Assalamualaikum wbt... dan selamat sejahtera...
Hmmm 2 Januari 2013... semua pun sedar mengenainya. Tetapi berapa ramai pula yang 'tahu' hari ini sudah 19 Safar 1433H... hmmmm....
Masa kian bergerak pantas meninggalkan kita dengan kenangan, kejayaan, kegagalan, ujian untuk dikenang, di buat "post-moterm" dan di gariskan pelan tindakan untuk bergerak dan bertindak dengan lebih baik...
Tidak dapat kita pastikan "baki pasir" yang ada untuk kita... sejam, sehari, seminggu, setahun, atau??? berapa lama lagi. Justeru, marilah hidup baik-baik dengan memberi kebaikan kepada orang disekeliling kita. Jangan mengeluh dengan ujian kerana hidup memang untuk diuji...
Ujian datang berpakej sama ada ujian berbentuk kesenangan atau kesusahan. Tak semua yang kita nak tu kita dapat, tapi banyak juga sebenarnya kita dapat apa yang kita perlu... Usah lah di tangisi, dikesali dan murung dengan "apa yang kita tak dapat" , tapi hitunglah....kiralah... dan syukurilah dengan apa yang kita dah ada, dah dapat. Sebab Allah dah janji kalau kita bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat Nya ke atas kita...
Hidup ini memang fitrahnya satu ujian. Balasannya tiada disini tetapi syurga yang menanti (bagi yang lulus dengan cemerlanglah).
Analoginya sama seperti "siri-siri ujian di sekolah/universiti". Ketika sekolah rendah, silibus dan ujiannya bersesuaian bagi peringkat umur mereka. diajar + - / x. Setelah 6 tahun bersekolah, diuji dengan UPSR. Maka bersiaplah dan cemaslah murid-murid membuat persiapan mengahdapinya. Ibu bapa juga tidak kurang gabra dan paniknya. Apabila keputusan diumumkan, maka bergembiralah mereka yang sudah berusaha bersungguh-sungguh - belajar dan berdoa dengan penuh pengharapan kepada Allah, mendapat keputusan yang cemerlang. Bagi yang "berusaha biasa-biasa sahaja" maka keputusannya pun "biasa-biasa sahaja" . Bagi yang langsung tidak berusaha??? Sudah termaklumlah keputusannya. Itu baru ujian disekolah rendah yang kalau bagi kepada kita yang dewasa dan berpelajaran ne, "senafas" sahaja menjawabnya... Tapi... ianya bersesuaian dan memadai dengan peringkat umur murid-murid yang mendudukinya.
Kemudian, murid itu bergerak ke tingkatan 1,2,3... Belajar dan berusaha sehingga ditingkatan 3 di beri ujian PMR pula. Apakah sama "tahap kesusahan" PMR vs UPSR? Pastilah tidak sama... Level kesusahan 'ujian' itu akan bergerak seiring dengan ilmu dan usia pelajar itu. Maka, sekali lagi...bergembiralah mereka yang sudah berusaha bersungguh-sungguh - belajar dan berdoa dengan penuh pengharapan kepada Allah, dan beroleh kejayaan yang cemerlang...
Kemudian melangkah pula ke tingkatan 4 dan 5, sehinggalah menduduki peperiksaan SPM, berjaya dengan cemerlang, biasa-biasa atau gagal - ITU SEMUA BERGANTUNG PADA USAHA DAN DOA KITA YANG BERTERUSAN ...
Kemudian melangkah pula ke peringkat universiti. Siri ujiannya lagi mencabar. Ada banya ujian dalam setiap semester untuk kita "mengumpul carry mark". Lagi banyak "carry mark" yang kita dapat, lagi mudah perjalanan kita untuk menduduki "peperiksaan akhir"...
Begitulah kehidupan...makin meningkat usia makin meningkat jugalah "oktaf" ujian kehidupan. Takkanlah ujian ketika kita kecil harus sama dengan ujian ketika sudah dewasa...
PENAT... iya... memang PENAT...
Lagi banyak ujian kita ambil, lagi banyak carry mark kita boleh kumpul... Sebab itu setiap ujian yang diterima perlu ditangani / diduduki dengan sehabis baik... Kerana ada "carry mark" untuk "final destination" kita...
Saya tertarik dengan terjemahan surah al-insyirah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu.
(3) Yang memberati tanggunganmu?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan...
(6) (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain..
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Lihat... Bagaimana dua kali Allah tekankan... bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan ...kemudian Allah nyatakan lagi...
apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain ...
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Saya bukanlah "budak sekolah agama"... Tidak mendapat mana-mana formal education dalam bidang agama pun. Tapi saya terfikir mengenai terjemahan ini ketika saya mendengarnya dari cd juzuk amma yang dibacakan oleh Ustaz Asri Ibrahim (allahyarham), membuatkan saya terfikir...
hmmm betul juga ya....
jangan putus asa... pertolongan Allah pasti ada....
Dan apabila telah selesai dengan sesuatu urusan... maka berusaha dan bekerja keraslah untuk urusan yang lain... dan buatlah dengan sehabis baik dan cemerlang... kerana pertolongan Allah pasti ada sebab Allah nyatakan ....Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Untuk itu.. marilah kita menempuh ujian hidup ini dengan berjaya dan bergaya... Moga-moga kita lulus dengan cemerlang didunia, lebih-lebih lagi cemerlang diakhirat...
Ditempatkan disyurga firdaus tanpa hisab.... Dekat dengan Allah didunia dan diakhirat.... Ameen....
Untuk waktu ini, saya kongsikan juga, penulisan bermakna dari blog Ustaz Pahrol Mohd Juoi
“Ujian tidak akan menghina atau memuliakan kita tetapi reaksi atau respons kita terhadap ujian itulah yang memuliakan atau menghinakan kita.
Yang sabar dan syukur, jadi mulia… lalu mereka berjaya.
Yang putus asa dan takbur, jadi hina… lalu mereka gagal.
Sering diungkapkan oleh bijak-pandai, jika dapat limau manis, bersyukurlah. Sebaliknya jika dapat limau masam, jangan kecewa… buatlah air limau!”
(Dipetik dari blog Ustaz Pahrol Mohd Juoi)
wallahualam...
p/s: Jika ada kesilapan pada pemahaman atau pandangan penulisan saya ini, mungkin orang2 yang berpengetahuan dialu-alukan untuk menegur ya....
Nota : Catatan yang diterbitkan semula...
Moga-moga aku tidak lupa ...
Moga-moga kau aku kita semua berjaya dengan ujian dunia ini dan "pulang" dengan "bergaya" ... insya Allah...
Nota : Catatan yang diterbitkan semula...
Moga-moga aku tidak lupa ...
Moga-moga kau aku kita semua berjaya dengan ujian dunia ini dan "pulang" dengan "bergaya" ... insya Allah...
Perkongsian yang menarik. Salam singgah.
ReplyDeletesetuju 100% huda ... keputusan kita bergantung pada usaha kita lah kan
ReplyDeleteujian pexam takdelah mencabar mana ... ujian hidup barulah terasa cabarannya ... especially ujian di alam pekerjaan kan huda :)
ReplyDelete