Friday, September 27, 2013

Seni Memaafkan...

Assalamualaikum wbt...

Hari ini saya belajar seni memaafkan menerusi rakaman slot Pesona D'zahra @ IKIM.FM.

Kalian pun boleh download kat MUAT TURUN IKIM

p/s: sapa nak rakaman, dropkan emel gmail korang, nanti saya share folder... baru tau gmail leh share folder big size... thanx nazlah for de ilmu...

Banyak tips yang dikongsikan oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-amin...

Antara tips yang Ustaz kongsikan...

i. Kena bersyukur... Sebab nikmat yang Allah beri jauh lebih banyak berbanding ujian yang Allah turunkan...

ii. Allah lebih besar daripada masalah mu.

iii. Hidup mulia... Mati mulia... Mulia di dunia.... Mulia diakhirat...

iv. Mmeberi kemaafan ne sebenarnya adalah untuk diri kita sendiri... sebab kalau kita dah maafkan orang,  dah kuranglah "stress / bebanan" yang ditanggung oleh minda, hati dan perasaan kita. Bila kita dah maafkan orang... hidup akan lebih tenang... tak adalah asyik plan ingat nak balas dendam...

v. Kita kena hidup selesa i.e ada rumah yang selesa, kereta yang selesa, jiran yang baik, etc.... TAPI jangan jatuhkan diri kita dalam zon selesa... sebab orang yang jatuh dalam zon selesa mudah melupakan Allah...
   cth.:  jika seorang isteri terlalu baik buat serba serbi kerja rumah, subsidi lagi kat suami belanja keperluan rumah, sehingga suami tu rasa selesa "alah, tak apa, isteri aku boleh handle semuanya".  so suami ne akan "jatuh dalam zon selesa"  dan berpotensi untuk lupa tanggung jawab dan berjimba-jimba di luar rumah dengan orang lain...

vi. POINT yang menarik: (*_*)
 "ORANG PEREMPUAN SELALU BIMBANG APA YANG ORANG LELAKI LUPA, "
 " ORANG LELAKI PULAK SELALU BIMBANG APA YANG ORANG PEREMPUAN INGAT"...

vii. Tiap kali teringat kejahatan orang lain.... jangan lah sebut kata2 yang negatif, sebab kata2 yang negatif tu akan meracun jiwa... so gantikan dengan istighfar dan banyakkan sebut : "Ya Allah, aku maafkan dia,  gantikan apa yang hilang padaku dengan gantian yang lebih baik"...
sebut banyak2 kali kemaafan.... jangan ulang sebut kemarahan....

viii.  Apa yang kita ingat sebenarnya menggambarkan siapa diri kita...

ix.  Tapi.... ada juga orang, kita boleh maafkan dia, tapi tetap kena buat aduan pada pihak berkuasa untuk ambik tindakan supaya dia boleh "disedarkan menerusi undang-undang"... Kalau tak, nanti dia "naik lemak".

x. Jangan jadi tukang sebar fitnah / luahan perasaan... Fitnah tu tidur... dan Allah melaknat orang yang "mengejutkannya" (i.e. yang saya faham menyebarkannya lah)...

xi.warna adalah terapi hidup kita. warna yang paling best adalah warna alam... so kalau stress, g lah luar tengok warna-warni alam...

xii.  Nak didik hati kena didik dengan iman. i.e dididik dengan mengingati Allah. Banyakkan zikir, solat sunat, berdoa, jaga solat fardhu di awal waktu, etc...


Saya terkesan dengan kata2 dipenghujung rancangan "Aku nak jadi orang yang memaafkan seperti mana yang Allah perintahkan"  seperti firman Allah S.W.T., menerusi surah ali-imran ayat 159-160 berikut:

Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Maka apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya... (Surah Ali-Imran, ayat 159).
Jika Allah menolong kamu maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri.  (Surah Ali-Imran, ayat 160).

LAST but not least... Ustaz said (lebey kurang ar ayat):
"Hidup ne memang pentas/ medan ujian... Para nabi dan rasul pun diuji, apa lebihnya kita sampai tak boleh diuji???"

Boleh baca entri "Cemerlang dalam Ujian" kalau lapang....

sekian entri pagi jumaat... semoga bermanfaat....

stay tune... stay alive... stay healthy...stay happy and de most important ... stay away from MASALAH.... hehehehe....salam sayang semua...nhhas

Wednesday, September 25, 2013

Jangan Muflis... Jom Jadi Kaya....

Assalamualaikum wbt...
 
Hari ini ada talk dari salah seorang guru talaqi saya Ust. Hafiz Saleh... tapi topik yang disampaikan berkisar kepada "Haji"... patutnya topik tentang Al_Quran sebab beliau lecturer dari fakulti pengajian al-Quran dan Sunah... tapi memandangkan tengah musim haji dan beliau pun merupakan salah seorang guru pembimbing haji dan umrah, so kami tukar lah kepada topik haji....
 
Alamak... terkenang2 balik nostalgia perjalanan nak pergi haji... 
Mukadimahnya, beliau kongsikan perjalanan beliau untuk menjadi tetamu Allah...
Beliau maklumkan ketika di tahun 1 di maahad Tahfiz, ada jutawan sponser 2 pelajar cemerlang untuk pergi umrah... seorang pelajar cemerlang lelaki dan seorang pelajar cemerlang perempuan... Beliau 'pulun'  belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi pelajar cemerlang tu sebab "beliau naaakkk sesangat pergi umrah"... tiap tahun beliau tengok pelajar senior yang terpilih untuk pergi dan sampai beliau di tahun akhir, dapat status pelajar paling cemerlang... tapi malangnya jutawan tu dah tak sponser lagi... huhuhuhu...sedih...
kemudian, beliau masuk pulak musabaqah peringkat kebangsaan, w/pun tak menang johan, tapi beliau terpilih untuk bertanding di Arab Saudi (dalam hati dah gembira sebab dapat pergi buat umrah), tapi sekali lagi Allah tangguhkan dulu jemputan untuk beliau ke tanah suci sebab tarikh pertandingan sama dengan tarikh peperiksaan diploma beliau... sekali lagi tak dapat pergi....
Tapi sesungguhnya Allah Maha Mengetahui keinginan hamba Nya, Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Pemurah...  akhirnya... ustaz terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah selama 4 tahun... dan beliau bukan sahaja dapat umrah berkali - kali, malah dapat buat haji sebanyak EMPAT KALI.... hehehehe....
 
See... Allah tangguhkan pemberian sesuatu tu sebab Allah nak bagi yang lebih baik...
So kepada semua yang belum sampai giliran tu... sabar ya... bersangka baik dengan Allah... Lengkapkan diri dengan ilmu.. mudah2 an Allah pilih dan sampaikan kita semua menjadi tetamu Nya yang paling paling paling paling paling teristimewa... Insya Allah...
 
erm, sebenarnya motip entri ne saya nak kongsikan kata2 penutup oleh Ustaz Hafiz tadi...
(tapi cam biasalah... kalau tak lari topik, bukan sayalah kan kan kan... (*_*) )
i.e. pesanan beliau;
JANGAN JADI ORANG YANG RUGI & MUFLIS.... Siapakah orang yang muflis itu???
 
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”
Para sahabat menjawab: "Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta benda”.
Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka.”(Riwayat Muslim)."
 
 
Semoga kita sama2 muhasabah diri setiap hari dan segera memohon maaf pada orang2 yang kita buat salah, dan memaafkan kesalahan orang lain juga (sebab kita pun banyak buat salah kat orang dan memerlukan kemaafan daripada mereka)... Semoga kita semua jadi orang yang beruntung dan tak rugi di dunia dan akhirat... Insya Allah...
 
p/s:  Saya pun minta maaf kat kalian semua yer atas salah dan silap saya s/ada sedar atau tidak ... sengaja / tak sengaja.... maafkan tau (*_*)
Okay... sekian entri kontot dari saya... semoga bermanfaat...
 
stay tune... stay alive... stay healthy...stay happy and de most important ... stay away from MASALAH.... hehehehe....salam sayang semua...nhhas

p/s:  comel dak kalau ada orang bagi emel pepagi kat kita tulis macam ne:

"Assalamualaikum ahli jannah (doa ni…)... baik ko ameen kan..."
(*_*)

Tuesday, September 24, 2013

Simposium Mendepani Agenda Asing: Melayu dalam Krisis Kepimpinan

Assalamualaikum wbt...

JOm sertai  Simposium Mendepani Agenda Asing: Melayu dalam Krisis Kepimpinan...
Rasanya ada kupasan mengenai ancaman syiah di Malaysia...

dok sebut2 pasai syiah, nak jugak saya tau, apa ke bendanya yang sebenar... ada cam baca sket2 jer dalam buku al-ustaz... tak tau sangat in details...

so sapa2 berdekatan... jom lah join... details read here:
http://www.ismaweb.net/v4/2013/09/sertai-simposium-mendepani-agenda-asing-melayu-dalam-krisis-kepimpinan/

p/s: saya dengar hebahan ne thru IKIM few days back...

Antara tokoh yang akan turut hadir untuk sesi dialog simposium ini ialah :

  • Ustaz Hj Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden ISMA
  • Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
  • S.S. Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Bin Haji Jaafar, Mufti Sabah
  • S.S .Ustaz Dr Zulkifly Muda, Mufti Terengganu
  • Puan Zaharah Sulaiman, Penulis Dan Pengkaji Sejarah Persatuan Arkeologi Malaysia
  • En. Mohd Nizam Mahshar, Ketua Pegawai Eksekutif MTEM

Juga turut menampilkan:

  • Ustaz Hj. Mohamad Ismail, Ketua Unit Kajian Syiah ISMA.
  • Ustaz Hj. Mohamad Hazizi Bin Ab Rahman , Penganalis Muslim Moderate dan Projek Pengamerikaan.
  • Ustaz Hj. Shaharuzzaman Bistamam, Pengkaji Ilmu Perbandingan Antara Agama

Antara tajuk hangat dan menarik yang akan dibentangkan ialah:

  • Pendedahan Konspirasi Penghapusan Bangsa Melayu: Fokus Agenda Nam Tien
  • Agenda Perluasan Pengaruh Syiah: Ancaman Kepada Malaysia
  • Ancaman Globalisasi Ekonomi : Fokus AFTA & TPPA
  • Projek Pengamerikaan Ke atas Dunia Islam: Fokus Malaysia
  • Gerakan Mengkristiankan Malaysia: Satu Usaha Terancang
  • Sesi Dialog: Krisis Kepimpinan Melayu: Nasib Melayu Di tangan Siapa?

Simposium ini hanya menyediakan tempat untuk 1,000 orang peserta sahaja. Ayuh! Segera daftarkan diri anda. Tempat adalah TERHAD!





 
 
semoga bermanfaat....

Monday, September 23, 2013

JOM Kalau Nak Untung... Nak Menang... Baca Sampai Abes

Assalamualaikum wbt...

KALAU NAK UNTUNG... NAK MENANG... BACA SAMPAI ABES...

Jom jom jom... memandangkan semenjak dua tiga menjak ne ramai nau blogger asyik nak bagi adiah kat kengkawan... sekarang saya nak ajak korang semua join satu give away yang lagi power point ... sapa masuk n join confirm menang lah... kalau kena syaratnya... sebab hadiah dia unlimited...  lagi banyak kau GIVE AWAY lagi banyak kau received... Insya Allah... T&C apply lah opkos...

so al kisahnya...

Jumaat malam yang lepas... semasa merayau-rayau kat pasar malam / pasar tani putrajaya mencari lemang yang di pesan oleh puan mama... (mak iols lah tu)... tetiba ada orang hulur saya satu brochure....
memandangkan saya tengah kalut cari lemang untuk mama, maka saya ambil jer brochure tu dan jalan ler sambil baca.... Dalam hati, "sat na, sat lagi i patah balik... nak carik lemang mak dulu ne."

So, sambil jalan tu saya bacalah brochure tu...  Owh rupa2nya collection untuk pembinaan Kompleks Al- Tahfiz BAyu Syahadah di Ranau, Sabah...
 
Dalam hati rasa macam pernah di maklumkan mengenai nya beberapa tahun lepas... baca dan baca lagi, owh... rupanya betul lah...

Di usahakan oleh Brother Nazrey Johani (ex-penasyid kumpulan Raihan)... 
 

 
 
 

I met him sebelum ini dan beliau pernah maklumkan tentang projek ne semasa majlis makan malam amal Aman Palestin on year 2010 .  Siap kiteorang kena smash baik punya... hehehehe... ingat lagi kata2 beliau...."Sepatutnya nak buat kerja-kerja amal ini, tak perlulah nak dibalasi pula dengan makan2 malam... hehehe... tapi tak apalah, meraikan para dermawan sekalian".... gedebuk... semua senyum simpul malu... sian organizer... tapi bagi saya ttg makan malam amal tu saya ada pandangan lain lah... kongsi dalam entri lain lah yer....

maka dipendekkan cerita... wahai pembaca2 RLiR (kalau ada ler,) JOM kita bergive away dalam membantu usaha saudara-saudara Islam kita di Sabah untuk mendapatkan tempat yang lebih baik dalam menuntut ilmu tentang islam... semoga GIVE AWAY yang sedikit ini mendapat nilaian yang diterima di sisi Allah s.w.t... dan semoga Allah s.w.t jualah yang mampu memberi "hadiah" atas sumbangan kalian semua....

link belog beliau seperti berikut


no telefon dan emel seperti kat brochure tu lah yer...

 
Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir – seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi sesiapa yang di kehendaki – Nya. Dan Allah Maha Luas (kurnia Nya) Lagi Maha Mengetahui.”(Al-Baqarah: 261)

semoga bermanfaat ya... sebar-sebarkan lah "Give away RLiR ne yer"

Sekian... stay tune... stay alive... stay healthy...stay happy and de most important ... stay away from MASALAH.... hehehehe....salam sayang semua...nhhas

DOA ARAFAH


DOA ARAFAH
(amalan Al-Imam AL-Ghazali Rahimahullah)

Disusun/ diedarkan oleh
Ustaz Haji Shihabudin Alang Mat Piah

(guru pembimbing haji THTS 1432h)

dipimpin bacaan doa ne semasa wukuf di arafah last year, 2011 (1432H).
nota:  sesiapa berhajat nak text doa ini in full text  in arabic n malay,  tinggalkan emel anda di kotak pesanan.





 
 
catatan asal:
12.09.12 (5.38pm)
 
republished:
23.09.2013 sempena musim haji 1434H... Semoga bermanfaat... Insya Allah

Saturday, September 21, 2013

Komen Spam...

Assalamualaikum wbt...

mak aih.... 1st time p tgk kotak spam... punya lah banyak komen jatuh kat kotak spam...semuanya berstatus anon... ada yang okay, ada yang ntah hapa2....  siap bahasa jepun yang tak bley tahan tuh...
erm.... boleh delete tak? eh silap.... wajar delete tak?

Friday, September 20, 2013

Mini Giveaway by Sfaezah

assalamualaikum wbt...

Okay... passport n visa dah siap... cuti dah lulus...driving license translated... So Insya Allah... ready for musafir... eh duit lom tukor... xper2 ada masa lagi.... Insya Allah...

Sempena saya nak p musafir,  saya nak "tolong" rakan blogger yang nak pergi bercuti beserta ngan bajet beliau yang sederhana. (aiseh, sister faezah, berapakah amount sederhana u tu? hehehe....).

Sebelum tu... omedetoone (tahniah) sister faezah atas pertunangan mu...
so saya sertai give away by sister faezah atas 3 alasan:
i. sebab sis faezah susah payah invite...
ii. sebab nak kongsi tips tempat mana nak p bercuti...
iii. sebab nak bagi sis gembira - adiah pertunangan... hehehe...

lama weih saya ambek masa nak buat entri ne sebab sekarang saya bizi tahap gaban...
huhuhuhu.... terharu tak... ne pinjam tag chef ammar... "tulis dari hati, tulis with iman"... Insya Allah.

btw, nak wat pembetulan kot... saya baru perasan lah "give away" ne just nama jer berbeza daripada contest2 yang dianjurkan oleh blogger... so give away by Hijab Valley tempoh hari bukan yang 1st lah... sebenarnya saya dah join yang 1st sekali... contest dialog tiga hati oleh blogger chika @ nurulism.com sebelum ini.. masuk final... tapi kalah.. so dapat fridge magnet jer... hadiah utama dia handbag fossil weih... sapa tak nak kan kan kan....
pastu 2nd saya join pulak kak anim nyer "Ole-ole dari beijing" . i dapat panda tau... I LIKE....
3rd baru lah by Hijab Valey.... n dis is my 4rd time lah... by sis faezah...
tak semua GA saya join... yang saya rasa saya leh wat entri bermanfaat jer saya join... hehehe....
p/s: seperti kata HV, saya memang suka merapu buat GA panjang2... hahaha.. selamat membaca lah...



Cara Penyertaan
  • Follow blog Me, Him & Life dan nyatakan anda follower yang ke berapa. (kepada yang sudah menjadi follower sebelum GA, sila gunakan no. #107.) - 161 (sis faezah sila follow semula... hehehe)
  • Buat simple entri yang bertajuk 'Mini Giveaway by Sfaezah'. Done.
  • Copy banner GA diatas dan backlink ke entri ni. Done.
  • Nyatakan tempat percutian paling best yang korang pernah pergi setakat ni. (Tak kisah local atau oversea. Maybe korang pergi tempat dekat je, tapi kenangan dan orang yang ada masa tu membuatkan percutian tu best!)
          JOM.... SELAMAT MEMBACA SAMBIL BERPINAR MATA YER....


Dalam negeri ... dah habis saya pusing satu malaysia...luar negara tak byk, pernah pergi 5 ke 6 negara jer.... jadi saya akan bagi cadangan berdasarkan situasi dan matlamat percutian okay? ... sebab saya bercuti ada matlamat... ada untuk rehat minda, ada untuk spiritual/ muhasaba, ada utk welfare... macam2 lah....dan berdasarkan masa yang tipis yang saya miliki ini...
so ini antaranya lah yang sempat saya catat + ingat + ada gambor...  

1. kalau ada bajet + memang nak p rehat kan minda + tengok keindahan alam...
 saya suggest sis faezah utk pergi Sabah ... best... pulau nyer yang cantek... leh g karambunai... leh g kaki gunung kinabalu, leh g kundasang... leh g poring - kat sini ada hotspring dan ada ekspedisi menjelajah jambatan gantung ... leh g makan ikan bakar... waaaaahhhhhh sangat best..... 


2. kalau ada bajet + tetiba rasa nak g spiritual trip + utk muhasabah diri + tengok keindahan alam + hidupan orang lain, g lah Borneo Trip...

saya pernah buat Borneo Trip dari Sibu ke Brunei... Boleh baca KAT SINI.
Best trip ne sebab blh wat saya insaf sket sebenarnya saya ne banyak jer menda best dalam hidup yang patut disyukuri dan di hargai. gambor n citer ada kat link tu k...

3. Kalau bajet cenonet (cukup2 jer) + tapi nak g menenangkan fikiran

tak tau lah kenapa... tapi tiap kali p melaka, mesti trip tu jadi best dan percutian paling bajet...  selalu dapat duduk hotel best w/pun tak de duit sangat, sebab time kiteorang pergi tu mesti hotel tu tgh wat promo... tak yah susah payah dodok bajet hotel...

ada dua hotel saya pernah p yang tgh wat promo... 1 tu saya tak ingat lah sesangat apakah nama nya... ne saya g ngan best fren saya wani masa zaman kami muda mudi dulu ngn si jane... un planned vacation... tapi best... dh lh g time CNY, kami jer melayu yang ada kt opis so time CNY tak leh cuti, kena jadi penunggu pejabat... tapi yang cuti 2 hari tu kami p lah melaka sebab tu jer yang dekat.... kami walk in jer hotel tu... tak ingat lah nama dia apa... water city hotel world ke hapa ntah nama dia tak hingat... mmg best n tak percaya, ada bili kkosong n murah lak sebab dia tgh wat promotion... owh best nya waktu itu.. pastu kami berjimba ke a-farmosa waterworld, pastu g lah melawat tempat tarikan pelancong kat sana w/pun each n e'one of us dah p banyak kali... tapi vacation if g ngan wani selalu best.... hehehehe.... alhamdulillah...  trip to borneo tu pun g ngan dia.


recently ne saya p ngan family, kami menginap di the hatten pun tgh promo... best hotel ne... alhamdulillah..
*sowy dah malas nak edit gambo....
 
4.  kalau nak tempat cooling
opkos lah kat malaysia ne, cameron highland jer lah... genting saya tak suka sangat.... serabut otak...
cameron highland juga adalah percutian berbajet yang saya sukaaaaaa sangat pergi...
setiap bulan pergi pun saya suka... ne gambo tahun 2ribu berapa tah tak hingat. tapi lama dah lah gambo ne...



5. kalau ada bajet lagi (sbb saya tak tau penilaian sederhana sis  faezah tu camna)...

jom ikut saya g Oz,  saya nak musafir Okt dan Nov ne... nak ikut? Jom.... best Oooo.... ne sebahagian jer lah citer saya yang lalu kat entri Oz ne..
saya tak sempat hapdet sangat....bizi manjang

6.  kalau nak shopping
saya tiadalah suka sangat tempat ne, tapi saya pernah lah pergi... mana lagi kalau bukan CHina.... kalau nak p bershopping... tak payah g ngan travel agent... g google jer nama tempat nak g, print, dan pergi sendiri... lagi jimat...
tapi orang china ne imigresen dia pun kasar dan kurang ajar... peniaga dia pun ramai yang penipu... nak beli barang murah, ko kena tawar gile2 punya dan bersedia utk pertahankan diri kalau berlaku apa2... sebab cam samseng pun ada depa ne...
tapi sebab trip ne saya pergi dengan ayah dan adek saya yang sporting gak layan saya yg suka merapu ambek gambo, maka saya suka semua gambar yang di ambil kat sana...
tapi kalau tanya nak pergi lagi ke tak, erm bukan 1st option lah nak pergi lagi...

*sebab banyak gambar 'gila2' segan ar nak tempek... hehehe....

7. tapi sebaik-baiknya... kalau ada bajet, ada kesempatan...
dan belum pernah menjejaki kaki ke tanah suci,  p lah buat umrah dulu sebelum spend money utk p holiday ke tempat lain...  haji & umrah tu wajib kan sekali seumur hidup...  pastu baru ar kumpul duit balik g ber holiday...

pahala dapat, ketenangan pun dapat... hidup lebih berkat... Insya Allah.
 secebis kisah di tanah suci baca kat SINI lah....


  • Letakkan sekeping gambar terbaik korang semasa percutian tersebut. dah bagi beberapa keping dah yang mana sempat edit... yang lain tu ada, tapi malas ar... banyak weih...
  • Tinggalkan link entri GA korang di ruang komen entri ni. done.
  • Tag 3 rakan dan pastikan mereka tahu mereka telah di 'tag'.
  • nak tag Kak Anim sekali lagi sebab kak anim ne suka pergi bercuti...
  • nak tag tenku butang lah...  sebab beliau ne cam comel rajin bersegmen
  • nak tag mia liana - boleh tak? ... erm, sebab beliau baru balik bercuti (*_*)...

Pemilihan Pemenang

  • Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan website random.org. nak menang pleaseeeee.... hehehe....
  • Nama pemenang akan diumumkan selepas seminggu GA tamat. So, stay tune!

Hoccay.... tu jer.... semoga bermanfaat yer perkongsian tak seberapa ne sis faezah....
 

Tuesday, September 10, 2013

Kenapa kita baca Al- Quran???

Assalamualaikum wbt....

Dikongsikan satu maklumat yang mungkin kita dah tahu tapi kadang2 terlupa... So...
JOM BACA QURAN....

***************************************************************************
The Prophet (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) said, “Verily actions are but by intentions, and every person shall have (be rewarded for) what they intended” [Reported in Bukhari & Muslim]

Maximising the intentions is the trade of the hearts of the sahabah (May Allah be pleased with them) and the scholars, and those who know Allah very well. They used to carry out one action whilst having many intentions behind this action, so that they are rewarded abundantly for every intention. It is due to this that Ibn Kathir said, “The intention reaches further than the action”.

Below are some intentions that would maximise our reward if we have them when reciting the Qur’an:

1. For it to intercede for us on the day of judgement. The prophet (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) said, “Recite the Qur’an for it will come as an intercessor for its people on the day of judgement” [Reported in Muslim]

2. So that we can increase in reward. Abdullah ibn Mas’ud narrated the prophet (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) mentioned that “whoever recites one letter/word from the book of Allah, then for him is a reward, and a reward is multiplied by ten” [Reported in Tirmidhi]

3. For it to fill our heart. The prophet (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) said, “The man who has nothing of the Qur’an inside him is like a ruined house” [Reported in Tirmidhi]

4. For us to memorise and act on every verse we recite so that we can ascend in Jannah. The prophet (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) said, “It is said to the one who recites the Qur’an, recite and ascend, and read like you used to read in the dunya, for your place (in Jannah) is at the last verse you recite” [Reported in Abu Dawud and Tirmidhi]

5. For it to remove the illnesses from our hearts and cure our bodies, and for mercy to envelope us. Allah says in Surah Al-Israa’ [17:82] {We send the Qur’an as healing and mercy for those who believe}

6. For it to give our hearts tranquility and peace. Allah says in Surah Al-Ra’d [13:28] {Verily in the remembrance of Allah do the hearts find rest}

7. For it to give life to our hearts, light to our chest, and to remove our anxieties and worries. The Qur’an is the spring of the believer, as rainfall is the spring of the Earth. The prophet (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) used to say in his Du’aa “..that you make the Qur’an the spring of my heart, the light of my chest, the remover of my sorrow, and the remover of my worries” [Reported in Ahmad]

8. For it to guide us. Allah says in Surah Al-Baqarah [2:2] {This book of which there is no doubt, (is) guidance for the pious}. And in a hadith Qudsi, Allah says, “Oh my slaves, you are all astray except those whom I guide, so seek my guidance and I will guide you” [Reported in Muslim]

9. For us to die while reciting the Qur’an as Uthman (RadhiyAllahu ‘anhu) became a martyr whilst reciting the Qur’an. Ibn Kathir said, “Whoever lives upon something will die upon it, and whoever dies upon something will be resurrected upon it”. He based this on the verse in Surah Al-Jathiyah [45:21] {Do those who commit evil deeds really think that We will deal with them in the same way as those who believe and do righteous deeds, that they will be alike in their living and their dying? How badly they judge!}

10. For it to bring us closer to Allah by loving His words. The prophet (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) said, “You are (on the day of judgement) with whom you love” [Reported in Muslim]

11. For it to increase our Iman. Allah says in Surah At-Tawbah [9:124] {And when a surah is revealed, some of them ask “which of you did this increase him in Iman?”. As for the ones who believe, it increased them in Iman and they rejoice}

12. So that we can increase in our knowledge of our Lord so that we can increase in showing humility before Him and manifesting our need for Him, so that we can rely on Him at all instances

13. For it to be a reason for Allah to make us from His people. The prophet (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) said, “Allah has His people (from the creation)”. The sahaba asked, “Who are they?”. He (SallaAllahu ‘alayhi wasallam) replied, “They are the people of the Qur’an. They are Allah’s people, and His close ones” [Declared Sahih by Al-Albanee]

14. For you to fulfil the purpose of the revelation of the Qur’an by contemplating on its verses and acting upon it. Allah says in Surah Sad [38:29] {A blessed book we have revealed to you so that they may ponder over its verses and so that it serves as a reminder for those with a heart}

15. From the greatest intentions that we can have and the most important one is to intend to this as an act of worship, as it was commanded and legislated by Allah. Allah says in Surah Al-Muzzamil [73:4] {And recite the Qur’an}

After reading all of this, have you ever asked yourself what your intention is when reading the Qur’an? And will you carry on constraining it to just one intention only?

[Much of this is a translation from an Arabic article]
 
Article asal di capaian INI - AL-KAUTHAR INSTITUTE

Monday, September 9, 2013

What Did I do today



Assalamualaikum wbt....

What did i do today??? 

Oh the moon has come, the day is done,
the night has covered up the sun,
I have stood so often before you to pray,
but I wonder Allah, tell me, what did I do today?
Did I remember the words of Al-Fatihah?
Did I take time to thank you for all that I have?
Did I call on you to guide my way?
Tell me what did I do today?

I have whispered to you as I made Ru?ku
Subhana Rabey?yal Adheem.
But was my faith bright or grey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I smile at my brother?
Was I kind to my Mother?
Did I teach another something I know?
Or did my love of this world lead me astray?
Tell me what did I do today?

Sami Allah hu liman hamida
Rabbana Lakal Hamd.
Sami Allah hu liman hamida
Rabbana Lakal Hamd.

Though I?ve bowed to you with my face in the dust,
Subhana Raby?yal a`la.
The blessings you give I could never repay.
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I use my time?
Did I use my mind?
If I search my heart what will I find?
The light of your guidance is a glimmering ray,
Tell me, what did I do today?
Oh Allah, Tell me what did I do today?

i feel bad....

Saya mengamuk pergi marah Perbadanan  yang @#$%^)(*#%*(^; sebab mengenakan saya saman parking padahal mesin parking dia yang rosak...  Akak yang keluarkan saman tu ada lagi kat situ masa saya kembali  ke kereta... dan saya cakap lah kat dia "Puan, puan sendiri tengok mesin ne rosak... bukan kami tak nak bayar... takkan puan nak saman semua kereta kat sini sedangkan kesalahan nya di pihak perbadanan yang tak baiki mesin bayar parking ne?"

akak tu jawab.... "sebab tu kita tulis kat situ kalau rosak, sila ke mesin terhampir... tak per2... kalau cik tak puas hati, boleh pergi ke perbadanan dan komplen / bayar jer kompaun tu terus"...

dan hakikatnya dia memang keluarkan saman tu jugak.... hambik ar korang nak sangat ambik hak orang secara batil... hambik hambik.... 

saya pergi juga ke perbadanan sebab saman perbadanan nanti tak blh re-new road tax.... tapi haku p bersoal jawab dulu ngan seisi perbadanan hari ini...

boleh pulak jawapan perbadanan "lain kali kalau rosak, puan boleh call no tertera, nanti maintainence kita datang baik"....

nak jer saya jawab... "hang ingat rumah aku ke yang aku nak tunggu pulak maintainance hang datang.... adei... lagipun kat situ tak tulis pulak... kalau mesin rosak, sila call no ini xxxxxx untuk tindakan selanjutnya... yang ada -KALAU MESIN INI ROSAK, SILA KE MESIN LAIN YANG BERHAMPIRAN-"

dahtu kalau mesin terhampir pun rosak... kau nak suruh kiteorang tawaf satu presint untuk cari mesin parking ... by the time kiteorang bayar... parking pun penuh... kau ingat presint tu kecik ke???
bengang betull....

Kesimpulannya... memang merosakkan mood haku hari ini... bukan sebab saman... tapi sebab haku gagal mengawal emosi dengan ke stupid an jawapan2 yang aku terima daripada pihak tersebut... i feel so regret sebab tak boleh control emosi.... tapi i feel good sebab i am able to deliver the massage to the respective authority... seriously haku pergi kat perbadanan... n p isi borang komplen.... berserta tandar star *Sila pastikan aduan saya ini dijawab secara bertulis pada emel tertera....

pastu tengah hari ne, aku terdengar lagu ne pulak... adei... sekali lagi aku feel bad sebab jadi bad people today.... huhuhuhuhu... not my intention... tp adei... sudah berlaku... huuhuhu.. apsal lak haku yang feel bad ne... adei....

so pengajaran nak kongsi ngan korang... kalau ada slot mesin parking rosak.... sila call no tertera walaupun tiada arahan tersebut di mesin./... pastu tampal notis besar2 kat cermin kete korang


SAYA BUKAN TAK NAK BAYAR PARKING.... TAPI SILA LAH PIHAK TUAN PERBAIKI MESIN YANG ROSAK....
 

Wednesday, September 4, 2013

JOM Tutup Aurat


Assalamualaikum wbt...


Tiadalah tinggi ilmu saya untuk tulis artikel hebat ini walaupun saya pernah belajar Fiqh Aurat bersama pensyarah saya Ust. Najib... tapi artikel / nota ilmu ini saya copy dan paste dari belog Dr. Abdul Basit.... di capaian INI   dan ada juga yang ambik gambar kat google dan fb Dr.zakirnaik... (sbb nota Dr. Basit ne agak lengkap weih... i nyer nota conteng2 dalam buku jer ;  ada lagi lah pasal perbahasan niqab, pastu kaki kena pakai stokin ke tak... tapi tak pe ar, in general, blh ambik ne dulu k... nota kelas i panjang lagi weih...sebulan kot bab aurat jer... panjang ne weih 9 - 10 muka surat menulis / menyalin nota ne).... kalau ada yang salah... mohon tegur ya...jazakallah...

sekian ... dikongsikan... semoga bermanfaat... Insya Allah....
p/s: i nak kongsi nota fiqh kelahiran... tapi tak tertaip2 lagi...
harap satu hari Allah beri kesempatan menaip... Insya Allah....

****************************************************************

Aurat dari segi bahasa; ialah keaiban.

Manakala dari segi istilah Syarak; ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.

Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi (orang yang boleh berkahwin dengannya) kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.






 



AURAT KETIKA BERSENDIRIAN

1. Ulama’ Mazhab Hanafi dan Hambali berpendapat: “Sebagaimana dilarang seorang mukallaf (orang yang dituntut beramal dengan suruhan dan meninggalkan larangan) mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan auratnya ketika ia bersendirian kecuali ketika dharurat atau terpaksa dibuka seperti ketika qadha’ hajat atau ketika mandi. Ketika dharurat diharuskan membukanya”.

2. Sementara Ulama’ Mazhab Maliki dan Syafi’ie berpendapat: “Ketika seseorang itu bersendirian, tidak diharamkan mendedahkan auratnya hanya makruh kecuali ketika dharurat kerana ketika dharurat diharuskan membukanya”.


BATAS-BATAS AURAT LELAKI
 
Rasulullah SAW bersabda:

عنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

((لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ، وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلَا تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ)) [صحيح مسلم]

Maksudnya: “Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”. [HR Muslim].

Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini

1. Mazhab Hanafi dan Hambali berpendapat: “Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.

Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.

2. Imam Malik dan Imam Syafi’ie berpendapat: “Aurat lelaki ada dua keadaan:

(i) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja.

(ii) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya.
Auratnya adalah seluruh tubuh badannya.

[Rujuk Kitab al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al-Aurah].


BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI
Para Ulama’ bersepakat berpendapat bawah aurat perempuan kepada lelaki yang bukan MAHRAMNYA ialah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT adalam surah An-Nur ayat 31, Al-Ahzab ayat 53 dan ayat 59 serta riwayat beberapa buah hadith.

Firman Allah SWT:

{وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ}

Maksudnya: {Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada}. [An-Nur: 31].

Firman Allah SWT

{يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا} الأحزاب (59)
Maksudnya: {Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah menghulurkan JILBAB mereka ke seluruh tubuh badan mereka kerana dengan itu mereka akan mudah dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang}. [Al-Ahzab: 59].
 
Firman Allah lagi:

{وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ} الأحزاب (53

yang bermaksud: {Apabila kamu bertanya atau meminta sesuatu keperluankepada mereka (isteri-isteri Nabi SAW), maka hendaklah di sebalik tabir. Cara demikian adalah lebih mensucikan hati kamu dan hati mereka …} [Al-Ahzab: 53]
 
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari disebut riwayat dari Ibn Syihab dari ’Urwah dan dari Aishah, R.anha berkata:
“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada wanita-wanita Muhajirin yang mulia iaitu tatkala Allah menurunkan ayat 31 surah An-Nur, mereka teus mengoyak kain selendang lalu menutup diri mereka dengannya”. [Tafsir Ibn Kathir juz 3 halaman 284]
HR Abu Daud daripada Saidatina Aisyah R.anha bahawa suatu hari kakaknya iaitu Asma’ binti Abu Bakar datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya: “Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya).”


BATAS AURAT WANITA MENURUT ULAMA’ MAZHAB:

Antara batas aurat wanita yang telah ditetapkan oleh syariat menurut pendapat dan fatwa mazhab ialah;

1. Di hadapan lelaki bukan mahramnya ialah seluruh tubuh. Maksudnya semua termasuk rambutnya, mukanya, kedua tapak tangannya zahir dan batinnya juga kedua tapak kakinya. Hukum ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat”. (HR Al-Bazar dan At-Tirmizi).

2. Semasa seorang diri atau di hadapan lelaki mahramnya atau di hadapan wanita Islam yang baik akhlaknya, batas auaratnya adalah antara pusat hingga lutut. Walau bagaimanapun, bagi menjaga adab serta memperhalusi akhklak ketika berhadapan dengan lelaki yang mahramnya, eloklah wanita itu menjaga dan menutup auratnya yang selain dari pusat hingga lutut agar tidak menimbulkan ghairah kepada lelaki walaupun darjatnya mahrahm dengannya. Lebih-lebih lagi ditakuti akan timbul fitnah, kes sumbang mahram dan lain-lain.

3. Di hadapan wanita kafir dan wanita yang rendah akhlaknya, aurat wanita itu adalah seluruh tubuh kecuali anggota yang zahir ketika bekerja iaitu kepala, muka, leher, dari dua tapak tangan hingga ke siku sahaja dan dua tapak kakinya. Selain itu adalah diharamkan membukanya.

4. Aurat wanita sahaya (hamba) kepada lelaki yang mahram dengannya dan sesama perempuan auratnya adalah dari pusat hingga lutut. Dengan lelaki bukan mahram dengannya (ajnabi) auratnya adalah seluruh tubuh badan.

Penjelasan-penjelasan ulama tentang batas-batas aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram).

Perbezaan pendapat;
1. MAZHAB SYAFI’IE: ada 2 qaul;

a) Qaul pertama: Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Qaul ini adalah qaul yang paling soheh dalam Mazhab Syaf’ie.

b) Qaul kedua: Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedah muka dan dua tapak tangan boleh menimbulkan fitnah kepada wanita itu, maka ketika itu wajiblah menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Fitnah iaitu ( ”apa yang lahir pada dirinya yang mana dengan melihatnya boleh mendatangkan nafsu syahwat).

 
2. MAZHAB HAMBALI: ada 2 qaul;

a) Qaul pertama: Semua anggota wanita adalah aurat tanpa kecuali kepada lelaki ajnabi.

b) Qaul kedua: Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Tapi jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.

3. MAZHAB HANAFI: ada 2 qaul;

a) Qaul pertama: Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.

b) Qaul kedua: Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dan dua tapak kaki.

4. MAZHAB MALIKI: Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.


SIAPAKAH YANG DIKATAKAN GOLONGAN MAHRAM BAGI WANITA???

i.   Bapa sendiri ( bapa kandung).
ii. Bapa suami (bapa mertua).
iii. Anak lelaki.
iv. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.

v. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).

vi.    Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara).

vii.  Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara).

viii. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz).

ix.  Anak lelaki susuan.

xi.  Bapa susuan.

xii.  Saudara susuan.

xiii. Bapa saudara sususan, datuk saudara susuan hingga ke atas, dan anak saudara susuan hingga ke bawah.

xiv. Menantu lelaki.

 


DIBOLEHKAN LELAKI BUKAN MAHRAM MELIHAT AURAT WANITA DALAM BEBERAPA KEADAAN.

1. Ketika hendak meminang. Kadar sempadan aurat yang hendak dilihat ialah muka dan kedua tapak tangan sahaja.

2. Ketika berjual beli.

3. Doktor atau tabib bertujuan mengubat.

4. Ketika hendak menjadi saksi.

5. Ketika mengajar.



Beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai Muslimah samada mereka sedar atau tidak:
 




1) Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh.

2) Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.

3) Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.

4) Tidak menutup sebahagian anggota tubuh. Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.

5) Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.

6) Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.

7) Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.


Mudah-mudahan dengan tersenarainya beberapa hal di atas, kita mendoakan agar saudara-saudara Muslimah kita semua dapat berubah dan mengambil tindakan untuk memperbetulkannya. Bukan mereka semua sengaja mahu langgar, tapi kadang-kadang akibat salah faham dan pengaruh sekeliling, maka mereka keliru dan jauh dari petunjuk agama.



Pakaian Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak syariat Islam ialah:
 
1) Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan.
2) Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
3) Mestilah kainnya tebal. Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh.
4) Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
5) Tidak berwangi-wangian.
6) Tidak menyerupai pakaian lelaki.
7) Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
8) Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.


 
 

Lihat Perbincangan tentang Aurat Wanita di:
Akhukum:
Abu Anas Madani, 15 Jan 2013.