereka. Yang dah pasti mereka dok kelek lah handphone ke hulu ke hilir. Handphone dah tentunya jauh lebih canggih dari handphone buruk aku tu... lepastu download yang bukan-bukan... ishishish... zaman dah berubah, dunia dah maju, tapi kemajuan yang menakutkan.

Walau apapun terima kasih abah sebab bagi anak abah ne dah jadi pandai menulis dan pandai matematik... abahlah guru kami yang sebenar... cikgu kat sekolah tu sampingan jer. Tapi tetap TERIMA KASIH GURU ku yang memaksa buat karangan yang banyak setiap hari... Terima kasih juga pada guru matematik semasa darjah 6 – Cikgu Yu Tiong Seng (kalau aku tak silap lah namanya)... Ya Allah... sangat mulia guruku ini. Beliau tidak racist... beliau nak semua pelajarnya pandai matematik... setiap kali selepas peperiksaan, cikgu Yu akan belanja semua pelajar yang dapat A; nasi lemak..(sapa dapat B, melongo sajalah tengok kami tayang dapat nasi lemak sedap)heheheh. nasi lemak tu sangat sedap... walaupun kami ne hanyalah budak2 sekolah rendah, baru berumur 12 tahun, bukan ambil peduli pun nak Tanya halal haram, tapi cikgu yu sangat sensitive dengan sensitivity orang melayu dan islam, maka cikgu Yu awal-awal dah bagitahu yang beliau beli/ order nasi lemak tu dari peniaga nasi lemak – orang melayu/islam... terima kasih cikgu... i miss you a lot... really miss you cikgu... (alamak, dah masuk mode sedih)....huhuhu...


Ne sebenarnya apa kes masuk kisah zaman sekolah ne... hehehe... sebenarnya aku nak buat kerja office, ne sambil merehatkan badan setelah penat memasak, tiba-tiba rasa nak menulis... makanya, menulislah aku dengan kisah-kisah yang terbit secara spontan... sebenarnya aku nak goreng nuggets untuk students yang datang belajar kat rumah malam ne, tapi tadi masa tengah basuh pinggan, tiba2 badan rasa sakit dan tak mampu nak berdiri langsung. Itu yang cepat-cepat basuh tangan dan masuk bilik... Mujurlah semasa aku sediakan makan malam tadi aku dah buatkan air untuk budak2 tu... Kalau tak, kesian mereka... sorrylah adik2... malam ne tak ada supper, akak dah nak pengsan... aku bagi diaorang coklat – yang orang itu belikan, teh o strawberry panas (thanx to Ijan for the TEH) dan buatkan air hijau (ne si farez lah ne, masuk-masuk rumah nampak air yang adik aku minum... pastu apa lagi, bisinglah mulut dia mengomel... “eeee cikgu minum air hijau.... air apa tu cikgu? Air minum ke water color”.... hahaha.... aku yang tengah makan kat dapur, punyalah tutup mulut tahan nak gelak... farez...farez.... banyak main budak bertuah tu...

maka sebelum aku masuk bilik, aku tanyalah, “korang nak air apa?” selama hari ini tak pernah pun aku Tanya, aku buatkan jer air panas, sebab tak elok bagi budak2 minum air sejuk malam2... tapi tadi sebab dah dengar si farez tegur pasal air hijau, aku pun tanyalah diaorang nak air apa... hehehe... farez tak ada, dia ke tandas (tu pun rutin dia jugak tiap-tiap kali datang belajar)... so si along lah yang tolong jawab... “saya tak kisah, air apa2 pun boleh, tapi farez nak air hijau”... heheheh... apa2 lah korang ne...

Moga korang belajar sungguh-sungguh dan menjadi generasi ISLAM yang menjunjung tinggi ajaran Allah ini dan menjadi ilmuan Islam yang memberi sumbangan buat agama, bangsa dan Negara... Insya Allah.... kakak doakan....
Ya Allah mudahkan lah urusan adik-adik kecil ku ini – along dan farez.... Ameen....

Sebenarnya banyak lagi nak tulis, tapi badan sudah sangat-sangat sakit, kepala pun dah sakit balik, aku kena pen off dulu, nak rehat sekejap. Harap-harap dapat bangun jam 3pagi nanti untuk sambung buat homework... Aku gembira sangat dan bersyukur sangat-sangat, sebab akhirnya ada dalam senarai “things to do” ne yang Berjaya di slash ; bermaksud SELESAI.... Alhamdulillah....

Ingin jumpa dia

Assalamualaikum wbt...

rasa nak menulis...
saya ingin sangat nak jumpa seseorang ne...
ingin sangat...
saya rasa dia telah pulang ke tanah air...
tapi dia di mana...
saya ingin jumpa dia...

Ya Allah...
Izinkan aku bertemu dengan dirinya...
Ameen....

rakan-rakan... doakan... pleaseeeeee....
ini jadi WISH LIST NO.1

Bila Waktu Telah Berakhir

Bila waktu telah memenggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

*By Opick*

Monday, January 10, 2011

JaTuH...

Ya Allah jadikanlah hamba Mu ini menyintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku .
(Riwayat MUSLIM)
Sesiapa yang jatuh cnta kemudian dia menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya maka dia adalah seorang yang syahid
(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain)

Thursday, January 6, 2011

Congratulation Ijan... Anda Terrer

Assalamualaikum wbt...

...CONGRATULATION IJAN...


Congratulation to my staff yang berjaya jumpa blog haku...

hahahahabis lah aku... tak bley buat luahan perasaan dah dalam ne...hehehe...


Haji Menuju Allah

Lafaz Talbiah...
Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya
Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia
Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia
Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia
Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima
Jagalah pantang larang-Nya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu pada-Nya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba
Jika cantik dan indah menjadi puncanya, maka Allah adalah yang terindah..keindahannya terzahir dari makhluknya.

Jika banyak membantu menjadi sebabnya, Ya Allah maha membantu...udara yang disediakan, matahari yang memancar, alam yang penuh dengan rezeki serta nikmatnya. Ya Allah tidak terkira nikmatNya...

Monday, January 3, 2011

Wish list no. 6: Memorial Visit ke Parit Buntaq

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya nak buat tajuk wish list no. 6: Memorial Visit ke Parit Buntaq.

Aku rindu teramat sangat nak ke PB semula. Peluang yang tercipta tempoh hari - for the reunion tak dapat dipenuhi kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan i.e. ayu bertugas haritu. dah janji dengan dia, dan aku tak suka last-last minit tukar plan. jadi aku duduk rumah jer minggu tersebut. Insya Allah ada kesempatan aku nak menjejak kaki ke PB. Dan lebih manis lagi kalau dapat pergi bersama-sama rakan yang dikasihi dan dirindui. aku masih ingat pada fathiah, liza, ayu, check, wahidah, dan zanaaaaa.... yeay baru minggu lepas dapat jumpa zana...gembira sangat, alhamdulillah.... (errrr....sebenarnya ne jer kawan yang aku ingat...hehehe)

dua minggu lepas, berpeluang balik ke TI, (dah lah balik naik bas, mentang2 lah ada bas dar putrajaya direct ke TI, tapi mmg serik... kalau boleh memang tak mau naik bas tu lagi.... waaaaa.... dia pusing 2 jam dalam KL baru nak keluar... perjalanan TI-PTRJAYA yang cuma 3 jam dah jadi 5 jam..... adei lah... tak apa...kita lupakan kisah bas itu...

sampai jam 2 pagi, abah yang jemput... pagi esok nya (Sabtu) - breakfast bersama Zana-kawan lama masa skolah rendah (darjah 1-4)... hehehe... Thanx Zana, belanja aku breakfast...

lama tak borak dengan zana, menyebabkan breakfast nya jadi panjang. sebenarnya boleh dipanjangkan kepada lunch tapi memandangkan zana nak ke ipoh dan aku pun perlu bersiap untuk ke kenduri Om dan kemudiannya pulang ke putrajya, maka disingkatkan pertemuan itu. mudah2 an Allah izinkan kita bertemu lagi... Insya Allah...

Berjumpa dengan zana, membuatkan aku berasa rendah diri dan insaf, betapa aku amat-amat mensyukuri segala nikmat yang Allah anugerahkan buat aku... terlalu banyak Ya Allah...
Aku bersyukur pada mu Ya Allah... Jangan sesekali Kau jadikan aku hamba yang tidak bersyukur Ya Allah.... aku tidak mahu... Cukuplah Engkau bagi ku Ya Allah... Cukup lah cinta Mu buat hamba mu yang serba dhaif ini dan amat mengharapkan Mu Ya Allah...
Terima Kasih Ya Allah untuk segalanya.... Alhamdulillah....

Nota:
Hatinya telah sejuk kembali...
Alhamdulillah... Thank you Allah...


Kepada anda... thank you for the chocolate and guide and erm, nasi goreng jam 2 pagi...hehehe... mama khutbah 3 hari straight pasal chocolate tu... hehehe... thank you ... May Allah rewards you with the best rewards, Insya Allah...

Kalau rasa resah...maknanya itu salah

Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” [Hadith Riwayat Muslim]