Thursday, May 19, 2016

Dia pergi untuk selamanya ... Al-fatihah ...


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Ini edisi istimewa dalam duka - genap empat tahun pemergian sahabat yang kami kasihi ; Allahyarham Mohamed Noor Aizam bin Saudin ... Catatan asal aku empat tahun dahulu di SINI ...

Al-Fatihah ... Moga tenang kau di SANA sahabat.  Kami akan menyusuli mu kelak ... Allahuakbar... Masa pulang ku juga makin dekat ...

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami


Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

 Zam ... kiteorang rindu ko beb ... you are the best bro ...  
Kalau aku tak ada esok ... ada tak orang nak cakap aku best... sebab "ko dah tak ada" nak cakap aku ni best. hi hi hi ... kalau ko ada lagi beb, ko mesti bahankan aku sebab tak kawen kawen kan ... hi hi hi ... Kalau ko ada beb, ada orang nak tadah telinga dengar aku membebel marah hangin semua ada ...
 Beb aku mintak maaf aku selalu gadoh ngan ko... Buli ko ... selalu tak percaya bila ko cakap ko sakit ... tima kasih beb cover kerja aku masa aku g haji ... aku tak sempat belanja ko beb ... ko halal kan tak ? hu hu hu hu... Sib baik mak aku tapaukan air zam - zam ko beb ... kalau tak - aku kesal sampai mati beb ...
Ya Allah ... sedih nya ... We will joining you soon ... so soon beb ... 
Aku tak pernah lupa buat tahlil untuk ko beb ... Ko ni dah macam part of family aku pulak dah ... hi hi hi .. You re in de list bro ... always ... 
Thanx sebab jadi kawan baik aku beb ... Moga Allah ampunkan ko, sayang ko dan tempatkan ko di kalangan hamba yang Allah sayang ...

Al- fatihah ...


@loves_nhhas

#andaiIniRamadhanAkhirku. #SempatKe ...
Ya Allah ... berkati kami di bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikan kami ke Ramadhan dengan sempurna ... Aameen...

19 Mei 2016 bersamaan 12 Syaaban 1437H


Setiap kali masuknya Mei hati ini… belum pernah lagi hilang rasa ini…Ia masih terkesan walaupun setelah 4 tahun berlalu. Ya… 4 tahun lalu, seperti hari ini tanggal 19 MeiSue dan sebilangan besar kita dalam list ini kehilangan seorang sahabat yang pernah suatu masa dahulu menceriakan kami, pernah menjadi sebahagian daripada sejarah dan cerita kami……dia pergi untuk selamanya….menghadap Pencipta…
kami redha, walaupun pergi beliau itu hanya dalam masa sakit yang sangat pantas -19 hari dari tarikh allahyarham di masukkan ke wad!..

Tenang dan damailah wahai sahabat ... Allahyarham Mohamed Noor Aizam bin Saudin … AL FATIHAH…..Rasa baru semalam, arwah datang ke workstation Sue dan Cik F di Meto ..tuk bertanya khabar dan bercerita seharian punya cerita selepas habis waktu kerja……Begitulah esoknya, kami pula yang ke tempat beliau seusai kerja hari tersebut berakhir………
Begitulah sahabat, walaupun tiap-tiap hari berjumpa @ terserempak puntetapi tetap masih banyak cerita nak cerita dan mmg tak kan habis sampai bila-bila…..

Masih terbayang lagi kata-kata terakhir allahyarham pada Sue sebelum beliau diisytiharkan koma, “Sue aku akan balik kerja jangan bimbang..tapi nko mesti dah tak ada Aaron Aziz dah di aras 7 tu…aku rasa aku akan balik sebagai Osman Kering lepas ni”……Ayat balasan Sue pada beliau Tidak kisah lah Zam, nko jadi Aaron Aziz ke..Osman Kering ke..janji nko cepat sembuh dan balik kerja kembali ya”

Esoknya beliau telah dipindahkan dari Hospital Serdang ke Hospital Selayang. Sue dan sebahagian besar dari kami di Aras 7 itu dan juga team PERKISA ke Hospital Selayang sekali lagi…namun kali ini allahyarham tidak bersuara lagi…..kami yang hadir pun hanya dibenarkan masuk melawat berdua-dua bukan ramai-ramai …..renungan dan kata-kata semangat hanya ditelan begitu sahaja bila melihat sekujur badan yang kaku bertemankan mesin dan wayar-wayar berselirat menyapa kehadiran kami…..Hati kami ketika itu Allah sahaja yang tahu….tambah lagi melihat wajah ibu, ayah, isteri dan 2 anak kecil allahyarham yang menunggu penuh harapan di setiap lawatan kami…

Kini….yang pergi tetap pergi ... yang datang tetap ada , namun ia masih tidak sama pada sesuatu karektor dan keperbadian seseorang yang pernah Dia pinjamkan kepada kita…. Arwah Aizam akan sentiasa ada di hati kami sahabat-sahabat baiknya selamanya……Walau pun geng-geng kami pencen nanti, cara, watak dan apa yang beliau miliki itu tetap hanya pada dia sahaja yang kami jumpa… Sesunguhnya, setiap dari kita unik, dan jika kita memiliki pada sesuatu masa hargailah kewujudannyaSemoga Allah menempatkan roh sahabat kami ini dengan para syuhada….Insha allah….

Baik itu sahaja nak tulis pada hari ini……..

Adakala kita tersalah, Allah datangkan sahabat untuk menegur, Adakala kita betul, Allah datangkan sahabat yang patut ditegur, Adakala kita diuji, Allah datangkan sahabat untuk bantu kita, Adakala sahabat kita diuji, Allah beri kekuatan untuk kita bantu dia…..Jadi hargailah kewujudan sahabat…Mungkin dia adalah syurga bagi kita”- Prof HAMKA ...

Sudut penulis jemputan ... Sue ... 


15 comments:

  1. Innalillah untuk arwah.. semoga ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.. aminnn

    ReplyDelete
  2. Hargai sewaktu ada... Doakan bila dah tiada...

    ReplyDelete
  3. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

    ReplyDelete
  4. turut berdukacita semoga keluarga yang ditinggalkan di berik ketabahanan..

    saya ijin membagi info kalau kakak ingin tahu tentang cara membuat website yuk disini saja.

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah...semoga rohnya tenang di sana..

    kita jg bakal2 jenazah, mati itu pasti, hidup..Inshaa Allah...

    ReplyDelete
  6. Al-fatihah...Semoga diberi ketabahan buat ahli keluarga dan sahabat handai.

    ReplyDelete
  7. Saya sgt menghargai persahabatan di alam maya wpun belum pernah bersua muka. Kita semua kan pergi jua apb masanya sampai.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih semua ...

    setiap kali 19 May - mesti teringat ... cuma tak nak tulis dalam blog ... nanti sedih ...
    Yeah orang baik mesti cepat "BALIK" kan ...

    hmmmmm ...........

    ReplyDelete
  9. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

    one of our close friend pun meninggal few years ago. masa kami tengah study. rasa kehilangan. sampai sekarang bila tengok FB dia rasa nak nangis je. hurmm. soon, kita pun sama. cepat atau lambat je

    ReplyDelete
  10. al-fatihah..mesti rasa macam masih baru, kan..

    ReplyDelete
  11. alfatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)