Saturday, March 21, 2020

Diari MCO2020 (Day 4) : Apa kaitan tabligh dan covid19 di Malaysia

CATATAN SEMPENA COVID-19 DAN MALAYSIA MEMPERKENALKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) / MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO)

 ************************************************************
Kerana Nila Setitik
Rosak Susu Sebelanga
Aku rasa, pepatah ni yang terbaik untuk gambarkan situasi yang dialami oleh jemaah tabligh ketika ini.
.
Kerana satu orang, tak amal sunnah Nabi s.a.w iaitu jangan masuk kawasan yang ada wabak, habis satu jemaah masjid sri petaling kene covid-19.
.
Pergi negara (korea) ketika covid-19 tengah mengganas, balik tak reti quarantine. Baik punya perangai siap pergi ijtimak kat masjid dan aku difahamkan dia siap tido lagi kat situ (betulkan kalau info ni salah).
.
Kes lain pulak. Kerana ada beberapa orang yang menipu, tak mengaku hadir ijtimak bila pegawai kesihatan tanya, ramai staf kesihatan yang tak pasal2 kene quarantine suspek covid-19. Siap ada yang positif lagi. Dah la hospital tak cukup staf untuk covid-19, yang ada kene quarantine pulak. Adoi.....
.
Tu belum lagi beberapa orang yang tak serah diri untuk proper check kat hospital. Beberapa tu makan ribu jugak la. Sekarang ni polis tengah ligan diorang ni. Nasib la 😅
.
Sedangkan, ramai jemaah tabligh yang "serah diri" untuk di check. Siap ada yang pergi kk bg tau " sy hadir ke ijtimak di sri petaling". Kene "tendang" ke hospital sb kk tak boleh check covid-19. Sampai hospital kene "tendang" kejap pintu depan, kejap kecemasan, lepas tu pintu depan balik. Last2 "tercampak" ke masjid sri petaling balik sebab kkm dah buka fasiliti saringan disitu. .Ceh buang karan betul kkm ni, bagilah tau awal2...😏 Sabar, taat je ikut perintah. Hampir 5000 (ke lebih) yang tampil buat saringan sampai kkm pun pening sample banyak sangat 😅
.
Untuk satu organisasi yang takde "borang keahlian" tapi boleh suruh beribu orang untuk hadir buat saringan, bagi aku kita kene salute lah. Diorang dah bagi yang terbaik. Kita anak 2-3 orang je pun, ponteng sekolah kadang2 mak pak xtau pun 🙄
.
Kita juga kene realize, jemaah tabligh ni background macam2. Dari bekas penjenayah sampai pemimpin negara pun ada. Artis tak payah cakap lah. Bersepah. Ijtima ulama tu pun ramai orang awam yang hadir. Orang awam ni pulak global habis, Malaysia ada, Rohingya ada, Pakistan ada, dak2 obersea pun ramai.
.
Jadi berhentilah menghentam jemaah tabligh. Depa ni orang baik. Ramai kawan2 aku yang istiqamah keluar tabligh ni baik sangat. Kalau ada jiran ke, kenalan ke yang pergi ijtimak, kita suruh lah depa pi buat saringan. Jumpa mana2 yang ngelat, report polis je skrg. Lepas tu nasihat depa supaya berkata benar, cter habis2 bila staf kkm tanya.
.
Cukuplah staf kkm "stress" dengan sebilangan orang tabligh yang "pelik". (Ye lah pelik, baru balik ijtimak ulama, pergi berbohong pulak. Patut insaf, jadi baik berkata benarlah kan.) Jangan kita "siram" lagi dengan mesej, posting fb yang menyemai kebencian.
.
Yang buat taik ni sekelompok je. Yang baik tu lagi ramai.
.
Buat kwn2 ku yang "geng tabligh", bersabarlah. Ketap bibir. Time orang tengah hentam hangpa, hangpa jawab benda betul pun depa tak dengaq. So diam je. Kene pi balai, chill je. Ambik sisi positif ada peluang nak dakwah polis pulak.
.
Kalau ada kawan jemaah hangpa yang patut quarantine tapi ngelat, hangpa "paksa" la depa ni pergi buat saringan dan quarantine betul2.
.
Lepas tu, nasihat lah jugak kawan2 hangpa supaya berkata benarlah bila di tanya oleh staf kkm. Kesian staf kkm ni, penat2 kerja nak bg org sihat, sekali depa yang kene sb kene pedajal dengan orang yang tak ngaku pi ijtimak ulama. (Aku mention byk kali bab menipu tak pi ijtimak ni sb ramai sangat yang buat perangai mcm ni).
.
Buat staf kkm, korang memang terbaik. Semoga Allah bagi balasan yang baik kat korang dunia dan akhirat.
.
Buat "rakan2 seperjuangan ku" yang bini keje kat hospital, BERTABAHLAH. I Feel you Bro. Jeles betul tengok member laki bini work from home. Aku work from home time orang dah tdo baru buat keje. Adoi...bila la nak siap kerja ni.

di copy paste dari fb dak hasani ni

Friday, March 20, 2020

Diari MCO2020 (Day 3) : Apa kaitan surah al-kahfi dengan dajjal?

Assalamualaikum .... 
Salam Jumaat.

Salam working from home.

First jumaat di sini yang tidak ditunaikan solat jumaat. Huhuhu sedihnya.

Kena istighfar banyak-banyak ni. Masa nak pulang dah makin dekat. Semoga kita pulang dalam rahmat Allah dalam keadaan diampunkan dosa dengan iman yang sempurna dan diberikan kesudahan yang baik. ameen insha Allah.

Dah baca surah al-kahfi harini? WFH ni boleh la spend masa baca sebab tak payah start enjin kereta ke sana ke mari kan.
Selalunya setiap hari jumaat puan ibu akan pesan baca surah al-kahfi ni. Kena bangun awal, kalau tak, tak sempat habis kena sambung kat office lepas solat zohor. Hihihi ....
Kenapa kita disarankan baca surah Al-Kahfi?

Apa kaitan surah al-kahfi dengan dajjal?


Surah Al-Kahfi adalah surat ke-18 di dalam Al Qur'an dan mempunyai 110 ayat.

Surah ini termasuk dalam surah Makkiyyah iaitu surah yang turun sebelum daripada berlakunya hijrah ke Madinah.

Al-Kahfi di dalam bahasa Arab bermaksud Gua.

Ashhabul Kahfi pula bermaksud Penghuni-Penghuni Gua.

Nama surah ini diambil daripada kisah yang terdapat dalam surah ini iaitu pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang ditidurkan oleh Allah SWT di dalam gua bertahun-tahun lamanya.
Ada riwayat hadis seperti yang di copy paste dari laman web mufti wilayah:

1) Dari Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

Maksudnya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq. (Sunan Ad-Darimi: 3273)

2) Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. (Hadith riwayat Muslim: 1342)


Maka saya pernah la terfikir, kenapa surah al-kahfi ni boleh menyebabkan kita terselamat daripada fitnah dajjal?
Okay jawapan yang saya terima, lebih kurang macam ni la ikut kefahaman saya.

Dalam surah al-kahfi ni – ada 4 cerita iaitu :

1. Kisah pemuda yang beriman yang melarikan diri ke dalam gua atas faktor iman dan akidah dan ditidurkan Allah untuk sesuatu tempoh dan dibangkitkan setelah zaman pun dah beralih.

2. Kisah 2 pemilik kebun yang intinya tentang fitnah kekayaan.

3. Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang intinya tentang fitnah ilmu.

4. Kisah Zulkarnain yang intinya menceritakan tentang fitnah kekuasaan yang mana dengan kekuasaan orang boleh buat apa sahaja. Tapi kisah zulkarnain ni tentang pemimpin yang adil yang apa pun dia buat, dia akan sandarkan atau berbalik kepada Allah.


Maka apa hubungan 4 kisah ni dengan dajjal? Berdasarkan kepada 4 kisah ni, dikatakan dajjal akan datang dengan membawa 4 fitnah ni iaitu:
1. Fitnah agama (orang akan menggadaikan agama dan ikut dajjal)

2. Fitnah harta (dengan kekayaan, dajjal boleh menyebabkan orang jatuh kafir)

3. Fitnah ilmu

4. Fitnah kekuasaan

Maka bagaimana kita boleh terselamat daripada fitnah dajjal ni?

Kata ulama tafsir, ada 4 perkara yang kita boleh lakukan :

1. Persahabatan yang soleh.

- refer alkahfi, ayat 28,

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”


2. Jangan terikat dengan dunia.

- refer ayat 45.

“Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”


3. Kena ada sifat tawaduk. 
Kalau ada ilmu pun tapi tak tawaduk.... Jadi sombong. Jadi fitnah.

- refer ayat 69.

"Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu"


4. Kena ada ikhlas.

- refer ayat 94 dan 95.

Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" (18:94)


“Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.”(18:95)

Empat formula ni insha Allah sebagai benteng pertahanan melawan fitnah dajjal.
Kena baca alkahfi dengan penghayatan.

Baca ulang2.... Faham dan diamalkan.


Ayat 1-4 : Ada kekuatan untuk meletakkan harapan:

18:1 – “Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):”

18:2 – “(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.”
18:3 – “Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.”

Pengajaran utk kita :
1. kisah pemuda al kahfi (ayat 9 - 26) : kisah pemuda yang beriman kepada Allah disaat majoriti masyarakat tak percaya Tuhan.
2. Dalam kisah ni, pengajaran ni – kita akan sampai ke zaman di mana banyak fitnah pada agama dan kita ni tak mampu nak lawan kezaliman dan kesesatan yang ada.
3. Pemuda kahfi ni – mereka tak mampu pun nak lawan pemerintahan ketika itu yang dalam kesesatan luar biasa dengan tenaga.
4. Mereka tidak diselamatkan melalui peperangan (menunjukkan bukan melalui kekuatan tenaga)
Pengajaran untuk kita - Jangan pergi cari pula dajjal tu. Bukan level kita nak lawan dajjal.
Pemuda alkahfi menyorok dalam gua bukan duduk sahaja.
Lari bersembunyi tu bukan duduk sesaja. Tapi duduk berdoa tanpa henti. Doa sungguh-sungguh.

Dalam ayat 10 surah al-kahfi ni;
"(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: 
"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".


Huraian seterusnya, Berlari dan menjauhi dajjal.

Menetap la di Makkah atau Madinah sebab dajjal tak boleh masuk 2 tanah haram.

Masa sembang dengan my sistur, dia siap cakap "oh adik dah lama dah cek map, macam mana kita boleh lari ke 2 M tu. Hmmm kalau jalan darat memang berliku. Negara2 yang kita kena rentas memang negara2 yang hmmmmm ____" (fill in the blank). Hihihi

Ulamak kata bila dajjal muncul, hendak lah orang beriman itu menjauhi meninggalkan ia.
Kerana fitnah dajjal sangat besar. Boleh kacau keimanan. Kejap beriman, kejap kufur.

Ada hadis ttg ni juga (tapi tak jumpa cari)

Kalau dajjal keluar, lari lah. Tidak ada terselamat dr fitnah dajjal.kecuali sedikit

Sis ringkas kan cerita ....

Maka kemudian, turunlah Nabi Isa a.s dari belah timur kota damsyik syria - menara putih.

Maka org beriman yang menyorok sebelum tu dan berdoa tanpa henti .... Menyertai Nabi Isa. a.s menuju ke dajjal utk membunuh nya.
Haaa tu antara yang sempat saya faham dan tulis la.
Untuk pencerahan yang lebih cerah, boleh la dengar sendiri atau belajar lagi.

Kalau saya salah, tolong betulkan ye.

Saya dengar kat link ni baru-baru ni. Sebelum-sebelum ni pernah dengar dan baca juga daripa beberapa buku tapi tak ingat letak mana, jadi kali ni saya paste la kat sini dan kat blog untuk rujukan di masa masa akan datang.


Saya dengar kat youtube channel Ustaz Badlishah (Boleh click link sini)

Semoga bermanfaat.