Thursday, December 31, 2015

Day 5/2015 = Day 3 - Cabaran Memandu ke Milford Sound, New Zealand

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...

Bagi coretan terdahulu, jemputlah buat ulangkaji di capaiakan ini ye.  

Day 3 - Part 1.
Day 3 - Part 2.
Day 2 
Day 1
Pengalaman Memandu di New Zealand - Part 1
Pit Stop menarik sepanjang ke Milford Sound
Tips memandu dan melancong ke New Zealand

Okay, mari kita sambung PART 2 untuk hari ke-3 di New Zealand.
Part 1 - yang tak sempat-sempat sangat nak hapdet tu - korang boleh baca kat ENTRI INI:
Milford Sound - A Must Visit Place in New Zealand

Okay... Bismillahirrahmanirrahim ...

Sebagaimana yang telah kunukilkan dalam PART 1; kami bergerak meninggalkan Te Anau Top 10 Holiday Park pada pukul 7.00 pagi lebih kurang.  Kat Top 10 Holiday Park ni lah satu-satunya tempat aku jumpa masyarakat melayu paling ramai sepanjang 14 hari aku musafir di NZ dan OZ kali ini (sila kecualikan rumah sewa adik aku lah kan kan kan ... hi hi hi). Aku rasa travel agent dari Malaysia memang suka melepak tempat tu kot. Fasiliti agak okay kecuali mungkin unit motel aku je kot, toilet dia sewel sikit. Tapi not big deal lah. Hidup je sampai hari ini. Alhamdulillah.  Boleh baca review untuk Top 10 Holiday Park ni kat SINI  dan korang judge sendirilah korang nak lepak sini ke tak.  Tapi customer service dia bagus and superb. 

By the way aku rasa orang-orang kat New Zealand ni memang best lah. Dari kat airport - kastam + imigresen + hotel support semuanya memang lovely. Sampaikan adik aku kata "Negara diaorang ni mesti sejahtera dari penjenayahkan. Mesti low risk of crime" ... Abah aku TER BAWAK check in pisau yang baru dibeli kat sourvernir shop Queenstown mall tu LEPAS je untuk naik flight. Suspen betul. Memanglah device dia detect pisau tu. Dengan penuh senyumannya auntie kastam tu suruh kiteorang ke tepi and check bag encik abah satu demi satu. Barang pun dia keluarkan dengan baik-baik. Bila dia jumpa pisau tu dia senyum je and said "It's okay", lepastu dia siap tolong bungkus balik satu persatu barang letak dalam bag dan bagi je kiteorang masuk untuk boarding.  Fuhhhh ... kalau kena rampas - nanges lah kiteorang sebab pisau tu memang cantik and its a real knife.  Mungkin sebab muka kiteorang ni muka baik - baik kot tak ada potensi langsung nak buat jenayah. Alhamdulillah. 

Okay ... malam sebelum tu aku dah berulang kali pot pet pot pet; "Esok paling lambat pukul 7 mesti keluar mesti check out" ... Stress kot mak aku dibuat aku. Ha ha ha... Tapi mak aku memang best lah. Cepat betul mak aku siap. Mak ngan abah aku memang happy dan bersemangat dengan trip percutian ni. Bersyukurnya aku.  Alhamdulillah.  By de way... Kenapa kena gerak awal?

Okay aku ambik cruise pukul 10.30 pagi.  Perjalanan ke Milford tu jaraknya dalam 120km.  Haaa kalau dari segi jarak memanglah nampak macam dekat kan kan kan.  Kalau ko google kat pakcik google map ni, dengan penuh confidentnya dia calculate dalam 1jam 30 minit.
Haa ... janganlah terpedaya sangat. Di New Zealand ni ko kena tambah buffer sejam dari yang google ni calculate sebab bentuk muka bumi NZ ni yang berbukit bukau bergunung ganang bertasik etc. Jalannya dah macam ular kena palu. 

Nota: Ini merujuk kepada perjalanan ke taman negara fiordland dan milford sound ye. - jalan lain nanti aku sembang dalam entri lain... Insya Allah

Or korang pernah lalu jalan lama kat Bukit Putus tak? Haaa kalau Bukit putus tu pun korang dah rasa challenging, ini lagi teruk dari Bukit Putus tu. Seriously aku tak tipu.  Aku tanya RAMAI orang dan diaorang cakap "okay je drive nak ke milford sound ni. tak ada bahaya apalah". 
Tipu betul. hahahaha... or mungkin bagi diaorang tak scary... or mungkin juga diaorang tak nak takutkan aku. or mungkin juga time tu bukan diaorang yang memandu tapi membuta kat sebelah driver kan kan kan ... hi hi hi 
Satu-satunya manusia yang betul punya jujur dok peringat kat aku adalah MR. Ariq.  Seriously - dia adalah satu-satunya manusia yang bagitau kat aku BANYAK KALI.  Jangan lewat pergi dan balik dari milford sound sebab ada satu area tu paling bahaya dekat dengan Homer Tunnel.


The Homer Tunnel is a 1.2 km (0.75 miles) long road tunnel in the Fiordland region of the South Island of New Zealand, opened in 1954.New Zealand State Highway 94 passes through the tunnel, linking Milford Sound to Te Anau and Queenstown, by piercing the Darran Mountain range at the Homer Saddle.[1] It connects between the valley of the Hollyford River to the east and that of the Cleddau to the west.
The tunnel is straight and was originally single-lane and gravel-surfaced. The tunnel walls remain unlined granite. The east portal end is at 945 m elevation; the tunnel runs 1270 m at approximately a 1:10 gradient down to the western portal.[2] Until it was sealed and enlarged it was the longest gravel-surfaced tunnel in the world.
In 2002 a tour bus carrying tourists from Singapore caught fire inside the tunnel, halting 150 m from the eastern portal. The passengers and the bus driver had to tread through the pitch-dark and smoke-filled tunnel to safety with the help of head beams from vehicular traffic at the entrance of the eastern portal. However, two passengers got separated and made their way to the Milford end. Three people were flown to Southland Hospital and treated for smoke inhalation.[5] A satellite phone and fire extinguishers were installed in the tunnel as a result of this incident. Two tourist buses were destroyed by fire outside the tunnel in January and March 2008, though the fires were not related to the tunnel.
(Sumber: Encik Wiki bin Pedia)


Haaa... takut tak takut tak.  Honestly, nasib baik aku tak baca fakta ni sebelum aku pergi sebab aku memang tak sempat sangat nak baca. Kalau aku baca mungkin aku tak jadi pergi kot. hi hi hi... Aku adalah usha video Homer Tunnel ni kat youtube kan kan kan.  Tapi masa tu antara cuak dengan tak cuak sama banyak. Lebih kepada suspen lah sebab aku dah pernah lalu Bukit Putus tu yang bagi aku agak scary lah juga sebab masa aku lalu tu aku baru dalam 5 tahun ada lesen memandu kot. Tak otai lagi lah kiranya time tu.

Daaannnn hakikat kejadian sebenar ketika aku memandu sendiri kat homer tunnel itu hari ... Ya Allah... Takutnya aku ... Seriously ... Berbanding dengan berdebarnya pengalaman 8 jam memandu tanpa henti tanpa ganti itu hari ... Memandu di Homer Tunner ni TAK KURANG NGERINYA dan buat muka aku pucat tak berdarah sebab ... Homer tunnel tu sendiri (terowong yang ditebuk dari gunung) memanglah straight, tapi jalan sebelum dan selepas tunnel tu lebih scary dari bukit putus ... bawah tu GAUNG (agaknyalah sebab aku tak berani toleh langsung). jalan dia sempit. Dia punya curve dah macam bentuk "U" yang sempit yang berulang-ulang, daaaannnn masa tu hujan agak lebat + berkabus + jalan licin.  Muka gua si Homer Tunnel tu sendiri dah menakutkan. Aku siap bayangkan scary movie - ada hantu, terowong runtuh dan sebagainya... Betul weih... aku terbayang semua tu. Memang senyappp je masa tu. Tak ada sapa berani cakap apa-apa. Kiteorang zikir je sepanjang jalan tu.
Punyalah aku cuak. aku nak menangis dan sebenarnya (yang mak ayah aku tak tau) - aku ada niat NAK PATAH BALIK ... seriously aku tak tipu... Tapi sebab dah bayar cruise tu lebih seribu harganya. Aku drive jugalah.


dah lah sharp corner. menurun / curam ke bawah pulak tu.
tambah hari hujan lagi. jalan licin. berkabus.
andddd tak ada pengadang jalan... boleh gitu?


bukti ye...
tak ada pengadang jalan...



(sumber: google)

Aku tabik lah orang-orang yang boleh bawak RV/ campervan/ motorhome kat kawasan ni.
Sebab tu lah pun 1st time kot kita nak bawak RV kan. 
Bukan biasa bawak pun kat malaysia ni ha.
Kalau aku ada rezeki pergi sini lagi ...
aku tetap TAK nak naik RV lalu kawasan ni.
time nak pergi sini kita naiklah kereta .. kecik sikit. 
Tu pun sakit perut aku bawak sebab takut... 


And the best part, adek kesayangan aku buat apa time tu? cer korang teka ... Kalau tak salah aku budak bertuah tu TIDO kat seat sebelah.  bertuah kan kan kan ... aku pun tak surelah bila aku lalu situ budak bertuah tu ada terjaga ke tidak sebab aku ; jangankan kata nak toleh sebelah, nak kedip mata 1 saat pun aku tak berani.  hwa hwa hwa.  aku memandu not more than 20km/j ... Hahahaha... Ko bayangkan sekarang... bayangkan cepat... aku paksa ni... ha ha ha... Betapa slownya aku drive kat Homer Tunnel tu. hi hi hi... Sebenarnya kalau adek bertuah aku tu bangun, aku nak suruh dia ambik video ... tapi aku rasa dia tidur time tu. Masa perjalanan balik, alhamdulillah cuaca elok ... dan adek tak tidur - so aku suruh adek rakamkan video tu - tapi hmmm boleh lah dari tak ada. Korang nak tengok tak?  SSS pinjam tolong upload kat youtube boleh tak? hi hi hi...
Tapi betapa comelnya abah aku yang hensem lagi baik itu - encik abah telah berjaya merakamkan beberapa keping gambar menggunakan henfon canggih beliau (ha ha ha canggih lah sangat angah weih ... tapi seriously camera henfon abah gambo cantik) ... walaupuan angle agak tak kena ... tapi okay lah kan dari tak ada.  Aku pun terjumpa masa godek - godek henfon abah itu hari.


yer gelap dan hujan ye anak-anak sekalian.

see memang curam dan "menurun gunung" jalan selepas keluar dari Homer Tunnel ni menuju ke Milford Sound.

Ehhh abah dapat ambik gambar salji lah.... terror lah abah...
ho ye ho ye. 
Aku tak berani pandang kiri kanan pun weih... 




Ada salji dan ada yang "batu pecah".

Haaa... above are all pictures dari encik abah.
Manakala bawah ni gambar dari pencarian di google.

Homer tunnel time winter.
Summer pun sejuk. Winter hmmm lagi lah kan.

Korang kalau TER BERIMPIAN nak datang NZ time winter dan of course lah kena drive kan, 
WAJIB lah untuk korang sewa kereta korang beserta dengan SNOW CHAINS.
Wajib tau. You could be stranded without them. SERIOUSLY.
And you'll need them to get up the ski resort roads since majority of them are gravel.
hu hu hu ...
Jalan time winter banyak belanja weih. 
Pastu kena study banyak benda especially things related to safety. 
Sebab negara kita tak ada salji. So tak tau nak jangka apa.
Spesis kampung macam aku yang tak pernah jumpa salji tebal ni, memang banyaklah benda kena study de do and don'ts kan...  
Sebab tu aku tak pernah pergi tempat bersalji tebal time winter.
Setakat winter di melbourne tu ... cehhh tak ada salji ponnn hahaha....
Salji Mt.Buller tu adek aku kata tipu je. Diaorang pump salji kat situ.
Wallahualam ... salji pun boleh pam ke? hi hi hi ... 


Kalau korang masuk time cerah mungkin macamnilah kot rupa dia.

Ni dalam dia. One lane je. So ikut traffic ligth okay.
Lampu hijau baru korang jalan masuk tunnel yang macam berantu ni ye.


Errr.... sebenarnya aku nak kongsikan pit stop yang best sepanjang perjalanan aku ke Milford Sound ni. Tapi disebabkan aku ada things to do rite now, I'll continue later, Insya Allah.

Errrmmm bermanfaat tak info ni?  Korang kalau ada apa-apa nak tanya, tanyalah... nanti aku try jawab.... sebab aku memang tak reti nak menulis panduan details macam SSS ... fuhhh jauh lagi level penulisan aku nak sampai tahap boleh beri panduan kat orang... So sila tanya jika ada kemusykilan dan nanti aku cuba jawab okay. Insya Allah.

Okay... till write in again, Insya Allah.  Stay tune, stay alive, stay happy, stay healthy and stay away from masalah okay... 

@LovesNHHAS... 

Keywords:  Driving Experience at Homer Tunnel and Milford Sound New Zealand. Pengalaman Memandu di Homer Tunnel. Pengalaman Bercuti di Queenstown, New Zealand. Pengalaman Memandu di New Zealand. Tips bercuti keluar negara.

32 comments:

  1. Ya Allah, baca details pasal jalan tu pun berderau je darah terus ke muka saya. Ngeri sikit. Takut nak bayangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayangkan juga... akak suruh ni.
      Kih kih kih

      Delete
  2. wowww.....boleh bygkan scary drive kt tunnel tuhhhh.....kalau skil memandu xbape nk pro better xyah lah berimpian kan.....hihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi hi... boleh je sbnr nya. Tp kna ambil lngkah berhati2.
      In case of emergency tau apa nk buat. Kt mn nk bt phone call etc sbb dlm tu x de line lgsg baq ang

      Delete
  3. assalamualaikum huda....singgah petang katcni... :-))

    ReplyDelete
  4. suka template huda yang baru ni...mesra pengomen..tak serabut kepala otak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalu boleh melesingkan gadget2 x berapa guna lagi bagus kot... Simple is beauty... He he he..

      Delete
  5. kalau saya, mungkin tak lah..tak berani..memang seram!nanti sambung lagi ye..rare trip ni!

    ReplyDelete
  6. Makkkkk aiiii... Pisauuuu???? Pisauuuuu??! Boleh lepasss??? Pisauuuu??? He he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss betul.

      Tp x yh lh g try pulak.

      Nasib tiap org x sama.

      Ha ha ha

      Delete
  7. Jalan homer tunel tu ada macam fraser hill?

    ReplyDelete
  8. 20km/j??? Kalu ada kura2... Kura2 lg laju... Kah kah kah

    ReplyDelete
  9. Ok... I reserve i question bila sampai waktunya... He he he...

    ReplyDelete
  10. takutnya tengok jalan dia..bentuk U..tepi gaung, kalau akak pun memang fokus 200%, tak pandang kiri kanan...tapi syabas betty, berjaya melepasinya..

    ReplyDelete
  11. perghhhh kalu sy mmg dah gigil nk pijak pedal

    ReplyDelete
  12. mmg betul2 mencabar. tabik spring sapa yg berjaya menyelusurinya

    ReplyDelete
  13. alamak.. skrang ni orang lain dah baca da cerita seram tu.. macam mana ? nanti diorang takut nak drive huahuahua.. lagi2 driver penakot cem CT ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least blh prepare. Tak aci main redah je

      Delete
  14. tapi betul la.. co-pilot xleh tido.. xpun gilir jadi co-pilot kalo xleh tukar driver.. kami ritu kat blakang tido tp Cik Tia x tido.. kena teman driver..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi hi... akk x kisah je org lain tdo kalau akk tau jln.
      Driving is my passionate...
      I like driving sbnrnya.
      Especialy kalau drive good car.
      Hi hi hi

      Delete
    2. Tp kalo x tau jln tu yg prlu sesangat co pilot.
      Gps bkn slalu blh percaya...
      Kdg2 lost satelit reception tetiba.

      Delete
  15. yang selekoh tu famous kan.. samalah Kak Huda.. CT pun rasa xnak naik motohome tu kalo lalu jalan2 selekoh ni.. baikla bawah kete at least kita biasa gak..

    ReplyDelete
  16. Klu Mak drive mau 20km sejam..takut punya pasal

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.... kena hati2.

      tapi kadang kita dah hati2 - orang lain yang cuai pun - naya juga.

      kena doa banyak2 Mak

      Delete
  17. scary la pulak baca.. moga2 sy kuat semangat nak drive bulan 4 ni.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. all the best.

      pergi dengan siapa? naik campervan ke?

      nanti kongsi cerita anda k.

      pastu tag saya - boleh saya g baca ...

      Delete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)