Monday, June 1, 2009

What you did last weekend - Part One.

What you did last weekend….31.05.09

Part One.

Apa yang korang buat hujung minggu yang lepas. Hmmm mari ikuti cerita mission impossible me and the geng ttg kerja mengarut yang kami buat pada hari sabtu yang lepas. Ok on 30th adalah hari kawin kros yang diadakan dirumah ibu ayahnya di padang serai, kedah. Plan asal, kami sepatutnya bertolak pada hari Jumaat – 29 Mei pepagi time orang nak p kerja. Tapi malangnya, 2 of us ada meeting yang perlu dihadiri so the very last minute plan telah dipinda bertolak pada sabtu pagi selepas subuh dan pulang pada hari yang sama kerana mila ada hal pada hari ahad utk pulang ke melaka. (jarak umah aku – [port berkumpul] ke umah kros = 350km /one way mengambil masa 5 jam sebab jam gara2 cuti skolah yang baru bermula) dan kami (p 2 bijik kete) tapi kete kami jer yang buat misi mustahil dengan bertolak pulang ke kl pada hari yang sama. Perh tough betul la gadis2 jelita ne (ayooo…. Statement besi berani ne) . memandu dalam jarak 700km/sehari dalam tempoh 10jam. Alhamdulillah, Allah memelihara kita sepanjang perjalanan.

Actualy 3 of us termasuk aku ada meeting ad hoc pada jumaat tu, tapi aku rasa bos aku blh handle meeting tu sendiri so aku pun malas nak batalkan cuti aku yg dh aku mohon 5hari lebih awal.
Tapi aku yang baik hati tahap ntah jumpa kat mana ntah hati yang baik itu, petang khamis tu aku pun p la brief en.boss segala apa yang patut di laporkan pada mesyuarat. So sebelum aku beredar dari bilik nya, masa tu aku pun 50 50, nak bagitau ke tak, sbb instict aku mengatakan kalau aku tanya, definitely dia akan batalkan cuti aku, tapi aku tak sampai hati, sbb risau kalau jadi huru hara / ada puak2 yang dengki ngn team kami Tanya soalan2 luar alam semesta esok, dan bila mereka tiada maklumat yang tepat mereka akan decide perkara yang bukan2 menyebabkan later on aku la khadam yang terpaksa membuat perkara yang bukan2 tersebut.

(nota: walaupun plan telah ditangguhkan ke hari sabtu tapi aku perlu cuti juga pada jumaat sebab 1. aku letih gile 2 minggu ne tanpa rehat yang cukup sehingga hampir kemalangan jalan raya yang kalau betul2 kena hit haritu, sama ada mati atau cedera parah – aku tak perasan trafict lite merah dan aku telah merempuh traffic lite 4 junction, jln 4lane, yg kete korang blh pikir la laju tahap apa, pada pukul 8.00 malam dlm perjalanan ke opis semula utk siap kan kerja, dan kedua-dua kereta dari arah kiri dan kanan telah break secara mengejut termasuk aku, dan sangat tergamam dgn apa yang berlaku. Mmg begitu hampir utk kena langgar. Alhamdulillah, tak ada apa2 yang berlaku Cuma jiwa parah gara2 terkejut, tapi masih buat muka cool teruskan perjalanan ke pejabat utk siapkan kerja (mmg tak rugi sapa dapat staff macam aku- gile dedicated)
Haiiiip.... ne apsal salah isi kandungan ne. Kalau karangan espeyem dah boleh dapat 9G ne.
Berbalik kepada cerita asal...
So aku pun berkata la kat bos;
”ada apa2 lagi tak yang boss nak tahu, atau yang perlu saya sediakan sebab esok saya bercuti”.... sambil membeliakkan matanya, boss aku cakap
”siapa bagi kamu cuti esok, bukan ada mesyuarat ke esok”....
”la, bukan boss ke yang approved cuti saya”…
“Ohh cuti adalah satu kelayakan dan bukannya hak. Batalkan cuti kamu esok dan ikut saya ke mesyuarat esok
”....
Geram tahap raksasa gorgon....sambil buat muka tak puas hati ....
tapi boss....saya ada urusan esok”....
”apa urusan kamu”...
”saya nak p kedah”....
”ada apa”....
”Kenduri kawin”....
”tapi bukan kamu yang kawin kan”...

Kejam punya statement....
”ye la, bukan saya”
”jadi batalkan cuti kamu..kenduri nya hari apa?”
”sabtu”
”jadi bertolak la selepas mesyuarat”...
”ish...bos, baik boss berdoa supaya saya tak menyumbang kepada peningkatan statistik kemalangan ngeri jalan raya....saya letih ne”...
”ish...adake..batalkan cuti kamu, dan hadir mesyuarat bersama saya”....
Muka pasrah jer la aku....redha itu indah tapi bukan mudah...ingat tu murid-murid...
(nota: aku benar pasrah ne, tak der la marah kat sapa2 pun, sebab kerja tu amanah pada kita kan....ok jer, tak der rasa nk ngumpat boss ker apa ke, mmg langsung tak ada).


-nihas (samb. part2)

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)