Wednesday, March 30, 2016

Bila stress + serabut = rindu ... Jom ... Kokusai street


did i told ya ...
kalau aku stress aku buat apa?
yeah ... Okinawa love story ...
love ya ... missed de moment ...
i just wanna jump (not that high tho... hihihi ) again ... at kokusai street ...

Love ya ... xo xo

stay calm ... istighfar ...
everything's under control ... Insya Allah ...

chillex sudah ... fighting ... 

Monday, March 28, 2016

Satu entiti yang dipanggil P.E.R.E.M.P.U.A.N

Perempuan      
Duhai..
Siapakah kau ini??         
Jika jadi anak, ia adalah bidadari kecil ayah bunda            
Permata yang siang malam dijaga keduanya..        
              
Jika jadi pasangan, ia adalah kesenangan terindah             
Surga untuk pasangannya di dunia..        
              
Jika jadi orang tua, waahh              
Surga itu telah berpindah ditelapak kakinya       
Ia bawa kemana-mana ...        
              
Nabi pun membilangnya sebagai tiang 
Tatkala kehidupan adalah bangunan     
              
Ya, engkaulah tiang itu 
Engkaulah perempuan..              
              
Perempuan adalah tiang negara,
 Jika perempuan baik, baiklah negaranya. 
 Jika perempuan rusak, hancurlah negaranya
              
Engkaulah tiang dalam bangunan rumah tanggamu        
Engkaulah sandaran bagi dinding, pintu, atap & jendela
              
Nabi selalu benar memilih istilah kata   
Karena dirumahmu, semua urusan kepadamu bertumpu            
Maka, sebagai tiang kau harus kuat tak tergoyahkan     
Sebagai sandaran kokohmu adalah karang dilautan        
Tidak rentan diterjang angin &badai      
              
"Tapi aku tak sekuat itu" ; Katamu              
"aku tak berdaya menghadapi kebrutalan dunia ini"      
"Zaman semakin menggerusku, bebannya melumatku hingga luluh"  
"Aku begitu lemah, aku tertindas, teraniaya" ; Katamu pula.          
              
Tunggu, wahai perempuan        
Kau lupa,            

Ada Allah dalam hidupmu, yg siap menanggung segala keluh
Ada Allah dalam harimu, sumber kekuatan yg penuh     
Ada Allah dalam hatimu, jika kau serahkan pada-Nya segala sesuatu, 
Allah akan menjaganya hingga utuh. 

Maka, dalam tiap gerimis kesedihan          
Hanyutkan dirimu dalam dzikir panjang malammu
Dalam tiap kerikil tajam dijalanan, benamkan wajahmu dalam sujud kepasrahan       
Dalam tiap duka yg menyapa, hanyutkan airmata mu dalam sungai kasih-Nya              
Dalam tiap nestapa, larutkan pahit airmatamu dalam manis cinta-Nya             
Dan dalam tiap kelabu langitmu,  
Panggillah nama-Nya    
Allah.. Allah.. Allah..      
Dan tunggulah,
Hingga Ia merubah mendungmu menjadi pelangi di gelap malam.

PUISI BY USTAZAH HALIMAH AL 'AYDRUS

Friday, March 25, 2016

Nak Mintak Tolong, Boleh tak?


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih;
Dikongsikan nota kelas:


•Surah Al Baqarah ;
Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang yang khusyuk. (Ayat 45). 


Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai orang yang sabar.
(Ayat 153).


•SurahAl-Hajj
Wahai orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat. 
(Ayat 77).

•Al-Jumuah;
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat. (Ayat 10).

Ceramah oleh: Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad

Tempat: Surau Presint 8
Tarikh: 12 Rabiulawal 1432H // 15 Februari 2011


Antara isi kandungan ceramah yang penuh merendah diri oleh Ybhg. Tan Sri:

1.Al-Quran sebagai mukjizat.

2.Nabi Muhammad SAW membawa sebaik-baik petunjuk dan guideline kepada semua umat manusia.

3.Nabi SAW sangat sayang kepada umat baginda sehingga wa
ktu nak meninggal pun yang baginda ingat adalah “ummati… ummati… ummati”…

4.Sehingga rasulullah saw minta malaikat jibril maklumkan dulu pada baginda apa akan jadi pada ummat baginda, apa hak ummat baginda… Apabila jibril memaklumkan “Allah haramkan syurga daripada dimasuki oleh ummat yang lain sehingga selesai ummat Muhammad SAW masuk ke dalam nya.” Barulah Nabi saw lega dan redha…

5.Adakah cinta dan kasihnya kita balas?

6.Tak dapat banyak, sikit mesti kita usahakan supaya kita ikut apa yang nabi saw cakap dan praktikkan… mulakan sikit demi sikit dengan penuh mujahadah dan istiqamah…

7.Mulakan lah bangun dan buat solat tahajud… Nabi saw adalah maksum dan telah dijanjikan syurga, tetapi baginda adalah yang paling kuat beribadah. Kerana nabi saw nak jadi hamba Nya yang bersyukur… Kita??? Solat pun hanya setakat “BALIK MODAL”… itu pun kalau balik modal lah… kalau berstatus “terhutang”??? Moga Allah bagi kita kekuatan untuk mencari ilmu dan mengamalkannya.

8.Nabi saw juga berpesan supaya berpagi-pagi dalam mencari rezeki kerana “rezeki lebih luas kalau kita berpagi-pagi”.

9.Malu lah kita pada makhluk Allah yang lain yang sentiasa memuji berzikir membesarkan Allah. Malu lah kita yang dilantik menjadi khalifah dimuka bumi ne, tapi masih belum bangun tidur tatkala ayam, burung dah pun bangun mencari rezeki sambil berzikir memuji Nya…

10.Tan Sri juga pesan, kalau berasa susah dalam pekerjaan seharian, ada masalah dan sebagainya, mintalah pertolongan daripada Allah dengan jalan yang sabar dan mengerja kan solat. Boleh rujuk ayat Al-Quran janji Allah dari surah seperti yang dimaklumkan di atas:

A. Surah Al-Hajj; ayat 72

B. Surah Al- Baqarah; ayat 45 dan 153
C. Surah Al-Jumuah; ayat 10.
(Nota: Allah izinkan bertemu dengan orang yang sangat baik, Kak Azizah dan Kak Fauziah a.k.a Kak G... mereka sangat memuliakan tetamu... Moga Allah merahmati mereka dan memuliakan mereka.... ameen)


Jom ... berkenalan dengan tokoh yang menjadi idola saya ... 


Tan Sri Dato' Shaikh Ismail Muhammad ... 
DOB : 2 Januari 1944
Asal : Kampung Padang Pulut, Dungun, Terengganu.
Education Banckground : 
SK Melayu Dungun Terengganu.
Sekolah Arab Dungun Terengganu.
Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin, KT.
Melanjutkan pengajian peringkat Tahfiz Al-Quran - 1966
(merupakan salah seorang dari 8 orang pelajar awal Maahad Tahfiz Al-Quran Masjid Negara)
(psst: teringat cerita tan sri pasal "terjun kolam kat masjid negara" ... ha ha ha -  Tan Sri akan tersenyum dan ketawa tiap kali Tan Sri mengimbau / menceritakan kenangan tu... hi hi hi )
Seterusnya, melanjutkan pengajian di Maahad Al-Qiraat Al-Azhar, Shoubra, Mesir dan memperolehi Ijazah Pertama dalam bidang Al-Qiraat dan Ulum Al-Quran...

Cukup ... nak tau lagi - p google sendiri ...

Beliau adalah salah seorang Idola saya ... 
saya sangat sangat mengkagumi TSD SIM...
Dan tiap kali menghadiri kuliah beliau - 
saya akan terkenang arwah atok saya.
Dah lah rupa tan sri macam atok kita...(sapa nak tau arwah atok kita macam mana - ha camni lah rupa lebih kurang - hensem kan... pasal tu kita cantik... hahaha.. perasan sungguh budak ni.. 

Kalau menghadiri siri-siri kuliah beliau (ketika beliau masih di Putrajaya dulu), sangat senang nak "dapat".  Masa pertama kali jumpa beliau - saya baru menyertai public service, I don't know this uncle Ustaz is "Tan Sri", I just call him Ustaz. Saya suka hadiri kuliah bulanan dan mingguan beliau disekitar putrajaya. Sangat terkesan dihati. 
Cara berpakaian dengan jubah putihnya - biasa-biasa je orangnya.
Tapi sebenarnya pencapaian, kredebiliti beliau adalah kategori luar biasa bagi saya.  
Sekali "jumpa" dalam tv... ehhh Ustaz Syaikh... 
puan ibu rasa nak luku je kepala eden seraya berkata; "itukan imam besar masjid negara".
and me : "Oooo ye ke, orang panggil dia ustaz je... muka dia macam muka atok... baik dan lemah lembut pun macam atok, suka bagi nasihat pun macam atok"...

Ya Allah - tetiba pagi-pagi Jumaat ni kita rindu kat arwah atok ...



***Entry re-post.  Semoga bermanfaat ...


@loves_nhhas

Tuesday, March 22, 2016

Berkira-kira... Jangan selalu ber calculator

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hmm dalam hidup ne,janganlah terlalu berkira-kira. Maksudnya,kalau orang berbuat tidak baik pada kita,contohnya tidak menghargai kebaikan dan pertolongan yang kita dah lakukan pada dia, menyebabkan kita terasa hati dan mula 'berkira-kira' untuk menjarakkan diri kita dengan dia, tidak mahu lagi menghulurkan pertolongan dan ada kalanya sehingga sanggup memutuskan silaturahim. Sebabnya, hanya kerana kita terasa dengan respon yang dibalasi. Hmmm... nampaknya Allah sedang menguji kita samada apa yang kita beri pada saudara(termasuk saudara seislam kita) apakah ianya ikhlas semata-mata kerana Allah,atau jauh didasar hati,kita harap dipuji dan dihargai?astaghfirullahaladzim... Moga-moga Allah ampunkan kita...

Pokoknya,kenapa harus berkira-kira? Apakah wang ringgit,usaha,masa dan tenaga itu 'dari kita' semata-mata. Lupakah kita, semua kesempatan dan kelapangan serta kemurahan rezeki kita itu, semuanya dari Allah. Mana milik kita? Mana? Semua yang ada, Allah yang punya. Allah tidak pernah berkira-kira dengan kita. Allah beri kita pelbagai kelebihan, supaya dengan kelebihan yang kita ada, dapat kita panjangkan kebaikan dan manfaat itu kepada orang lain. Allah beri macam-macam, tapi cuba kita muhasabah diri, sejauh mana kita 'menghargai' dan 'berterima kasih' dengan pemberian Allah itu? Mudah-mudahan kita menjadi hamba Nya yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih.

Panjangkan kebaikan kepada orang lain walau pun orang itu membalas sebaliknya. Jangan 'berkira-kira' nak buat baik, takut-takut nanti Allah mula 'berkira-kira dengan kita. Renungkan,dan muhasabah,betapa baiknya Allah terhadap kita. Betapa ar-rahman dan ar-rahimnya Allah pada kita. Justeru, buangkan rasa marah, geram dan dendam mu itu. Balasilah perbuatan kurang baik orang lain dengan balasan yang lebih baik. Moga-moga kasih dan redha Allah mengiringi kita. Allah dah janji tak kurang harta kita dengan sedekah dan zakat. Maka, janji Allah lah yang paling benar. Rasulullah s.a.w juga telah banyak menunjukkan contoh tauladan yang baik.

Contoh paling buat hati ini tersentuh, bila teringatkan kisah Rasulullah s.a.w berdakwah kepada penduduk Thaqif di Taif dan mereka tidak menyahut seruan baginda,dan mereka telah menyakiti rasullah s.a.w. Pada hari tersebut rasullah s.a.w berasa sungguh sedih dan membawa diri hingga ke Qarn al-Tha'alib. Baginda mendongak wajahnya ke langit untuk melihat awan yang datang memayungi baginda. Baginda melihat Jibrail a.s. yang memanggilnya sambil berkata,' Allah s.w.t mendengar dan mengetahui apa yang telah kamu lalui. Dan Allah telah menghantar malaikat penjaga gunung untuk kamu arahkan apa saja yang kamu kehendaki terhadap kaummu...' tapi apa jawapan Rasulullah s.a.w??? "jangan,tetapi aku memohon kepada Allah s.w.t agar akan ada dikalangan anak cucu mereka nanti yang beriman kepada Allah dan hanya menyembah Allah s.w.t sahaja"...

Hmmm... semalam ke tadi tak ingat, ada dgr Ustaz ne cakap, kalau buat baik, kena buat baik pada orang yang paling hampir, contohnya kalau nak bagi bantuan kewangan ka, mulakan kepada ahli keluarga kita sebabnya selain dapat pahala sedekah, kita akan dapat pahala bersilaturrahim... wallahualam...

Moga-moga kita tidak lagi 'berkira-kira' selepas ini. Kita bantu mudahkan urusan orang lain,insya Allah, Allah mudahkan urusan kita... Ameen. Selamat bermujahadah jadi orang baik....

Friday, March 18, 2016

Menyembunyikan Mabrur ?

Assalamualaikum wbt.

Ceramah oleh ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar,Boleh download kat sini
kisah mabrur ne, boleh baca kat bawah ne (sumber)
Semoga bermanfaat buat semua....

*******************************************

Ada ke yang menyembunyikan MABRUR?


Rasa-rasanyalah apa hukuman yang sesuai bagi mereka yang buat kerja ni ?
Manasik yang Mabrur adalah cita-cita setiap muslim yang melaksanakan haji/umrah.
Setiap jamaah tentu mendambakan manasik mabrur , lantaran istimewa balasannya.
Syarat Awal Mabrur : "Al ma'rifatu bi kaifiyati ada' iha "
Persoalannya, apa hakikat mabrur dan apa indikator-indikatornya?
Kata mabrur, seperti diterangkan Ibn Mandhur dalam Lisan al-Arab, mengandung dua makna.

Pertama, mabrur bererti baik, suci, dan bersih. Jadi, haji mabrur adalah yang tak terdapat di dalamnya noda dan dosa -- untuk jual beli bererti tak mengandung dusta dan penipuan.

Kedua, mabrur bererti maqbul, ertinya mendapat redha Allah SWT.

Ketiga, Mabrur diambil dari kata al birru (kebaikan).

Dalam sebuah ayat Allah swt berfirman: “lantanalul birra hatta tunfiquu mimma tuhibbun. Kamu tidak akan mendapatkan kebajikan sehingga kamu menginfakkan sebahagian apa yang kamu cintai”. QS.3:92. Ketika diganding dengan kata haji maka ia menjadi sifat yang mengandung erti bahwa haji tersebut diikuti dengan kebajikan.

Tetapi pertanyaannya apa itu haji mabrur? Banyak orang menafsirkan bahwa haji mabrur adalah haji yang berlaku kejadian aneh dan luar biasa ketika menjalani ibadah tersebut di tanah suci. Kejadian ini lalu dirakam sebagai pengalaman ruhani, yang paling berkesan.

Bahkan kadang ketika ia sering menangis dan terharu dalam berbagai kesempatan itu juga dianggapnya sebagai tanda dari haji mabrur.

Imam Al Ashfahani menyebutkan haji mabrur ertinya haji yang diterima (maqbul).
(lihat mufradat alfadzil Qur’an, h. 114).

so, yang paling baik diusahakan adalah Mabrur adalah haji yang membentuk pelakunya menjadi lebih baik dari masa sebelumnya.

Dalam hadits Rasulullah: “Al hajjul mabrrur laisa lahuu jazaa illal jannah.” HR Bukhari, nampak titik temu yang saling melengkapi, bahwa haji mabrur akan selalui dikaitkan dengan perubahan dalam diri pelakunya dengan mengalirnya amal soleh yang tiada putus-putusnya.

Bila setelah berhaji seseorang selalu berbuat baik, sampai ia menghadap Allah swt, maka insyaAllah telah mendapatkan kemabruran yang berakhir dgn diredhai Allah untuk masuk syurga.

Lalu, siapa-siapa saja yang dapat meraih haji mabrur?
Boleh jadi jumlah mereka tak terlalu banyak.

Berikut kisah perjalanan haji Ibnu Muwaffaq yang dikutip al-Ghazali dalam Ihya 'Ulum al-Din .

Diceritakan, ketika Ibnu Muwaffaq berada di suatu masjid di Mina, ia sempat tertidur sejenak. Dalam tidurnya, ia melihat dan mendengar dialog dua orang malaikat. Seorang bertanya kepada temannya, ''Berapa jumlah jamaah haji tahun ini?'' ''Enam ratus ribu orang,'' jawabnya. ''Berapa orang dari mereka yang hajinya maqbul?'' tanyanya lagi. ''Enam orang saja,'' kata temannya, singkat. Mendengar jawaban ini, Ibnu Muwaffaq terjaga. Gemetaran ia termenung sejenak, memikirkan betapa besarnya jumlah jamaah haji ketika itu, tetapi betapa sedikitnya jumlah mereka yang maqbul.

Berikut ini merupakan syarat-syarat jika ingin menggapai kemabruran dan berhaji.

1) Ilmu. Tidak hanya disebabkan perbelanjaan dan tenaga yang tidak sedikit, tetapi memang semua amalan mesti dengan ilmu. Sehingga kita tidak umpama rusa masuk kampung, tidak taklid dsb.
Maka belajarlah, setelah mengerti baru laksanakan amalan tersebut.

2) Niat yang ikhlas kerana Allah swt, bukan ingin dipuji orang dan berbangga-bangga dengan gelar haji. Seorang yang tidak ikhlas, Allah swt akan menolak amal tersebut sekalipun di mata manusia ia nampak mulia. Kalau perlu hilangkan budaya penambahan titel haji dalam nama, kecuali pemilik dapat bertahan untuk tidak sombong dan merasa lebih dari yang lain atau perasaam-perasaan buruk lainnya. Hilangkan istilah haji politik, haji sponsor (dengan niat lain) atau haji bisnis.

3) bekalnya mestilah dari sumber halal. Haji yang dibekali dengan harta haram pasti Allah swt tolak. Rasulullah saw bersabda: “Sesunguhnya Allah baik dan tidak menerima kecuali yang baik.
Di akhir hadits ini Rasulullah menggambarkan seorang musafir sedang berdo’a tetapi pakaiannya dan makanannya haram, maka Allah tidak akan menerima doa tersebut.” HR. Muslim.
Demikian juga nasib ibadah haji yang dibekali dengan harta haram.

4)Istiqamah. Istiqamah itu terjemahan komitmen yang bulat total untuk mentaati Allah swt dan tunduk kepada-Nya, bukan saja semasa haji, bahkan semua masa dan dimana sahaja. Haji tidak akan bermakna jika sekembalinya dari tanah suci, seorang tidak menyedari title kehambaanya kepada Allah swt.

Jika tuntunan nafsu kesyaitanan kembali diagungkan. Merebut harta haram dan kemaksiatan menjadi kebiasaannya sehari-hari. Bila ini yang terjadi, bolehlah dianggap bahwa hajinya tidak mabrur.

Bukankah haji mabrur akan selalu diikuti dengan kebajikan. Perilakunya jelas. Apa yang Allah swt haramkan senantiasa ia hindari, dan apa yang diwajibkan selalu ia tegakkan secara sempurna.

Meski orang yang meraih haji mabrur tak dapat diidentifikasi secara pasti, namun Rasulullah SAW pernah menunjukkan beberapa indikatornya.

Ketika ditanya tentang kebaikan haji, beliau bersabda: Memberi makan dan bertutur kata yang baik.

Memberi makan di sini dengan makna yg luas, iaitu kesediaan kita untuk berkongsi rasa dengan sesama serta kesanggupan kita untuk menyumbangkan sebahagian harta yang kita miliki untuk fakir miskin dan mereka yang memerlukan.

Sedang yang dimaksud bertutur kata yang baik, menurut Imam Ghazali, adalah berbudi luhur dan berakhlak mulia. Setiap pelaku haji, demikian Ghazali, mesti memperhatikan betul soal akhlak ini, baik sewaktu berada di Tanah Suci maupun setelah kembali ke kampung halamannya. Inilah makna yang dapat difahami dari ayat 197 surah al-Baqarah.

الحَجُّ أَشهُرٌ مَعلومٰتٌ ۚ فَمَن فَرَضَ فيهِنَّ الحَجَّ فَلا رَفَثَ وَلا فُسوقَ وَلا جِدالَ فِى الحَجِّ ۗ

وَما تَفعَلوا مِن خَيرٍ يَعلَمهُ اللَّهُ ۗ وَتَزَوَّدوا فَإِنَّ خَيرَ الزّادِ التَّقوىٰ ۚ وَاتَّقونِ يٰأُولِى الأَلبٰبِ


Kedua indikator yang disebut Nabi SAW di atas, berdimensi sosial. Ininya, haji yang mabrur pada hakikatnya adalah haji yang dapat membuat pelakunya semakin mengambil berat terhadap persoalan-persoalan sosial dan kemanusiaan.

Ia dan masyarakat memperoleh kebaikan dari ibadah haji yang dilakukannya. Oleh itu, syurga Allah memang layak baginya

Terakhir, seseorang yang naik haji akan di sebut haji mabrur setelah ia nampak bahwa hidupnya lebih istiqamah dan kebajikannya selalu bertambah sampai ia menghadap Allah SWT.
so rasa-rasanya berapa kah..

graduan Haji
dan alumni Makkah
rakyat Malaysia
yang bergelar : MABRUR

Masihkah ada mereka yang masih mahu menyembunyikan MABRUR ?
atau tak mampu menzahirkan MABRUR kerana tidak mampu 'memilikinya'..
"Faqidu syai La Yu'ty "
"Maafkan Ya Rabbi kerana lalai dalam Ibadah kami..Bantulah kami dengan hidayah dan taufiq mu...
bantulah kami agar msentiasa mengingatMu, agar sentiasa mensyukuriMu , dan sentiasa membaiki prestasi ibadah kami untuk Mu"

Wallahu a’lam bishshawab.
'Syarat' yang mesti : Sesuatu mesti dikorban..Selamat tinggal 'dunia' ku.. Maafkan ana atas
segalanya..diri ini tak sempurna namun menuju akan yang Maha Sempurna..

***********************************
@loves_nhhas 2 Oct. 2011 (11:10 am)



Wednesday, March 16, 2016

Power in poor countries

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...


T.H.I.N.G to T.H.I.N.K 
Who do you think pay for it ... Check it out through The Economist Feb 27-Mar 4th edition... Interesting article "The real threat to energy access is that energy is not treated as a privete good,  but as A RIGHT ....
And the problem with A RIGHT is that no one wants to pay for it" - Michael Greenstone

Anda rasa-rasa sapa patut bayar? Pemerintah? Atau pengguna terus?
Menariklah baca artikel dan 'findings' ni.
Siapa taja lektrik d negara muskin. Bagaimana sifat manusia yang tak nak berubah sebab ...
 dan banyak lagi ... 
Owh ...
Dan baru eden tau... elektrik pun boleh pakai pre-paid. Habis "kredit" tiada lagi bekalan elektrik ...

Selamat membaca ya ... 

Tuesday, March 15, 2016

5 THINGS I HATE DE MOST ...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ... 

Ha kau ... lama tak hapdet belog tetiba citer menci - menci ni dah kenapa...
Sebab semalam aku dah raikan tag dari my dear kakak farah dari tower rapunzel, maka hari ini ... jom aku nak raikan cinta ... eh tak tak tak... haku nak raikan tag dari cik sal munge pula, yang nak mencungkil bakat kebencian aku... keh keh keh ... nak benci pun kena ada bakat ke... ha ha ha... hantam sajalah labu...

Okay ... list ni random je lah ye ... tidak disusun mengikut senarai keutamaan. Antara lima perkara yang aku tak berapa nak suka dalam hidup ialah ...

Satu:
Bila aku tanya baik-baik, kau jawab cara tak baik seperti - jawab acuh tak acuh, jawab marah-marah, tidak menjawab soalan dan jawab gaya saja nak bagi aku sakit hati sambil tayang muka masam minta kena lempang. Kau ingat aku suka-suka nak tanya kau kalau aku tau jawapan kepada soalan aku tu?

DUA:
Aku tak suka bila aku tak ada duit ... ha ha ha.. boleh gitu? aku ni tak kaya, tapi aku juga tak biasa "tak ada" ... keh keh keh ... 
Tapi aku tak suka juga spesis manusia berkira i.e kedekut... cisss...tak baik tau kikir... rezeki yang ada hendaklah dikongsi bersama ....  
Dan aku juga tak suka spesis manusia yang suka membazir - menunjuk-nunjuk... tak baik tau... buat orang lain rasa "terkebil-kebil mata"  tengok kau "buang"  duit... Kalau dah banyak sangat duhet tu - pergilah tolong orang miskin, gelandangan, anak yatim - ramai yang tak cukup makan dan pakai... hu hu hu...

TIGA:
Aku agak tertekan dengan mereka yang bawak kereta macam bersiar-siar time aku nak kejar "punch card" ... hoiiii nak bersiar-siar - sila keluar pukul sembilan ke atas lah weih... Hadoiii... stress mak nak... hahaha... tapi bila perkara ini berlaku, aku selalu cepat-cepat istighfar dan senyum dan kukatakan pada diriku sendiri "weih cik manisah... kau yang salah, siapa suruh kau keluar rumah lambat - dah jangan nak salahkan orang lain pulak" ...  ha ha ha ...

EMPAT:
Aku tak suka dan amat benci dengan cicak ... seriously - cicak boleh menyebabkan hati aku sakit... huhuhu... Sebenarnya lebih kepada geli kot... Kalau rumah aku ada cicak dan aku dok sorang, boleh mendatangkan stress dah... aku boleh je  bunuh cicak tu, tapi aku geli apsal dah mati pun ekor kau masih menggedik nak gerak-gerak... seriously menci rasa macam nak muntah... Dulu-dulu masa Ah-Boy duduk ngan aku - tiap kali aku bunuh cicak memang aku suh dak tu g buang dan bersihkan segala ... tapi tak boleh pakai mop - sebab nanti aku geli pulak nak gunakan mop tu ... ha ha ha .... 
Bila ah-boy dah kawen, dan bila kadang-kadang parents aku balik kampung untuk tempoh yang lama, aku dah menggelupur sapa nak tolong buang kan cicak kalau aku bunuh cicak tu kan... 
Aku pernah TER bunuh cicak masa aku dok umah sorang, pastu aku call ah-boy suh datang tolong buang... ha ha ha... sabor gile adik aku melayan kerenah pelik aku tu. Dengan muka bengkek nya dia datang juga malam-malam buta tu untuk pergi buang cicak tu... huhuhu... Kau ingat aku tak rasa bersalah ke... huhuhu... kuangajo punya cicak...
cicak-cicak ni biasanya akan jadi kurang ajar kalau "depa perasan" aku dok umah sengsorang lama sikit - mesti depa berleluasa sebab depa tau aku fikir 18 kali kalau nak hempok depa... huhuhu... kongasam punya cicak... cissss... 
Dan tak memasal juga,  aku menci betul apsal KRU buat cerita cicak man... dah tak ada menda lain ke nak dibuat cerita dan diangkat menjadi hero... 
mulia lagi watak boboboi, ochtobot dan klamkabot... ha ha ha ... (nak bagi tau aku p tengok boboboi lah tu... keh keh keh) ...

LIMA:
Yang ni betul-betul list benda yang aku benci dalam hidup ... benci tahap sampai tak boleh disenaraikan sebab sangat benci - so I better keep it to myself lah ye ....
(huhuhu ... rasa nak nanges ... )

Okay ... habes dah 5 perkara yang aku tak gemor dalam hidup ... tapi tak de lah sampai tahap mencik guling-guling kecuali .....  item nombor lima tu ... biarlah rahsia kata siti nurhaliza ...


Ntahlah sebenarnya ... ada juga lagi benda yang aku tak suka dalam hidup ni ... ha ha ha ... (contoh tempat sesak ramai orang, bila kena buat pilihan, trafic light rosak, TNB tak anto bil letrik pastu charge aku extra,  etc) ...   

Tapi nak reach level benci tu amat jaranglah ... habis-habis pun level "strongly dislike" aje kot  ... sebab nak reach level benci, kadar jenayah dan kekurang ajaran ko tu memang dah tahap superb lah, layak bagi penyepak or g langgar ngan lori taik je... ha tu rupa kalau aku dah benci sangat lah...
Sebab tu aku tak nak / cuba elak benci-benci ni (seperti item no.5 tu) ... bagi aku word BENCI tu sangat BIG.  Sampai tahap aku tak boleh nak dengar atau lihat semua yang relates to the things that I HATE.  Dan aku pun tak nak tulis benda yang AKU BENCI tu dalam belog sebab nanti aku benci pulak nak masuk belog sendiri ... ha acaner ... hihihi ...

Lagipun ex-boss aku pernah pesan ... "jangan benci-benci, takut orang/perkara yang kita benci tu orang yang Allah sayang... "

hu hu hu... sentap mak nak... kih kih kih... tengs boss, saya ingat pesan boss tu sampai hari ni...

After all, kita kira kita punya benci aje kan... Orang lain punya benci kat kita macam mana?  ha ... cer citer cer citer ... Dan kadang-kadang kita pun ter buat benda yang kita dakwa kita benci tu - contoh punctuality. Be honest to yourself - kau pun tak punctual sepanjang masa. Bagi aku, lewat 5 10 minit tu acceptable je... Tak payah nak kecam sangat kot... hihihi ... Tehgeh bunka (lek lek je) sudah... Better late than never... sebab NEVER itu lebih "sakit" kan ... hi hi hi ...

So jom lah muhasabah - tak mau benci-benci - maafkan kesalahan insan ... sebab kita pun bukan maksum - kita pun buat salah kat orang lain juga kan... Kita pun mungkin menjadi asbab kebencian orang lain juga kan ... huhuhu...
Minta maaf dan berilah kemaafan... Pergi belajar SENI MEMAAFKAN kat SINI

Akhir kata ...

Fikir yang baik-baik, 
doa yang baik-baik, 
cakap yang baik-baik, dan 
berusahalah jadi manusia yang terbaik dan 
memberi kebaikan kepada sekeliling kita, Insya Allah ...

So sapa nak kena tag dengan aku?  Ha ha ha ... Aku pun tak tau nak tag sapa dah sebab most of blogger yang baca blog aku ni telah di tag oleh rakan-rakan blogger yang lain. Tinggal lagi korang nak buat ke tak aje lah kut ... ha ha ha ... Okay aku tag SEMUA rakan blogger aku yang belum buat game ni ... silalah buat ye ... maybe .... Chef Buat Wanita ... My Pink Mummy Julia ... My Kakakkembar - sis NOHAS ... MyJiran- sis Jari Manis ...Tunjukajarku sifu - scdha sein ... My Adinda Yana yang Halus dan Mulus ...  kak farah tower rapunzel ... dan semualah yang belum buat tu... hehehehe...

Selamat menjawab ye uols ... hihihi ...

Dan selamat memaafkan aku jika aku termasuk dalam senarai kebencian uols.... sob sob sob ... nanges kat bucu shinkansen nanti ...

@lovessss_nhhas


pssst ... JOM buat tag  17 perkara paling ditakuti pulak lah... ha ha ha...  Sapa nak start ???  Cik Sal Munge maybe?  hi hi hi ...

Monday, March 14, 2016

25 things that make CML happy ...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ... 

Cik Manisah Lesing (CML) ... adalah satu objek  yang diperakui cantik oleh objek sekeliling beliau HANYA sekiranya beliau senyum dan ketawa. Ntah sapa objek tersebut ntah... yang diperakui dan yang memperakui tu diakui ke tidak keakuannya? Okay fine... pening ... 

Kalau tak senyum, beliau adalah spesis muka ketat dan serious sepanjang masa ... tak tahu kenapa... Sehingga beliau kerap kali dilabel sebagai sombong...  Justeru untuk memastikan CML kekal cantik, CML haruslah sentiasa senyum dan ketawa.  Nak senyum dan ketawa - reseptor di otak kata - kena GEMBIRA.

Sebagai seorang kakak kawasan yang prihatin, My Dear Sis Farah FAMF telah men tag CML untuk mengenal pasti input kegembiraan CML bagi memastikan CML kekal cantik dan jelita gitu ... kah kah kah ...

So lets cekidout ... things that can make CML happy ...

  1. Dapat bangun pagi sebelum azan Subuh ...
  2. Sempat baca al-mathurat dan seayat dua Qalamullah sebelum memulakan hari-harinya ...
  3. Dapat tidur yang berkualiti walaupun sekejap ...
  4. Dapat gaji - ha ha ha ...
  5. Dapat tolong orang yang memerlukan...
  6. Dapat lihat senyuman di wajah orang yang disayangi ...
  7. Sempat "redha"  bila diuji, dan syukur bila dapat nikmat yang Allah beri ...
  8. Memenuhkan peti ais rumah sendiri dengan coklat dan aiskrim kegemaran...
  9. Dapat handbag dan bag baru ... CML loves bag sooo much ... 
  10. Dapat pergi bercuti ke tempat yang disukai ...
  11. Dapat pergi main laut dan tempat sejuk serta tanah tinggi ...
  12. Dapat bawa puan ibu dan encik abah bercuti ke tempat yang mereka suka...
  13. Dapat makan makanan yang puan ibu masak setiap hari ...
  14. Dapat pow encik abah ... ha ha ha... yang ni CML paling suka  ...
  15. Dapat hadiah dari orang lain (kalau diri sendiri beli tak dikira hadiah okay) ...
  16. Dapat hadiah dari rakan-rakan blogger ...
  17. Dapat kad - ucapan, kad harijadi atau apa-apa kad walau tanpa tujuan, yang dapat memberi inspirasi dan motivasi ...
  18. Dapat hadiah dari kak farah famf ... ngeh ngeh ngeh ...
  19. Dapat hadiah dari tunjukajarku sifu scdha sein ... ha ha ha ...
  20. Dapat hadiah dari MyJiran Jari Manis ... hi hi hi ...
  21. Dapat "ikot" SSS dan SJM jalan-jalan ...
  22. Dapat "kejar itik kat Ostrolia" - can make CML gelak dan senyum sampai malam - tengok sini .
  23. Can eat good and Quality food yang cheaper price ... ha ha ha...
  24. Dapat makan kek or cookies yang dimasak panas-panas ...
  25. Dapat pergi belajar benda baru ...
  26. Dapat kawan-kawan yang ngam sekepala - yang boleh terima CML apa adanya dia ... yang boleh sabarkan dan cool down kan CML ...
  27. Terpilih untuk menjadi TX 1.0 dan berkawan dengan TX1.02014 yang awesome itu ...
  28. Dapat pergi Okinawa ngan bebudak senget tapi comel dan hebat tu ...
  29. Dapat pergi shopping tanpa batas (ha ha ha... belum pernah dapat lagi) ...
  30. Dapat men tag korang ... ha ha ha ...

Kau nampak ... gembira punya pasal - orang suruh senaraikan 25, CML senaraikan 30 ... ni kalau bagi peluang lagi ni - 3000 pun boleh ni ...
See people ... we have soooo many reason to smile ... so many reason to be de happiest person in de world ... Carilah kebahagiaan dan kegembiraan itu... Bersamalah dengan mereka yang boleh mengukir senyuman diraut wajahmu...
Hargai mereka yang mengasihi mu ...
Spesis yang melukakan? Tinggalkan mereka ...  Maafkan ... Lupakan ... "la takhaf wa la tahzan ... innallaha ma ana (jangan takut, jangan sedih, Allah bersama mu, Insya Allah" ...

Untuk memanjangkan kegembiraan ... CML dengan gembiranya nak men tag mereka - mereka ini ... SILA JAWAB ... jika tidak surat tunjuk sebab dan surat saman akan dikeluarkan ... ha ha ha...

So uols yang terpilih itu ...



Jawab jangan tak jawab ...


@Loves ... nhhas