Assalamualaikum wbt...
Hari ini ada talk dari salah seorang guru talaqi saya Ust. Hafiz Saleh... tapi topik yang disampaikan berkisar kepada "Haji"... patutnya topik tentang Al_Quran sebab beliau lecturer dari fakulti pengajian al-Quran dan Sunah... tapi memandangkan tengah musim haji dan beliau pun merupakan salah seorang guru pembimbing haji dan umrah, so kami tukar lah kepada topik haji....
Alamak... terkenang2 balik nostalgia perjalanan nak pergi haji...
Mukadimahnya, beliau kongsikan perjalanan beliau untuk menjadi tetamu Allah...
Beliau maklumkan ketika di tahun 1 di maahad Tahfiz, ada jutawan sponser 2 pelajar cemerlang untuk pergi umrah... seorang pelajar cemerlang lelaki dan seorang pelajar cemerlang perempuan... Beliau 'pulun' belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi pelajar cemerlang tu sebab "beliau naaakkk sesangat pergi umrah"... tiap tahun beliau tengok pelajar senior yang terpilih untuk pergi dan sampai beliau di tahun akhir, dapat status pelajar paling cemerlang... tapi malangnya jutawan tu dah tak sponser lagi... huhuhuhu...sedih...
kemudian, beliau masuk pulak musabaqah peringkat kebangsaan, w/pun tak menang johan, tapi beliau terpilih untuk bertanding di Arab Saudi (dalam hati dah gembira sebab dapat pergi buat umrah), tapi sekali lagi Allah tangguhkan dulu jemputan untuk beliau ke tanah suci sebab tarikh pertandingan sama dengan tarikh peperiksaan diploma beliau... sekali lagi tak dapat pergi....
Tapi sesungguhnya Allah Maha Mengetahui keinginan hamba Nya, Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Pemurah... akhirnya... ustaz terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah selama 4 tahun... dan beliau bukan sahaja dapat umrah berkali - kali, malah dapat buat haji sebanyak EMPAT KALI.... hehehehe....
See... Allah tangguhkan pemberian sesuatu tu sebab Allah nak bagi yang lebih baik...
So kepada semua yang belum sampai giliran tu... sabar ya... bersangka baik dengan Allah... Lengkapkan diri dengan ilmu.. mudah2 an Allah pilih dan sampaikan kita semua menjadi tetamu Nya yang paling paling paling paling paling teristimewa... Insya Allah...
erm, sebenarnya motip entri ne saya nak kongsikan kata2 penutup oleh Ustaz Hafiz tadi...
(tapi cam biasalah... kalau tak lari topik, bukan sayalah kan kan kan... (*_*) )
i.e. pesanan beliau;
JANGAN JADI ORANG YANG RUGI & MUFLIS.... Siapakah orang yang muflis itu???
Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”
Para sahabat menjawab: "Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta benda”.
Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka.”(Riwayat Muslim)."

Semoga kita sama2 muhasabah diri setiap hari dan segera memohon
maaf pada orang2 yang kita buat salah, dan memaafkan kesalahan orang lain juga
(sebab kita pun banyak buat salah kat orang dan memerlukan kemaafan daripada
mereka)... Semoga kita semua jadi orang yang beruntung dan tak rugi di dunia
dan akhirat... Insya Allah...
p/s: Saya pun minta maaf kat kalian semua yer atas salah
dan silap saya s/ada sedar atau tidak ... sengaja / tak sengaja.... maafkan tau
(*_*)
Okay... sekian entri kontot dari saya... semoga bermanfaat...
stay tune... stay alive... stay healthy...stay happy and de most important ...
stay away from MASALAH.... hehehehe....salam sayang semua...nhhas
p/s: comel dak kalau ada orang bagi emel pepagi kat kita tulis macam ne:
(*_*)
p/s: comel dak kalau ada orang bagi emel pepagi kat kita tulis macam ne:
"Assalamualaikum ahli jannah (doa ni…)... baik ko ameen kan..."
tq huda atas entry bermakna. inshaAllah, kak faham kerja haji tu kerja Allah. macam yg huda kata, mungkin Allah nak beri sesuatu yang lebih baik lagi kan..
ReplyDeletetu lah kak...ustaz tu sampai santai2 jer sambil gelak2 sebab tah napa guru2 saya ne semua suka gelak. hehehee.... tapi pengajaran citer dia mmg buat saya terkesima...
ReplyDelete