Thursday, December 24, 2015

Day 4/2015 = Day 2 @ Bertemu salji di Queenstown

13 December 2015 ; Day 2 @ Queenstown New Zealand ...

Bagi coretan terdahulu, jemputlah buat ulangkaji di capaiakan ini ye.  

Day 3 - Part 1.
Day 3 - Part 2.
Day 2 
Day 1
Pengalaman Memandu di New Zealand - Part 1

Sambungan ... Hari ke-2 di Queenstown.
Setelah sampai ke penginapan @Luxury Lake Suites pada jam 3.30 pagi, solat dan tdoooo Zzzzz... Bangun pagi pukul 8.00 pagi lebih kurang ... terus stress... "Alamak, pukul 10.00 pagi nak kena check out... Hwaaaa.... Dah lah bayar mahal hotel tu... tak sempat menikmati pun. Terus basuh muka gosok gigi... ambik kunci kereta dan paksa adik ikut ke Mantra Marina untuk kowtim dengan pihak hotel untuk LATE CHECK OUT WITHOUT CHARGES ...
Alhamdulillah ... aweq LLS tu memperkenankan permintaan kami - late check out at 11.30 am.  Tapi kami lewat juga ... 1200 pm +++ baru pulang kunci. Hihi... LLS tu sangat best hinggakan tak sampai hati nak check out... hi hi hi ...




*View from LLS*

Mendung je Queenstown ... macam nak ribut pun ada ...
Tapi jiwa kental perlu meneruskan aktiviti ...
Owh yeah ... setelah minda aku waras pukul 8.00 pagi tu, maka inilah revise schedule kami di Queenstown....
Day 2 : cek out pukul 12pm - skyline queenstown - move to Te Anau for check in at Top 10 holiday park.
Day 3 : 7.00 am move to Milford Sound - cruise pukul 1030 am - 100pm. Stop by along de way for photography - blk LLS and check in again - dinner kebab halal - beli sourvernir (but something happened that nite cause us unable to eat out, so we just cook at LLS and eat there.)
Day 4 : shopping sourvernir at Queenstown mall - go to airport - return rental car - balik melbourne.

***maka tiadalah paragliding. Bungy. Shotover jet etc... huhuhu...

Pemandangan dari Queenstown skyline.

Ada luge ... (sejenis downhill ride)
Macam best tapi aku tak try sebab aku letih.


Skyline Queenstown ni kira macam benda seakan-akan wajib lah untuk korang aci cuba try test kata orang kampung aku. Korang boleh tengok pemandangan menarik seluruh bandar kecil Queenstown... Ala macam naik gondola / cable car kat Langkawi dan Genting Highland tu...

Tinggi jugalah cable car ni ... dannn naik atas tiba-tiba hujan.
Or kusangkakan hujan ; rupa-rupanya salji weih... 
Betul-betul salji.
Jakun betul semua malaysian yang ada kat situ termasuk aku...
Haha..  tapi orang lain pun sama.
Instead of lari berteduh dalam bangunan/cafe; kami dok lari keluar main salji. Hihihi... 
Gigih aku mintak tolong orang yang lalu lalang kat situ tolong ambikkan gambar tapi tak nampak sangat saljinya sebab jaket aku warna cerah dan salji nya tak lah lebat. Renyai-renyai gitu.



Tadah salji lah konon.


Kat Skyline ni juga ada small area untuk buat buat bungy jumping...
Tapi view kat bawah tak cantik sangat.
Aku sarankan kalau nak buat bungy - cari tempat yang view cantik ada tasik yang clear blue water tu. Biasanya orang akan buat kat KAWARAU BRIDGE BUNGY... haa memang cantiklah...
Boleh usha kat link BUNGY JUMPING NEW ZEALAND.
Tapi lebih baik kalau korang pergi berjalan-jalan ke town center, area Queenstown Mall untuk usha best offer package okay.


Dan... wajib gambar kat perkataan "Skyline" tu sebagai bukti dah sampai.
Namun, memandangkan aku ni driver merangkap PA puan ibu dan encik abah...so aku tak sempat nak ambil gambar diri sendiri di trademark Skyline ni.
Disebabkan baru lepas ambil kereta di tempat parking (price NZD4.40/sejam), maka aku bergambarlah dengan kereta di hadapan Skyline ni. Hihihi...

Kat Queenstown Skyline ni juga - kalau kena dengan masanya, korang bolehlah tengok Maori Culture Performance Dance (ala-ala macam cultural show kat cultural village, Sarawak tu) - tapi aku pun tak tunggu Maori Culture Show ni haritu sebab show haritu pukul 5pm ++. Aku kan rushing nak gerak ke Te Anau pulak. #Pasrah.

Owh korang boleh tengok kat LINK SKYLINE QUEENSTOWN ni ye. 

Tapi aku suggest, korang ambik tiket pakej gondola ni kat Queenstown mall je. Jangan ambik kat center skyline ni sebab lagi mahal. Kat Queenstown mall kalau korang rajin jalan usha-usha, boleh gak dapat murah NZD10 and dapat pakej naik gondola n naik luge juga. Kadang-kadang ada combine package dengan paragliding, bungy, helicopter ride, etc.
(Aku terhilangkan pulak pamphlet tu - sorry) 


Seterusnya, beli sedikit grocery, dan isi minyak dan teruskan perjalanan 
(dalam 2jam ++ kot ntah tak ingat) ... menuju ke TeAnau untuk penginapan hari ke-2.


Ada jambatan untuk meninggalkan Queenstown menuju ke TeAnau... 
Air sungai tu bersih sangat-sangat... Masya Allah.

Dalam perjalanan ke Te Anau, korang akan melalui banyak kawasan ladang yang cantik, luas berbukit bukau dan akan menelusuri Tasik Wakatipu dengan pemandangan yang sangat cantik.
Hati-hati memandu sebab jalan sempit, ada 1 lane pergi 1 lane balik je (2lane).
Nak memotong pun susah. Dan jalan raya tu ngam-ngam sebelah tasik TANPA pengadang jalan... Legend kan... hi hi hi.

Ladang yang menempatkan biri-biri boleh didapati di sepanjang perjalanan.
Tanpa pengawasan.
Aku hanya nampak biri-biri dan lembu. Langsung tak nampak ada orang yang jaga haiwan-haiwan ini.
Boleh berhenti di tepi mana-mana jalan untuk ambik gambar...cantik oooo Subhanallah.

(Nota : Istilah BOLEH BERHENTI DI TEPI MANA-MANA tu aku yang bagi - tak tau lah rules NZ merupakan satu kesalahan ke tidak, sebab aku tengok ramai je orang lain buat.  So pandai-pandailah korang ye. Jangan sampai kena saman mahupun kena lokap tau) 





Tapi sungguh tidak bersukan (read as sporting) biri-biri tersebut sebabnya elok je aku berhenti dan turun dari kereta untuk beramah mesra dan bergambar bersama, biri-biri yang asalnyal dok lepak berhampiran pagar yang berdekatan dengan jalan raya tu, terus memecut lari nun jauh ke dalam padang... ishhh nak kejar je rasa...



Haha... mungkin tuan biri-biri ni pesan "Jangan bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Nanti kena kidnap"...
Agaknyalahhhh...

Hihihi...

Then sampailah kiteorang kat Te Anau.

Ketibaan kami disambut oleh bunga ros yang saaaaaangaaat banyak dan sangat lah wangi.
Buka je pintu kereta terus semerbak haruman roses.
Seriously fresh and original baq ang.


Ni rupa persekitaran Top 10 Holiday Park @Te Anau ni.


Okay ... meh nak review sikit tentang Top 10 Holiday Park at Te Anau ni.
Menurut kata laman web Top 10 Holiday Park ni di SINI :

"Te Anau Top 10 Holiday Park is committed to ensure that your stay is as comfortable as possible. We have a range of accomodation to suite EVERY BUDGET - from campervan sites and basic cabins to Luxurious motels. Our guests can enjoy on-site features sucs as free Wi-Fi, hot tub, bicycle rental and free on site car parking" . 

My personal view;
Motel Top 10 ni agak selesa lah, heater dalam bilik, ada blanket heater lagi, katil besar, ada dapur, pinggan mangkuk, stove electric - pendek kata lengkaplah dalam motel dia ni KECUALI TOILET.
Hwaaa TOILET nya agak tak best sebab kat sinki dia paip air panas dan air sejuk berasingan. Sasau tak .. macam mana nak mandi and gunakan paip air "suam" ?
Yang paip cold (sejuk tahap frozen).
Yang paip hot (panas tahap membunuh).
Memang sewel disitu.
So aku ambik wuduk kat sinki dapur sebab boleh buka both pili cold and hot dan keluar dari 1 paip je.
Mujur shower dia satu source je, tapi nak pusing tab shower tu - ko kena pusing kepala paip tu dari COLD - HOT - WARM dan nak sampai stage warm tu air menderu-deru keluar sampai banjir bilik shower.
Kesimpulannya bilik air memang agak hampeh.
Yang lain-lain okay sangat-sangat.
Owh satu lagi yang hampeh.
Yang depa dakwa FREE WI-FI tu - macam tipu je.
muahahaha... dapat free wi-fi 100mb je.
pastu dari mula aku check in sampai aku check out, aku dapat log in wi-fi tu sekali je.
Lain-lain semua promp error message.
Hampeh betul.  Tapi disebabkan tak adalah penting sangat dan tiada apa yang nak "last minute access", maka ketiadaan wi-fi tidak menjadi masalah kepada aku ketika itu...

Pekan Te Anau ni tak adalah besar sangat. Kalau korang jogging pun boleh habis dalam masa setengah jam. Makanab halal tidak kelihatan - maka silalah bawa makanan sendiri ye.
Kat sini ada subway.
Owh ya... Te Anau ni adalah TEMPAT TERAKHIR untuk korang PENUHKAN MINYAK KERETA or RV korang. Ni tempat last yang ada pump station sebelum korang gerak ke Fiordland or Milford Sound. Fiordland tu memang hutan - a.k.a Taman Negara, maka jangan berharap nak jumpa kedai runcit, pump station or wat ever.
Ingat... MESTI PENUHKAN tank kenderaan anda di Te Anau.
Sebab Te Anau - Milford = 200km +++ dan ambil masa 3 jam untuk korang bergambar di sepanjang perjalanan ke sana sebab banyak spot yang menarik untuk bergambar.
Milford - Te Anau is another 200km ++ ye.
So pastikan minyak kereta, tayar spare all are in good condition, Insya Allah ...
Depan tu tasik ye

Circle Te ANau town.
Pusing2 sini je. Tak besar mana.

kedai sourvernir. mahal. dan barang lama.


Ha... ni lah rupa bandar comel Te Anau.
Kedai sourvernir pun buruk je... haha...
Mahal ... 
Tak payah beli sini lah ...

Okay... itu jer review untuk kali ini...
Bersambung... insya Allah...
Stay tune ... stay allive ... stay healthy ...
Stay happy ... stay away from masalah hoccay...

Jumpa lagi... insya Allah...


68 comments:

  1. Replies
    1. Nohas tu kakak kembar saya...
      Salah orang tu yati...hi hi hi

      Delete
    2. hahaha ... rajin blogwalking ni sampai tersilap :)

      Delete
  2. Parking jap... Nak gi meronggeng... He He He...

    ReplyDelete
  3. tringat pagar biri2 tu mesti ade elektrik., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiyo, habis lah biri-biri jadi lamb grill kalau ada letrik wak

      Delete
    2. lor betul ke ada letrik?
      sib baik cik manisah tak pegang.
      kalo tak jadilah cik manisah dalam kenangan.
      kui kui kui

      Delete
    3. yep, they purposely letak pagar letrik utk org dtg curik binatang ternak .. kat mesia pon wak ade perasan setengah pagar kat kampung je ade notis amaran pagar elektrik ghituu., ;p

      Delete
    4. ye ke wak?nasib baik cik manisah tak pegang ye..

      Delete
  4. mcm rushing je...tak bestkan biri2 tu, tak bersukan tul..NZ..wow, wow...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes sis... teramat rushing...

      Kena repeat g NZ...

      Jom kak jom

      Delete
  5. Best nyer kalu dpt wat bungee jumping ;)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. yup.

      cek in pkl 2 ptg.
      cek out pkl 10 pagi.

      Delete
    2. Waktu paling awal yg SS pernah dgr setakat ni.. Biasa 12...

      Delete
  7. Jarak stesen minyak jauh x? Senang jumpa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm kalo kt town even small town mmg ada pump station. Tp tutup nya awal.
      Tak tau lh ada 24hrs ke tak

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Maknanya SS kena boleh jalan siang aje laa ehh...

      Delete
    4. Tak lah... hi hi...
      Just make sure fuel berada pd tahap selamat dengan jarak yg nk g.
      Mcm hrtu sy drive dr christchurh - queeenstown... kan dh nk mlm...
      Minyak kete mmg company car rental tu dh penuh kn.... terus drive straight till queenstown.
      Alhamdulillah... cukup cukup...
      Ms dh pkl 2 pg tu sgh p toilet kt mn ntah .. ada small town yg gelal gulita ... tp pump stn tutup...
      Fuel ada 1/3 lg kot if x silap.. tawakal je lh... jln juga... sbb dh xde pilihan...

      Tp apa pun... avoid lh drive lps pkl 10 mlm for long distance...
      Mmg bandar mati nz tu

      Delete
    5. Ada setengah blog SS baca... Jalannya berbelok2 tak lurus... dan kadang licin... Betul ke?

      Delete
  8. Replies
    1. hihihi.. jom zafirah jom.

      psssttt: ur gift akak tak pos lagi.
      nnt na...
      dah buh dalam envelop tapi tak de kesempatan nk p pjbt pos lagi.

      hi hi hi

      Delete
  9. Kami pun disirami salji masa dalam perjalanan ke Queenstown dari Cardrona pada pagi 13 Dis tu...
    Tahu tak apa yang ada di Cardrona?

    ReplyDelete
  10. Achik pun disirami salji masa berhenti di suatu tempat dalam perjalanan dari Cardrona to Queenstown pada pagi 13 Dis...
    Tahu tak apa yang ada di Cardrona?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada apa... waaaa... eksited nk tau

      Delete
    2. Bradrona...deretan bra diletakkan di pagar...sebagai tanda sokongan untuk nz cancer foundation

      Delete
  11. ambik wuduk kat sinki dapur -> jenuh kangkang... ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha... idok le basuh kaki kt sinki... mau kna jerit ngn puan ibu.
      Basuh kaki guna botol air le .. basuh dlm blk air.
      Kui kui kui

      Delete
  12. skyline..ok! bungee..no way..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Knapa NZ eja bungy?
      Ejaan style NZ ke?

      Haha.... sama lh kita sal...
      Bungy tu x de lh brani nau.
      Nk bt paragliding ngn shotover jet je

      Delete
    2. 2,2 ejaan pun betul..bungee ejaan British rasanya..macam colour ngan color

      Delete
  13. tasik wakatipu?betul ke bohong tu nama dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... betul lh.
      Ada tasik tekapo. Pukaki.. wanaka.

      1st time dgr dulu... I was like "hah? Tasik whatt? Tasik wakenatipu?

      Apakahhh... hihihi

      Delete
    2. kalau SS yang gi NZ, abislah macam-macam nama dia reka nanti..haha

      Delete
  14. on the way ke te anau tu, view macam kat Melbourne..otw ke GOR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbnr nya x sgt...
      NZ lg cantik n bnyk biri2.
      Ms sy g gor hrtu xde sgt biri2.
      Ma g philip island bnyk biri2 dia

      Delete
  15. Subhanallah, cantik sangat-sangat NZ ni!

    ReplyDelete
  16. cntik la bunga ros tuhhh...sy suka pemandangan kt padang biri2 tuhhh...cantikkkkk hihih

    ReplyDelete
  17. huda dan spec hitam tak dapat dipisahkan hehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata ku sembab dgn teruk akibat kurang tdo dan stress memandu.
      Mata dh mcm mata panda.
      Eyebag dh mcm channel.

      Hahaha...
      Lgpun sy rabun... so sy mmg kna pakai spec (s/ada yg biasa or sun glass) kalo x... sy x nmpk jln sgt... hihihi

      Delete
  18. "maka tiadalah paragliding. Bungy. Shotover jet" ... ada bran ke huda? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brani je... insya Allah. Kecuali bungy mungkin x mnt sgt kot... takut tali putus sbb sy gemok... nescaya mati sia2.. hahaha

      Delete
  19. biri-biri tu takut kena lesing kot, cik menisah lesing katanya hehe :p

    ReplyDelete
  20. memang cantik sangatlah NZ ni ... nak pergi juga. tape fulus takdak uwaaa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyik sebut takdak ja... nnt btl2 tak dak baru tau

      Delete
  21. Kalau kakak pun agaknya buat sama instead berteduh baik keluar nak main salji. Mesti seronok macam bebudak yg lahir di london balik M'sia rumah nenek ada hujan mereka main hujan lagi lebat lagi best kan:)

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum....salji tu kan...bila kena badan ....cepat cair tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejap je dh hilang kak. Hi hi hi.
      Halus2 je salji nya.
      Tgk video kt ig sy

      Delete
  23. kalau ceq pun berlari kejar saleeeeji weh.. sama sama jakun nak pegang saleeeji =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mesti mesti...

      kat malaysia kan tak de... hi hi hi

      Delete
  24. uish tu kot tempat yang main go cart yang famous kat NZ. hehe kalo naik kerusi tu jalan slow2 CT ok la kot.. kalo laju2 cuak gak.. bungee ?? no thanks lalala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha.... try lah ... apa salahnya...
      hi hi hi

      Delete
  25. Tak dapek la nk golek2 ats rumput tu

    ReplyDelete
  26. Salji tak nmpk sgt..klu x boleh baring2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha.... summer katanya...
      itu pun mujur lah dapat rasa titisan salji sikit sikit...
      alhamdulillah ...

      Delete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)