Monday, February 15, 2021

Bab 5: Kenali Gold Accumulation Program (GAP)

Bab1: Jom Simpan Emas | Bab 2: Tips beli simpan jual emas | Bab 3: Kenali Jenis Emas | 

Bab 4: Jangan Tangguh Menyimpan Emas

 Assalamualaikum ....

Hydie Odie. Wuit dapat I-sinar ke tu. Dah simpan emas ke belum tu. Tukarkan I-sinar anda kepada gold bar yang bersinar-sinar untuk sinaran masa hadapan. Ecewah. Hihihi. 

Baiklah, harini saya nak sembang tentang Cara Belian Emas di Public Gold, especially tentang Akaun Emas atau Gold Accumulation Program

Sebab rasanya walau ramai dah tahu tentang Gold ni tapi rupanya lagiiii ramai yang tak tahu. 

Antara soalan yang acapkali saya terima tentang akaun GAP ni:

1) GAP tu apa?

2) Kalau simpan lama-lama dalam tu dapat emas fizikal ke? Boleh pegang ke emas tu? Ke nampak dalam slip je?

3) Berapa nak kena bayar? Boleh bayar sikit-sikit ke?

4) Kalau biar lama-lama dalam tu, ada caj upah simpan tak?

Fuhhhh dah ulang 400 kali tau jawab soalan ni jadi moh le #acihudagojes tulis sini. Semoga beri kefahaman dan manfaat buat semua.

Dari bab 1 saya asyik pesan. Dalam setiap pembelian emas, perkara asas yang kena pegang, 

BELI EMAS MESTI DAPAT EMAS!


Public Gold menyediakan 3 cara untuk kita beli emas fizikal.

Ya. Emas Fizikal . EMAS 24K = emas 999


Cara 1️⃣ - Outright Purchase  ( Full Payment)
Cara 2️⃣ - Outright Purchase ( EPP Payment) Easy Payment Purchase a.k.a ANSURAN
Cara 3️⃣ - Akaun Emas Fizikal GAP  (Gold Accumulation Program)

"So saya nak guna cara yang mana satu nih?"

Jawapannya, ikut kesesuaian bajet korang!

Saya bagi contoh :

Kalau Bajet kecil, (dibawah RM900)
Sesuai dengan Cara 3️⃣. GAP
Beli emas sikit-sikit. 
Nanti boleh keluarkan sekali gus bila dah banyak. Boleh decide sendiri nak fizikal berapa gram berapa besaq.

Bajet RM1,000 ke atas
Terus guna je Cara 1️⃣, Beli terus emas fizikal (goldbar / dinar)
bermula dari 1 Dinar hinggalah 1kg. Boleh order, dan ambil di branch. Atau request untuk pos ke rumah terus.

Habis tu, Cara 2️⃣ sesuai bila?

EPP ni macam ansuran bulanan.
EPP ini sesuai untuk yang nak paksa diri menyimpan dan nak lock harga emas tu.
Contoh target nak dapatkan emas 50gram, (harga hari ini dalam RM12k), nak buat EPP10. 
Bulanan bayar RM1.2k 
Selama 10bulan.

Jadi, dengan belian EPP kita boleh dapatkan emas item yang besar, secara ansuran.
Harga EPP ni kita dah lock awal pembelian, so ianya tidak dipengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas akan datang. ada pro and cons la kaedah EPP ni. Disebabkan panjang nak cerita, EPP ni saya akan ceritakan dalam BAB 6 nanti. Insha Allah. 

Dalam entri Bab 5 ni, jom kita kenali dulu cara ke 3️⃣, iaitu GAP.

Apa itu Gold Accumulation Program (GAP)?

Gold Accumulation Program. 

ialah program simpanan emas fizikal pertama di Malaysia yang memudahkan para penyimpan emas mengumpul emas dengan modal rendah iaitu minimun RM100. 

Konsepnya seperti menabung di bank tapi instead of simpan duit, kita simpan emas. Bila dah ada emas terkumpul, kita boleh pilih untuk terus kekal dalam GAP atau keluarkan jadi fizikal serendah 1 gram. 


Sumber gambar gojes dari team emas gojes.

8 fakta penting GAP

1) GAP - ikut harga semasa kita beli dan dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam.

2) GAP - bermula serendah RM 100 atau boleh beli dalam gandaan nilai bagi 0.5gram dan 1gram mengikut harga semasa. 

Kalau harga semasa = RM260 (1gram) maka 

RM130 = 0.5gram

kalau korang bank in RM130 dalam akaun akan paparkan 0.5 gram

kalau korang bank in RM260, dalam akaun akan paparkan 1 gram

kalau korang bank in RM100, dalam akaun akan paparkan 0.3846 gram 

*** untuk team #anakemas #acikhudagojes, saya selalu galakkan semua anak-anak emas saya untuk simpan dalam gandaan 0.5 gram atau 1 gram. sebab saya nakkan dalam akaun saya dan team saya cantik, dalam gandaan 0.5 dan bukan dalam 4 titik perpuluhan.

ni contoh paparan harga emas per gram jika kita bank in menerusi GAP.

3) GAP- kelebihan akses secara online boleh untuk penambahan gram, jual beli online , arrahnu online, GIT online, 

Dari akaun GAP kelak boleh dikeluarkan atau tebus emas fizikal yang fleksible, ikut gram yang kita mahukan, dari serendah 1gram dan mengikut mana2 saiz fizikal emas yang available di stock (10 gram, 100 gram, 1dinar dan sebagainya)



4) GAP - Tiada komitmen bulanan dan terpulang kepada kita nak masukkan simpanan anytime, mengikut harga semasa. 

5) GAP - Simpan emas secara percuma. 

6) Tiada yuran bulanan dan tiada caj tersembunyi.

7) Hanya 1 gram untuk akaun kekal aktif. 

8) GAP - boleh disimpan dalam bentuk akaun Emas dan disokong 100% emas fizikal, selagi belum dikeluarkan ia disimpan oleh Public Gold tanpa caj upah simpan namun apabila dikeluarkan ia ada caj Gold Premium (ni kira mcm workmanship cost kalau beli barang kemas tu la).

MACAM MANA NAK TEBUS EMAS FIZIKAL DARI AKAUN GAP.

Contoh paparan emas dalam akaun GAP.
Akan dipaparkan dalam bentuk GRAM EMAS. 
Bukan RM.
 
Okay bila korang dah ada beberapa gram emas dalam akaun GAP, serendah 2 gram, korang dah boleh keluarkan emas tu dalam bentuk fizikal.
Kenapa 2 gram? Jom sambung baca fakta dan cara keluarkan emas fizikal dari akaun GAP ini.

Ada 2 syarat utama untuk keluarkan emas dari akaun gap.

1) Dalam GAP kena ada baki minimum 1gram untuk akaun kekal aktif

2) Kena bayar caj keluarkan fizikal yang dipanggil Gold Premium (GP) caj seperti di bawah ni.

  • GP caj ni macam workmanship caj la bila korang beli barang kemas, kan ada caj upah.
  • GP ni  one time caj bila nak keluarkan sesuatu keping emas fizikal

  • GP caj ni dia ikut gram yang korang nak fizikalkan. contoh kalau nak keluarkan 10gram, perlu bayar GP RM 15 semasa nak keluarkan gold bar tu.
  • Selagi kita simpan dalam GAP tak perlu bayar GP.


contoh macam pemilik akaun GAP di atas, dia ada 30.75 gram.
so dia boleh pelbagaikan keluar emas fizikal dia
contoh:
10 gram gold bar - 2 keping (+ GP RM30)
1 dinar (4.25 gram) - 2 keping (+ GP RM20)
ada baki lagi 2.25 gram dalam akaun dia, 
nanti dia top up lagi, cukup gram yang dia nak, let say 50 gram atau 100 gram.
dia boleh keluarkan lagi fizikal gold bar atau dinar yang dia kehendaki

Pssst: Iklan sikit.

kalau ada seller emas yang claim emas dia tak ada caj upah, baik korang kira balik, saya perhatikan beberapa seller yang ada upah dengan yang claim tiada upah, seller yang claim tiada upah tu, biasanya harga gold dia per gram adalah lebih mahal daripada harga seller yang claim caj upah yang rendah. apa-apapun do your math before any purchase ya.

Macam mana nak dapatkan fizikal tu?

1) Pengeluaran melalui kaunter. i.e pergi kemana-mana cawangan Public Gold terhampir dengan anda, bawa IC, bagi PG Code number dan cakap nak keluarkan goldbar atau dinar.

atau kaedah kedua:

2) Melalui POS yang di panggil Gold In Transit. (GIT).
Caranya! Log in ke akaun publick gold anda. 

pergi ke MY GAP >> click GIT WITHDRAWAL di MENU dan click icon TROLI.

Masukkan jumlah keping emas yang korang nak keluarkan mengikut gram.

Click ADD TO CART

Isi alamat dan click butang SAVE, akan bawa ke paparan page seterusnya.

Isi TAC >> tick AGREEMENT >> click Checkout Order >> Buat Payment guna FPX >> Kalau sukses, akan papar status SUCCESS. dan boleh la tunggu gold korang sampai. 

Yes, tak perlu ke cawangan, anda kini boleh tebus emas fizikal dari akaun GAP anda serendah 1 gram dan terus dipos ke rumah melalui GIT

Tapi kalau tak yakin nak suruh pos, pergi la cawangan terdekat dan do the deal over the counter ya. I still prefer this traditional way. 

Ni dah siap cerita sampai keluar goldbar ni, korang dah ada akaun ke belum tu? Hahaha.

Nak tahu cara buka akaun GAP boleh roger saya ya. Boleh emel saya reallife.nhhas@gmail.com  atau bagi yang ada phone number saya tu, boleh la calling2 roger2 jom.

Saya buat online coaching untuk gold savings ni dan ada support group yang stabil. Insha Allah. So kalau dah sedia nak buka akaun, roger2 ya. Kita assist sampai faham, sampai you guys boleh berdikari uruskan akaun emas sendiri sama macam korang uruskan akaun banking sendiri.

Tapi kalau korang nak terus daftar sendiri pun boleh.  Ikut step ni 👇🏻

http://eform.publicgold.com.my/index.php/registration/reg/dealer/PG00184537/1En

Boleh register di link ini dulu. 

Lepas isi maklumat, klik * Submit (tandakan ✅ pada butang generated PG Code). 

Nanti dapat PG Code. Bagitau saya. 

Nanti saya guide first purchase Dinar / gold bar atau GAP akaun ya. 

Untuk emas fizikal, lepas saya guide untuk orderkan, korang perlu buat first payment dalam masa 24 jam ya.

So sebaik-baiknya sebelum korang daftar tu roger saya dululah. 

Ingat pesanan saya ya:

Beli emas kena dapat emas. Jangan beli emas dapat certificate. 

Jom simpan emas.
Emas tu mungkin tak jadikan kita kaya.
Tapi dengan simpan emas, kita kekal kaya.

Insha Allah.

Dah Sedia nak mula miliki emas pertama anda?

Perlukan pertanyaan lanjut?

Emel je okay. reallife.nhhas@gmail.com (PG00184537)

Ok, semoga bermanfaat ya....

#acikhudagojes

Suka didik orang simpan emas.

Kongsi jika bermanfaat. 



Tuesday, February 2, 2021

Bab 4: Jangan Tangguh Menyimpan Emas

Bab1: Jom Simpan Emas | Bab 2: Tips beli simpan jual emas | Bab 3: Kenali Jenis Emas | 

Bab 4: Jangan Tangguh Menyimpan Emas


14 December 2016 : RM160/gram

14 December 2019:  RM208/gram

14 December 2020: RM266/gram

tarikh yang sama tahun berbeza. HARGA per gram pun BEZA.

Makin cepat simpan emas, makin berharga emas kita. 

Kenaikan dalam 28% dalam tempoh 1 tahun. Banyak kan?

Tu kalau kita simpan setahun. Bayangkan dalam setahun kita simpan 12gram emas. 

Mestilah lagi tinggi kenaikan emas kita. 

Jadi, kita akan nampak kenaikan emas, bila kita konsisten menyimpan. 

Jika kejap simpan, kejap tak. Memang akan nampak biasa-biasa je simpanan emas ni. Orang dah simpan, mesti faham aura dia tu. 

Ingat, masa susah tak ada orang tolong kita. Kita kena kesian diri sendiri dahulu.

Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih. 

Semakin lewat kita beli emas, semakin rugi :

1. Makin susut RM, makin tinggi kita nak dapatkan harga segram emas. 

2. Makin kuat, keinginan untuk membeli barang yang tak perlu

3. Makin mahal emas, makin kurang kita nak simpan emas.

4. Makin tiada simpanan emas, bila asik lihat harga sahaja.

5. Semakin tinggi komitmen kita, semakin sukar kita membeli.

6. Makin bertangguh, makin ramai orang yang rebut peluang simpan emas. 

7. Makin tiada aset untuk diwariskan pada generasi.  

Bila masa sesuai untuk simpan emas? Berapa banyak perlu disimpan?

Sebelum anda mula melabur, pastikan anda dah ada Tabung Simpanan | Tabung Kecemasan | Wang permulaan untuk pelaburan.

Tabung simpanan tu boleh dipelbagaikan (Simpanan cair - i.e CASH, simpanan di TH, ASB, SSPN, dan lain2, dan perlu juga ada bahagian untuk simpanan emas sebagai jaminan kalis inflasi) - Boleh rujuk article Bab1: Jom Simpan Emas

Contoh kalau ada simpanan RM300, agihkan = 100 TH, 100 ASB, 100 gold

Saya lebih suka 'treat' simpanan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan.  Kita kena allocate simpanan sebagaimana kita allocate untuk perbelanjaan yang lain2. Sebab duit ni kalau nak tunggu lebihan baru nak simpan, lebihan tu memang jarang-jarang ada. 

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada simpanan itu boleh digunakan untuk beli emas melalui Akaun Emas GAP Public Gold.  

Mula berdikit-dikit dulu dengan 1gram1bulan. atau 0.5 gram sebulan.

Ikhtiar untuk disiplinkan yang ini dulu.

Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada minimum 6 gram atau 12 gram ATAU mungkin lebih😱. Emas bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan KALIS BOROS, InsyaAllah.

Belilah aset yang paling senang dan mudah untuk kumpul seawal usia. Tanam benih dulu, tuai hasil kemudian. 

Lelaki hensem & sado itu yang ada aset awal usia. 

Perempuan cantik jelita yang pandai urus kewangan dengan emas. 

#BeliEmasKecilDulu

#BeliEmasYangMampuDulu

#BeliEmasSeawalUsiaMuda

Ingat pesanan kakak ya:

Beli emas kena dapat emas. Jangan beli emas dapat certificate. 

Jom simpan emas.

Emas tu mungkin tak jadikan kita kaya.

Tapi dengan simpan emas, kita kekal kaya.

Insha Allah.

Dah Sedia nak mula miliki emas pertama anda?

Perlukan pertanyaan lanjut?

Jom pm sis laju² 

reallife.nhhas@gmail.com (PG00184537)

Ok, semoga bermanfaat ya....

@loves_nhhas

Kongsi jika bermanfaat.