Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...
People love to judge others.
Mungkin pernah bercita-cita untuk menjadi seorang peguam / hakim bagi mengadili orang - tapi cita-citanya tidak tercapai - lantas - jadilah hakim kepada kehidupan orang lain ...
Jangan melihat dan menilai orang dari masa lalunya atau bila-bila masa je.
Berilah kesempatan untuk orang berubah. Selagi ada nyawa - peluang untuk jadi hamba Allah yang baik dan bertaubat itu ada. Insya Allah.
(orang tu termasuklah diri sendiri – melainkan diri sendiri
adalah seekor BERUANG dan bukannya orang).
Kerana apa? Sejarah
membuktikan …
Seseorang yang hampir membunuh Rasulullah s.a.w. pun kini
dimuliakan dapat menjadi sahabat Rasulullah s.a.w, dimakamkan di sebelah makam Nabi s.a.w.
iaitulah Saidina Umar al-Khattab.
Jangan terus-terus menilai seseorang dari masa lalunya…
Seseorang yang pernah melawan agama Allah pun akhirnya
menjadi ‘pedang’ Allah (Saifullah) iaitulah Khalid Al-Walid.
Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah s.a.w
melihat si pendek tidak menawan iaitu sahabat baginda “Saidina Julaybib r.a.
dikejar-kejar oleh para bidadari syurga.
Jangan memandang orang dari status dan hartanya.
(Apatah
lagi 'status' di laman sosial - hihihi...)
Kerana kasut emas fir’aun pun berada di neraka. Sedangkan selipar
lusuh “Saidina Bilal bin Rabah”
kedengaran di syurga ...
Masya Allah …
Semoga Allah memberkati kita dengan Petunjuk dan Hidayah Nya
– agar disetiap ilmu yang kita miliki dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat
lagi dengan rahmat Allah.
Usaha untuk jadi baik adalah jihad sampai mati. Hari ini kita berjaya, adakalanya kita kecewa. Hari ini kita jadi baik, esok lusa mungkin "jadi gila" (pastu mulalah nak salahkan faktor persekitaran ... kerja lah salah, orang lah salah, pokok ngan kucen pun kita nak salahkan kalau boleh - apatah lagi nak salahkan menteri - hahaha) ...
Don't Judge.
If you're unsure - then ASK.
ASK whom ? Think !
Iman kita ada turun naik.
Semoga kita ada banyak "support system" yang dapat bersama-sama kita untuk usaha dan berjaya jadi baik. Insya Allah.
Terima kasih kepada SEMUA support system saya ;-)
@loves_nhhas
#selfnote
#IngatKatDiriSendiri
#MohonInsaf
#MohonJadiDiriSendiri
#TapiJadilahDiriSendiriVersiBaik
#MohonBuatPilihanYangTepat
#MohonPilihPergiSyurga
#MohonPilihRaihPahala