Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...
Untuk kenang-kenangan 30 Jun 2015 bersamaan 13 Ramadhan 1436 Hijrah.
Hari ini... secara tak
sengaja saya telah senyum sampai telinga dari jam 10 pagi tadi sampai lah
sekarang . Senyuman tu melebar dengan
lebih lebar pada jam 1230 tgh hari tadi (lebih kurang) ...
sebab nya ... saya
dapat jumpa dengan salah seorang idola saya...
ngeh ngeh ngeh...
alhamdulillah...
Sungguh lah saya
sengih sampai telinga... Balik tengah hari tadi ceritakan kepada puan mama, tapi
nampaknya kegembiraan saya itu kurang dirasai oleh mama kerana idola saya bukan
lah begitu glamour seperti golongan yang sering kaluar tv yang ada pada masa kini. maklumlah, mama ku manalah reti blogging dan berlaman sosial ni... Kalau saya cakap saya jumpa ustazah norbahiyah mesti mama saya eksited sebab
mama suka rancangan semanis kurma... hihihi...
Nak tahu siapa idola
saya? Hihihi... Jom saya bagi briefing sikit...
Saya follow blog
"akak" ni dah lama ... Sejak
dari saya ada blog dan sejak dari akak ni ada blog - 2009, sejak dari akak ni dok kat
UK kerana menemani suami yang sedang menyiapkan phd.
Saya seronok baca dan
belajar menerusi ilmu yang akak ni kongsikan ... penulisan yang teratur dan sarat dengan ilmu (hukum dan firman2 Allah
s.w.t, hadis -hadis nabi s.a.w.) , pengalaman2 hidup, etc.
(p/s: rasanya dah
maklumkan sebelum ini - saya sangat mengkagumi orang yang hebat menulis).
Sungguh saya kagum
dengan akak ni... siap saya sering copy n paste lagi penulisan akak ni kat
belog saya - of course lah saya letak
back link ke blog beliau... kenapa saya C&P? Iya lah kot2 satu saat nanti link blog akak
tu dah tak aktif ke kan kan kan .... mana kan ku cari gantinya ... hihihi...
Banyaklah penulisan
beliau yang saya kenang2 sampai saat ini seperti tentang aurat, tentang Kung Fu
panda pun ada tau ... hihihi ....
Okay ... tadi kata
"brief introduction" kan ...
hihihihi... okay perkenalkan idola saya ...
Kak / Ustazah Noraslina Jusin ... yang merupakan
isteri kepada ustaz yang terkenal di negara kita dalam bidang muamalat islam siapa
lagi kalau bukan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai
UZAR.
Yessssss....
alhamdulillah ... tadi saya dapat jumpa beliau ... (masih lagi mode senyum
sampai ke telinga) ... hihihihi....
Al-kisah ... pagi tadi
- saya menghadiri Forum Nuzul Al-Quran di Kompleks B. Panel-panelnya - UZAR, Ust. Dr. Suki
Othman, dan moderator Ust Husni Abdul Rahman.
Semasa saya sampai jam
10.00 pagi tadi, semasa sedang menanti di audi, saya ternampak kelibat UZAR
yang baru tiba bersama seorang wanita ... memandangkan wanita itu berniqab dan
jalan laju2 ikut UZAR, maka saya tidak sempat menyapa beliau - tapi dalam hati
saya tau itu mesti kak noraslina... Hmmm saya berdoa dalam hati agar dapat
berjumpa dan bersalam dengan beliau,
(sebenarnya ada cita2 nak selfie juga dengan beliau) hihihi... tapi tak
buat lah kan dek kerana perasaan hormat yang tinggi dan segan kepada kak ina
dan UZAR. hihihihi...
Saya sentiasa ingat
pesanan Sheikh Hamza Ismail tentang "taking picture and photography" ni ( Korang boleh baca kat SINI - berbaloibaca)...
Seusai forum
pada jam 12.00 tengah hari (lebih kurang), saya keluar lewat sedikit dari audi
kerana memberi laluan kepada orang yang
berpusu-pusu keluar dari audi. Sebaik
saya mahu melangkah keluar bangunan tersebut, (ke sebenarnya dah nak keluar dah
... ) owh dah keluar dah, tapi saya masuk semula sebab nak bayar zakat
fitrah....
bila saya melangkah
semula ke dalam bangunan, saya nampak UZAR dan Kak Ina... Para2 ustaz dan
organizer bergambar di lobi bangunan ... then semasa kak ina dan UZAR nak
tinggalkan building, cepat2 saya g sapa kak ina... hwaaaa..... eksited tau...
rasa nak nangis....
Masa saya perkenalkan
diri - cara kak ina pandang dia kata dia rasa dia kenal/pernah nampak/jumpa saya... hahaha... dan kak ina
pun sebut ... "Awak kelihatan familiar" .... wuit wuit ... tidak kak ina... tidak...
saya hanya orang yang duduk di dalam bangunan dan tidak pernah muncul dalam
mana2 siaran televisyen, youtube mahu pun mana2 penerbitan - belum pernah lagi
terpampang wajah saya.
ada tak ada pun
hanyalah blog picisan ini yang saya ada ... hihihi (FB pun eden tak ada ...
kannnnn)
okay itu jer nak
cite...
tak sembang panjang - sebab takut mereka berkejar ke urusan seterusnya.
apa pun nak citer saya
gembira hari ini.... sebab dapat jumpa orang yang saya teringin nak jumpa sejak
beberapa tahun yang lalu - don't ask me why b'cos i don't have the answer
too...
BTW ... kalau korang
nak kenal KAK INA @ Ustazah Noraslina
binti Jusin ... sila lah ke blog beliau ya.... "Mencari dan terus mencari cinta Ilahi" http://ummuhusna99.blogspot.com/
Semoga bermanfaat....
p/s: melangkah ke
parking - saya menerima surat saman parking dari perbadanan putrajaya ...
huhuhu... sebab saya tak bayar parking... seumur saya bekerja di sini saya tak
pernah keluar pada waktu kerja ke kompleks JPM tu dengan
menaiki kereta pada waktu kerja sebab tak ada parking. pejabat saya di kompleks
C dan saya punya parking sendiri di situ. Jika ada urusan di kompleks JPM saya
akan jalan kaki sahaja. Namun kali ini
kerana ada sebab2 tertentu yang memerlukan saya untuk memandu, saya pun bawalah
kereta dan parking di Laman Perdana. Dan
sungguh saya tak tipu saya tak tahu situ kena bayar parking ... huhuhu... sebab
saya tak pernah ke situ during office hour.
huhuhuhu... tapi sungguh lah ...
saya masih boleh senyum .... hahahahaha..
seolah-olah saman parking tu
langsung tidak merunsingkan saya ... hihihihi.... penangan jumpa idola kan ...
hmmm baru jumpa idola di dunia... kalau dapat jumpa idola di akhirat? Siapa lagi kalau bukan Rasulullah s.a.w. dan siapa lagi kalau bukan Saidatina Khadijah dan ummul mukminin yang lain ... kan kan kan kan.... Untuk itu , lets gear up - semoga masa yang berbaki ini dapat kita manfaatkan untuk mendekati Allah s.w.t. dan mencintai baginda nabi s.a.w. dengan mencontohi sunnah rasulullah s.a.w .... Jom banyakkan selawat ya...
okay ... sehingga
menulis lagi ...
stay tune, stay alive,
stay healthy, stay happy and stay away from masalah ....
@loves nhhas