Thursday, January 21, 2016

Day 5/2015 = Day 3 @New Zealand ; Point of interest to Milford Sound

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ... 

Okay, tanpa merapu dengan lebih panjang lagi, ayuh kita sambung bual bicara kita mengenai Pengalaman Bercuti ke Queenstown New Zealand ini.

Masih lagi di hari ke-3 untuk part yang ketiga.  

The route is certainly beautiful, but you do need to execute a little forward planning to ensure you reach your end destination: Milford Sound SAFELY as the route is quite challenging.

Pihak travel agent atau New Zealand information Center ni normally will advice visitor/ tourist that
the journey from Te Anau to Milford Sound is 2 hours and 30 minutes driving without stops. If you plan to stop along the way to Milford sound - WHICH IS YOU SHOULD - WAJIB ... Kalau tak stop RUGI, please plan for 3 to 5 hours journey time.  Haaa... That is why lah I said that ESOK MESTI KELUAR AWAL dalam entri aku yang terdahulu tu. hi hi hi. Baca kat sini Day 3 - Part 2.

Now, let me help to summarize Tips to Travellers to Milford Sound:

  1. The journey from Te Anau to Milford Sound is 2 hours and 30 minutes driving without stops. If you plan to stop along the way to Milford sound - WHICH IS YOU SHOULD - WAJIB ... Kalau tak stop RUGI, please plan for 3 to 5 hours journey time.
  2. Allow for possible delays at the Home Tunnel of up to 20 to 30 minutes. Kisah dan cabaran memandu di Homer Tunnel boleh ulangkaji di Capaian INI. Sebab kadang-kadang Homer Tunnel ni tutup atas faktor keselamatan buat seketika.
  3. Please take note, there are NO FUEL STATIONS between Te Anau and Milford Sound so fill up before you depart.
  4. Milford Sound tu, apa musim pun Insya Allah sejuk. Dan dia banyak melibatkan aktiviti basah-basah ye. Contoh mandi air terjun dari atas deck kapal, etc. So, please bring warm and waterproof layers of cloths so that you all can enjoy your walks and boat cruise.
  5. When driving from Queenstown, you will have mobile phone signal up to Te Anau only. There is NO CELL PHONE COVERAGE along the Milford Road or in Milford Sound.  Maka Line telepon + internet semua pun tarak ...  In case of emergency, there a few places yang ada tempat untuk menghubungi pihak-pihak keselamatan. Menurut panduan yang diberikan tempoh hari: 
  • Ada card phone available at Knobs Flat (salah satu pit stop on the way to Miilford Sound from Te Anau) dan dekat Milford Sound tu sendiri. Lain-lain tarak. (fakta benar sehingga tarikh aku pergi tempoh hari).
  • Ada emergency satellite phone at Homer Tunnel.

  1. Owh last but not least .. AGAIN kalau pergi time winter, WAJIB bawak SNOW CHAIN ye. WAJIB. It is illegal to drive without chains during the winter months, so don’t forget to take them.
Okay ka uols?  Boleh kot ye panduan ni.

Now, I want to share
the best or recommended pit stop along the way from Te Anau to Milford Sound.

Ada dalam 14 pit stop yang boleh berhenti dan beraktiviti.  Tapi tak payah lah berenti semua. Korang google dan pilih-pilihlah mana tempat yang menarik citarasa korang untuk berhenti.  Ada yang ada signboard, ada yang tak ada signboard so aku pun terlajak tak dapat berenti. hi hi hi. Al-maklumlah aku bawak kereta laju macam ke hapa.  Dan tak ada maknanya kat jalan super sempit tu ko nak buat pusingan U (U-turn).

Ala korang berenti kat 6 check point pun okay. berenti 3 on the way to Milford dan lagi 3 berenti masa nak balik dari Milford.  So jimat lah kat situ travelling nya. Tapi honestly masa balik tu ko dah letih kadang dah malas nak singgah. Lagipun ko dah tengok banyak sangat benda best masa ko naik cruise menyebabkan ko rasa yang lain-lain tu "biasa je"... hahaha.. Over kan aku.  Tapi jujur cakap - itulah perasaannya. Subhanallah ... sangat cantik.

Okay 14 pit stop mengikut turutan yang akan dijumpai dari Te Anau ke Milford adalah seperti berikut.  Kalau nak singgah on de way balik dari Milford, list tu sila baca dari bawah ke atas ye.

  1. Te Anau Downs:30 km dari Te Anau. Aku tak singgah sebab malas. ha ha ha.
  2. Mirror Lakes : Dalam 50 - 60km dari Te Anau. Wajib singgah. View cantik. Tasik tu punyalah CLEAR sampai nampak macam mirror. Perlukan skill photography yang baik ye. Dan cuaca yang baik juga. Memandangkan aku "main hujan" kat sana - tak payah berharaplah gambar cantik-cantik sangat. Maka terimalah sumbangan dari pakcik google. 
  3. Knobs Flat : Dalam 60-65 km dari Te Anau.  Kalau nak p toilet, sini ada. Okay lah kot nampak selesa. Tapi aku tak singgah pun kat papan tanda Knobs Flat ni. Aku lajak sikit ke depan.  Ni bawah jajahan takluk Eglinton Valley. Cantik lah tempat ni... Mesti berenti okay.  Boleh usha gambar dari kamera aku kat entri NZ yang lepas ye. ada kat tempat ni. 



  4. Cascade Creek : Dalam 75-85km dari Te Anau.  Amat sangatlah aku nak singgah tapi tak boleh nak singgah sebab kena jalan kaki kat trail dia dalm ntah berapa km untuk sampai ke air terjun dia yang SUBHANALLAH sangatlah cantik. Pencinta alam sekitar dan air terjun - worth walking. Tapi aku tak dapat sebab - takkan aku nak suh mak aku duduk dalam kereta sementara aku menggedik pergi jalan kaki ke air terjun tu - ntah pukul berapa pulak nak sampainya kan kan kan... Sekali lagi sumbangan dari pakcik google. Aku mimpikan je lah tempat ni hingga aku berjaya jejakkan kaki lagi, Insya Allah.

  5. Lake Fergus : Dalam 80 - 85km kot dari Te Anau. Tapi aku tak singgah. Macam tak perasan pun tempat ni... hi hi hi..
  6. The Divide : Dekat-dekat dengan Lake Fergus kot. Ada nampak signboard. Aku pun tak ingat aku singgah ke tak.  Macam tak je. hi hi hi. Tak sure ada apa kat sini. 
  7. Hollyford Valley Lookout Drive depan sikit jumpa tempat ni. Boleh lah turun-turun ambik gambar. 
  8. Lower Hollyford Road - Ni ko kena jalan masuk dalam. Of course lah aku tak pergi. 
  9. Monkey Creek : Haaa.. bagi aku wajib singgah. Kalau terlajak signboard - padan muka. ha ha ha. Tak tak tak - gurau je. Jangan marah. Kalau lajak papan tanda tu sikti, tak ada hal. Ko berenti lah depan tu sikit. Tapi jangan lajak banyak sangat. Ni macam ntah ada anak sungai ke apa ntah. Tapi air dia bersih lah. Aku ada niat nak rendam kaki tapi takut sejuk kan cramp langsung... sapa nak drive. Pastu bengongnya aku boleh pulak terfikirkan pirana... ha ha ha... ntah apa-apa ntah.  Berenti tepi tu dah lah... Padahnya banyak tonton cerita mengarut omputih. Punya lah bersih air tu agaknya boleh minum terus. 
  10. Homer Tunnel : Ha.. sebenarnya, dari Te Anau ke Milford - sebelum masuk mulut gua Homer Tunnel ni, ada pit stop. Memang boleh berenti dan patutnya ramai je orang berenti.   Banyak orang berenti kat sini, 1 sebab nak bergambar kat depan gua antu ni. 2 sebab nak bergambar dengan Kea Mountain Parrot. Ntah lah ramai pesan "eh nanti berenti tau kat homer tunnel tu ambik gambo ngan kea".  Aku ingat amendalah kea ni. Bila google, laaa burung ke... Hmm hmm hmm...  aku tak singgah sebab masa aku lalu kawasan tu hujan.  Sila baca entri SERAM MEMANDU DI HOMER TUNNEL ni ya. 

  11. The Chasm : Lawa tempat ni. WAJIB. Tapi nak berenti - subject to road and weather condition. KALAU korang jalan kaki masuk dalam sikit... subhanallah..  sangat lah cantiknya. Sungai crystal clear kaler biru baq ang.  Aku rasa aku singgah otw balik kot. Tapi tepi jalan je. ntah lah. tak pasti sebab on the way balik tu aku singgah ambik gambar kat "ladang lavender" ... aku baru missed satu signboard tapi aku tak ingat tu signboard apa. Aku rasa cantik - aku stop je... Possing ala-ala hindustan sket. Rugi dilwale tak panggil aku berlakon. ha ha ha... tak tak tak ... gurau je. Dilwale tu aku tak tonton pun. hi hi hi. Boleh usha gambar dari kamera aku kat entri NZ yang lepas ye. ada kat tempat ni. 
  12. Mount Tutoko : Pun tak sure singgah ke tak. Rasanya tak kot. Ntah tak perasan signboard tempat ni. 
  13. Milford Visitor Center. Wajib singgah. ha ha ha untuk parking kereta. Kat sinilah parking. Pastu menapaklah ko ke terminal boat cruise kat Milford Sound boat terminal tu, dalam 10 minit bergantung kepantasan ko berjalan. Depan terminal tu ada parking untuk bas dan van pelancong sahaja. Tapi aku turunkan puan ibu dan adik aku kat depan pintu tu pastu baru aku patah balik p parking dan jalan kaki ke terminal dengan ditemani encik abah. Aku okay je nak jalan kaki sorang, tapi encik abah gerenti tak bagi punya. ha ha ha. Kang hilang driver dia ni, ha acaner nak balik yer dak.  kui kui kui.
Milford Cruise Terminal
Maka akhirnya - sampailah ke destinasi tujuan kita iaitu menaiki cruise di milford sound. Aku gerak dari Te Anau dalam pukul 7 pagi dan aku sampai siap parking dan masuk dalam terminal tu pukul 950 ke 10 pagi macam tu. Cruise aku pukul 1030 ke 1045 pagi. So melepaklah kami di dalam terminal, keluar-keluar sikit ambik gambar.  Usha kat entri Day 3 part 1 ye.  Malas dah nak tempek gambar. Kang ada yang anto message cakap aku gedik... #DengkiLettew.

Aku pun tak singgah semua tempat ni . hi hi hi.. letih weih. Dan aku tak ingat pun nama-nama tempat yang aku singgah sebenarnya. Sebab aku tak berenti kat papan tanda, selalunya TER lajak sikit ke depan. hi hi hi.  Bukan semua tempat ni letaknya tepi jalan. Ada yang ko kena pergi natural walk dalam 1km++ untuk sampai. Masa ko masuk parking tu macam "ehhh hutan je. Penipuan apakah ini" ...  ha ha ha... at least aku rasa macam tu lah. Yang aku hilite kata wajib singgah tu, bagi aku berbaloi lah kot kalau nak berenti, dan tepi-tepi jalan je. Sebab view dia subhanallah sangat cantik. Tapi apa-apapun atas korang lah nak berenti ke tak. Kalau g trip kawan-kawan yang muda-muda sihat sejahtera ada back up driver, bolehlah singgah semua. Macam aku banyak kekangan nak singgah semua. hi hi hi. Dapat stop at few places pun dah alhamdulillah.  Dapat tengok puan ibu dan encik abah happy - itulah kegembiraan untuk aku dalam trip kali ini. Alhamdulillah.

Milford cruise schedule.

Cruise ne, harganya ikut timing ko naik pukul berapa dan of course ikut musim - spring ke summer ke autumn ke, dan ikut cruise operator.  Paling murah kalau ko naik 1st cruise dalam pukul 8.30 - 9.00 pagi. Aku pun tak taulah pukul berapa ko kena keluar dari Te Anau tu. hu hu hu. Tapi sejuk lah naik pukul 830 pagi ni.

Nota: Owh wajib tau bawak sarung tangan dan baju sejuk yang waterproof.  Eh dah cakap kan kat atas tadi.  Ha bawak-bawak. Kalau nasib baik tak baik ko ditimpa salji walaupun ko pergi time summer... Nanti sakit tangan ko sebab memang sangat sejuk.

Ada a few company yang operate cruise ni. Yang genuine memang ada kaunter depa kat terminal ni Real Journey, Southern Discovery and the oranges... hahaha... dah macam nama team bola sepak pulak. Tapi tiga ni yang aku selalu dengar dan aku nampak kaunternya. Tapi tak adalah aku explore company lain.  Trip NZ ni sebenarnya sangat letih bagi aku. Sangat letih.  Tu yang aku tak merayap sangat ambik gambar. Aku pun tak tau datang dari mana kekuatan untuk terus berdiri 4 hari kat NZ tu ;-) Alhamdulillah.

By the way, aku kan bermalam kat Top10 Holiday Park Te Anau tu... So pihak motel banyak sangat membantu aku dari Malaysia ni ha, macam mana nak pergi milford. pukul berapa nak naik, fee nye berapa dollar, apa boleh di buat, etc.  Sebenarnya kat Te Anau tempoh hari ada tempat nama dia GLow Worm cave yang highly recommended to go.  Tapi dah insiden flight landing kat Christchurh segala bagai tu - sempatlah pulak kan aku nak g Glow WOrm tu.  Maka burn lah trip ke situ.  Mujur tak beli tiket lagi.

Al Kisahnya... dari top10 holiday park ni,  kita boleh beli terus tiket cruise ke milford sound.  Siap dapat diskaun 10% baq ang.  Tapi diskaun 10% tu kalau ko naik ngan southern discovery.  Aku ni dari Malaysia lagi - was was sungguh nak ambik ke tak ? Nak bayar terus ke tak. Sebab currency rendah sikit time tu. 

Tapi aku dok fikir. kang nak jimat 10% - ambik awal /online dari Malaysia - ntah sampai ke tidak aku ke Milford tu. Maklumlah sebab tak pernah sampai.  Kalau tak ambik awal pulak, dok fikir tu time summer and cuti sekolah, hari ahad and isnin pulak tu. Kang tiket habis, nangis pulak aku dah drive jauh-jauh tu tak dapat naik cruise.  
Ko bayangkan... stress tau ahkak nak buat keputusan. 
Beli awal ke beli bila dah sampai sana.... 

Akhirnya... akak pun Bismillahitawakaltualallah (Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Mu)... Ahkak pun TAK BELI le LEBIH AWAL ONLINE ngan pihak hotel tu. 

Dan aku bersyukur sangat sebab kalau aku ambik tiket tu awal - tiket tu BURNT sebab kejadian christchurh tu telah menyebabkan kami sekeluarga gagal sampai ke Te Anau tu as per plan. Alhamdulillah. Kalau tak... melayang rm800++ huhuhuhu.

Sebaik sahaja aku sampai kat Top10 Holiday Park tu - terus aku tanya tiket cruise tu... Daannnn tepat jangkaan ku - Southern Discovery - FULLY BOOKED. padan muka aku.  
Pastu awek kat kaunter reception tu selamba yaya je booking kan aku dengan REAL JOURNEY - tanpa tanya or dapatkan persetujuan aku. Sebab muka aku macam lalok keletihan dan mengantok. Dah lah lagi mahal. Aku tengok gambo - kapal dia macam klasik .. dah macam pirate of de Caribbean punya kapal ko tau. Dah lah tak dapat diskaun 10%. hwa hwa hwa... Tapi ko ... ahkak nak nasihat ni.  Ko kalau buat apa-apa, jangan lupa doa minta kat Allah the best trip the best aturan for you... Sebab We plan and Allah plan and of course  perancangan Allah itu adalah yang terbaek. Alhamdulillah.  SERIOUSLY aku TAK MENYESAL NAIK REAL JOURNEY tu.... Interior kapal dia sangat cantik dan klasik. Nampak mahal, rasa mahal feeling kaya dok dalam kapal tu. ha ha ha...  memang puas hati. Tour guide dia pun best baq ang... memang best lah. Korang kena rasainya sendiri. 

ni lah rupa kapal yang ahkak naik yer adik-adik sekalian ... 








 Cost aku naik cruise pukul 10.30pagi tu dalam NZD88/pax.  ko darab ngan 4 pax pastu darab ngan currency. ha ha ha... Pejam mata bayar jer lah. Sekali sekala. Ntah - ntah sekali seumur hidup kannnn...  errr no no no ... harap-harap boleh pergi lagi... Insya Allah. 

Kalau naik Souther Discovery murah 10dollar pastu dapat diskaun lagi 10%. hi hi hi. tapi tak apalah...  best je naik Real Journey tu... lagi pun dah nama blog aku pun Real Life is Real kan... maka kenalah naik Real Journey. ha ha ha ...

Dalam kapal pirate of de Caribbean tu - air panas free flow sepanjang masa. Dalam tu ada cafe boleh order makan-makan. Kalau ko yakin ko orderlah. Aku tak yakin so kiteorang minum jer lah air panas pelbagai perisa tu. Free flow. Best. Chocolate ada, tea ada, coffee ada. Macam-macam hado.

Southen discovery boat dia design moden ala macam ko naik boat kat langkawi ngn lumut tu je lah kot rasanya. Ni timing dan fee yang hotel bagi untuk Southern Discovery tempoh hari. Untuk panduan je. sebab harga berubah ikut musim ye.

Scenic Cruise 1 hour 45 minutes:
9.00AM- $59.00 (includes a free cooked breakfast)
11.00AM- $79.00
1.30PM $94.00
3.15PM- $59.00

Encounter Nature Cruise 2 hours 15 minutes:
9.45AM- $89.00
12.15PM $96.00
2.45PM- $78.00

Discover More Cruise 3 hours:
9.45AM $99.00
12.15AM $99.00
1.00PM $99.00
2.45PM $99.00

Highly recommended SILA LAH AMBIK trip yang 2 jam 15minit tu.  WORTH The Journey.   Yang 1 jam tu basic sangat. RUGI sebab tak dapat explore semua kecantikan Milford tu dan tak ada tourist guide. Kalau ko rajin membaca tak apa juga. Kalau pemalas macam aku - baik tak yah.  Nanti ko tak aware tempat-tempat yang ko wajib menjengahkan muka dan kamera ko. rugi ooo...

By de way, the differences between 2 hours and 3 hours cruise are:
The Encounter Nature Cruise  (yang 2 jam tu ) ada specialist Nature guides on board the boats, giving you a live commentary throughout the trip,
manakala
The Discover More Cruise (yang 3 jam tu) ada tambahan a picnic lunch and a trip to the spectacular Milford Deep Underwater Observatory situated in the Sound (RRP $36).


By the way, panjang bebeno dah ni. Kalau aku rajin, aku sembang entri akan datang ye. Insya Allah.

Bagi coretan terdahulu, jemputlah buat ulangkaji di capaiakan ini ye.  



til then... assalamualaikum ...
@LovesNHHAS

53 comments:

  1. Bagus entry ni Nhhas...
    Untuk mereka yg nak menggembara ke New Zealand ni..
    Siap harganya sekali.. sangat bermanfaat tu..

    ReplyDelete
  2. Cakkkk! Intai Huda jap. One day akak kena baca semula ikut kronologi la...baru feel. Nway, cik adik. Thanks so much for the postcard. Dah sampaiiiiiii. Love you!

    ReplyDelete
  3. detail betul entry ni..walaupun takde gambar, rasanya boleh dibayangkan tapi in reality mesti lagi cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigih ahkak taip satu satu.
      Hi hi hi...

      Kalau cuaca elok gambar lagi cantik.

      Tp tu pun ok lh. Alhamdulillah

      Delete
  4. harap kekalkan font ni..senang baca.iloike!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Via phone ke pc/lapy?
      Sbb sy berhadapan dgn masalah font n alignment ni ... x tau camna nk set kn.
      Kt pc view jd kecik halys bebeno

      Delete
    2. kte view via pc..elok je.nampak besar

      Delete
  5. betullah..kita apa2 nak buat pun kena tawakal,inshaallah Dia bantu..rezeki kan, naik kapal ala-ala POTC tu.ada jumpa Orlando Bloom tak?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orlando belum bloom lagi. Tu pasal x jumpa. Hi hi hi

      Delete
  6. moga ari ini lebih baik dari semalam..amin

    ReplyDelete
  7. Penat dan letih selama 4 hari di NZ tapi ada kepuasan sebab merata juga menjelajah. Cruise tu mesti menarik kan:) Kakak yg membaca pun rasa pun macam penat + seronok:)

    ReplyDelete
  8. TERIMA KASIH BYK2 SAYA DAH TERIMA POSKAD TU PTG THN BARU ;-)

    ReplyDelete
  9. wah geng travel mesti suka entry ni dpt jd panduan jugak ni huda..

    ReplyDelete
  10. cantiknya kt nz...thanks for sharing

    ReplyDelete
  11. bestnyer new zealan kan cik huda tuuuh.,

    ReplyDelete
  12. Happy New Year Huda.. mai mai ronda ni..hehehe :)

    ReplyDelete
  13. Mirror Lake tu memang lawa sangat ya! Bilalah nak dapat jejak kaki ke NZ ni :(

    ReplyDelete
  14. Selamat tahun baru! Bestnya jalan jalan negara orang..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum...

    Wow...nak ke sana juga...akak pula jenis2 yang suka alam semulajadi....Insya Allah...

    Jangan dipadam entri ni yer...manalah tau akak sampai juga...boleh jadikan rujukan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ok kak set.
      Jom pergi lg.
      Sy nk g lg nz ni.
      Hihihi.

      Akk travel sendiri ke or ambik agent?

      Delete
    2. Waalaikumussalam. Ok kak set.
      Jom pergi lg.
      Sy nk g lg nz ni.
      Hihihi.

      Akk travel sendiri ke or ambik agent?

      Delete
  16. panjangnyaaaa masa kena drive.. huaaa kalo sorang memang sngt2 mencabar lew.. kena ada jugak partner. lepas tu xleh ada yang tidur kalo x seret tinggal tepi jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... akk ok je kalau seisi kete nk tdo. Dgn syarat akk tau jln n reti guna gps.

      Delete
  17. banyaknyaaaa pit stop. kalau ada plenty of time memang berhenti semua sekali kan.. muahahaha.. tamak =D

    ReplyDelete
  18. Seronok bca sebab NZ ni memang ada dalam bucket list MD.. So detail! Rajinnya tuan tanah menaip..

    But more picture please.. At some point masa baca tu dok terbayang betapa cantiknya tempat tu tapi tak boleh tngok the real look macam mana.. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MD... tgk kt entri terdahulu... ada dh picture.
      U can follow my ig @reallife.nhhas for more pictures n videos .. insya Allah.


      Psssstt.. x yah bayang... awak google je. Ha ha ha

      Delete
  19. Bestnyaaaaa..gi NZ...bilalah nak sampai tak taulah,,tapi sambung cepat2 ye..tak sabar nak baca... :)

    ReplyDelete
  20. banyak panduan yang baru tahu ni huda

    ReplyDelete
  21. nanti nak pergi NZ boleh take note (verangan tak sudah :p)

    ReplyDelete
  22. Nak bookmark ini entry boleh? he he he...

    ReplyDelete
  23. "bual bicara kita mengenai" dah macam ayat Primadona...

    ReplyDelete
  24. "NO FUEL STATIONS and NO CELL PHONE COVERAGE" SS baca sambil kuar icon hantu...

    ReplyDelete
  25. SS google SNOW CHAIN tu... Rantai tayar is it????

    ReplyDelete
  26. "terlajak signboard - padan muka"... Kalu lajak laris? He He He

    ReplyDelete
  27. "Malas dah nak tempek gambar. Kang ada yang anto message cakap aku gedik..."

    Sapa cakap gitew tu???????? Habaq mai...

    Berani2 mengata cik manisah lesing titew... lesing baru tahu...

    ReplyDelete
  28. "ehhh hutan je. Penipuan apakah ini"

    ada jugak tempat yg overate eh?

    ok kena study betul2..

    ReplyDelete
  29. raba2 kocek tengok harga Scenic Cruise tu... perghhhhh!

    ReplyDelete
  30. wahhhh naik kapal... bestnya pergi jalan2... huda barang huda pos dah sampai.. terima kasih di atas hadiah yang bagus ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Maaf tau... tahap gaban punya lambat

      Delete
  31. hurmmm semput ah baca, panjang bebeno ... tarik nafas jap ;)

    ReplyDelete
  32. nanti nak ke NZ baru khatamkan :)

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)