Showing posts with label Pergi Tak Kembali. Show all posts
Showing posts with label Pergi Tak Kembali. Show all posts

Tuesday, May 2, 2023

It really hurts when there is no longer hope

 ‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

‎Perginya seorang boss, seorang senior, seorang sahabat yang baik yang sangat serasi pada 10 Syawal 1444H seawal jam 0055 am tadi.

Pada tanggal 1 Mei 2023, sambutan hari pekerja, sahabat kami, boss kami, senior kami En Hamzah bin Ismail telah berehat dari penat lelah dan tekanan kerja.

Telah hilang seorang lagi boss dan kawan yang sporting dan serasi, yang kuat mengusik, suka belanja staff dan suka tolong orang. Orang yang chill dan happy, sungguh tak sangka begini kesudahannya.

Banyak kenangan baik-baik dengan Boss dan senior yang seorang ni.
- kena kunci luar bilik mesyuarat #anakbuahterjal
- pow boss makan minum macam-macam. sebab boss nak pahala kan. 
- boss back up masa perang dingin dengan boss besar no satu, sampai en hamzah nyatakan sokongan penuh untuk saya bawa diri lari g jepun.
- bagi pinjam router masa kat jepun.
- en hamzah pinjam laptop sis lebih dari satu sem untuk siapkan thesis dan assignment beliau.
- jual meja ikea kat beliau.
- tayar bengkak, tayar salah pam, salah isi minyak kereta - semua boleh tanya dia.
- baca artikel tak faham - boleh wasap dia suruh explain.
- rakan gosip yang sporting.
- rakan main game

Ya Allah - kehilangan yang sangat menyedihkan dan paling tidak disangka-sangka.
Lepas ni tak ada dah rakan gosip, mentor dan senior yang reliable untuk diharapkan.
Kesedihan paling dalam sama macam kehilangan arwah nurulhuda pada 22 Mei 2022 yang lalu.
kehilangan yang masih belum terubat, disusuli kehilangan en hamzah pula pada 1 Mei 2023.

Allahuakbar.

Ya Allah ampuni En Hamzah bin Ismail,
rahmati dia,
maafkan dia,
muliakan kematian dia,
lapangkan kubur dia,
rezekikan dia syurga tanpa hisab tanpa azab,
jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan
berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, ibunya, isterinya dan anak² nya.

Ya Allah tempatkan En Hamzah di kalangan orang-orang yang beriman dan yang Engkau kasihi.

Ameen Ya Rabb

Al-Fatihah...

‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ




cukuplah kematian menjadi peringatan yang paling menginsafkan.

mari kita betulkan niat dan kerja kerana Allah utk negara yang tercinta.

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”

Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890) dan
al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465)

Friday, March 17, 2017

Menyemai Kasih di Dunia ... Menuai Cinta di Syurga

15 Mac 2017.

Saya bercuti - kerana kureng sihat!
Lokasi - UMSC Malaysia.
Saya kira amat takut kerana berasakan "masa" saya yang semakin hampir.
Tapi saya ingat pesan ayah "yang tak sakit pun Allah boleh panggil pulang, apatah lagi yang sakit ni - tak payahlah susah hati sangat. ultimately to Allah we all shall return"

Indeed.

15 Mac 2017.
Lokasi - Bali, Indonesia.
Kami menerima perkhabaran sedih yang menimpa sahabat kami
Dr. Mohd Fadzli bin Md Dazali yang meninggal dunia dikatakan akibat terjatuh ke dalam air terjun yang dalam ketika ber trekking di Bali (Berita di SINI dan SINI).


Selaku spesis yang tidak mempunyai akaun muka buku (baca sebagai FB), saya antara yang terlewat mengetahui berita ini.  Itu pun mujur hudHud bertanyakan kepada mun dalam group WA kami - Group roomate masa kolej matriks dulu.

Allahuakbar.

Speechless.

Berkali-kali membaca perkhabaran ini.

Mohd Fadzli yang kami kenali ketika di kolej dulu memang sangat baik dan bijak.  Arwah adalah ketua kelas Mun (MH4) dan Mun adalah roomate saya (saya di MH3). Arwah memang baik - tak ada dengar orang kata dia tak baik.  Soft spoken.  Selalu nampak arwah study kat cafe or library.  Kalau ada yang tak faham - boleh tanya - sentiasa sudi nak membantu kawan-kawan.  Ni geng-geng scorer ni - memang 4flat nye geng.  Sebab itulah berjaya menjadi Doktor.

Allahuakbar.

Selepas tamat kolej - haruslah tidak bertemu lagi dengan beliau - haluan yang berbeza kan.  Result saya pun macam langit dan bumi lah dengan beliau. Hihihi.

Tiba-tiba mendapat perkhabaran ini - Allahuakbar.
Terkejut bukan kepalang.

Ralit membaca komen-komen yang ditinggalkan di laman FB Medical Mythbusters Malaysia,  Allahuakbar.  Rasa sungguh INSAF dan Happy baca komen kisah-kisah dan kenangan gembira yang kenalan-kenalan arwah kongsikan tentang arwah.  Pernah mengenali beliau secara jarak jauh (geng hayat sekolej)  memang boleh terbayang-bayang tutur kata dan perilaku arwah yang digambarkan sebagai sangat baik dan cool itu.



Allahuakbar.
Saya INSAF.


  




Sungguh daku sangat terkesan !
Ke sederhanaan arwah. Kegembiraan mereka-mereka yang berada di sekeliling arwah ketika hayatnya.  Betapa dia memudahkan urusan orang dan menggembirakan orang disekelilingnya.
Allahuakbar.  Ketiadaannya seolah-olah dirasai dan ditangisi seisi alam semesta.

Ku rasakan husnulkhatimah nya arwah.

Allahuakbar.

INSAF nya saya.

Ni kalau saya telah tiada - apakah yang akan insan-insan disekeliling saya perkatakan tentang saya yang banyak dosa dan salah silap ini.

Allahuakbar.

INSAF nya saya.

Semoga Allah beri saya dan kita semua kesudahan yang baik husnul khatimah dalam hidup ini.



Semoga Allah tutup aib kita didunia, jauhi kita dari fitnah dunia, fitnah ketika hendak mati dan fitnah ketika telah mati.

Sama-samalah kita menutup aib orang lain  dan berusaha - seusaha-usahanya sehabis baik untuk mujahadah menjadi baik.

Allahuakbar.

Buat sahabat kami allahyarham Dr. Mohd Fadzli bin Md Dazali,
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mu dan menerima setiap amal kebaikan mu sahabat dan menempatkan mu disisi hamba-hamba Nya yang di redhai lagi di kasihi Nya.




Semoga saya pulang dalam keadaan yang diredhai Allah. Dalam keadaan yang telah diampunkan segala dosa-dosaku dan ada tempatku disyurga firdaus Mu Ya Allah.

Saya mohon maaf kepada semua sahabat-sahabat, tuan/ puan yang mengenali saya jika ada sepanjang pergaulan kita ada salah silap saya pada kalian.
Mohon halalkan makan minum dan apa2 yang terambil terguna dan sebagainya.
Jika ada yang perlu dituntut - tuntutlah sekarang agar kelak bila saya telah tiada - saya tidak lagi berhutang dengan kalian. Moga-moga Allah mudahkan hisab saya dan kalian di akhirat kelak. Insya Allah.
Saya mohon maaf.

Dari saya:
Huda Sani
Maafkan saya setulus dan seikhlas hati kalian.

"Tuhan

Jangan kau izin aku lupa

Jangan kau biarkan aku mendepang dada

Pasakkan hatiku pada kaki

Paksakan ku tunduk sehingga mati."



~terbang tunduk; fyn jamal~



Kemaskini 20.3.2017

Ini foto-foto perjalanan terakhir arwah yang dikongsi kan oleh seorang sahabat baik nya di laman sosial, foto-foto ini ihsan Amirul Nazri buat semua insan yang mengenali arwah yang tidak sempat memberi penghormatan terakhir buat arwah.

Untuk para sahabat handai yang terkilan kerana tidak sempat menyambut arwah dan hadir ke majlis pengebumian atas sebab-sebab peribadi, di bawah saya kongsikan beberapa keping foto terakhir utk tujuan melepaskan rindu dan mengenangkan memori indah bersama beliau. Tiada niat lain untuk berkongsi gambar ini sekadar peluang untuk kita mengucapkan selamat tinggal dan melenyapkan rasa kesal kerana tidak mampu hadir.
Dr Hooi Ketua Jabatan Perubatan Hosp Sultanah Aminah bersama pakar lain Dr Xavier dan Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Aminah menunggu jenazah selama beberapa jam sampai ke tengah malam dengan penuh sabar di KLIA kargo, bersama ramai kawan-kawan seperjuangan arwah yang berbilang bangsa. Tidak sedikit pun terlihat riak penat di wajah masing-masing, malah cerita-cerita mengenai kebaikan arwah saling bertukar ganti di bibir mereka.
Kami berjumpa lagi di tapak perkuburan Islam Sg Petai Melaka, turut hadir adalah Ketua Jabatan Perubatan Dada Hospital Sultanah Aminah dan Pakar Endokrin. Mereka bertolak dari Johor awal pagi lagi. Masing-masing mahu mengucapkan salam terakhir buat arwah.
Air mata yang kering sejak semalam tumpah lagi saat imam membacakan talkin. Wajah ibu dan bapa arwah yg hiba menambah lagi sayu rasa hati. Tiada ibu bapa yang patut mengebumikan anak mereka. No parents deserve to bury their children. Kawan-kawan yang berlainan agama memberikan penghormatan mengikut cara masing-masing, dengan tangisan yang mengiringi bacaan imam.
Begitulah kehilangan seorang mutiara dari hospital yang benar-benar dirasai. Hadirnya sahabat handai dan ketua-ketua beliau menandakan arwah adalah seorang individu yang sangat disayangi dan sangat dekat dihati kita. Terdetak rasa dihati apakah pemergian kita akan disambut dan ditangisi begitu ramai manusia dan rakan sekerja malah ketua sendiri. Itulah benar-benar tanda seorang manusia yang sangat banyak jasa pada jabatan, keluarga dan masyarakat.
Kami sangat berpuas hati dapat menitip kamu pergi dan dapat memberi penghormatan terakhir buatmu Fadzli. Andai kamu mampu melihat betapa ramai manusia menghantarmu ke pangkuan Tuhan, nescaya kamu bangga dengan betapa ramainya manusia yang menyayangi kamu. I guess this is really goodbye. Airmata bergenang lagi dan semoga tenanglah kamu di sana bersama roh para syuhada dan solihin.
Al-Fatihah. - Amirul Nazri





Thursday, May 19, 2016

Dia pergi untuk selamanya ... Al-fatihah ...


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Ini edisi istimewa dalam duka - genap empat tahun pemergian sahabat yang kami kasihi ; Allahyarham Mohamed Noor Aizam bin Saudin ... Catatan asal aku empat tahun dahulu di SINI ...

Al-Fatihah ... Moga tenang kau di SANA sahabat.  Kami akan menyusuli mu kelak ... Allahuakbar... Masa pulang ku juga makin dekat ...

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami


Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

 Zam ... kiteorang rindu ko beb ... you are the best bro ...  
Kalau aku tak ada esok ... ada tak orang nak cakap aku best... sebab "ko dah tak ada" nak cakap aku ni best. hi hi hi ... kalau ko ada lagi beb, ko mesti bahankan aku sebab tak kawen kawen kan ... hi hi hi ... Kalau ko ada beb, ada orang nak tadah telinga dengar aku membebel marah hangin semua ada ...
 Beb aku mintak maaf aku selalu gadoh ngan ko... Buli ko ... selalu tak percaya bila ko cakap ko sakit ... tima kasih beb cover kerja aku masa aku g haji ... aku tak sempat belanja ko beb ... ko halal kan tak ? hu hu hu hu... Sib baik mak aku tapaukan air zam - zam ko beb ... kalau tak - aku kesal sampai mati beb ...
Ya Allah ... sedih nya ... We will joining you soon ... so soon beb ... 
Aku tak pernah lupa buat tahlil untuk ko beb ... Ko ni dah macam part of family aku pulak dah ... hi hi hi .. You re in de list bro ... always ... 
Thanx sebab jadi kawan baik aku beb ... Moga Allah ampunkan ko, sayang ko dan tempatkan ko di kalangan hamba yang Allah sayang ...

Al- fatihah ...


@loves_nhhas

#andaiIniRamadhanAkhirku. #SempatKe ...
Ya Allah ... berkati kami di bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikan kami ke Ramadhan dengan sempurna ... Aameen...

19 Mei 2016 bersamaan 12 Syaaban 1437H


Setiap kali masuknya Mei hati ini… belum pernah lagi hilang rasa ini…Ia masih terkesan walaupun setelah 4 tahun berlalu. Ya… 4 tahun lalu, seperti hari ini tanggal 19 MeiSue dan sebilangan besar kita dalam list ini kehilangan seorang sahabat yang pernah suatu masa dahulu menceriakan kami, pernah menjadi sebahagian daripada sejarah dan cerita kami……dia pergi untuk selamanya….menghadap Pencipta…
kami redha, walaupun pergi beliau itu hanya dalam masa sakit yang sangat pantas -19 hari dari tarikh allahyarham di masukkan ke wad!..

Tenang dan damailah wahai sahabat ... Allahyarham Mohamed Noor Aizam bin Saudin … AL FATIHAH…..Rasa baru semalam, arwah datang ke workstation Sue dan Cik F di Meto ..tuk bertanya khabar dan bercerita seharian punya cerita selepas habis waktu kerja……Begitulah esoknya, kami pula yang ke tempat beliau seusai kerja hari tersebut berakhir………
Begitulah sahabat, walaupun tiap-tiap hari berjumpa @ terserempak puntetapi tetap masih banyak cerita nak cerita dan mmg tak kan habis sampai bila-bila…..

Masih terbayang lagi kata-kata terakhir allahyarham pada Sue sebelum beliau diisytiharkan koma, “Sue aku akan balik kerja jangan bimbang..tapi nko mesti dah tak ada Aaron Aziz dah di aras 7 tu…aku rasa aku akan balik sebagai Osman Kering lepas ni”……Ayat balasan Sue pada beliau Tidak kisah lah Zam, nko jadi Aaron Aziz ke..Osman Kering ke..janji nko cepat sembuh dan balik kerja kembali ya”

Esoknya beliau telah dipindahkan dari Hospital Serdang ke Hospital Selayang. Sue dan sebahagian besar dari kami di Aras 7 itu dan juga team PERKISA ke Hospital Selayang sekali lagi…namun kali ini allahyarham tidak bersuara lagi…..kami yang hadir pun hanya dibenarkan masuk melawat berdua-dua bukan ramai-ramai …..renungan dan kata-kata semangat hanya ditelan begitu sahaja bila melihat sekujur badan yang kaku bertemankan mesin dan wayar-wayar berselirat menyapa kehadiran kami…..Hati kami ketika itu Allah sahaja yang tahu….tambah lagi melihat wajah ibu, ayah, isteri dan 2 anak kecil allahyarham yang menunggu penuh harapan di setiap lawatan kami…

Kini….yang pergi tetap pergi ... yang datang tetap ada , namun ia masih tidak sama pada sesuatu karektor dan keperbadian seseorang yang pernah Dia pinjamkan kepada kita…. Arwah Aizam akan sentiasa ada di hati kami sahabat-sahabat baiknya selamanya……Walau pun geng-geng kami pencen nanti, cara, watak dan apa yang beliau miliki itu tetap hanya pada dia sahaja yang kami jumpa… Sesunguhnya, setiap dari kita unik, dan jika kita memiliki pada sesuatu masa hargailah kewujudannyaSemoga Allah menempatkan roh sahabat kami ini dengan para syuhada….Insha allah….

Baik itu sahaja nak tulis pada hari ini……..

Adakala kita tersalah, Allah datangkan sahabat untuk menegur, Adakala kita betul, Allah datangkan sahabat yang patut ditegur, Adakala kita diuji, Allah datangkan sahabat untuk bantu kita, Adakala sahabat kita diuji, Allah beri kekuatan untuk kita bantu dia…..Jadi hargailah kewujudan sahabat…Mungkin dia adalah syurga bagi kita”- Prof HAMKA ...

Sudut penulis jemputan ... Sue ... 


Wednesday, December 2, 2015

Masa hidup kena banyak sebut Lailahaillallah

Your grave can either be a garden or dungeon.
Decide which you'd like it to be and prepare for it.
Keep your focus.
Keep your heart sincere...


Kisah di bawah ... disalin semula dari WhatsApps...

Allah nak ingatkan kita pelbagai cara.. Sama ada kita sedar atau tak je..
.
Pada 18.10.15  rakan2 sekerja dari Badan Kebajikan Islam TM telah ziarah bekas ustaz TM (dah bersara), Ust Hj Mohd Zakuan Tak. Ustaz sakit cancer usus stage 4. Ustaz jg dulu merupakn imam Masjid Salahuddin Ayubi Tmn Melati.

Keadaan ustaz alhamdulillah baik.. Baik bagi org sakit.. Ustaz kata dia ok cuma tak blh duduk. Kena baring je.. Ustaz kurus dah.. Muka bersih sgt dan nmpk ceria.. Tak lalu mkn katanyer.. Sebut makan je terus hilang selera.. Adapun mlm Ustaz akn mkn nestum..
.
Ustaz pesan perbanyakan sebutan Lailahaillallah masa sihat ni..
.
Ustaz citer pengalaman masa sakit.. Susahnya nk sebut lailahaillallah masa tak sedar.. Syaitan kacau kata jgn sebut.. Bila blh sebut je syaitan semua jatuh/hilang..  Perumpamaannya gitu.. Nmpk mcm mudah tp bila sakit atau masa nk meninggal ssh nk sebut kalau tak biasakan waktu sihat sbb gangguan syaitan tu kuat sgt.. Sebab tu kita tengok orang yang nak meninggal akan ada waris ajarkan sebut Allah atau Lailahaillallah.. Bila dpt sebut lailahaillallah rasa lega sgt..
.
Ustaz ckp lg, dia rasa syukur Allah bagi dia sakit sbb dpt bersihkan dosa. Dia merasai sayangnya Allah mahu bersihkn dalaman sbb tu kurang mkn.. Untuk mudahkn bila tiba waktunya..
Ya Allah bukan senang bersyukur saat di uji. Allahu... Sebak dengar nasihat ustaz..
.
Alhamdulillah.. Melawat org sakit pun dapat ilmu.. Tu tandanya Allah sayang.. Allah kasi peringatan sebab dah lalai sangat kan... Masa sihat ni sombong sangat dengan Allah.. nak zikir, bertasbih bertahmid dan bertakbir pun susah.. Bukan semestinya atas sejadah.. Sambil2 duduk2, masak, makan, tgk tv, lepas solat.. basahkn lidah dgn zikrullah...
.
Kita ni hamba yang leka.. Yang sibuk nak tengok dan tunggu keajaiban Allah.. Tapi lupa setiap nafas kita itu lah keajaiban yg Allah beri pd kita.. Itu pun sombong lagi tak mahu bersyukur.. Huhuhu..
.
Alhamdulillah atas ingatan dari Allah.. Walau melalui siapa dan bagaimana caranya, itu tanda Allah sayang..
.
Moga Allah beri kekuatan dan permudahkn urusan keluarga Ustaz Zakuan dalam apa jua urusan. Amiinn..

Tq baca coretan pjg2 ni.. Moga ilmu yg ustaz sampaikn td sampai jg pd semua dan moga rakan2 semua beramal dgn ilmu tersebut.. Insyaallah..

Hari ini 21/11/15, ustaz Zakuan telah kembali kerahmat Allah. Al Fatehah utk beliau...

Monday, March 23, 2015

Disaat Kita Mampu Untuk Memberi ...

 ....... Dia mungkin tak mampu menerimanya lagi ...

AL-Fatihah untuk allahyarham atok ; Haji Abdul Razak Mohamed Ali...
Semoga Allah merahmati atok, mengampunkan dosa-dosa atok, sayang atok, dan tempatkan atok disyurga firdaus...  Insya Allah
Kami sayaaaannng atok ...

Terima kasih atas semua jasa, kasih sayang, pengorbanan dan keikhlasan atok untuk kami semua...
Angah minta maaf sebab di saat angah sudah mampu untuk memberi, atok dah tak mampu nak menerima... angah nak bawak atok jalan-jalan tengok tempat tinggal angah pun atok dah tak mampu nak duduk lama dalam kereta.
Angah nak balik kampong lama-lama jaga atok pun, angah tak ada banyak cuti...
(semuanya alasan je kan atok...)

Tapi atok tak pernah marah, atok tak kecik hati pun kot. Atok suruh balik pergi kerja rajin-rajin, dapat duit yang berkat, atok suruh tolong orang susah. atok suruh ingat mak ayah. atok pesan jangan tinggal solat. atok pesan jangan tinggal baca ayat kursi.  atok pesan "keroje - keroje juga, jangan lupe kawen" ... atok pesan jangan marah ai'man ngan ariff bila diaorang lompat2 notty sebab diaorang budak-budak lagi.
tapi masa atok dah semakin uzur dua tahun kebelakangan ni, atok selalu sedih bila angah balik KL, atok suruh stay. atok cakap kalau susah nak balik tak apa lah. Doakan atok selalu. kalau atok dah tak ada nanti balik lah tengok atok untuk kali terakhir.

maksu dah bersihkan bilik atok, baju2 atok semua... diaorang kemas barang-barang atok semalam bila angah dah balik kl... diaorang baca diari atok, atok tulis macam-macam, atok tulis birthday anak cucu, tapi anak cucu ni ingat ke birthday atok? Hurrmmmm ....

Atok dalam sakit ke sihat ke sentiasa berzikir sentiasa jaga waktu solat. Dihujung usia atok kadang-kadang dah macam tak ingat sangat tapi time solat atok tak pernah lupa.  kejap-kejap atok tanya, dah masuk waktu ke.  kiteorang suka usik atok "lambat lagi lah atok" ... atok jawab; "tak boleh tangguh-tangguh, kita tak tahu bila Allah nak panggil balik".  Masa sakit atok dah makin teruk, atok just cakap "tak apa ini dari Allah, ini hak dia,  atok pun tak sabar / tak lama lagi dah nak balik jumpa Allah ..."

Bila tengok dan baca Quran - angah mesti nangis sebab ingat atok, sebab atok banyak ajar angah baca quran masa kecik-kecik dan atok tunggu dengar angah baca sampai angah khatam quran. Pagi-pagi sebelum pergi sekolah atok suruh baca Quran dulu ... dulu-dulu masa kecik komplen juga sebab pagi kena baca Quran, malam kena baca Quran... hihihi... tapi sekarang dah faham kenapa atok suka baca Quran, baca Quran best kan atok - kita tak ada buang masa nak fikir bukan2, nak bergosip mengata orang, pastu kalau kita ada masalah, banyak jer guidance Allah bagi thru al-quran... kan atok kan...

Semalam angah pergi kuliah kat masjid, angah cium bau durian . . . angah nangis kat tangga masjid sebab angah ingat kat atok.  dulu-dulu ikut atok pergi kebun kat Kuala, duduk pondok atok, naik moto ngan tok isa nak pergi pondok atok, mandi kat telaga atok, dan pernah jatuh kat tangga pondok atok kepala angah terhentak kat batu - darah teruk... dah tengah-tengah malam kena bawak pergi hospital... kesian atok - asyik disusahkan angah ....
bila kiteorang dah sekolah, musim buah-buahan atok mesti kirim berguni2 durian, rambutan, manggis, langsat kat kiteorang - atok kirim guna bas... (nanges lagi...huhuhuhu)

Angah tengok gambar pergi haji - pun angah ingat atok. Angah tak dapat pergi haji dengan atok...
tapi angah tak lupa jasa atok, teman angah dengan adek pada tahun 1999 - masa mama dengan ayah pergi haji pertama kali.  Atok duduk teman kiteorang.  Adek darjah 2 masa tu. dua minggu lepas mama ayah pergi haji tu, adek ngan angah demam, kesian atok kena jaga kiteorang dan bawak kiteorang pergi klinik, dah lah atok tak reti bawak kereta. hihihihi...

Paling awesome, angah tengok nama sendiri angah ingat atok sebab nama angah pun atok ada saham juga nak bagi, pasal tu nama angah panjang berjela... Hihihi...

Tapi ... atok, sijil kematian atok - angah yang daftarkan - sedih betul masa tu. Angah pergi daftarkan dengan abah. 1st time angah pergi UTC Ipoh tu sebab nak buat sijil kematian atok. kali terakhir angah jejak kaki kat superkinta lama tu masa sekolah rendah kot... Hihihi... dah lama kan atok kita tak pergi pekan Ipoh lama tu.

Terima kasih atok untuk semua kasih sayang atok, nasihat-nasihat atok, ilmu dan didikan atok, rezeki2 yang atok kongsikan ...
Semoga Allah merahmati atok, mengampunkan dosa-dosa atok, sayang atok, dan tempatkan atok disyurga firdaus bersama para solihin dan orang2 yang Allah sayang...  Insya Allah
Kami sayaaaannng atok ... see you soon atok, Insya Allah... sama-sama dalam syurga Allah ...

AL-Fatihah untuk allahyarham atok ; Haji Abdul Razak Mohamed Ali...
20.8.1919 ~ 17.3.2015
 
Salam sayang
~angah~

Tuesday, February 25, 2014

Macam mana kalau tak cukup?

Assalamualaikum wbt...

Hmmmm.... pagi ini tergerak hati mahu "masuk kelas ke U-MKI".... saya "mendaftar" tau jadi student... tapi banyak juga "ponteng"... ;(

Pagi ini, ketika "masuk kelas", saya terpandang tulisan Prof Kamil seperti berikut:


3/4/1435
TIDAK CUKUP
Saya melihat tangki minyak Dodge hampir kosong. Lalu saya terus ke stesyen minyak.
Full.
Bila usai, saya membuka wallet. Allahu Akbar ... duit tidak cukup untuk membayar harga minyak yang hanya kurang lebih $0.30/seliter.
Begitulah ... jangan terlampau yakin atau tidak mahu membuat semakan sebelum melakukan sesuatu.
Bagaimana jika ia berlaku di Padang Mahsyar? Usai di hisab ... ia tidak mencukupi. Ke mana mahu berpaling?
Semaklah diri ... Ia masih boleh dilakukan di kala ada nyawa yang masih dipinjamkan. "

LINK DI SINI


Pernah sekali ketika saya memandu pulang dari Seremban ke Putrajaya selepas melawat adek yang sedang mengikuti pengajian a-levelnya beberapa tahun yang lalu (mungkin 2010/2011)... ketikat pulang i.e di tol seremban,  jalan sesak dengan teruknya... dan seingat saya TnG saya bakinya tidak banyak ... tapi saya "gamble" juga Q di line TnG sambil tangan menyeluk ke serata kereta mencari di mana TnG saya letakkan...(kadang2 terjatuh, kadang2 lain orang memandu, lain tempat letaknya),  dan saya terjumpa dua TnG - rupanya TnG emak... dan dalamnya mempunyai kredit yang banyak... fuhhh... lega.... di saat rasa2 tak cukup... tiba2 Allah cukupkan... padahal saya pun tak tahu TnG emak berada dalam kereta saya... huhuhu....

Lidah tidak henti2 mengucapkan syukur atas pertolongan yang tidak disangka2 dari Allah...  namun... tidak pula saya terfikirkan tentang gambaran akhirat dan mahsyar seperti yang Prof Kamil  terfikirkan... 

Hmmmm

Amat benar sekali peringatan demi peringatan yang Allah berikan, tinggal lagi kita berfikir dan menyedarinya atau tidak...   Prof. Kamil menceritakan perihal ketidakcukupan di stesen minyak  dan merenungkannya dengan amalan kita ketika di hisab di padang mahsyar nanti... Allahuakbar...

Semoga saya dan kita semua pulang dalam keadaan yang CUKUP bekalan amal ibadah yang diterima Allah... dan semoga tiada "hutang" yang dituntut ketika di sana nanti kerana mana mungkin kita boleh mencari mesin ATM pula disana....  Allahuakbar....

Masa untuk "pulang" semakin hampir.... Jom kita bersedia.... 

Monday, January 27, 2014

Al-Fatihah : Datuk Harun Taib

Perginya Pembela Islam Sejati...

Harun Taib (tengah) berucap ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Kali Ke-51 di Perdana Resort, Kelantan pada 15 November 2012.

KEMBALINYA, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ke rahmatullah pada awal pagi kelmarin, ia bermakna bukan sahaja parti itu malah keseluruhan umat Islam tanpa mengira apa juga fahaman politik kehilangan seorang tokoh pejuang dan pembela Islam sejati. Biarpun berada di pentas politik, namun Allahyarham tidak melihat medan tersebut sebagai usaha untuk merebut kekuasaan semata-mata, sebaliknya bagi menegakkan syariat Islam di muka bumi Allah ini khususnya di Malaysia.

Dalam mempertahankan prinsip tersebut yang selaras dengan perjuangan asal Pas, Allahyarham yang belajar di Universiti Islam Madinah dan kemudian menyambung peringkat sarjana siasah syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir tidak pernah bertolak ansur dan sentiasa tegas memberikan pandangan serta melahirkan pendiriannya.
Bagi Allahyarham, tidak kira kawan mahupun lawan, sekutu ataupun tidak, apabila mereka melakukan tindakan atau membuat kenyataan yang bertentangan dengan perjuangan Islam, Allahyarham akan tampil menyanggah. Justeru bukanlah menghairankan apabila Allahyarham bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan kecaman atau kritikan rakan-rakan sekutu Pas tetapi juga dalam Pas sendiri berikutan ketegasannya.
Dua isu yang paling mendapat perhatian umum ialah ketegasan Allahyarham dalam soal tahaluf siyasi Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Isu pertama tercetus pada Multaqa Ulama SeMalaysia di Alor Setar pada 14 September lalu apabila Allahyarham secara terbuka menyatakan pengaruh Pas dalam pakatan pembangkang semakin lemah. Allahyarham menegaskan, kajian semula berdasarkan kepada garis panduan Majlis Syura Ulama Pas wajar ekoran berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan Pas selain merosakkan hubungan dalam tahaluf siyasi.

Namun niat murni Allahyarham disalahtafsirkan, Allahyarham 'diserang' kiri dan kanan bukan sahaja oleh sekutu Pas tetapi juga di dalam Pas sendiri apabila golongan ulama dituduh gila kuasa dan menjejaskan hubungan parti itu dengan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

Bagaimanapun Allahyarham ternyata tidak berundur biar pun setapak sebagai pejuang Islam, apabila dalam Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Ke-52 di Shah Alam pada November lalu, Allahyarham secara tegas menyatakan,
"Kami tidak gila dan tamak kuasa, tapi Pas ialah parti Islam, maka sesiapa yang memahami dasar parti, mereka lebih faham kedudukan ulama dalam Islam. Rahsia kekuatan Pas adalah hidupnya Pas sejak 1951 adalah berdasarkan kesungguhan ulama, tidak ada percanggahan yang lain iaitu mahu mewujudkan sebuah negara Islam, negara yang aman dan makmur dan indah. Perjuangan kita sangat berbeza dengan parti lain. Tahaluf syasi (kerjasama politik) perlu disemak dari semasa ke semasa bagi mengkaji setakat mana pelaksanaan Islam boleh dilaksana di ngeri yang kita perintah." katanya.

Konsisten
Dalam perjuangan politiknya, biar pun mempertahankan kerjasama Pas dengan sekutunya, namun Allahyarham tidak mahu melihat Pas menjadi 'pak turut' semata-mata.
Oleh itu Allahyarham akan bersuara apabila melihat sesuatu perkara yang bertentangan dengan prinsip perjuangan Islam. Ini terbukti apabila Allahyarham pernah menegur Kerajaan Pas Kelantan kerana menjemput bintang Akademi Fantasi (AF), Mawi mengadakan konsert di Kota Bharu, Kelantan pada 2005. Ia kerana Mawi bukanlah seorang penyanyi hiburan Islam sebenar, sebaliknya hasil produk sebuah rancangan realiti yang jelas menyimpang daripada ajaran Islam.
Seorang pemimpin muda Pas memberitahu penulis, Allahyarham adalah antara pemimpin yang paling konsisten dalam perjuangan Islam dan mempertahankan perjuangan asal Pas.
''Sebab itulah dalam isu kalimah Allah, sehingga akhir hayatnya Allahyarham tetap mempertahankan pendirian beliau dan Majlis Syura Ulama bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah suci tersebut," katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur.
Sememangnya, isu kalimah Allah membuktikan Allahyarham adalah pejuang dan pembela Islam sejati apabila sanggup berhadapan dengan sesiapa sahaja bagi mempertahankan pendirian Majlis Syura Ulama.

Pada 10 Januari lalu, ketika majoriti pemimpin-pemimpin Pas dan pemimpin Islam dalam pakatan takut tampil untuk mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas kitab Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mempunyai kalimah Allah, Allahyarham secara lantang mengeluarkan kenyataan membela jabatan itu. Allahyarham mahu JAIS tidak tunduk kepada desakan dan arahan supaya kesemua kitab itu dipulangkan.
Isu kalimah Allah menjadi bukti ketegasan dan sikap konsisten Allahyarham dalam memelihara kesucian Islam, malah Allahyarham merupakan satu-satunya pemimpin Pas yang menggesa umat Islam bersatu bangkit mempertahankan kalimah suci itu dengan tidak membenarkan bukan Islam menggunakannya. Atas sikap itu jugalah, Allahyarham pernah menempelak Karpal Singh kerana memperkecilkan peranan Majlis Syura Ulama apabila Pengerusi DAP itu mengatakan majlis tersebut bukan suara majoriti dalam Pas.

Karpal berhujah demikian kerana Pas telah mencapai persetujuan dengan PKR dan DAP bahawa kalimah Allah boleh digunakan bukan Islam asalkan ia tidak disalahkan gunakan. Membalas keceluparan Karpal itu, Allahyarham menganggap Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu tidak tahu apa-apa tentang Pas dan kehabisan modal.

Bukan sahaja dengan Karpal, malah Allahyarham juga pernah menempelak Azmin Ali dalam isu yang sama apabila Timbalan Presiden PKR itu mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama. Allahyarham berkata, "Dia cakap tak pakai akal, jadi tak payah ambil kira pendapat atau pendirian dia. Tak apalah dia hendak kata apa pun, kita tak ada masalah. Tak jejas apa-apa pun. Apa sahaja yang dia kata, walaupun dia tak setuju tetapi kita tetap dengan keputusan asal.''

Begitulah sikap Allahyarham dalam mempertahankan kesucian kalimah Allah dan Allahyarham juga secara lantang mahu pihak berkuasa bertindak tegas terhadap pihak yang cuba meminda Enakmen Agama Bukan Islam yang diguna pakai di negara ini.
''Jangan sesekali beri muka dan layan tuntutan atau desakan mana-mana pihak yang cuba mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.'' tegas Allahyarham pada 4 Januari lalu kepada Mingguan Malaysia.

Semangat
Sememangnya jika mahu dicatatkan terlalu banyak jasa dan pengorbanan Allahyarham dalam membela agama Islam di negara ini. Oleh sebab, sikap istiqamah dalam memperjuangkan Islam itulah yang memungkinkan biar pun mengalami keuzuran dari segi kesihatan sejak 2010, semangat Allahyarham tidak pernah luntur biarpun suatu ketika terpaksa berkerusi roda ke muktamar Pas.

Bagi merumuskan kegigihan Allahyarham ini, berikut penulis paparkan pandangan seorang pemimpin Pas, Dr. Azman Ibrahim;

''Insan hebat sepertinya, bukan setakat berkerusi roda, kalau terbaring di tempat tidur pun, kita masih perlukan buah fikirannya sekalipun jasadnya sudah tak berdaya. Lemahnya sekujur jasad seorang pejuang di jalan Allah adalah kerana tenaga yang telah dicurahkan demi untuk melihat syariat Allah ditinggikan.
''Buat Almarhum Tuan Guru Datuk Harun Taib… Pulanglah ke pangkuan Tuhan-Mu dalam keadaan reda dan diredai. Dengan rahmat Allah, kamu adalah dalam kalangan hamba yang soleh dan tempatmu adalah di syurga.''
Sememangnya, umat Islam kehilangan seorang lagi pejuang dan pembela Islam sejati di tanah air kita manakala Pas pula kehilangan seorang ulama yang tegas mempertahankan prinsip perjuangan asal parti itu.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang beriman dan beramal soleh - AL FATIHAH.



Tuesday, November 12, 2013

Andai ku tahu...

Assalamualaikum wbt.

tarikh hari ini ... 12.11.13 = 8 muharram 1435H.
(esok till jumaat, kalau berkesempatan, jom puasa sunat muharram)...

Apa pencapaian kita dah berada dalam 8 hari di tahun baru ini?

What did i do today?  setiap langkah hampir menuju syurga Allah atau ke mana?

Masa untuk "melangkah pulang" semakin hampir... Sudah bersediakah aku untuk menghadapinya?

Sana sini berlaku bencana, berlaku pergaduhan, permusuhan, peperangan yang boleh menyebabkan kesengsaraan, kematian, kedukacitaan...

Tatkala hari ini kau, aku dan kita semua sedang gelak ketawa gembira mengata / menjadi juru ulas perihal tingkah laku manusia dan makhluk lain, sang penjaga waktu, sang "pencatat minit" di bahu kiri dan kanan kita tidak terlepas sedetik pun mencatat tiap perihal tingkah laku, tutur bicara kita...

Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman.
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat harta itu.
Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas.
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
Mereka itulah orang yang berhak mewarisi.
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya...

(Surah al-mu'minun, ayat 1-11)

Mohon lah maaf kepada manusia disekeliling kalian, sementara masih diberi kesempatan..
Bertaubatlah kepada Allah, Tuhan Pemilik Arsy yang Agung...
Perbanyakkanlah amal saleh ...

Sesungguhnya masa pulang ku dan juga kamu semakin hampir...
Semoga Allah permudahkan urusan dan laluan kita untuk menjadi penghuni syurga firdaus Nya...
Insya Allah.... ameen....

Andai ku tahu…Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…


Andai ku tahu…Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…


Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku

menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…




Ya Allah, Ya Rabb...guide me all the way to Your Jannah Firdaus, don't let me go astray...
tetapkan aku dalam nikmat iman dan islam. Ilhamkan aku hikmah dan kebijaksanaan serta keimanan dan kesabaran dalam menguruskan amanah ku didunia ini...
Rezekikan aku taubat sebelum mati, Rezekikan aku kekal hidup dalam iman dan islam, mati dalam iman dan islam, serta mendapat syurga firdaus Mu......

salam sayang,
nhhas...

Thursday, May 24, 2012

Tempon Pinjaman 32 tahun telah selesai

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Al-Fatihah buat sahabat dan teman seperjuangan kami, Mohamed Noor Aizam bin Saudin yang telah kembali kerahmatullah pada Sabtu 19 Mei 2012 (27 JamadilAkhir 1433H) lebih kurang jam 7.30 pagi, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mu wahai sahabat. Ditempatkan dikalangan hamba-hamba Nya yang soleh dan disayangi NYA.

Telah hampir 5 hari kami kehilangan beliau, tapi air mata masing-masing masih murah untuk mengalir tatkala terkenangkan allahyarham.
Allah... bukan mudah untuk kami 'melupakan beliau'.  rasanya tak mungkin kami dapat melupakan beliau.
Dan pastinya mengambil masa untuk kami terus mengingati allahyarham tanpa menitiskan lagi air mata.

Dah habis dah tempoh pinjaman 32 tahun untuk dia. Kita yang masih tinggal ne tak tahu macam mana lagi.

Tengok seorang teman atas pembaringan seperti itu memang tak dapat saya nak tahan tangis.


Sebulan lebih sikit jer arwah sakit, 19 hari duduk wad. 
Hari ke 3 or ke 4 di hospital baru tau ada cancer dan pada hari ke-19 Allah menjemputnya dalam keadaan yang tenang.  Dan Allah sayangkan kami kerana bagi kami kesempatan untuk melihat arwah buat kali terakhir ketika sedang dikafankan.

Allah... aku masih tidak percaya yang di atas pembaringan dengan balutan kain kapan itu adalah sahabatku Aizam.  Allah... sungguhlah... dia benar2 telah tiada...

Balik ke pejabat pada pagi Isnin kelmarin, lagi lah bercucuran air mata tengok meja kerja arwah.  Masih segar dalam ingatan kami semua tatalaku arwah ketika di meja kerja lamanya. Aku memanggilnya "kaunter pertanyaan" sebab meja arwah di laluan yang agak busy (tak patut juga mereka letak meja pegawai di laluan utama, bising dan mengganggu arwah juga buat kerja).  Setiap kali kalau ada kawan-kawan yang nak ke division kami, mesti singgah bertandang di meja arwah. Dan kalau ada kawan-kawan yang balik "on time", arwah akan jerit dari meja dia "oit awal nya balik, awal lagi neh.rilex lah dulu."

Arwah juga adalah teman yang paling suka melepak kat work station aku.  memandangkan kedudukan meja aku adalah yang paling strategik di belakang dan di sebalik tiang. Kalau dah ngantok or tepu minda nak buat kerja mesti arwah datang tempat sambil tanya "ada apa-apa untuk di makan tak"  dan sambil bukak locker, aku selalu membebel  "ne bila nak tolong refill ne, asyik pow ajer... tokeh mydin pun gulung tikar ne".
tapi arwah tau kami memang bergurau kasar selalu. heheheee... dan aku pun boring2 g lepak tempat arwah yang kemas dan bersih tu  sambil meng pow kerepek-kerepek arwah.  Kadang tu siap angkut bawak balik sampai tinggal sikit pastu baru bagi balik.

(Nota: arwah seorang yang pengemas dan pembersih, rasanya horror lagi meja aku)

Allah.... kenangan.... pasti kami semua rindu arwah.
Arwah juga kawan yang baik.  Kadang-kadang kalau aku kena handle project, dan kadang-kadang kalau aku 'tak behave', ada pulak yang p mengumpat aku kat depan arwah.  So baik nya arwah ne, dia mesti backing aku kat depan orang tu dan explain kenapa aku "mengamuk". tapi dalam masa yang sama, arwah akan jumpa aku dan cakap "ha, tadi ada orang komplen pasal awak... cer behave sket. garang benor".  Arwah tegur secara santai, tapi selalu buat saya tersedar dan sentap.  Aku suka cara dia tegur kesilapan dan kelemahan aku sebab dia tidak memburukkan aku di belakang, sebaliknya dia membetulkan aku secara berdepan, dan tidak melaga-lagakan aku dengan sesiapa pun.  Suka nasihatkan orang supaya "behave".

Sikap arwah yang lemah lembut itu, menyebabkan arwah disayangi ramai.  Semasa arwah dimasukkan ke Serdang,  aku bertugas di parliment.  Sebenarnya aku nak tukar giliran bertugas dengan arwah.  Giliran arwah pada April rasanya, dan aku pada Mei.  Aku nak tukar sebab 2 mei tu konon-kononnya aku nak sambung cuti.  Tapi arwah pun dah plan nak bawak keluarganya bercuti. So arwah tak nak tukar dengan aku.  sob sob sob.... kalau arwah tukar haritu, langsung dia tak merasa duty di parliment. 
(Nota: tak sampai juga hajat arwah nak bawak keluarganya bercuti pada Mei ne)

2 mei tu arwah dah warded. 3 mei aku balik office, after office hour jam 5.30 ptg, aku terus ke Serdang menziarahi arwah.  Walaupun sebelum tu arwah dah teruk kurus cengkung (tapi belum di diagnos cancer, doktor baru nak buat ujian),  tapi arwah boleh buat lawak lagi. Biasalah kiteorang.  Dan itu lah kali terakhir aku bercakap dengan arwah.  Kali kedua aku ziarah arwah pada 7 Mei, juga di serdang. Aku bawak akak aku yang juga mengenali arwah.  Tapi kami terlewat, kami tiba jam 3.30 petang, dah habis waktu melawat.  Lepas buat lawak drama lebih kurang kat kaunter wad, guard tu bagi lah kami masuk.  sampai di katil arwah, dia macam tengah mamai-mamai tidur. aku dan along tak nak lah kejut arwah walaupun pada mulanya mak arwah yang menemani arwah nak kejutkan dia.  Tapi tak sampai hati sebab pasti susah arwah nak dapat peluang tidur sebab sakit yang amat sangat.  pastu waktu melawat, sepenuh2 wad tu geng-geng arwah yang datang ziarah.
Sampai ketika arwah dimasukkan ke ICU selayang,  pelawat arwah di control by card sebab terlalu ramai.

kali ke-3 aku ziarah arwah, lepas aku balik dari China, pada selasa 15 Mei.  Arwah dipindahkan ke Selayang rasanya sama ada malam ahad atau pagi Isnin (14 Mei). Isnin tu aku masih di China, pagi jam 7 lebih kurang, aku dapat sms dari staff aku yang memanjangkan sms dari isteri arwah (jam 6.30 pagi) memaklumkan arwah kritikal. Peluang 50 50 (aku tak sure apa yang bleeding, the cancer or his pancrease) tapi he bleeding badly.  Terus berderai air mata aku.  Aku takut aku tak sempat jumpa arwah.  Semua staff division pergi ziarah arwah tgh hari isnin tu dan sempat jumpa arwah dalam keadaan sedar, boleh bercakap walaupun sangat lemah, dan masih "kenal orang", sebelum arwah ditolak masuk ke bilik bedah. 
Mereka follow sampai arwah ditolak ke bilik bedah. Mereka dengar pesanan-pesanan akhir arwah.

Dan.... aku tiada di situ untuk melihat arwah buat kali terakhir dalam keadaan dia sedar.  Aku di China hantar sms kepada isteri arwah, tapi isteri arwah maklumkan arwah dah masuk bilik bedah. Jadi aku tak dapat bercakap dengan arwah.  Sedihnya.  Aku touch down KL pagi selasa jam 2 pagi lebih kurang.  Esoknya jam 11.30 pagi aku ambik staff aku kat office ajak teman g selayang (sbb aku tak tau jalan).  Tapi masa tu arwah dah tak sedar.  Aku tanya mak arwah "dia tidur ke atau memang tak sedar since operation?"  mak dia cakap, arwah dah ok, doktor saja bagi arwah tidur.  Dalam hati aku meragui kata-kata mak arwah.  tapi takkan nak tanya lebih2 pulak.  So itu kali ke-3 aku ziarah arwah (dan tak dapat bercakap dengan arwah).  Rabu, Khamis, Jumaat, sentiasa ada kenalan-kenalan kami yang bergilir ziarah arwah, dan boss aku pun setiap hari sms tanya kat mak arwah apa progress arwah.  dan setiap kali mak arwah akan cakap "arwah ok, doktor tidurkan dia".  semua orang muka lega kecuali aku.  Dalam hati aku kuat menyatakan ini ada sesuatu yang tidak kena. Mustahil doktor "tidurkan dia lama sangat, nanti kalau dia sedar, boleh tak betul kawan aku ne".  Dan pagi sabtu, jam 7.30 pagi, bertalu-talu panggilan masuk tapi aku tertidur atas sofa lepas subuh (penat balik China tak hilang lagi).  Pastu akhirnya ada satu call yang aku sempat catch.  Teman dari trade call "Huda, ko ada dgr apa2 pasal aizam tak".  "er tak ada. nnt aku cek, aku call ko balik".
dan tak sempat aku letak phone, seorang staff division aku call memaklumkan "Cik Huda, En. Aizam dah tak ada. Dia baru meninggal lebih kurang jam 7 - 7.30 pag ne"....  Innalillahiwainnailahirajiun.  Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.    Aku sms hampir semua nombor staff Jabatan yang ada dalam phone aku. Dan aku terus bersiap, bergegas ke hospital selayang di temani ayah ku.

Allah.... sedihnya... Itulah kali ke-4 dan terakhir aku "ziarah" arwah. dan arwah "takkan sedar untuk selama-lamanya lagi"
Bercucuran air mata melihat arwah di atas pembaringan dengan kain kapan.  Dimasukkan dalam keranda kayu dan di bawa menaiki van jenazah pulang ke kampung halamannya di Johor.

Al- FATIHAH.  Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Semoga Allah beri kekuatan, ketabahan dan keselamatan kepada ibu, isteri dan anak-anak arwah untuk menghadapi ujian ini. Begitu juga kami di division ini.


Allah lebih sayang kan dia.
Habis dah tempoh pinjaman selama 32 tahun Allah bagi kat dia. Kita ne tak tau jangka hayat tempoh pinjaman tu berapa lama lagi…

Semoga kita semua kembali dalam keadaan yang Allah dah ampunkan dosa.
Dekat dengan Allah di dunia dan akhirat.
Di beri husnul khatimah….

Ameen…

Sambutan hari lahir arwah bersama geng2 Q1 di division.
Aku tak ada masa ne kerana berkursus di Perak.

Pengajaran buat aku yang masih bernyawa ini....sempurnakanlah amanah (terutamanya amanah kerja) yang diberi. Masa aku juga semakin suntuk. MATI ITU DATANG TIBA2. JANJI ALLAH ITU PASTI TIBA.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

(Nota: arwah bermula dengan mengadu SAKIT PERUT lebih kurang 2 3 minggu sebelum di masukkan ke ward.  Kami suruh p jumpa doktor, arwah tak nak, dah lambat baru pergi.  Dan aku terkilan juga sebab arwah cakap dia gastrik jer.  Aku tanya "bleeding tak". Arwah cakap "belum lagi".  So aku cakap, ha belum teruk lagi lah gastrik tu. Sebab aku pernah kena sampai bleeding dan tak dibenarkan makan nasik selama lebih kurang sebulan ke dua bulan.  Last year aku sekali lagi sakit perut dan sepatutnya go for operation pada 1 Ramadhan.  tapi aku nekad tak nak pergi sebab aku nak pergi haji dalam keadaan "tanpa parut jahitan". aku kata, nak operate ke apa ke, tunggu lepas balik haji.  Dan alhamdulillah, balik haji, kesihatan aku beransur baik... dan sungguh tak sangka, arwah pulak yang sakit secara tiba-tiba dan pergi begitu pantas. Dalam tempoh sebulan lebih sahaja selepas mengadu sakit, dan hanya 19 hari di hospital.)

Al- fatihah...