Friday, December 31, 2021

Harapan 2022 Sayonara 2021

31 Disember 2021

Hari jumaat dan hari terakhir 2021 ... 

Saya doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki yang diberkati

diberikan kesihatan yang baik,

hidup yang tenang, senang, bahagia dan membahagiakan.

jadi orang yang lebih baik, anak yang lebih soleh/solehah, 

pekerja yang cemerlang untuk membangunkan semula negara 

dan semoga kita semua beroleh kesudahan yang baik dalam hidup dan diberi syurga tingkatan yang paling best.

insha Allah.


Percaya dan yakinla

Tiada yang mustahil

Tidak ada yang mustahil dengan adanya harapan.

Percaya dan yakinla

Jadilah mulia seperti awan

Jadilah sumber untuk memberi

Hulurkan tangan dan

Hapuskanlah kesedihan

TANPA MENGHARAPKAN BALASAN DAN PUJIAN

Walaupun tahun-tahun berlalu

jangan rasakan sudah terlambat

Kita semai / tanam, dan yang lain mendapat maanfaat darinya

itulah aturan alam dan kehidupan

Jika hidup dengan HARAPAN

Perkara yang mustahil boleh jadi NYATA

Dengan keteguhan IMAN, 

anda boleh mencapainya

lebih tinggi dari puncak gunung

lihatlah impian mu yang kau rasakan jauh

dan hiasilah dengan keyakinan dan IMAN

dan kemahuan sekuat BESI

Kau akan dapati impianmu bisa menjadi NYATA

Insha Allah.


Sayonara 2021.

Semoga diberi perhitungan yang baik di sisi NYA.