Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts

Friday, March 20, 2020

Diari MCO2020 (Day 3) : Apa kaitan surah al-kahfi dengan dajjal?

Assalamualaikum .... 
Salam Jumaat.

Salam working from home.

First jumaat di sini yang tidak ditunaikan solat jumaat. Huhuhu sedihnya.

Kena istighfar banyak-banyak ni. Masa nak pulang dah makin dekat. Semoga kita pulang dalam rahmat Allah dalam keadaan diampunkan dosa dengan iman yang sempurna dan diberikan kesudahan yang baik. ameen insha Allah.

Dah baca surah al-kahfi harini? WFH ni boleh la spend masa baca sebab tak payah start enjin kereta ke sana ke mari kan.
Selalunya setiap hari jumaat puan ibu akan pesan baca surah al-kahfi ni. Kena bangun awal, kalau tak, tak sempat habis kena sambung kat office lepas solat zohor. Hihihi ....
Kenapa kita disarankan baca surah Al-Kahfi?

Apa kaitan surah al-kahfi dengan dajjal?


Surah Al-Kahfi adalah surat ke-18 di dalam Al Qur'an dan mempunyai 110 ayat.

Surah ini termasuk dalam surah Makkiyyah iaitu surah yang turun sebelum daripada berlakunya hijrah ke Madinah.

Al-Kahfi di dalam bahasa Arab bermaksud Gua.

Ashhabul Kahfi pula bermaksud Penghuni-Penghuni Gua.

Nama surah ini diambil daripada kisah yang terdapat dalam surah ini iaitu pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang ditidurkan oleh Allah SWT di dalam gua bertahun-tahun lamanya.
Ada riwayat hadis seperti yang di copy paste dari laman web mufti wilayah:

1) Dari Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

Maksudnya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq. (Sunan Ad-Darimi: 3273)

2) Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. (Hadith riwayat Muslim: 1342)


Maka saya pernah la terfikir, kenapa surah al-kahfi ni boleh menyebabkan kita terselamat daripada fitnah dajjal?
Okay jawapan yang saya terima, lebih kurang macam ni la ikut kefahaman saya.

Dalam surah al-kahfi ni – ada 4 cerita iaitu :

1. Kisah pemuda yang beriman yang melarikan diri ke dalam gua atas faktor iman dan akidah dan ditidurkan Allah untuk sesuatu tempoh dan dibangkitkan setelah zaman pun dah beralih.

2. Kisah 2 pemilik kebun yang intinya tentang fitnah kekayaan.

3. Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang intinya tentang fitnah ilmu.

4. Kisah Zulkarnain yang intinya menceritakan tentang fitnah kekuasaan yang mana dengan kekuasaan orang boleh buat apa sahaja. Tapi kisah zulkarnain ni tentang pemimpin yang adil yang apa pun dia buat, dia akan sandarkan atau berbalik kepada Allah.


Maka apa hubungan 4 kisah ni dengan dajjal? Berdasarkan kepada 4 kisah ni, dikatakan dajjal akan datang dengan membawa 4 fitnah ni iaitu:
1. Fitnah agama (orang akan menggadaikan agama dan ikut dajjal)

2. Fitnah harta (dengan kekayaan, dajjal boleh menyebabkan orang jatuh kafir)

3. Fitnah ilmu

4. Fitnah kekuasaan

Maka bagaimana kita boleh terselamat daripada fitnah dajjal ni?

Kata ulama tafsir, ada 4 perkara yang kita boleh lakukan :

1. Persahabatan yang soleh.

- refer alkahfi, ayat 28,

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”


2. Jangan terikat dengan dunia.

- refer ayat 45.

“Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”


3. Kena ada sifat tawaduk. 
Kalau ada ilmu pun tapi tak tawaduk.... Jadi sombong. Jadi fitnah.

- refer ayat 69.

"Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu"


4. Kena ada ikhlas.

- refer ayat 94 dan 95.

Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" (18:94)


“Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.”(18:95)

Empat formula ni insha Allah sebagai benteng pertahanan melawan fitnah dajjal.
Kena baca alkahfi dengan penghayatan.

Baca ulang2.... Faham dan diamalkan.


Ayat 1-4 : Ada kekuatan untuk meletakkan harapan:

18:1 – “Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):”

18:2 – “(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.”
18:3 – “Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.”

Pengajaran utk kita :
1. kisah pemuda al kahfi (ayat 9 - 26) : kisah pemuda yang beriman kepada Allah disaat majoriti masyarakat tak percaya Tuhan.
2. Dalam kisah ni, pengajaran ni – kita akan sampai ke zaman di mana banyak fitnah pada agama dan kita ni tak mampu nak lawan kezaliman dan kesesatan yang ada.
3. Pemuda kahfi ni – mereka tak mampu pun nak lawan pemerintahan ketika itu yang dalam kesesatan luar biasa dengan tenaga.
4. Mereka tidak diselamatkan melalui peperangan (menunjukkan bukan melalui kekuatan tenaga)
Pengajaran untuk kita - Jangan pergi cari pula dajjal tu. Bukan level kita nak lawan dajjal.
Pemuda alkahfi menyorok dalam gua bukan duduk sahaja.
Lari bersembunyi tu bukan duduk sesaja. Tapi duduk berdoa tanpa henti. Doa sungguh-sungguh.

Dalam ayat 10 surah al-kahfi ni;
"(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: 
"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".


Huraian seterusnya, Berlari dan menjauhi dajjal.

Menetap la di Makkah atau Madinah sebab dajjal tak boleh masuk 2 tanah haram.

Masa sembang dengan my sistur, dia siap cakap "oh adik dah lama dah cek map, macam mana kita boleh lari ke 2 M tu. Hmmm kalau jalan darat memang berliku. Negara2 yang kita kena rentas memang negara2 yang hmmmmm ____" (fill in the blank). Hihihi

Ulamak kata bila dajjal muncul, hendak lah orang beriman itu menjauhi meninggalkan ia.
Kerana fitnah dajjal sangat besar. Boleh kacau keimanan. Kejap beriman, kejap kufur.

Ada hadis ttg ni juga (tapi tak jumpa cari)

Kalau dajjal keluar, lari lah. Tidak ada terselamat dr fitnah dajjal.kecuali sedikit

Sis ringkas kan cerita ....

Maka kemudian, turunlah Nabi Isa a.s dari belah timur kota damsyik syria - menara putih.

Maka org beriman yang menyorok sebelum tu dan berdoa tanpa henti .... Menyertai Nabi Isa. a.s menuju ke dajjal utk membunuh nya.
Haaa tu antara yang sempat saya faham dan tulis la.
Untuk pencerahan yang lebih cerah, boleh la dengar sendiri atau belajar lagi.

Kalau saya salah, tolong betulkan ye.

Saya dengar kat link ni baru-baru ni. Sebelum-sebelum ni pernah dengar dan baca juga daripa beberapa buku tapi tak ingat letak mana, jadi kali ni saya paste la kat sini dan kat blog untuk rujukan di masa masa akan datang.


Saya dengar kat youtube channel Ustaz Badlishah (Boleh click link sini)

Semoga bermanfaat.

Friday, September 20, 2019

It's all just for a while

Assalamualaikum.

It's September 2019.

Chapter 9. 
I've skip so many chapters this year. I missed blogging. I missed membebel here. It's kinda therapy, to boost for motivation, give an inspiration and spread the loves. 

A-lot-of-things-to-jot-down.

But I need to look at the priority list. 

Another Friday has come. As if I just met Friday yesterday. 

Masha Allah.

Time is ticking very fast.

It means, time to go back to where we all belongs is getting so much near. 
MaksudnyaSesungguhnya tanda-tanda Kiamat yang pertama kali keluar ialah terbitnya matahari dari Barat dan keluarnya binatang (Dabbah) kepada manusia pada waktu Dhuha. Antara keduanya tidak diketahui mana yang terkemudian keluarnya tetapi keluarnya secara berturutan. Yang satu mengikuti yang satunya dalam jangka waktu yang singkat.
Riwayat Muslim (5238) dan Ahmad (6881)
dengan tahqiq Ahmad Syakir.

Maksudnya: “Sesungguhnya ia (hari Kiamat) tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelum daripadanya sepuluh tanda”. “Baginda SAW menyebut (tanda-tanda tersebut): Asap, Dajjal, al-Dabah, terbitnya matahari dari barat, turunnya Nabi Isa anak kepada Maryam, Ya’juj dan Ma’juj dan tiga gerhana iaitu satu gerhana di Timur, satu gerhana di Barat dan satu lagi gerhana di rantau atau jazirah Arab. Seterusnya, yang terakhir adalah keluarnya api dari Yaman yang menghalau manusia ke Mahsyar mereka”. 
[Riwayat Muslim (2901)]



Semoga kita semua bersedia menghadapinya.

Andaikata saya dah tak sempat menulis lagi selepas ini .... 
Semoga semua perkongsian di blog ini beri manfaat buat sahabat pembaca semua. Sekiranya ada salah dan silap - saya mohon ampun dan maaf. terutama dari sahabat-sahabat blogger semua. Banyak yang kita berhubung di alam nyata juga kan.

Kepada semua yang setia disisi .... Saya harap dapat jalan bersama korang semua sampai syurga yang kekal abadi ....  Saya sayang korang .... Terima kasih sebab selalu setia bersama saya - terima buruk baik dan susah senang dengan saya. Semoga Allah memberi sebaik-baik balasan buat korang ....

This morning Allah allows me to listen to this song.

Masha Allah. 

Simple lyrics but very meaningful.

Buat saya tersenyum dan termotivasi untuk meneruskan hari ini. Insha Allah.


DUNIA TEMPAT KITA MENINGGAL BUKANNYA TEMPAT KITA TINGGAL.


Sedih Sementara
Bahagia Sementara

Sakit Sementara
Sihat Sementara

Miskin Sementara
Kaya Pun Sementara (Hahaha....Dapat Gaji Harini Esok Dah Habis)

Cantik Sementara 
Tampan Pun Sementara .... Hahahaha Serious La!

Dunia Sementera
Akhirat Selama-Lamanya.

Bersyukurlah Atas Segala Apa Yang Kita Dapat
Sebab Semuanya Begitu Indah

Bersabarlah Atas Segala Musibah Yang Menghampiri
Kerna Semuanya Tak Akan Lama

Berharaplah Hanya Kepada Allah Yang Maha Esa Yang Maha Segalanya
Yakinkan Hati Hanya Kepada Nya

Dunia Tempat Kita Meninggal Bukannya Tempat Kita Tinggal.
Kita Semua Akan Kembali Kepada - Nya.


Hiduplah baik-bak. Let's support each other to stay healthy and happy - kekal bahagia bersama sampai syurga Nya. Aamiin. Insha Allah.


Keep Huda in your doa.

@loves_nhhas


Derry Sulaiman ; Ali XPDC - Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Friday, October 13, 2017

Siti Khadijah bt. Khuwailid - 4 Keistimewaan Menjadikannya Tetap Unggul

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. serta seluruh ahli keluarga dan sahabat baginda...

Jarak usia antara Nabi Muhammad S.A.W. dengan Siti Khadijah ketika mereka melangsungkan perkahwinan ialah 15 tahun Nabi S.A.W. masih berusia remaja sedangkan Khadijah sudah berusia 40 tahun. Bagaimanapun faktor usia tidak menghalang keduanya untuk menjalani kehidupan bahagia, rumahtangga di antara seorang pemuda yang berbudi mulia dengan seorang hartawan wanita. Sebelum itu Khadijah telah dua kali mendirikan rumahtangga, suami pertamnya bernama ‘Utiq bin A’id at-Tamimi. Setelah berpisah dengan suami pertama, lalu Khadijah bernikah pula dengan Abu Halah at- Tamimi atau nama sebenarnya ialah Hindon bin Zurah.
(dengar kat IKIM - jika tak silap her first 2 husband passed away - wallahualam)

Sepanjang menjalani kehidupan rumahtangga bersama Khadijah, Rasulullah S.A.W. menyifatkan Khadijah sebagai “Khairun Nisa”, iaitu sebaik-baik wanita contoh yang wajar diteladani oleh muslimat sepanjang zaman, segala tingkah laku sama ada cara beliau melayani suami, mengasuh anak-anak caranya melayani waris sendiri dan cara melayan waris di pihak suami.

Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ali; bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud;

“Sebaik-baik wanita zaman dahulu ialah Siti Maryam, dan sebaik-baik wanita di zaman aku ialah Siti Khadijah.”

Rasulullah S.A.W. ketika bercakap mengenai arwah isterinya Siti Khadijah, lazimnya sentiasa memuji-muji sifat dan pekerti mulia yang telah ditunjukkan olehnya, dan situasi ini kadang-kala menyebabkan hati kecil Siti Aisyah terusik.

Seperti yang telah diriwayatkan bahwa pada suatu hari, Nabi. S.A.W. memuji-muji tentang Siti Khadijah dihadapan Siti Aisyah, maka berkata Siti Aisyah kepada Nabi S.A.W.

“Wahai Rasulullah, bahawa Khadijah itu tidak lebih dan tidak kurang hanyalah seorang perempuan tua, kini Allah S.W.T. telah menggantikan perempan tua itu dengan yang lebih baik darinya.”

Kata-kata Aisyah itu menyebabkan Nabi S.A.W. merasa marah, lalu Nabi S.A.W. menyangkal kenyataan Aisyah dengan sabdanya:

“Demi Allah, sesungguhnya Allah S.W.T. tidak menggantikan Khadijah dengan perempuan yang lebih baik kerana Siti Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuri aku. Khadijah membenarkan kata-kataku ketika orang ramai mendustaiku. Khadijah memberikan simpati yang tinggi dengan mengorbankan harta kekayaannya demi kejayaan dakwah Islam, Allah S.W.T. mengurniakan zuriatku melalui Siti Khadijah, sementara isteri-isteri yang lain ditakdirkan tidak melahirkan zuriatku

Sumber: Sirah Nabawiyah (oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)
25 Mac 2010.

Entri ulangan edisi kemaskini 13.10.2017
Selepas 7 tahun aku kembali mengenang entri ini yang mengundang air mata tatkala mendengar lagu Siti Khadijah dendangan kumpulan InTeam dan sulaman hadis yang dibacakan dalam perjalanan ke kuliah setiap pagi perihal sirah nabawiyah.  Terasa betapa istimewanya wanita hebat ini dan betapa cintanya baginda Nabi s.a.w terhadap saidatina khadijah.  Semoga Allah mengizinkan kita menjadi wanita solehah terbaik dunia dan akhirat. Insya Allah.
She is just so much inspirational woman to me.

Siti Khadijah Serikandi sejati
Kaulah lambang cinta sejati
Serikandi pertama tika Islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerna iman kau sanggup berjuang

Siti Khadijah namamu indah
Qudwah Hasanah tauladan ummah
Tika rasul terpinggir 
Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah


Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti



Indah jalan menuju Allah
Jika teman seperti Khadijah 
Masih ada lagi

Tuesday, January 10, 2017

IT'S So REAL ...

They say that love never lasts
That love never lives to see another day

 But what I know deep down inside
It's what I feel and it's so real

I gave it up all for You
And there ain't nothing that I won't do

 All I know deep down inside
It's what I feel and it's so real with You!

Allah, 
everyday I'll try to be as true as I can to You
'Cause loving You the best I can
Will always be my number one and only plan

Yes everyday I'll try to be as true as I can to You
'Cause loving You the best I can
 Will always be my number one and only plan

 They say: "You're out of your mind"
"Don't you know that love fades away?"
They say: "It only brings you pain!"

 But what I feel is so real!
I gave it up and turned to You
'Cause I know what Your love can do

OH Allah open up our hearts
And make us feel how it's so real with You!
Allah, everyday I'll try to be as true as I can to
 You 'Cause loving You the best I can

Will always be my number one and only plan
Yes everyday I'll try to be as true as I can to You


#SoREAL

by Raef ft. Maher Zain


Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung pada niatnya, dan 
sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. ...
#Hadis No.1

#Hadis40
#betulkanNiat
#luruskanLangkah
#rapatkanSaf
#Lillahitaala




Wednesday, June 1, 2016

Sempurnakah Ramadhan ku???


Re-post sempena Ihya Ramadhan ...

Assalamualaikum wbt...
Dikongsikan nota Kuliah maghrib "Sempurnakah Ramadhan ku"...
by ustaz shamsul hakim, pensyarah USIM... @ surau al islah, presint 9, Putrajaya pada 16 Jun 2014 (18 Syaban 1435H).....

 *************************************

Adakah kita bersedia utk dipinang ramadhan yang datang membawa pelbagai bentuk hantaran dan ganjaran daripada Allah S..W.T... ?

Persiapan kita utk menerima kehadiran ramadhan...

Setiap tahun ramadhan datang jumpa kita tepat pd 1ramadhan...
Bagi mereka yang bersedia, persediaan telah dibuat since rejab...bahkan lebih awal dari itu...

Bilamana dtg nya ramadhan... Dibuka semua pintu syurga, ditutup semua pintu neraka, dan syaitan dibelenggu...

Setiap tahun ramadhan dtg pinang kita utk menjadi penghuni syurga Allah... tapi berjaya atau tidak pinangan itu bergantung pada persediaan kita...

Analogi... Kalau nak kawin pun, kita akan tengok "latar belakang" pasangan yang meminang dan di pinang...

salafussoleh punya rindu ngn ramadhan dah minta pd Allah agar dpt bertemu ramadhan, 6bulan sebelum ramadhan...
Sepanjang 6bln slps ramadhan pula mereka mtk agar Allah terima amal ibadah mereka spjg ramadhan yg lalu...

bagaimana kita pd harine?
Jangankan rejab, lagi 2mgu nk ramadhan pun blh ada acara2 berbentuk hiburan lagi...
Seolah2 tak rasa apa... Tak rasa nk dipinang oleh ramadhan... Tak rasa nk grab "hantaran" janji takwa dan balasan syurga yg d bawa ramadhan...

kehebatan ramadhan... Allah seru dgn panggilan yg mulia i.e. "wahai org2 yg beriman"...
Iman yg sebenar2 bertapak dlm hati...

 Rujuk...Surah al-baqarah ayat 183-185

(183): Wahai orang2 yang beriman, Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa... 

... Wahai orang2 yg beriman...
... Puasa ne tlh d fardukan juga pd umat yg terdahulu dr kamu...
... Perintah bukan saja utk suka2...tp sbb Allah nk bg anugerah yg besar...i.e takwa... Dan sbgaimana kte tahu takwa adalah "lesen" utk kte menjadi penghuni syurga Allah...

Allah ampunkan segala dosa bg orang yg puasa benar2 kerana Allah dgn penuh iman dan takwa...

Dosa ibarat racun yg merosakkan diri dan akhlak seseorang...

penyakit hati umat akhir zaman... Sbb x berlaku pembersihan "hati" yg d penuhi "racun dosa"...

umpama jika kita memakan banyak makanan yang bukan-bukan dan tidak berkhasiat, yang akhirnya menjadi racun pada tubuh badan...yang boleh trigger kanser dlm tubuh...

Sesungguhnya, keampunan Allah itu maha luas terutamanya dalam bulan ramadhan... Maka mohonlah keampunan daripada Nya... menurut hadis berikut, dosa selain syirik akan diampuni


عن أنس رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول - قال الله تعالى : يا بن ادم إنك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان ولا أبالي , يا بن ادم لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم استغفرتني غفرت لك , يا بن ادم إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئاً لأتيتك بقرابها مغفرة - رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح

Terjemahan:
Dari Anas radhiallahu 'anhu, ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Allah ta’ala telah berfirman : “Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni dosamu dan Aku tidak pedulikan lagi. Wahai anak Adam, walaupun dosamu sampai setinggi langit, bila engkau mohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku memberi ampun kepadamu. Wahai anak Adam, jika engkau menemui Aku dengan membawa dosa sebanyak isi bumi, tetapi engkau tiada menyekutukan sesuatu dengan Aku, niscaya Aku datang kepadamu dengan (memberi) ampunan sepenuh bumi pula”. (Riwayat al Tirmizi, Hadis Hasan Sahih).


******

Allah buka seluas-luas pintu rahmat kepada semua hamba Nya... Jika lah manusia itu blh melihat rahmat keampunan dan kasih sayang Allah, nescaya kte akan terpegun dan rasa menyesal kenapa tak taubat dan mohon ampun pd Allah...

Allah kunci serapat-rapatnya pintu neraka... kerana tidak mahu ada hamba Nya yg menempah tiket ke neraka... Tapi manusia yang degil tak sedar diri ada juga yang "pecah masuk" pintu neraka dengan membuat larangan2 Allah... seolah2 sengaja menempah tempat ke neraka Allah...
Betapa Allah sayang pada kita orang beriman ne, bukan setakat buka pintu syurga seluas2nya, tutup pintu neraka serapat-rapatnya... Bahkan Allah membelenggu syaitan... Agar kita dapat fokus beribadah...cari rahmat dan redha Allah...


وَنَادَىٰ أَصْحَابُ النَّارِ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ أَفِيضُوا عَلَيْنَا مِنَ الْمَاءِ أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى الْكَافِرِينَ ﴿الأعراف: ٥٠﴾
Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka dengan firmannya): ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): "Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu". Mereka (ahli Syurga) menjawab: "Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir".

إِنَّ شَجَرَتَ الزَّقُّومِ﴿٤٣﴾ طَعَامُ الْأَثِيمِ ﴿٤٤﴾كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ ﴿٤٥﴾كَغَلْيِ الْحَمِيمِ ﴿الدخان: 43-46﴾
  
(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, - (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka). (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, - Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.


Ganjaran ramadhan...rahmat... Keampunan... Kelepasan drpd api neraka...

kena azam dari skrg,agar pinangan ramadhan tahun ini kita terima dgm persediaan yang rapi...

...siapkan hati utk terima ramadhan... (sama mcm seorang wanita yg persiapkan hati dan diri utk terima pinangan seorang lelaki yg bakal menjadi suaminya)

...sempurnakan kewajipan umum i.e sempurnakan solat fardhu sesempurnanya...
Jaga solat fardhu elok2...

...bwk barang keperluan dan tinggalkan bebanan yg x perlu... Usahakan agar b4 ramadhan, semua beban2 dosa d langsaikan... Mtk maaf dgn semuaorang yg kte buat salah... Dosa tu yg jd beban menyebabkan manusia berat(malas) nak buat baik,nak beribadah...

... Banyakkan solat tarawih i.e buat sampai siap sama2 dgn imam...

bnykkn baca quran...
Qiamulail...

wallahualam... Setakat tu yg sempat sy catatkan berdasarkan kuliah maghrib td...

...diharapkan kawan2 sudi ringankan beban saya, Huda Sani, dgn memaafkan semua salah dan silap saya sama ada yg sedar mahupun tidak...

tengs korang...love uols.... 


p/s: catatan ini telah disemak dan ditambah pada bahagian Hadis dan Quran oleh ustaz shamsul... (he is my former guru talaqi di USIM)...

p/s; thanx ustaz sebab betulkan catatan nota saya...



Tuesday, September 15, 2015

The Daily Reminder 10 : All it takes

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...
Dikongsikan catatan ringkas dari The Daily Reminder Conference (29&30 aug.2015) yang lalu.
Semoga ada manfaat yang dapat di kongsi bersama.


All it takes by shaik omar el banna
29 Aug.2015 (14 Zulkaedah 1436H).

1.       We live in very rough time - time of much 'fasad', corruption, oppression, muslim blood are cheap, etc. do we care? do we really care? we claim we care but...

2.       We also have lost our 'dream'..most of our dream for ourselves and our family is all dunia (best education, best house, best salary etc)... BUT for akhirat we have very low aspiration.. the lowest level of jannah...is okay for us.

Rabia ibn kaab was one of ahli suffah (the poor who have no house, no food, no wife and even the cloth he was wearing was not enough to cover him properly) one day ..

Rabia b.Kaab, said:
"I was with Allah's Messenger s.a.w. One night, and I brought him water and what he required. He said to me: 'Ask (anything you like)'. I said: 'I ask for your company in Paradise.' He (the Holy Prophet) said: 'or anything else besides it.' I said: 'That is all (what I require)'. He said: 'Then help me to achieve this for you by devoting yourself often to prostration' " (Sahih Muslim).

SubhanAllah! he has nothing of this dunia and he didn't bother to ask any?!!!. If he had asked, RasullAllah s.a.w. would have asked the other sahabat and they will be racing to fulfil his requests to help Rabia..but no...his focus was jannah...not only jannah but TO BE WITH RASULALLAH S.A.W.!

And of course jannah is not easy thus RasulAllah s.a.w. told him 'help me to acheive this for you.....'

3.       All our sacrifices, worries, priorities are mostly about dunia but no or minimal  worries about akhirat. 

4.       We complain about the leaders, the ulamas and the ummah. they should do 'this' and 'that'..but we just sit on our butts...as long as we are ok..our family is safe..we have good income...the ummah is not my problem! ask ourselves... 'what have I done for Islam beside complaining and criticizing others?'

5.       We want others to change/improve first...actually we must change/improve ourselves first - improve our character - it is not enough to just look after our family (wife and children). we have 'time and money' for dunia BUT we don't have 'time nor wealth' for the deen. ON THE DAY OF JUDGEMENT, ALLAH will ask us to show from our deeds - what have we done for our deen :((

6.        The story of musab bin umair, his sacrifice and the success of his dakwah. it was reported after a year of of his dakwah in madinah...there is a muslim in every house in madinah! Allahuakbar! imagine how happy he will be on the day of judgement! (you can read more about musab bin umair - link below) http://www.islamtomorrow.com/articles/Musab_bin_Umair_envoy.htm

7.       Conclusion:

  • Darkness/ bathil & corruption will easily fade away with light / truth. ( I think the speaker mentioned this verse. (17:82) And say, "Truth has come, and falsehood has departed. Indeed is falsehood, [by nature], ever bound to depart").
  • It only take someone to lit the light...do not wait for the next person to do it.

May Allah choose us and use us for His deen. aamiin


Buat Sister Yona - Semoga Allah merahmati mu sentiasa dunia dan akhirat, Insya Allah.

Sunday, September 13, 2015

The Daily Reminder 9 : Pursuit of the hereafter

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...
Dikongsikan catatan ringkas dari The Daily Reminder Conference (29&30 aug.2015) yang lalu.
Semoga ada manfaat yang dapat di kongsi bersama.


Refer Quran verses (28:76-83).

Indeed, Qarun was from the people of Moses, but he tyrannized them. And We gave him of treasures whose keys would burden a band of strong men; thereupon his people said to him, "Do not exult. Indeed, Allah does not like the exultant.

But seek, through that which Allah has given you, the home of the Hereafter; and [yet], do not forget your share of the world. And do good as Allah has done good to you. And desire not corruption in the land. Indeed, Allah does not like corrupters."

He said, "I was only given it because of knowledge I have." Did he not know that Allah had destroyed before him of generations those who were greater than him in power and greater in accumulation [of wealth]? But the criminals, about their sins, will not be asked.

So he came out before his people in his adornment. Those who desired the worldly life said, "Oh, would that we had like what was given to Qarun. Indeed, he is one of great fortune."

But those who had been given knowledge said, "Woe to you! The reward of Allah is better for he who believes and DOES RIGHTEOUSNESS. And none are granted it except the patient."

And We caused the earth to swallow him and his home. And there was for him no company to aid him other than Allah, nor was he of those who [could] defend themselves.

And those who had wished for his position the previous day began to say, "Oh, how Allah extends provision to whom He wills of His servants and restricts it! If not that Allah had conferred favor on us, He would have caused it to swallow us. Oh, how the disbelievers do not succeed!"

That home of the Hereafter We assign to those who do not desire exaltedness upon the earth or corruption. And the [best] outcome is for the righteous.
  1. Qarun was tested with the wealth/ joy of life. He was excessively happy with these blessings. He thought his blessings were from his own efforts.  He became arrogant and tyrant. He was not kind to people.
  2. We too often forget that our blessings (intelligence, knowledge, skills, good jobs, good looks, nice family, wealth, peace and security) are from Allah s.w.t. Many times we had said/thought that we have 'this' and 'that' because of our efforts and intelligence. NO! they are not. These blessings are from Allah s.w.t. and they are our TEST.

  1. Most of the time, we too become arrogant with our blessings. Therefore we all need to be reminded that the test of blessings require us to DO RIGHTEOUS deeds. Use our blessings for the sake of Allah s.w.t and the 'deen' before it is too late. Be kind to people. Don't be arrogant.

ps. wealth/money often comes with corruption



Buat Sister Yona - Semoga Allah merahmati mu sentiasa dunia dan akhirat, Insya Allah.

Saturday, September 12, 2015

The Daily Reminder 8 : Promosi Winter Cloth + Solat berjemaah


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Jom bantu saudara islam kita di syria ...
Semoga infak kita yang sedikit ini ada nilaian yang tinggi di sisi Allah...
Bagi yang pernah merasai musim sejuk itu... ya Allah... sangat sejuk...
Sesejuk sejuk melben tu... masih belum sampai 0 degree.
Sesejuk sejuk aku di madinah hari tu... baru 12 degree...
Pun aku sarungkan 4 lapis baju...
Apatah lagi mereka...

Jom bantu...

Boleh hubungi no yang tertera jika ada sebarang kemusykilan ...

Sungguh menyayat hati mendengar dan melihat berita tentang pelarian syria di benua eropah.
BACA BERITA INI : 

Cuba bayangkan... jika itu berlaku kepada kita di malaysia 
(nauzubillah ; minta Allah jauhkan)...
Atas malaysia - tanahThai. 
Bawah malaysia - kota Singa.
Agak -agak mana nak lari?
Kita hanya ada satu tanah - tanah melayu a.k.a MALAYSIA yang perlu kita pertahankan kerana ini tanah tumpah darah kita ... tiada lain...

Ayuh... kita kumpul ahli keluarga kita rakan2 jiran tetangga kita ... 
Buat promosi besar2 an...
Daripada kita viral kan gambar2 "funny lah konon" membahan dan menghina pemimpin negara. Daripada kita berarak menyokong  pem"Bersih" yang juga diragui Bersih nya ...
Adalah lebih baik... kita viral kan...
Kempen kan kepada ahli keluarga rakan jiran tetangga ... turun SUBUH berjemaah... atau
At least maghrib dan isya berjemaah dan buat solat hajat besar-besaran ... 
(Lagi bagus kalau 5 waktu berjemaah).
Mohon agar Allah turunkan pemimpin yang zalim dan angkat pemimpin Islam yang adil...
Mohon agar Allah tunjukkan kebenaran siapa benar ... siapa salah.
Mohon agar Allah pelihara keselamatan kita dan tanah air kita yang tercinta ini...

Bangunlah solat berjemaah ... 
solat hajat ramai2...
Solat tahajud ...

Kalau kau boleh viral kan "membahan" pemimpin.
Kalau kau bangga turun mem "bersih"...

Kenapa KAU MALU viral kan...
Kempen subuh dan solat2 fardhu berjemaah.
Kempen solat hajat besar -besaran seluruh Malaysia.

Allah berfirman dalam Al Quran ... antaranya ...

Surah Al Baqarah ;Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang yang khusyuk. (Ayat 45)

Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai orang yang sabar.
(Ayat 153)

"... mintalah pertolongan dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat ...

Kau rasa2 Allah nak tolong ke kalau kita melawan kejahatan dan kemungkaran dengan kemaksiatan?
Dia yang kita rasa bersalah tu kot lah dah tentu ke tidak salah kita tak tahu...
Yang pasti tukang sebar gambar dan kenyataan yang menghina dan memfitnah / fwd tanpa tahu kebenaran ... dah tentu tentu ada saham "mengumpat"... **berpanjangan pulak tu...

Jadi ... dalam baki masa yang ada ini... jom kita baiki keadaan dan kesilapan ini...

Semoga Allah ampunkan dosa2 kita dan pelihara keselamatan kita dan bumi Malaysia ini ... insya Allah ...

Sungguh aku gusar dengan peringatan2 ini...


Allāh says,
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَى أُمَمٍ مِنْ قَبْلِكَ فَأَخَذْنَاهُمْ بِالْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ
“We sent messengers to many nations before you and We seized them with extreme poverty and loss in health so that they might turn to us in repentance.” 
[1] Al-Qur’an, Surah 6, Ayah 42

Allāh says,
وَلَقَدْ أَخَذْنَاهُمْ بِالْعَذَابِ فَمَا اسْتَكَانُوا لِرَبِّهِمْ وَمَا يَتَضَرَّعُونَ
“And We had gripped them with suffering as a warning, but they did not surrender to their Lord, nor did they humbly supplicate.” 
[2]Al-Qur’an, Surah 23, Ayah 76

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ
“And whatever affliction befalls you, it is because of what your hands have earned.” 
[3]Al-Qur’an, Surah 42, Ayah 30

أَوَلَا يَرَوْنَ أَنَّهُمْ يُفْتَنُونَ فِي كُلِّ عَامٍ مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ لَا يَتُوبُونَ وَلَا هُمْ يَذَّكَّرُونَ
“Do they not see that they are put in trial once or twice every year yet they do not turn in repentance, nor do they learn a lesson from it?” 
[4]Al-Qur’an, Surah 9, Ayah 126

Allāh says,
وَبَلَوْنَاهُمْ بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“And we tested them with blessings and misfortunes so that they may turn in repentance” 
[5]Al-Qur’an, Surah 7, Ayah 168

Allāh says,
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“Corruption has appeared in the land and the sea because of what the hands of men have done, that He may make them taste a part of that which they have done,so that they may turn in repentance.” 
[6]Al-Qur’an, Surah 30, Ayah 41

Allāh says,
وَلَنُذِيقَنَّهُمْ مِنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَى دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“And We will make them taste of the nearer punishment (of this world) before the greater punishment (of the Hereafter)so that they may turn in repentance.” 
[7]Al-Qur’an, Surah 32, Ayah 21

Allāh says,
وَلَقَدْ أَهْلَكْنَا مَا حَوْلَكُمْ مِنَ الْقُرَى وَصَرَّفْنَا الْآيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“And We destroyed the towns which are around you, and We have shown them the signs in various ways so that they might turn in repentance.” 
[8]Al-Qur’an, Surah 46, Ayah 27

Allāh says,
وَمَا نُرِيهِمْ مِنْ آيَةٍ إِلَّا هِيَ أَكْبَرُ مِنْ أُخْتِهَا وَأَخَذْنَاهُمْ بِالْعَذَابِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“And there was not a sign which We showed them except that it was greater than the sign before it! And We seized them with affliction so that perhaps they might turn in repentance.” 
[9] Al-Qur’an, Surah 43, Ayah 48

After identifying the illnesses, Allāh prescribes the exact same cure.
Allāh wants us to repent.