BAB 1:
Assalamualaikum
warahmatullah wabarakatuh ...
Hydie Odie. Happy New Year 2017!
Alhamdulillah, my utmost gratitude to the
gracious Allah Almighty for His blessings, we are here again to welcome 2017
with great enthusiasm and highest commitment to excel further, Insya Allah.
Keep us in the straight path.
Fill our days ahead with full of love and laugh.
And please keep our brothers and sisters in our doa ... whose now suffering with the war crisis around the globe.
Many things happened back in 2016 - the
sad one, the good one. All the experiences gained will help us to go for
brighter future with a sincere heart
and clear direction and correct intention Insya Allah.
Azam tahun 2016 ahkak? Siapa ingat azam
ahkak yang semangat pada 1 Jan ahkak dah canang tu? Hahaha - betul lah kata orang - kalau kita
reveal azam kita - biasanya tak jadi kenyataan - kih kih kih.
Dalam 12 azam tu - 2 je kot yang akak
berjaya i.e. photobook jepun dan pulau perhentian. Yang lain masih tinggal
angan-angan. Mujur voucher dapat extend
sehingga Mac 2017. Akan kuusahakan,
Insya Allah. (Cerita azam ahkak 2016).
Untuk tahun 2017 ni - ahkak tak nak kongsi dah resolusi ahkak sebab takut poyo jer terlebih macam tahun lalu. Ha ha ha...
#BolehTiru
Tapi 100 wish list before I die tu -
banyak juga yang ahkak dah cover tahun ini - Alhamdulillah. If you can't get them all - try not to missed
them all yeah - gittew konsepnya.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan menjayakannya. Alhamdulillah.
Ahkak doakan semoga
perjalanan hidup kita semua berjalan lancar, diberi kesihatan yang baik, hidup
dalam kebaikan dan beri sebanyak mungkin kebaikan dengan penuh kesabaran dan
kasih sayang.
Ingat - dunia ini semakin sampai ke penghujungnya. Kita semua bakal-bakal jenazah ini moga-moga
tergolong menjadi bakal ahli syurga - insya Allah. Jika matlamat kita nak pergi syurga - kita
kenalah ada action plan macam mana
nak menjadi ahli syurga.
Benar ramai yang berkata - Be yourself.
Tapi pada ahkak - pilihlah untuk jadi
diri sendiri versi baik.
Dapatkan support system yang baik untuk bantu kita jadi orang yang lebih
baik. Kawan yang baik - tak mesti tunggu
cari GTL (baca sebagai : geng tudung labuh) ... carilah
kawan-kawan yang dapat tarik kita pada aura positif, sentiasa ingatkan kita
untuk jadi orang baik dan jangan jadi orang jahat. Yang sentiasa pesan benda-benda baik.
Kalau dapat spesis kawan geng suka
mengumpat + memburukkan orang - kalau kau tak berjaya untuk stop kan dia dari
buat semua tu - kau better stop lah dari berkawan dengan dia. Sob sob sob.
Tapi sedapat mungkin - janganlah kau berputus asa daripada menyeru kawan-kawan
kau kepada kebaikan ye. Tegur dan
ingatkan dia. dengan penuh kesabaran dan
kasih sayang + doakan dia k.
And don't be surprise and sentap - kalau kau ditegur oleh
orang-orang yang mungkin physically not yet so islamic pada pandangan kita - tapi dia boleh tegur kau
supaya kau jadi seorang muslim yang baik.
Jangan sentap dan jangan pandang rendah pada dia. Kalau betul teguran dia - berterima kasih dan
berubahlah kepada kebaikan. Dan doakan
juga agar dia juga diberi hidayah - Insya Allah. (Contoh : Kisah ini ) Tapi janganlah jadikan ini modal pulak untuk terus-terusan berseluar pendek dan tidak menutup aurat ya.
#Pesan2DenganKesabaran
#Pesan2DenganKebenaran
We learnt a lot about management - Business
Management, Financial Management, Household management - but don't forget to
have your akhirat management. Pegurusan nyawa -
sila rancang dengan teliti. Have an action plan now.
Macam mana nak jadi ahli syurga - kenalah
p menuntut ilmu - macam mana nak jadi ahli syurga tersebut. Doa banyak-banyak agar bertemu dengan guru
yang benar mengajarkan ilmu yang benar seperti yang Allah perintahkan dan
sempat mengamalkannya. Mungkin sebagai
langkah pertama - boleh semak kualiti amalan and our faith in RUKUN IMAN dan RUKUN ISLAM kita?
Rasulullah SAW
bersabda, “ Barangsiapa meninggal dalam keadaan mengetahui bahwa tidak ada
tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, niscaya dia akan masuk surga.”(HR.
Muslim).
Tapi kau rasa kalau amalan hidup sekarang tidak ikut perintah Allah - mampukah kau bersyahadah kelak.
Tapi kau rasa kalau amalan hidup sekarang tidak ikut perintah Allah - mampukah kau bersyahadah kelak.
Iya Benar - masuk syurga adalah kerana
rahmat Allah - bukan kerana amal baik kita.
Tapi nak dapat rahmat Allah tu - kenalah juga ikut perintah Allah kan?
Apa yang Allah suruh kita buat - kita buat, apa yang Allah larang - kita
tinggalkan.
Yes we are all far from perfect. But
the efforts that count you know.
Jangan
pernah #bajetBagus and look down on others.
Kita tak tahu amalan dia, dan dia tak tahu dosa-dosa kita.
Kadang kita nampak baik sebab Allah tutup aib kita.
Kadang kita nampak buruk - mungkin sebab kita banyak burukkan orang,
Lantas Allah buka sedikit demi sedikit aib kita.
Kadang kita ni pula asyik nampak BURUK PERANGAI ORANG - Sebab.
Allah nak tunjuk itulah perangai kita sebenarnya.
Kot-kot kita tak perasan.
Kadang-kala manusia ni rasa - dah
banyak buat kebaikan/ amal ibadah - puasa + solat + zakat + sedekah + haji
umrah berulang-ulang kali, namun amat rugi jika saat kembali bertemu Allah
kelak - account menjadi ZERO i.e. bankrup kerana? Banyak hutang / dosa dengan makhluk-makhluk
Allah yang lain yang belum dilunaskan.
Dosa mengumpat, memfitnah, mencuri, menganiaya dan sebagainya....
AstaghfirullahalAdzim ... Kami memohon keampunan Mu Ya Allah.
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk
melangkah menjadi hamba NYA yang lebih baik, Insya Allah.
Azam kena jelas -
haruslah objektif yang boleh DIUKUR.
Kalau azam nak jadi lebih baik, kena jelas definisi baik dan
letakkan target BAIK dengan jelas.
Contoh, nak jadi baik dengan :
- Solat 5 waktu di awal waktu.
- Sekurang-kurangnya 1 waktu/sehari ada berjemaah.
- Sekurang-kurangnya sekali seminggu dapat bangun tahajud, puasa sunat.
- Cakap bila perlu dan cakap perkara-perkara baik sahaja. JANGAN MENGUMPAT / canang keburukan orang.
- Tulis / komen bila perlu - dan tulis benda-benda baik sahaja.
- Jauhi sumber dan bahan bacaan yang merapu dan tidak membawa kebaikan lagi tidak membina minda. Jauhi gosip berunsur fitnah/ mengumpat/ membuka aib orang.
- Jangan gaduh / argue dengan boss/ rakan sepejabat / jiran/ family / rakan blogger / group whatsapps ... ehhh ... hahaha #tetiba.
- Istighfar & selawat sekurang-kurangnya seratus kali sehari.
- Baca 1 halaman Quran/ sehari beserta terjemahannya.
- Kurangkan shopping - especially online (#tetiba - hahaha) - hadkan 1 kali sebulan pada kos tidak melebihi xxx per transaction.
Lagi contoh :
Kalau azam nak jadi kaya pula. Pun
kena clear juga azam tu.
1. Mempunyai saving rm100 ribu menjelang
31 Dec.2017 (ha kau, sebulan kena simpan
rm8ribu - kalau akaun bank kau ZERO pada
1 Jan. 2017).
** Tapi ketahuilah - orang yang kaya
ialah orang yang banyak bersedekah. Jadi
ringan-ringankanlah tangan untuk bersedekah.
Bersedekah masa ada sedikit - nescaya bila dah ada banyak - tak lah
kemut nak keluar duit.
Lagi contoh :
Kalau azam nak kurus / sihat pulak :
1. Kurang 1kg sebulan ke atau 1kg dalam 2
bulan ke.
2. Kurangkan bacaan gula dalam darah
kepada xxx
3. Kurangkan gula dan garam dalam
masakan.
4. Makan makanan bergoreng - sekali
seminggu sahaja.
5. Eat fruits once a day at least.
6. Jogging / ber treadmill
sekurang-kurangnya 20 minit sehari.
Ha, ini semua contohlah kan. Apa pun azam dan matlamat hidup korang, ahkak
doakan Allah mudahkan urusan hidup kita yang baik-baik.
Betulkan niat, luruskan langkah ...
Semoga segala-galanya diberkati dan dimudahkan oleh Allah.
Last but not least ...
And I'm already forgive all your bad things towards me - if any.
Please keep me in your doa - so that Allah may grant me a place - to be in highest rank of Jannah insya Allah.
Selamat Tahun Baru. Saya sayang kamu
semua, Insya Allah.
@ loves_nhhas
slmt thn baru semoga thn ni menjanjikan perkara2 yg baik2 saja
ReplyDeleteInsya Allah. Aameen
DeleteKalau dah tua macam kakak tiap hari berazam nak jadi lebih baik dan mohon Allah beri peluang utk tambah bekal yg tak mencukupi ini.
ReplyDeleteMoga kalau dijemput pun biarlah dalam khusnul khotimah.
betul tu kak.
Deletehari2 kena muhasabah diri dan usaha jadi baik kan.
persiapan akhirat, bukan sahaja untuk yang tua..yang muda pun kena sedar diri juga
DeleteBetul tu sal.
DeleteKita datang ke dunia ni ikut turutan...
"Balik" tak ikut hukum "First in First out"
Kan...
Maka bersedialah sentiasa
Syukran..berkongsi takzirah tahun baru...semakin meningkat usia semoga kita mnjadi lebih matang dlm meniti kehidupan dunia, merancang kehidupan akhirat..
ReplyDeleteargue dgn bos tu kdg2 kena jg..hihi..
Insya Allah.
DeleteHaha bab argue ngn bos tu... tgk isu lah... tu semua tu ingatan utk diri sy tu.
"Jahat" sket tahun2 yg berlalu... huhu
selamat tahun baru :)
ReplyDeleteHappy new year mommy.
DeleteOgenkidesuka mommy
selamat tahun baru 2017
ReplyDeleteHave a bless days ahead tuan mkl
DeleteWkslm wbt..selamat tahun baru dan semoga dimudahkan semuanya
ReplyDeleteAameen.
DeleteInsya Allah
Terharu dan merenung diri jap baca entry nhhas ni
ReplyDeleteBanyak tersasar saya ni mak.
DeleteTu yg nk kena bg pengajaran sket kat diri sendiri.
Huhuhu.
Mak doakanlah saya ye
Umur dah tua-tua ni memang perlu beerazam jadi baik dan perlu lingkungan positif agar kita lebih istiqamah setiap hari
ReplyDeleteTu lah... kan mak kan
DeleteJenuh lah nak dpt simpan 8k sebulan..dapat simpan Rm80 pun dah cukup syukur..:p
ReplyDeleteGaji pun tak sampai 8ribu mak...
DeleteHihi...
Itu contoh mak. Contoh
salam tahun baru cik huda tuuuh.,
ReplyDeletewak pon sayang jugakk., hakhak2
Hahaha... wak wak...
DeleteAde2 je
Selamat tahun baru. Kena buat azam, baru mudah bertindak.
ReplyDeleteBetul. Azam kenalah yg realistic and achievable.
Deleteselamat tahun baru, Huda..semoga diberi kekuatan untuk mencapai segala impian dunia apatah lagi akhirat.Jomlah travel sesama tahun ni.Eh..tetibe
ReplyDeleteAameen.
DeleteInsya Allah.
Eh travel... ok je. Jom ... nk g mana?
Selamat tahun baru cik manisah! azam baru mmg sinonim dgn tahun baru bg sis JM hari2 ada azam yg mana esok lebih baik dari hari ini 😬
ReplyDelete