Friday, December 24, 2010

Saturday, December 18, 2010

Hidayah Allah


Dan Allah menyebut,
Ertinya : dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya. Dan bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).
( An-Najm : 39- 40)

Allah juga menyebut :-
Ertinya : Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.
( Al-Qasas : 56)

Nabi pula bersabda :
Ertinya : Jika kamu menjadi asbab (pembawa) kepada seseorang itu mendapat kesedaran dan petunjuk (Islam), ia lebih baik bagimu dari unta yang paling berharga
( simbolik kepad anilai yang sangat tinggi) ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Tuesday, December 14, 2010

Jom Jalan-jalan ke Taman Botani, Putrajaya

Assalamualaikum wbt...
Jom ikut aktiviti hujung minggu aku yang lalu bersama cikna dan ciklyn...
Taman Botani, Putrajaya; 12 Disember 2010 (6 Muharam 1432H)
Sebenarnya pergi beriadah jer petang tu.
Tapi aku sangat sukakan Taman Botani, setiap kali pergi pun pasti tak jemu untuk membawa bersama kamera kesayangan ku ini...

sebenarnya hari dah petang sangat. dah 6.30 petang ne


soooo greeeen





view dari taman botani ke Sri Perdana

Picture atas dan bawah ne, adalah shoot yang sama,
tapi menggunakan mode yang berbeza.
Picture Atas: Mode kids/pet (alkisah, salah set mode).
Picture Bawah: Mode sunset, baru betul



Ok, atas ne adalah gambar yang terpaling aku sukai.
Macam tak percaya ne adalah putrajaya.
Ingatkan kan Miami ke mana tah
(nampak sangat tak pernah p miami...hihihi)



Maha Suci Mu Ya Allah, yang menjadikan alam ini.

Dan memberi peluang kepada kami untuk menikmatinya.

Moga2 kami tergolong dalam golongan yang mensyukuri segala nikmat Mu Ya Allah.

Monday, December 13, 2010

Jangan Sombong Dengan Takdir.

Assalamualaikum wbt...
entri kali ini aku copy daripada blog Ustaz Pahrol...
Sebenarnya semenjak kebelakangan ini aku diuji dengan satu ujian dimana seorang sahabat sering argue dengan aku tentang takdir, keadilan Allah, doa dan sebagainya. aku pun bukan lah ada ilmu sangat. sekadar berkongsi mana yang tahu, mana yang ada. tapi saat aku hampir tewas, aku hanya tetap yakin hanya Allah yang mampu membantu menyelamatkan ku, dan rakan ku itu daripada pemikirannya yang macam2 itu. Moga Allah ampunkan kita daripada apa yang kita tahu dan tidak tahu... Moga Allah berikan kita hidayah dan taufik untuk terus istiqamah pada jalan-Nya.
Bantu kami, Ya Allah....Ameen...
nhhas @----//---
Dikongsikan....
Jika hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan.. Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu… syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini.. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih ’senior’ dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya ’pendatang’ baru yang diciptakan terkemudian?

Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah, itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina… seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka… kerana gugur sifat kehambaannya!

Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan, ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan ’pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada di sedari atau tanpa disedari…

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa duirinyanya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermasud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:
”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”
Sedikit kalau boleh dikongsi tentang DOA,
Doa dikabulkan pada waktu lain
Seringkali juga sesuatu doa walaupun baik, datang daripada orang yang baik, pada waktu yang baik, tetapi Allah tangguhkan ke waktu lain. Hal ini kerana Allah sayangkan hamba – Nya itu. Allah berbuat demikian untuk menguji hamba – Nya, sehingga seorang hamba itu telah bersedia untuk menerima nikmat-nikmat daripada Allah.
Misalnya, Allah kurniakan kekayaan setelah ada dalam hati seseorang hamba itu rasa syukur, supaya tidak akan menjadikannya kufur dengan kekayaan itu.
Allah kurniakan kekuasaan setelah dalam hati seseorang itu ada rasa tawaduk dan sifat adil, supaya dia boleh menjadi pemerintah yang baik apabila sudah berkuasa.

Jika tidak bersedia, dibimbangkan nikmat itu boleh bertukar menjadi bala. Itulah yang disebut “istidraj” – yakni pemberian Allah yang merupakan satu kutukan dan memudaratkan untuk iman dan Islam seseorang yang derhaka kepada – Nya. Oleh sebab itu, seringkali juga Allah menahan pemberian-Nya kerana kasih-sayang-Nya terhadap seseorang.

Inilah yang dinukilkan oleh Prof.Dr. K.H. Muhibbuddin Waly dalam bukunya Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf: “Kadang-kadang Allah memperlambat dalam memperkenankan doa mereka kerana Allah sangat suka dan cinta mendengar suara doa yang selalu diucapkan oleh hamba – Nya itu kepada - Nya”.
sumber dari Solusi 22: Mustajabnya Doa

Friday, December 10, 2010

Pedoman

siapa suruh anda memuji bila mana anda tak mengenali.
siapa suruh anda kejar bayang2 yang tak pasti.
bukankah sudah berkali-kali anda di ingatkan.
Carilah cinta yang hakiki...
cinta Ilahi yang kekal abadi...
yang tak pernah mengecewakan...

kenapa begitu rapuh keyakinan anda terhadap Pencipta anda.
kenapa begitu rendah sekali rasa syukur yang anda panjatkan kepada Pencipta anda.
anda hanya tahu menuding jari, menyalahkan semua disekeliling anda...
sampai perancangan Nya yang maha sempurna itu pun anda pertikaikan kerana dangkal nya ilmu dan iman di dada...

astagfirullahaladzim...

bagaimana anda begitu yakin untuk menyatakan rasa hati anda kepada hamba yang dicipta sempurna oleh Pencipta...
tetapi pada masa yang sama, anda langsung tiada rasa cinta kepada Pencipta anda yang tentunya MAHA SEMPURNA...
Pencipta yang lebih layak dicintai...
Pencipta yang lebih layak di kagumi...
Pencipta yang lebih layak diagung-agung kan...
Pencipta yang lebih layak dipuji tanpa henti
selama mana nadi terus beroperasi....

siapalah saya untuk membetulkan pemikiran anda yang agak jauh menyimpang itu.
Saya hanya mampu berdoa, moga Allah beri kesempatan kepada anda untuk menyedari nya.
Moga Allah ampunkan kita daripada apa yang kita tahu dan tak tahu....

Ya Allah.... beri aku kekuatan untuk menghadapi ujian Mu ini.....
Ameen....

Thursday, December 9, 2010

Al-Kisah... taiyyibbb

Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa. Saje je meng test lapy adik, yang tetiba gelong tak boleh start, sampai kena hantar masuk wad BPM, tapi alih2 boleh start plak dalam wad tu... bikin malu saja...

tapi alhamdulillah, syukurlah tak ada apa2 kerosakan yang major yang boleh menyebabkan ongkos mengalir dengan aliran sungai kinabatangan... tapi tak tau lah puncanya apa yang tetiba blank tidak bisa di start selama seminggu... huhuhu... lepas ne kalau damage lagi, habis lah.... amir yang tolong baiki tu dah pindah balik negeri kelahiran beliau... tak apa lah... good luck amir... moga success.... (amir, staff kat BPM slalu tolong install software kat pc kat office dan datang menyelamatkan pc dikala ianya gilos...) maklumlah, haku ne reti pakai jer, asal lingkup je, ha melilau lah cari para2 penyelamat di BPM... hihihihi....

hmm... sebenarnya bermula malam ne, kami dah start mengajar balik.... yeay....
kami itu merujuk kepada sapa? haku ngn adikku; boy.... nanti bulan julai adik dah habis exam, sementara tgu fly, haku nak suh dia mengajar juga.... boleh sharpen ingatan dan skill mengira...

sebenarnya haku suruh boy jer ngajar... hahaha.... aku back up jer... contoh; pasang telinga, kalau method boy ngajo sifir tu tak betui konsep, kena la di betuikan....
student nyer sebenarnya adalah anak kepada salah seorang staff di division aku. haritu dia ada cakap anak dia lemah skit math... aku ne pantang sket kalau anak melayu lemah math... mesti rasa stress sampai mesti rasa perlu bantu (hapa ntah aku ne, recently semua benda pun nak stress).... so sementara cuti skolah ne, daripada bebudak ne duduk buang masa main tanpa rasa nak bertaubat, baik aku dera diaorang blajar math... nnt tak lah culture shock masa masuk skolah tahun depan... hmm sebenarnya kami pun bukan lah bijak mana... sekadar berkongsi ilmu yang ada.... memanjangkan sedekah para guru yang pernah mendidik kami, dan dipanjangkan pula pada adik2 masa kini.... mudah2 an Allah memberkati kita semua yang berada pada jalan Nya... insya Allah ameen...

hmmm teringat dulu kenangan ketika bekerja di JB sekitar 3 tahun yang lalu. Semasa di JB dulu, aku juga pernah mengajar tuisyen untuk tempoh setahun... asal kisah sebab musabab nya kenapa aku ajar tuisyen agak kelakar dan tak masuk akal juga... tapi itulah dia, kalau Allah dah takdirkan sesuatu tu, pasti ada sahaja perkara2 yang berlaku yang membawa kepada peristiwa itu berlaku....

Al-kisahnya.....tayyib.....
masa tu aku duduk di BBU, tiba2 tuan rumah buat lawak bodoh ketuk pintu rumah waktu maghrib suruh kiteorang kuar rumah dalam masa seminggu.... tanpa alasan yang munasarawak... macam mereng sket tuan rumah tu... hmmm dalam seminggu tu manalah nak dicari rumah sewa kan... dipendekkan kisah yang sebenarnya panjang dan penuh tragis tu, aku akhirnya menumpang (akceli menyewa sementara) dirumah berdepan dengan rumah sewa yang asal tu... tapi rumah tu macam crowded dan orang nya pelbagai ragam... sampai aku naik stress tahap rasa nak g sewa kondominium depan angsana tu jer.... seriously aku dah g tanya dah harga kondo tu... nak lepak kat utm, member semua dah habis grad dah.... maka, demi mengisi kekosongan dan ketensionan aku di rumah itu, malam lepas balik kerja sementara nak tunggu mata terpejam, aku p lah merayap kat ada kawasan berdekatan rumah (sapa dok BBU tau lah kawasan tu kat mana) mmg dekat betul dengan rumah, blh jalan kaki 5 minit je), aku p cari pusat tuisyen dan p offer diri mengajar... yang kelakar tu, aku tak pernah heran pun nak tanya tempat tu dia nak bayar aku berapa.... yang penting aku nak mengajar... sebenarnya aku memang sangat lah minat untuk mengajar. aku apply nak jadi cikgu masa isi borang masuk U, tapi ntah apsal diberinya kursus yang lebey susah dan mengarut... huhuhu...

tak apa, dipendekkan cerita, ramai lah student aku dari semua kategori; dari yang bijak, sederhana dan kurang bijak, dari darjah satu sampai tingkatan 4. form 5 jer tak ada... memandangkan aku memang minat nak mengajar, dan langsung tak pernah concern ttg payment, maka tempat tuisyen tu mmg ambil kesempatan tahap gaban... dengan hours yang mengajar lebey lama, asyik gantikan cikgu yang "tuang" sesuka hati depa, juga kelas sendiri. pada satu hari, owner tu panggil aku, minta aku ajar seorang budak ne, dia tingkatan 3, anak seorang doktor pakar surgical. special class - ajar dia seorang sahaja. haku rasa mak dia bayar mahal ooo kat pusat tuisyen tu, tapi owner dia byr kat aku macam erm tak payah bayar pun lagi baik kot.... tapi masa tu aku tak lah kisah sangat sebab minyak kete tak luak mana pun, 5 minit jer dari rumah... selain boleh mengisi minat mengajar, aku boleh juga sharpen balik skill kiraan cepat.... sapa kata math tingkatan 4 ngn 5 tu senang... tak masuk subjek sains lagi... nasib baik lah aku ingat lagi ilmu zaman skolah dulu....
ok kita pendekkan lagi cerita, tak lama lepas tu, aku dapatlah rumah sewa baru kat area2 tebrau city (ala dekat jusco tebrau city tu).... so memandangkan tempat tuisyen tu mmg owner dia kurang jujur, aku agak keberatan nak g ngajar sebab jarak rumah sewa baru dan tempat tuisyen adalah 30km.... minyak kete mmg tak lalu nak support.... so masa tu, aku hanya sedih nak tinggalkan para2 student yang berminat nak belajar w/pun owner tpmt tu di klasifikasikan melayu jenis katok melayu.... buat naya student betul....
aku sedey nak tinggalkan student form 3 yang personal attachment dengan aku blajar math ngn sains tu... orang nya baik sangat dan sangat2 nak belajar walaupun beliau agak slow skit... tp semangat dia nak belajar tu yang buat aku lebih semangat nak mengajar.... so setelah difikir habis2 an aku mengambil keputusan untuk berenti mengajar kat situ, tapi sebelum aku berenti aku tinggalkan no hp aku pada student tu, aku pesan kat dia, kalau lepas ne cikgu yang ganti aku tu dia tak dapat sesuaikan diri, suruh mak dia call aku, nnt aku g ajar...
(polisi tempat tuisyen; dia tak bagi kami bagi no hp kat student/ parents sbb takut kami take over bisness dia). tapi masalah nya pusat tuisyen tu kejam gile... gaji cikgu tak bayar... charge student mahal.. yang jadi mangsanya budak2 yang nak belajar.... geram betul aku...

dipendekkan lagi cerita, student ku ini, dia cuba bertahan dengan pusat tuisyen tu sampai tukar cikgu 3 kali... semua dia tak suka, sbb dia kata cikgu tu ajar tak best.... so memandangkan parents dia kaya, boleh lah dia demand nak cikgu yang macam mana.... finally dia request kat mak dia, suruh aku ajar dia balik... tapi aku kena p ngajar kat rumah dia... huhuhu..jaraknya 30km yer dari rumah aku.... so aku ne bukanlah mata duitan sangat... aku mmg minat nak mengajar.... so aku kenakan bayaran ngam2 duit minyak kete aku jer.... pastu bilangan jam mengajar, dia boleh belajar selama mana dia suka... kalau sekali aku datang dia sanggup belajar 5 jam, hah 5 jam lah aku bersidai mengajar kat situ....
yang kelakarnya, siap abis kelas, mak dia pulak offer ajar aku memasak.... hahaha... yang tu mmg tak blh blah betul... belajar buat kek lah, roti lah, puding lah... ntah hapa2 lah lagi masakan akak tu ajar.... mmg best betul suasana tu... i missed it very much....
tapi masa dia sedang ambil PMR, aku dah pindah KL, dan the worse, hp rosak, no phone hilang.
aku pun tak tau dia dapat apa exam, tapi insya Allah aku yakin elok kerana trial pun dia boleh dapat math 70++... tak ingat, rasanya 78 kot... yerlah bagi aku, even mak dia pun dah bangga habis sebab tak sangka anak dia blh achieve sampai tahap tu sbb math dia agak teruk lah juga sebenarnya...

at the same time, di kawasan rumah aku tinggal tu, ada lagi sorang anak orang kaya; darjah 6 (tahap menggigil kepala lutut masa aku melangkah masuk rumah dia, punya lah kaya..... ishishishish)...budaknya bijak, tapi pemalas ya ampun... rasa nak bagi penampaq je....
tapi nasib baik bijak... kenapa aku kata dia bijak, sebab mak dia cakap dia tak pernah lulus math, tiba2 aku ajar dia sekejap jer dia dah lulus dan trial exam blh dapat B.... hahahaha.... terrer tak budak tu.... dia bijak... tapi pemalas (maklum lah kaya raya tahap melampau), so suka hati dia jer bila dia nak belajar... bila malas buat latihan, dalam exam dia slow lah sikit nak kira...
jadi bila aku jadi cikgu dia.... aku paksa dia buat latihan bagai nak rak...dh lh rumah blakng umah aku jer... lg senang aku jd diktator...hahahaha....
masa aku terjumpa mak dia secara tak sengaja di kedai makan, mak dia suh ajar anak dia, ayat mak dia ialah "cikgu buatlah apa sahaja, asalkan anak akak ne dapat A. dia ne bijak tapi pemalas, dan sepanjang darjah 6 ne belum pernah lulus lagi, kalau lulus pun setakat D"....
Dialog dalam hati aku "banyak cantik muka akak, akak ingat saya ne malaikat ke, datang2 bawak magic nak bagi orang tak pernah lulus tetiba nak dapat A".... huhuhu.... itulah sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang... melepaskan sepenuhnya tanggugjawab mendidik anak kepada pihak sekolah.... ishishish (ewah2... over pulak aku)....
dipendekkan cerita, aku g ngajar budak tu if tak silap 1st kelas, pada hari selasa malam, dan lusanya budak bertuah tu ada exam math.... waaaaa melampau.... aku yang presure....
dan tahukah anda, pada hari berikutnya lepas budak tu exam, aku g ngajar macam biasa, aku sampai jer, dia dah tunggu depan pintu dengan penuh muka excited sambil menyerbu ke arah aku.... "cikgu.... terima kasih, saya tak pernah lulus math tahun ne, tapi exam yang lepas saya lulus... terima kasih cikgu".... aku dah terharu terlebey dah.... sejak tu aku lagi2 lah semangat nak ngajar... aku tak kisah g umah dia ngajar hari2..bukan duit yang aku nak.... aku nak dia pandai dan berjaya "jadi orang"....budak tu byk kisahnya....hihihi... i missed my student very much....
Alhamdulillah, masa trial, dia dapat B, tp UPSR sebenar aku tatau dia dapat apa, sebab masa tu aku dah pindah kerja ke KL, dan hp rosak, semua nombor phone dah hilang... ralat juga rasanya tak dapat tau apa result dia....

Namun sehingga kini, kedua2 mereka masih segar dalam ingatan dan doa ku saban hari... Moga Allah mudahkan perjalanan hidup mereka dan memberkati hidup meraka dunia dan akhirat...
ameen...

terima kasih Allah kerana beri aku kesempatan untuk merasa nikmat nya menjadi seorang guru walaupun seketika cuma... Alhamdulillah...

mudah2 an ada renungan yg dapat dikongsikan...Mudah2 an aku sentiasa ingat bahawa keikhlasan itu sangat penting dalam apa jua yang kita buat...
Aku bukanlah bijak sangat pun mengajar.... tapi Allah yang bantu... Allah suntikkan rasa minat dalam hati untuk mengajar pada aku, dan suntikkan rasa minat untuk belajar dalam jiwa mereka...bila kita minat, dan Allah berkati, semuanya dipermudahkan...
its everything about Allah... Allah yang bagi semua tu....
terima kasih Allah.....

untuk itu, aku pen off dulu sebab esok ada meeting (ingat meeting, rasa pening....adei)
salam...

Devosi jiwa

Mencari cinta,
Haluan sempurna,
Mencari cinta,
Namun ku tak ketemunya,
Mencari cinta,
Devosi jiwa,
Mencari cinta,
Belum ku ketemunya.
Ku mencari bayangmu dalam kerinduan,
Amat payah ku harungi perjalanan,
Untuk ku melihat,
wajahmu sebentar,
Bisa terlerai segala keresahan,
Mencari cinta,
Haluan sempurna,
Mencari cinta,
Namun ku tak ketemunya,
Mencari cinta,
Devosi jiwa,
Mencari cinta,
Belum ku ketemunya.
Aku kehilangan,
Aku kelemahan,
Jiwa yang layu ku kesilapan,
Dan akulah abdu'h yang merindu,
Sinarilah Harapan Baru.
Mencari-cari erti cinta,
Rahsia pada pengorbanannya,
Jiwa yang suci kau turuti,
Tenanglah dikau naluri murni,
Dan sabarlah kasih yang kurindu,
Kuncinya iman ada di kalbu,
Mencari rahmat kesempurnaan,
Buatmumu teman jiwa beriman.
dan sabarlah kasih,
di dalam,
Mencari-cari erti cinta,
Rahsia pada pengorbanannya,
Jiwa yang suci kau turuti,
Tenanglah dikau naluri murni,
ku cari cahayamu,
dalam gelap dalam terang,
dalam suka dalam duka,
ku carimu pada tiap rasa.
Bimbingku dalam mencarimu,
bimbingku pasti ku temuimu,
kerna ku tahu,
itulah yang ku mahu.
rasa tinggi kita damba,
selama ini kita hina,
lemah serba-serbi mahu itu mahu ini,
lupa sintusi dunia dan realiti,
bimbingku dalam mencarimu,
bimbingku kasih pasti ku temuimu,

gomenasai

Assalamualaikum wbt...

O ya Allah. pls guide my step don't let me go astray. You the only one can show me the way....
Ameen...

Buat anda... gomenasai...

(tekanan dah melepasi tahap maksimum ne, huhuhuhu)