Re-post sempena Ihya Ramadhan ...
Assalamualaikum wbt...
Assalamualaikum wbt...
Dikongsikan nota Kuliah maghrib "Sempurnakah Ramadhan
ku"...
by ustaz shamsul hakim, pensyarah USIM... @ surau al islah, presint 9, Putrajaya pada 16 Jun 2014 (18 Syaban 1435H).....
*************************************
Adakah kita bersedia utk dipinang ramadhan yang
datang membawa pelbagai bentuk hantaran dan ganjaran daripada Allah S..W.T... ?
Persiapan kita utk menerima kehadiran ramadhan...
Setiap tahun ramadhan datang jumpa kita tepat pd
1ramadhan...
Bagi mereka yang bersedia, persediaan telah dibuat since
rejab...bahkan lebih awal dari itu...
Bilamana dtg nya ramadhan... Dibuka semua pintu
syurga, ditutup semua pintu neraka, dan syaitan dibelenggu...
Setiap tahun ramadhan dtg pinang kita utk menjadi
penghuni syurga Allah... tapi berjaya atau tidak pinangan itu bergantung pada
persediaan kita...
Analogi... Kalau nak kawin pun, kita akan tengok
"latar belakang" pasangan yang meminang dan di pinang...
salafussoleh punya rindu ngn ramadhan dah minta pd
Allah agar dpt bertemu ramadhan, 6bulan sebelum ramadhan...
Sepanjang 6bln slps ramadhan pula mereka mtk agar
Allah terima amal ibadah mereka spjg ramadhan yg lalu...
bagaimana kita pd harine?
Jangankan rejab, lagi 2mgu nk ramadhan pun blh ada
acara2 berbentuk hiburan lagi...
Seolah2 tak rasa apa... Tak rasa nk dipinang oleh
ramadhan... Tak rasa nk grab "hantaran" janji takwa dan balasan
syurga yg d bawa ramadhan...
kehebatan ramadhan... Allah seru dgn panggilan yg
mulia i.e. "wahai org2 yg beriman"...
Iman yg sebenar2 bertapak dlm hati...
Rujuk...Surah al-baqarah ayat 183-185
(183): Wahai orang2 yang beriman, Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa...
... Wahai orang2 yg beriman...
(183): Wahai orang2 yang beriman, Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa...
... Wahai orang2 yg beriman...
... Puasa ne tlh d fardukan juga pd umat yg
terdahulu dr kamu...
... Perintah bukan saja utk suka2...tp sbb Allah nk
bg anugerah yg besar...i.e takwa... Dan sbgaimana kte tahu takwa adalah
"lesen" utk kte menjadi penghuni syurga Allah...
Allah ampunkan segala dosa bg orang yg puasa benar2
kerana Allah dgn penuh iman dan takwa...
Dosa ibarat racun yg merosakkan diri dan akhlak
seseorang...
penyakit hati umat akhir zaman... Sbb x berlaku
pembersihan "hati" yg d penuhi "racun dosa"...
umpama jika kita memakan banyak makanan yang
bukan-bukan dan tidak berkhasiat, yang akhirnya menjadi racun pada tubuh badan...yang
boleh trigger kanser dlm tubuh...
Sesungguhnya, keampunan Allah itu maha luas
terutamanya dalam bulan ramadhan... Maka mohonlah keampunan daripada Nya...
menurut hadis berikut, dosa selain syirik akan diampuni
عن أنس رضي الله
عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول - قال الله تعالى : يا بن ادم إنك
ما دعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان ولا أبالي , يا بن ادم لو بلغت ذنوبك عنان
السماء ثم استغفرتني غفرت لك , يا بن ادم إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطايا ثم
لقيتني لا تشرك بي شيئاً لأتيتك بقرابها مغفرة - رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح
Terjemahan:
Dari Anas radhiallahu 'anhu, ia berkata : Saya
telah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Allah
ta’ala telah berfirman : “Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap
kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni dosamu dan Aku tidak pedulikan lagi. Wahai
anak Adam, walaupun dosamu sampai setinggi langit, bila engkau mohon ampun
kepada-Ku, niscaya Aku memberi ampun kepadamu. Wahai anak Adam, jika engkau
menemui Aku dengan membawa dosa sebanyak isi bumi, tetapi engkau tiada
menyekutukan sesuatu dengan Aku, niscaya Aku datang kepadamu dengan (memberi)
ampunan sepenuh bumi pula”. (Riwayat al Tirmizi, Hadis Hasan Sahih).
******
Allah buka seluas-luas pintu rahmat kepada semua
hamba Nya... Jika lah manusia itu blh melihat rahmat keampunan dan kasih sayang
Allah, nescaya kte akan terpegun dan rasa menyesal kenapa tak taubat dan mohon
ampun pd Allah...
Allah kunci serapat-rapatnya pintu neraka... kerana
tidak mahu ada hamba Nya yg menempah tiket ke neraka... Tapi manusia yang degil
tak sedar diri ada juga yang "pecah masuk" pintu neraka dengan
membuat larangan2 Allah... seolah2 sengaja menempah tempat ke neraka Allah...
Betapa Allah sayang pada kita orang beriman ne, bukan
setakat buka pintu syurga seluas2nya, tutup pintu neraka serapat-rapatnya...
Bahkan Allah membelenggu syaitan... Agar kita dapat fokus beribadah...cari
rahmat dan redha Allah...
وَنَادَىٰ
أَصْحَابُ النَّارِ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ أَفِيضُوا عَلَيْنَا مِنَ الْمَاءِ
أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى
الْكَافِرِينَ ﴿الأعراف: ٥٠﴾
Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka
dengan firmannya): ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata):
"Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang
telah dikurniakan Allah kepada kamu". Mereka (ahli Syurga) menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir".
إِنَّ شَجَرَتَ
الزَّقُّومِ﴿٤٣﴾ طَعَامُ الْأَثِيمِ ﴿٤٤﴾كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ ﴿٤٥﴾كَغَلْيِ الْحَمِيمِ ﴿الدخان: 43-46﴾
(Ingatlah), sesungguhnya pokok
Zaqqum, - (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).
(Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, - Seperti
mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.
Ganjaran ramadhan...rahmat... Keampunan...
Kelepasan drpd api neraka...
kena azam dari skrg,agar pinangan ramadhan tahun ini
kita terima dgm persediaan yang rapi...
...siapkan hati utk terima ramadhan... (sama mcm
seorang wanita yg persiapkan hati dan diri utk terima pinangan seorang lelaki
yg bakal menjadi suaminya)
...sempurnakan kewajipan umum i.e sempurnakan solat
fardhu sesempurnanya...
Jaga solat fardhu elok2...
...bwk barang keperluan dan tinggalkan bebanan yg x
perlu... Usahakan agar b4 ramadhan, semua beban2 dosa d langsaikan... Mtk maaf
dgn semuaorang yg kte buat salah... Dosa tu yg jd beban menyebabkan manusia
berat(malas) nak buat baik,nak beribadah...
... Banyakkan solat tarawih i.e buat sampai siap sama2
dgn imam...
bnykkn baca quran...
Qiamulail...
wallahualam... Setakat tu yg sempat sy catatkan
berdasarkan kuliah maghrib td...
...diharapkan kawan2 sudi ringankan beban saya, Huda Sani, dgn memaafkan semua salah dan silap saya sama ada
yg sedar mahupun tidak...
tengs korang...love uols....
p/s: catatan ini telah disemak dan ditambah pada bahagian Hadis dan Quran oleh ustaz shamsul... (he is my former guru talaqi di USIM)...
p/s; thanx ustaz sebab betulkan catatan nota saya...
p/s: catatan ini telah disemak dan ditambah pada bahagian Hadis dan Quran oleh ustaz shamsul... (he is my former guru talaqi di USIM)...
p/s; thanx ustaz sebab betulkan catatan nota saya...
Sedih bila melihat senario masakini memang jelas. Menyambut ramadhan bagai terlindung dek sambutan selepas ramadhan. Aturcara selepas ramadhan lebih menyerlah... kena didik hati dan siapa yg dibawah jagaan kita Huda.. Huda belum ada anak tak apa. Kakak inilah kena selalu memberi ingat utk diri sendiri dan yg dibawah jagaan...
ReplyDeletetqvm atas perkongsian ini, huda
ReplyDeletekak ada terdengar kat tv..satu ustazah perempuan (lupa program sebab nak keluar)..
dia kata, puasa kita tak diterima selagi kita belum memohon maaf kepada kedua ibu bapa kita sebelum masuknya Ramadan. selalunya kita mohon ampun maaf masa hari raya saja, katanya
wallahua'lam
tqvm atas perkongsian ini, huda
ReplyDeletekak ada terdengar kat tv..satu ustazah perempuan (lupa program sebab nak keluar)..
dia kata, puasa kita tak diterima selagi kita belum memohon maaf kepada kedua ibu bapa kita sebelum masuknya Ramadan. selalunya kita mohon ampun maaf masa hari raya saja, katanya
wallahua'lam
perkongsian yang sangat bermanafaat, untuk muhasabah diri ini, moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah..bertuahnya ada ustaz yang tolong betulkan, mesti anak murid yang jayyid jiddan ni.
ku mengharapkan ramadhan kali ini peuh makna
ReplyDeleteagar dapat kulalui dengan sempurna..
-mambai
Sebaliknya bukan bulan ramadhan ini untuk menyuci hati..perut untuk meringankan diri melakukan ibadah.. .malah disogokkan lagi dengan pesta makan yang berbagai...ibarat siang berpuasa mlm berpesta makan...
ReplyDeleteAllahuAkbar...makin menjadi2 pula zaman sekarang ni...belum puasa lagi dah terpampang buffet berbuka sana sini...inilah salah satu yang dimaksudkan ...
alhamdullah jom kita sambut bulan ramadhan dgn berzikir..
ReplyDeleteSalam kakhuda, moga Allah kestemukan kita semua dengan ramdhan :) InsyaAllah , moga kita sama sama hargai setiap detik masa di bulan mulia
ReplyDeletesyukran..bertemu dgn bulan Ramadhan bagaikan bertemu kekasih..rindunya..
ReplyDeleteakk juga nk meminta maaf, zahir & batin..
Terima kasih Huda kongsikan coretan yang sangat bermanfaat ni
ReplyDeletemengharap yg lbh baik dpt dilaksanakan slps ramadan ini dan berterusan smpi bila2
ReplyDeleteSetuju, anies. Moga Ramadan jadi titik tolak perubahan kita kepada yg lebih baik & sempurna :)
DeleteThanks Huda atas perkongsian ini. Moga memberi manfaat kepada seluruh alam.. Amin
ReplyDeleteTerima kasih huda, perkongsian yang baik.
ReplyDeleteHebat dan mulianya Ramadan. Moga kita semua berpeluang utk rebut semua keistimewaan yg ditawarkan Ramadan :)
ReplyDeleteactually singgah sini nak wish raya ;)
ReplyDeleteselamat hari raya huda ... mohon maaf zahir dan batin kalau ada terkasar bahasa bila komen kat sini kay.
ReplyDelete