Wednesday, June 27, 2012

Working Time


Assalamualaikum ...
it is working time.
1 st day came back... hilang botoi ayour, hilang pas kerja...
ne lah punca eden jadi ting tong.... tidur malam mengigau-ngigau.... huhuhu...

Tuesday, June 26, 2012

Kerana Solat

Wahai anak Adam!


Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu! (Hadis Qudsi, riwayat Ahmad).


Assalamualaikum wbt...

 

Ini cerita semalam. 
Saya perlu mengajar di institut.  Habis mengajar jam 4.30 petang.  Saya dalam dilema.
Perjalanan pulang ke Pjaya dalam waktu itu adalah tidak releven (berdasarkan pengalaman) kerana KL akan jammed waktu balik kerja.  Niat dihati mahu singgah di rumah adek di SR untuk solat maghrib dan berbuka puasa bersama adek2 tersayang.  Dan boleh lah berehat sekejap sebab kepala dah ting tong...
Berjalan sendirian untuk berhenti di RnR memang cuba saya elakkan.

Tapiiiii....  my adek ipaq  kerja dalam "kebuk wasap". hahahaaaa... Jenuh telefon tak dapat juga...
call boy, boy suruh call pejabat dia... tak pun p jer cari dia kat spital SR tu.  Tapi masa tu pemikiran dah terlalu letih menunggu. Dan sungguh lah amatnya risau... "Kat mana aku nak singgah maghrib ne"... Berbuka bukan satu masalah kerana saya sentiasa bawak air (walaupun di tengah2 bulan puasa) kerana dulu semasa kerja dgn firm, asyik kena berbuka dalam kereta.

Jadi saya meneruskan perjalanan pulang ke Pjaya.  Dah jam 6 ptg baru SIL berjaya call saya.  Masa tu dah nak masuk rawang dah pun... Hehehe... kesian dia.  Dah beli kan makanan...

Sepanjang perjalanan...

1. jenuh saya fikirkan, kalau tak sempat maghrib di rumah, kat mana "plan B" saya boleh solat maghrib or jama ta'khir dengan isya...  Tinggg!!!  Allah bagi ilham untuk option singgah solat di masjid hasanah BBB or masjid UPM.  Sebab Isya - sempat sampai... so boleh lah jama ta'khir.  (tak berani ta'khir kat pjaya sebab ada yang cakap if dah masuk territory tempat tinggal dah tak boleh jama')  dalam ketidak pastian itu,  saya dah merangka plan B untuk solat di BBB or UPM.

2. Sepanjang perjalanan, saya bermuhasabah.... Allah menjadikan tetiap sesuatu itu bersebab.  Allah tidak akan dengan sengaja menyebabkan saya susah untuk berbuka dan bersolat.  Allah akan "berkasih sayang" dengan orang yang berpuasa dan mahu menjaga solat.  Jadi pasti ada sebab kenapa Allah "lorongkan" supaya saya balik juga ke Pjaya petang semalam (jam 5 lebey baru gerak dari institut)....
Saya pasti Allah akan permudahkan...  Saya berdoa sepanjang perjalanan agar Allah sempatkan saya sampai rumah - tak sangkut, tak jammed dan sempat tapau makanan... Saya berdoa sepanjang perjalanan...

3. Saya sebenarnya terlupa yang saya ini sedang dalam perjalanan atas urusan rasmi.  Dalam kepala saya - BAWAK SELAJU MUNGKIN, dan berdoa agar jalan tidak sesak, supaya boleh sampai dan sempat maghrib di rumah... itu sahaja.  Boy ajar guna guithree... tapi saya tak reti guna jln tu... Ntah kat mana tempat tu tembus, ada yang sesat kang.  Boy cakap, SgBesi, CONFIRMED jammed. Duta jarang sangat jammed.
Tapi tapi tapi...... saya hanya percaya 1 - Ya Allah... mudahkan urusan solat ku.... Jadi saya hanya reti guna jalan yang biasa saya lalu - sg.besi... dan Alhamdulillah jalan sangat lancar. wlaaupun di bukit lanjan dan duta yang kebiasaannya juga sesak, tapi sungguh lancar sahaja semalam.... Cuma... sebaik sampai ke sg.besi, tetiba kat depan NIRVANA tu, jammed (seperti yang dijangka) dan kalau kita "tempuh" jammed tu, sejam dua memang pasti atas jalan raya jer...

Dan dan dan dan.....  di sebelah kiri adalah susur keluar menggunakan MEX...

Alhamdulillah... saya terus melencong ke kiri dan masuk mex. (saya tak suka mex sebab jalan nya menakutkan, jauh dan mahal tolnya).  tapi kali ne sebab saya nak kejar waktu solat, saya kata, apalah sangat toll tu.  Mata dah beberapa kali terpejam... Huhuhu... dan tiba-tiba masa dah nak sampai, saya terfikir dan tersenyum... "bukankah aku dalam perjalanan atas urusan rasmi - boleh lah claimed"... Hahahaa.... alhamdulillah.... tapi tak claim pun... saya jarang claimmed kalau tersedak kena lalu highway mahal.  saya hanya akan claim ikut normal route juga.... (*_*).

4. Sebenarnya lagi.... kereta saya tak ada minyak sepanjang perjalanan... hahaha.... Sign minyak dah blink blink dari lepas tol Behrang.... punya lah cuak... Ingat nak tuang minyak kat Ulu Bernam, tapi petronas ulu bernam tutup untuk ubah suai... Hadoi... Next perhentian ada pam minyak ialah di Jejantas Sungai Buloh. Jauh tuh... jaraknya hampir 64km... mak aih... punya lah cuak... tawakal sungguh... tak berani on air cond, radio apa tah lagi (penyumbang besar kepada menambah kan sakit kepala dan mengantok)... tapi tak apa, janji selamat sampai.... saya isi minyak esso spuloh hinggit jer kat jejantas sungai buloh (punya lah setia dengan petronas)... Heheheee.... sampai MEX, minyak blink blink lagi.... Hahahaaaa.....



5. Dan akhirnya, saya berjaya masuk territory pjaya jam 7.oo petang... Alhamdulillah... terus buat sujud syukur bila solat maghrib... Sebenarnya sempat p isi minyak kereta, sempat tapau makanan lagi... Hehehe...
Alhamdulillah... terima kasih Allah... sungguh benarlah janji mu wahai Allah....

Wahai anak Adam!

Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu!
(Hadis Qudsi, riwayat Ahmad).


Semoga Allah ampunkan saya... dan cerita ini bukan untuk "gebang" saya sangat baik atau alim... tapi motif cerita ini ialah.....

Put Your Trust on Allah... Pelihara solat, Allah sentiasa BERSAMA MU.....Insya Allah...


dan bila "turun dari rumah" atau memulakan perjalanan, mulakan dengan doa ;

Semoga Allah pelihara keselamatan diri, nyawa, harta benda, iman, akidah, solat dan makan minum … ameen

Thursday, June 21, 2012

Jom Tonton - Lintas langsung dari masjidil haram

Assalamualaikum wbt


Ini link untuk melihat Siaran langsung cuci Kaabah di Makkah pada hari ini Khamis 1 Syaaban 1433- 21 jun 2012 pukul 11 am waktu Malaysia. Pukul 6 pagi waktu Makkah


http://live.gph.gov.sa/


Sekarang jam 4.42 pagi waktu mekah (9.25 pagi Malaysia)… depa tgh solat subuh kalau nak tgk (*_*)

Wednesday, June 20, 2012

Perjalan Pulang dari Mina

... Assalamualaikum wbt...








Tarikh       : 13 zul hijjah 1432H
Tempat     : laluan masuk ke makkah.
Situasi     : Jammed teruk sebab orang balik dari masyaer/ Mina.
Kejadian : Banyak bas tak dibenarkan masuk. Sebab jalan ditutup untuk waktu solat asar.
Tapi, alhamdulillah, bas kami dilepaskan masuk sampai ke depan pintu hotel.  bas yang terakhir dibenarkan masuk.  Yang lain semua kena jalan kaki.  Alhamdulillah. 
Sebelum bas mula bertolak dari Mina (kami antara group2 yang dah hujung2 giliran keluar dari mina), maka faham2 sahajalah jalan jammed macam mana.  Tapi sebelum memulakan perjalanan, mutawif yang follow bus kami, ajak kami berselawat banyak2... Alhamdulillah, Allah permudahkan....
Thank you Allah.

Jadi nak pesan.... Teruskan berdoa, dan jangan berhenti berharap pada pertolongan serta kasih sayang Allah.

Hmmm hari ini sudah 30 Rejab 1433H.  Orang sudah mula buat persiapan untuk ke Makkah semula... Rindu nya nak ikut...

Huh? Iyer ker?

Tiada komen... terdiam

Thursday, June 14, 2012

Sampai Waktu Ini

Saya ingin cakap saya sayang kamu semua.... MMMuuuahhhh...

Assalamualaikum wbt.

Sehingga 4 tahun 6 bulan ini... saya telah temui ramai orang baik. Ramai yang GANAS jer gaya tak nak kalah, tapi hati baik dan kalau kena 'gaya' percakapan nya boleh dan mampu menjadikan mereka semua cemerlang.  Sampai waktu ini juga, saya telah belajar banyak perkara dan saya telah berubah 270 degree... agaknya.  Untuk semua ini, saya hanya mahu mengucapkan terima kasih Allah.
Semoga saya menjadi orang yang bersyukur...

Dari seorang yang "begitu begitu begitu".... telah berubah menjadi "begini begini begini."...
Daripada seorang yang BENCI kepada all things related to IT, telah berjaya memaksa diri membaca dan menghadam begitu banyak literature, menghadiri begitu banyak seminar berkenaan IT.  Dan sebenarnya, boleh jer faham. (tapi dah lost knowledge stats, yang banyak,rasanya kira RSE pun dah tak reti)  Cuma mungkin dulu kita refused to put some effort to understand.  Yer lah zaman belajar,  ada assignment, kalau tak tahu, boleh TIRU. Kalau malas buat, suruh SA buat, so mana ada masalah.  Tapi Allah itu maha Kaya.  Allah mahu beri kita pengajaran, kita boleh buat sebenarnya.... Boleh... Insya Allah... kerana...zaman kerja,  nak tiru siapa?  kena belajar, belajar dan terus belajar dan kena make things to happen.  kerana... We are answerable to Almighty Allah SWT.

Semoga Allah beri ilham, hikmah, kebijaksanaan untuk siapkan tugasan yang susah ini dan semoga ianya memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara... Insya Allah...

Kepada semua orang-orang baik yang berusaha dan mendewasakan saya di sini... terima kasih banyak2.... Semoga Allah sayang kepada kamu semua...

Special thanx to , ex-boss yang banyak mendidik, semua anak2 buah ku yang best dan dedicated, jiran sebelah cubic yang banyak bergaduh tapi dalam masa yang sama banyak membantu.  SA2 yang belajar dan mengajar bersama.... dan semua rakan2 sekeliling yang terlibat untuk "mematangkan saya..."

Semoga Allah sayang kepada kamu semua... Saya juga mahu sayang kamu semua kerana Allah....
terima kasih....



p/s;  tidak terkecuali ramai juga orang yang pura-pura baik.  semoga saya tidak benci kamu... Saya mahu sayang kamu juga kerana Allah.

p/s; jumpa ramai dah orang tapi kenapa tak jumpa juga Mr. Right ye... heheheeeee....

Wednesday, June 13, 2012

Jakarta???

cintaku tertinggal di jakarta??? uiksss... tu lah... dah cakap... jangan tak nak tak nak...
yang tak nak tu lah yang dapat sat lagi... padan muka...

Saturday, June 9, 2012

Kisah Adam dan Hawa

This was the story of Adam a.s narrated in different parts of the Al-Quran in different verses.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allah berfirman menerusi,
Surah Al- Baqarah, ayat 30 - 39,

{30}Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya: Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

{31}Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar.

{32}Malaikat itu menjawab: Maha Suci Engkau Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 

{33}Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini kepada mereka. Maka setelah diterangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?

{34}Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat kecuali Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. 

{35}Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuasnya apa yang kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang yang zalim.

{36}Setelah itu Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain; dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa.

{37}Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah, kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pengampun (penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

{38}Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku itu (nescaya tidak ada kebimbangan dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

{39}Dan orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Surah Ali Imran, ayat 59
{59} Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! maka menjadilah ia.


Surah An-Nisaa, ayat 1
{1} Hai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya dijadikan isterinya (Hawa), dan yang membiakkan dari keduanya lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan nama-Nya, serta peliharalah hubungan kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.



Surah Al-A’raaf  ayat 189

{189} Dialah yang menciptakan kamu semua dari diri yang satu, dan Ia mengadakan daripadanya pasangannya (isteri) untuk bersenang hati dan hidup mesra. Ketika dicampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Maka ketika ia merasa berat berdoalah keduanya kepada Tuhan: Sesungguhnya jika Engkau kurniakan kami anak yang baik, tentulah kami menjadi dari orang yang bersyukur.

Surah Al-A’raaf , ayat11-25


{11} Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

{12} Allah berfirman: Apakah yang menghalangmu daripada sujud ketika Aku perintahkanmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api, sedang dia Engkau jadikan dari tanah.

{13} Allah berfirman: Turunlah kamu darinya, tidak patut kamu berlaku sombong di dalamnya; maka keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina.

{14} Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari Kiamat).

{15} Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).

{16} Iblis berkata: Oleh kerana Engkau menyebabkan daku tersesat, demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus.

{17} Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.

{18} Allah berfiman: Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya.

{19} Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang yang zalim.

{20} Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).

{21} Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.

{22} Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat msing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?

{23} Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami, kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.

{24} Allah berfirman: Turunlah kamu semuanya, setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika.

{25} Allah berfirman lagi: Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripada-Nya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan pada hari Kiamat).

{26} Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (kurnia) Allah supaya mereka beringat.

{27} Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, ia melucutkan pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan aurat mereka berdua. Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dimana kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman.


Surah Al- Hijr,  ayat 26-36
{26} Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang merubah warna dan baunya.

{27} Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.

{28} Dan tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku ciptakan manusia dari tanah liat yang kering berasal dari lumpur yang berbentuk.

{29} Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari ciptaan-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

{30} Setelah selesai kejadian Adam maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali.

{31} Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud.

{32} Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?

{33} Iblis menjawab: Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, berasal dari tanah lumpur yang berbentuk.

{34} Allah berfirman: Kalau demikian, keluarkanlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah terkutuk.

{35} Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat.

{36} Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan.

{37} Allah berfirman: Maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.

{38} Hingga ke hari masa yang termaklum.

{39} Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menyesatkan aku, maka sungguh aku akan perhiaskan kejahatan kepada manusia di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.

{40} Kecuali hamba-hamba-Mu yang yang ikhlas di antara mereka.


Surah Al-Isra’,  ayat 61

{61} Dan ketika Kami berfirman kepada Malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujud melainkan iblis; ia berkata: Patutkah aku sujud kepada makhluk yang Engkau jadikan dari tanah yang diadun?


Surah Al_kahfi, ayat 50

{50} Dan ingatkanlah tatkala Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu menjadikan iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku? Sedang mereka adalah musuhmu. Amatlah buruknya bagi orang yang zalim pengganti yang mereka pilih itu.


Surah Tha Haa, ayat 115-126

{115} Dan sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman.

{116} Dan tatkala Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia enggan sujud.

 
{117} Maka Kami berfirman: Wahai Adam, sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; maka janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan yang demikian engkau akan menderita.

{118} Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam syurga itu dan tidak akan bertelanjang.

{119} Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari.

{120} Maka Syaitan membisikkan kepadanya, dengan berkata: Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon khuldi yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?

{121} Maka mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari syurga, dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan.

{122} Kemudian Tuhannya memilihnya dengan diberi taufik untuk bertaubat, lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.

{123} Allah berfirman: Turunlah kamu berdua dari syurga itu bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku nescaya ia tidak akan sesat dan ia tidak akan menderita azab.

{124} Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta.


{125} Ia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik?

{126} Allah berfirman: Demikianlah! Telah datang ayat-ayat Kami kepadamu, lalu kamu melupakannya, dan demikianlah kamu pada hari ini dilupakan

Surah An-Naml, ayat 62

(sebenarnya portion sahaja… “…And He will make you inheritors of the earth (generation after generation…”

{62} Atau siapakan yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati.

Sumber:
Diterjemah dari buku "Stories of The Prophets (peace be upon them)"
Imam Imaduddin Abul-Fida Isma'il
(Ibn Kathir) - Ad-Damishqi 700-774H


Wahai anak-anak Adam

Surah Al-A'raaf, Ayat 26, 26.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

{26} Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (kurnia) Allah supaya mereka beringat.

{27} Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, ia melucutkan pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan aurat mereka berdua. Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dimana kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman.