Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...
Salam tahun baru semua ...
Hi hi hi... sembang santai je hari ni sambil-sambil buat ulangkaji math dan add. math form four. Layan BUMI CINTA sambil-sambil berangan nak pergi RUSIA.
Haaa... percaya tak aku tengah study math dan add math form four? Ini bukti dia .
Sila lah percaya. Sambil-sambil baca buku yang dua lagi tu (sila besarkan sendiri gambar ni ye). Sambil-sambil juga dok try bersihkan gambar bercuti haritu dari dslr aku. Ntah mana datangnya black spot tu. Sikit lagi aku rasa nak campak dslr tu luar tingkap masa lepas transfer haritu tengok almost 80% gambar dari dslr ada dark spot tu. Hoiiii sakitnya tuh di sini. Memang aku bad mood haritu tak nak cakap dengan sapa-sapa. Ntah tak tau nak marah sapa. Sebenarnya aku bukan marah, tapi aku terkilan. Sebab habeslah rosak gambar-gambar bercuti puan ibu dan encik abah. Bukan senang nak bawak diaorang pergi bercuti tau. Ada je alasannya. Kali ni dah p enjoy-enjoy dan puan ibu yang jarang suka bergambar tu pun bersemangat bergambor... tetiba gambo jadi camtu. Memang aku hangin lah. Mujur ada back up ngan henfon cap ayam tak semenggah aku tu. hu huhu .. let me see lah What can I do here or minta tolong pakar-pakar perubatan multimedia di pejabat tu. hu hu hu. Rabbi Yassir Wala Tuassir...
Ha ... kenapa aku kena study math dan add math form 4? Nak ambik exam kah? Owh tidak ... Kisahnya ... aku ni sebelum-sebelum ni memang mengajar malam-malam kat rumah. Aku mengajar anak-anak staff aku math. Bukan tuisyen pun. Lebih kepada tolong tengok-tengokkan je, mana yang diaorang tak faham aku tolong lah tunjuk ajarku sifu mana-mana yang aku reti - bukan tere sangat ahkak huda ni pon. Sebelum ni, budak-budak tu sekolah rendah je. Sampailah diaorang form one kot... aku stop kejap sebab ada urusan family. Ni nampaknya semua urusan macam dah terkawal, haritu sembang-sembang ngan mak diaorang kat opis, ehhhh kau dah nak masuk form 4.
Pssttt: adei... bila adek-adek dah masuk form four makna nya kak huda pun makin tua dah... adei... acaner ni... kawen dak lagi ni... ha ha ha ... tetiba teringat ayat Cik Sal dari BlogIniSalPunya dengan lagu zaiton sameon; "dulu aku sendiri, kini masih sendiri ... " ha ha ha... tak yah poyo sangat kot huda weih ...
Akak kat opis ni - dulu aku dah ajar anak-anak dia. Bila dia menzahirkan kerisauan dia - aku pun jadi kesian. Dia takut anak dia tak boleh survive especially add math. (aku pun kali terakhir tengok buku add math tu berapa belas tahun yang lampau agaknya. Setakat math sekolah rendah dan menengah rendah tu tak lah susah sebab tu basic math in life kan. Tapi add math ni memang "antu" sikit. hi hi hi. Maka marilah aku bukak buku balik dan study - tengok sikit-sikit silibus dan tengoklah apa yang aku boleh bantu adik-adik ni. Semoga Allah mudahkan urusan hidup kita semua, meluruskan niat kita yang baik-baik dan melimpahkan kita semua dengan kebaikan dunia dan akhirat... Insya Allah. Doakan aku ye jika sudi... agar dapat membantu mereka.
Throwback...
Sampai harini aku tak boleh nak faham apsal aku kena belajar kamiran dy/dx tu - bukan nak jadi engineer pun. ha ha ha ... Belajar macam nak pecah kepala. Ambik pure math kat universiti lagi sewel. Jujurnya, aku bukan paham sangat pun semua pure math yang aku belajar kat U dulu. Aku pilih-pilih subjek apa yang aku nak kuasai.. sebab kapasiti otak aku cam tak adalah cerdik sangat. "Eat what you can only" bak kata pepatah aku lah. Mana yang dah agak-agak tak paham dan memang tak tau pun kenapa kena belajar subjek tu - biasanya aku abaikan je. Belajar janji lulus dan boleh grad sudahlah. hi hi hi. Sampai harini aku masih tak faham kenapa aku kena belajar a few subject pure math yang aku tak tau pun kat mana boleh apply kalau kau tak jadi saintis or jadi engineer. Aku rasa engineer dan saintis perlu lah belajar subjek pelik-pelik tu. Ada juga subjek pure math yang aku belajar tu boleh kira usia pokok, macam mana nak identify usia bahan artifak, macam mana nak kira bila mayat tu mati (forensik), macam mana nak kira idealnya untuk tentukan had laju sesuatu kawasan, ada game and war theory. ha ha ha. Kalau ada "purpose" yang jelas, then aku suka lah subjek tu. Tapi kalau tak tau pasai pa kena belajar, hwaa aku memang susah nak fokus.
Ada satu subjek tu nama dia Complex variable. Seriously aku tak faham dan aku fail paper tu kat U. Aku rasa macam bodohnya g exam tapi tak faham apa-apa pun. Disebabkan tak faham langsung, aku nak drop paper tu dan ambik semester berikutnya. Tapi tarikh gugur subjek dah tutup maka aku pun terpaksalah failkan lah paper tu dengan tidak pergi ke final exam. Tapi, aku pergi gak kelas before that, kot2 boleh masuk sikit2, sebab tu subjek teras - kalau fail pun kena ambik lagi sampai lulus - kalau tak, tak boleh grad. Kononnya g kelas 2 kali bolehlah faham. Kononlah konon...hi hi hi. Aku jumpa lecturer tu tau cakap aku tak nak pergi final exam sebab aku tak faham langsung dan aku cakap aku jumpa dia lagi sem depan. Penting tau kau pergi minta maaf kat lecturer/ cikgu kau. KEBERKATAN tu penting. Not de A. Okaylah prof tu pun faham dan boleh terima walaupun nampak macam kecewa juga sebab dengan penuh ikhlas nya aku cakap aku tak paham dan nak fail kan paper tu. Tapi aku janji dengan dia next sem aku akan usahan supaya dapat at least B. kah kah kah. comel tak? Aku langsung tak bercita-cita dapat A. Malas dah lecturer tu nak layan aku ni. kih kih kih. Semester berikutnya aku ambik lagi paper tu - pun tak adalah faham sangat tapi tak adalah tak faham langsung, kira boleh lah... dan result pun okaylah, alhamdulillah lulus. Aku pun tak ingat dapat berapa. Tapi kalau ko suruh aku kira balik - kalau aku buka buku, Insya Allah boleh kot kira. Of course lah kena bukak buku lama balik. Bukan aku kira kompleks variable tu hari-hari. Tapi kalau aku tak fail kan paper tu - aku redah je ambik, aku rasa aku lulus cuma lulus dalam keadaan yang tak paham apa-apa langsung bagi aku satu kerugian. Aku nak ilmu je, bukan nak A. I never aim for the A's sepanjang aku belajar. NEVER. aku selalu aim 2 benda je. FAHAM APA YANG AKU BELAJAR dan KEBERKATAN CIKGU SERTA IBU BAPA. Cukuplah. Aim dapat A lepastu gila nak buat apa. Nauzubillah... Dulu zaman aku study, kat uni aku ada student bunuh diri sebab dengar cerita obses nak dapat A. Wallahualam tak tau sejauh mana kesahihan cerita tu. Tapi ... kesian kan. Dengar rumors, dia adalah calon 4flat, sebab semua subjek dia dapat A. Ada satu paper tu dia tak dapat A, pastu dia macam ntah buat apa tak tau merayu ke bincang ke apa dengan lecturer untuk dapat juga A tapi tak dapat. Tu yang dengar kata frust tu. Tapi ni rumorslah. Kebenarannya tak tau sebab dia pun dah ditemui mati dalam dorm dia. Apa-apa pun jangan kecam dia dan jangan buat spekulasi, sebab kita tak tahu cerita sebenar kan ... Apa mesej yang aku nak sampaikan kat sini dalam konteks belajar ni ... A bukanlah segala-galanya. Its okay for you to aim and chase for the A, tapi jangan taksub ... ianya bukan kayu ukur penentu kejayaan pun. Yang penting faham konsep dan keberkatan guru serta ibu bapa.
My Graduation bouquet ...
Banyak betul aku dapat bunga ...
Meja study final sem ...
Okay... dahlah tu .. kalau ikutkan banyak aku nak throwback. Tapi nyampah pulak korang baca kang. hi hi hi. Tu tak masuk citer aku menjadi pencetus "student math boleh bawak rumus masuk exam". Ha ha ha... seriously kiteorang tak boleh bawak rumus masuk exam sebab kiteorang budak math katanya. Sapalah tentukan hukum vongok tu. Ha ha ha. Tapi yeah disebabkan secara tak sengaja mulut aku ter sebut perkara ni masa aku tengah lepak dengan sorang lecturer ni, dan rasional nya justifikasi yang aku bagi; natijahnya kiteorang boleh bawak masuk a piece of paper tulislah apa ko nak tulis tapi JUST A PIECE OF PAPER untuk subjek yang diajar oleh sorang lecturer ni. Kiranya aku rasa dia nak test teori yang aku bagi tu boleh pakai ke tak. Haaa apa lagi... pulunlah kan kan kan...Tapi classmate aku yang chinese ni ntah apa-apa tak paham bahasa kot, depa p "tampal tingkap" kat A Piece of Paper tu (i.e. stick note pad sebagai nota tambahan), terus lecturer rampas dan BUANG. Ha ha ha... Padan muka langsung tak ada nota. Tu nama dia DAH BAGI BETIS NAK PEHA. Dan aku dapat A paper tu. Ha ha ha. Alhamdulillah. Tapi lecturer tu sorang aje pun yang bagi bawak masuk. So semua subjek dia ajar aku manage to get good grade, Alhamdulillah. Lecturer lain tak bagi sebab I never raise that issue to them. Ye lah study kat uni ni, semua bergantung atas budi bicara lecturer masing-masing. Bukan ada standardization sangat pun. hi hi hi.
So ... Apa aktiviti korang sempena cuti 3 hari ni? Ha ha ha... baru nak tanya ye dak...
Kepada kaki travel, kemanakah destinasi korang 3 hari ni?
Aku... balik kampung ... dengan parents aku... kononnya tolong diaorang kemas rumahlahkan sebab dah sebulan ditinggalkan. Hi hi hi... Tu buku2 kat picture atas tu dari rumah kampunglah tu... Adik aku punya.
Last time kiteorang balik kampung sebelum bercuti tempoh hari, rumah ni kena serangan "pengganas"... Aku syak cik tikus (memang nama sebenar). Habis berterabur satu dapur... pasu - pasu kecik hiasan pecah. Botol kicap pecah. Mujur ni umah aku. Kalau rumah cik tipah ke kak senah ke... memang aku blah p check in hotel dah. Kah kah kah...
Tapi sebab rumah sendiri haruslah kita berkemas. Tapi abah yang banyak p sental kekotoran tu. Kalau aku yang kemas, habes semua aku buang...Tak kose nak lap satu satu.
Hi hi hi... Yang hampeh tu mak aku ada beli beras sekampit baru tak bukak lagi. Dah mak aku was was nak guna beras tu takut ada cakaran cik tikus. Ha sudahh... mana pulak aku nak dispos kan beras tu... sayang betul. Errrmmm ayam makan beras tak? Kalau makan ingat nak bagi kat staff aku yang ada bela ayam... hu hu hu. Takkan nak buang kan kan kan ...
Balik kali ni tak nampak pulak serangan kat dapur kering ni - bagus punya encik abah "pagarkan". Tapi wet kitchen tempat masak-masak dan letak pinggan mangkuk huru hara juga ... gile betul si tikus ni... dia tebuk botol kicap sampai berlobang ... ada botol kicap yang tak bukak lagi pun digomolnya. Cissss... geram mak nak... pastu atas meja penuh taik cik ti... hapa ko ingat aku ni bibik ko ke cik Ti... cisss... maka membersihlah aku hari ini.
Sekarang ... aku nak layan susun gambar buat photo album pulak... sebab mak aku dah pesan lapanbelas kali suh buat ... jangan dua tahun lagi baru siap dahlah. Photobook kiteorang g haji 2011, aku siapkan selepas 3 tahun yakni pada hujung tahun 2014. Photo book g sydney langsung tak bersentuh. Aku ada 5 voucher photobook yang bernilai ratusan ringgit yang dah expired ... hi hi hi. Aku betul-betul sibuk sepanjang 2015 ni. Jadi memang patutlah mak aku bagi pesanan dekat lapanbelas kali dah kat aku.
Jadi AZAM aku tahun 2016 ni selain pergi mengajar semula adalah untuk menyiapkan SEMUA photobook yang tertangguh ... Meh nak conteng sikit apa yang belum siap supaya aku MALU kalau aku fail by de end of dis year.
1. Melbourne 2012. - winter n ramadhan
2. Melbourne 2013. - spring n summer.
3. Sydney 2013. - summer.
4. Kenyir 2014.
5. TalentX 2014.
6. Kuching Sarawak 2014.
7. Okinawa Japan 2015.
8. New Zealand 2015.
9. Melbourne - GOR 2015.
10. Melbourne trip 2015.
11. Dini s graduation 2015.
12. Personal book
12. Personal book
Hambek kau ... ni yang termasuk dalam kategori WAJIB lah ... hi hi hi... Doakan aku berjaya siapkan ye.. Insya Allah. Aku punya gambar graduation pun mujur kakak aku buatkan photobook. Kalau harapkan aku ntah mana-mana dah gambarnya. Tengkiu puan kakak... tengkiu... mmmuahhh sikit...
Tahun ni juga aku tiada perancangan untuk bercuti keluar negeri kerana "tabung ayam" ku pecah hancur berderai pergi bercuti haritu. So kena start "tampal" tabung semula. hi hi hi. Tapi kalau ada "penaja" untuk aku keluar negara - okay juga kan. Tuah ayam nampak di kaki.. Tuah cik manisah siapalah yang tahu... Iyer dak. Kot-kotlah ada orang nak taja aku pergi Netherland ke, Korea ke, Switzerland ke, Jepun ke Rusia ke, kan kan kan... We never know right... #BeranganIsFREE u know.
Kot lah ada lelaki kaya kacak baik bijak beriman yang BUKAN laki orang tetiba rasa nak pinang aku ke kan ... ha ha ha .... Again ... #BeranganIsFREE u know. But DOA pun free juga ... meh korang doakan aku juga meh ... hi hi hi...
The rest ... I hope that I can be a better person day after day. If we fail today to be a good person, then, don't give up. There is a reason why Allah wake us up everyday. TAKE it as a chance to improve, as a chance to repent - so that we can come back to Allah in a peaceful soul, Insya Allah.
Remeber this keywords: Ada Kebaikan ---> Beri Kebaikan ---> Dapat kebaikan.
Life is a CIRCLE and Life is a REAL TEST. So please make sure that we pass all the test with flying colors and can enter jannatul firdaus with the mercy from Allah. Insya Allah. Together with all the loves one... Insya Allah.
Till write in again... Stay tune stay alive stay healthy stay happy and paling penting stay away from masalah okay.
@LovesNhhas...
Berpeluh terus saya bila tengok Add Maths textbook tu. Saya tak pandai Add Maths >.<
ReplyDeletePasang econ ... tak panas.
DeleteAla farah... awk x yh tere add math pun selamat je sampai canada tu ha.
Yg keras kejang ambik math ni dok tang ni juga.
Tak tau lh pasai pa nk susah2 study add math dulu... hihihi..
X pe lh... ilmu juga... yer dak
hahaha..samalah, bila ada anak-anak jiran mintak ajar add math 2,3 tahun dulu, memang jadi macam huda,kalut bukak buku
DeleteRumah kita takde aircond T___T
Deletehahahahhaa. Memang akan sentiasa kagum dengan orang yang pandai Add Maths ni.
selamat tahun baru cik huda tuuh., semoga dipermudahkan segala azam., aminn
ReplyDeleteInsya Allah.
DeleteTenkiu wak
Kak yan tak suka subjek mate...SUSAH..PENING KEPALA
ReplyDeleteTak suka math xpe.
DeleteJgn tak suka saya dah lah.
Tau kak yan tau
Selamat malam huda :-))
ReplyDeleteHi kak yan...
DeleteBumi Cinta..berat sikit novel ni, tapi suka nukilan Habiburahman..sarat dengan ilmu..
ReplyDeleteSy bc buku tu slps 3 tahun beli.
DeleteTu lah satu2 buku yg sy baca tiap baris ayat dgn penuh penghayatan.
Buku yg sgt best.
math & add math..huhu..teringat form 4 & 5..sines, cosines, tangent...math is fun..mengajar tu seronok, bila yg diajar tu faham dan berjaya dlm exam.
ReplyDeleteperghh..banyak kali balik 'kpg'..autumn je takde..cepat siapkan buku, nak tengok..hihi..
ReplyDeletedulu aku sendiri..kini masih sendiri...hehe.jangan sedih, nanti kalau ada rezeki kte gi travel sesama.huda memang teringin nak gi rusia ye, patutlah hari tu alert masa anies usik yang pasal gi Kazan tu..hehe
ReplyDeleteInsya Allah.
DeleteJom jom... emirates tgh murah ni g moscow rm2988 return
busy betul 3 hari..kte satu hari kerja, lagi 2 hari duduk rumah je kemas umah lebih kurang,pastu tgk tv..azam tahun baru xnk malas2 dah, tapi sama je..huhuhu
ReplyDeletetersedak kak eton dgr lagu dia dinyanyikan ;-)
ReplyDeleteHa ha ha... harap2 ada air disisi beliau
Deletems sekolah dulu add maths tu kami panggil mate tam ;-) heheheh
ReplyDeletesape yg pernah amik add maths tu tau laa kan hazab mcm mn kt sekolah dulu....adehhh.....rasa berasap kepala....hahahhaha
ReplyDeleteHazab mmg hazab.
DeleteTp 1st test i dpt 99.
Kah kah kah. Sebab bab 1 je test tu.
1st test je lah. Lain2 HANCUR.
Mujur lulus. Alhamdulillah
sy pun sama mcm huda...xpernah aim dpt A....jni dpt ilmu....sebab dulu pernah ada pengalaman belajar semata2 utk exam...mmg xdpt apa...belajar dr kesilapan tersebut sy tukar niat...alhmdulilah....mmg ada beza....
ReplyDeletesy cuti 3 hari terbongkang kat rumah....xsihat....makan ubat...ngntok tido...bangun...makan...makan ubat lgi..ngntok tido....x produktif tol huhuuh
ReplyDeletetabung ayam ceq da keluar telur da wakakaka.. sbb lama sngt kosong =P
ReplyDeletehappy new year Kak Huda !!!
ReplyDeletenak jugak buat photobook.. ajarkan please =D
ReplyDelete