Pages

Friday, September 27, 2013

Seni Memaafkan...

Assalamualaikum wbt...

Hari ini saya belajar seni memaafkan menerusi rakaman slot Pesona D'zahra @ IKIM.FM.

Kalian pun boleh download kat MUAT TURUN IKIM

p/s: sapa nak rakaman, dropkan emel gmail korang, nanti saya share folder... baru tau gmail leh share folder big size... thanx nazlah for de ilmu...

Banyak tips yang dikongsikan oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-amin...

Antara tips yang Ustaz kongsikan...

i. Kena bersyukur... Sebab nikmat yang Allah beri jauh lebih banyak berbanding ujian yang Allah turunkan...

ii. Allah lebih besar daripada masalah mu.

iii. Hidup mulia... Mati mulia... Mulia di dunia.... Mulia diakhirat...

iv. Mmeberi kemaafan ne sebenarnya adalah untuk diri kita sendiri... sebab kalau kita dah maafkan orang,  dah kuranglah "stress / bebanan" yang ditanggung oleh minda, hati dan perasaan kita. Bila kita dah maafkan orang... hidup akan lebih tenang... tak adalah asyik plan ingat nak balas dendam...

v. Kita kena hidup selesa i.e ada rumah yang selesa, kereta yang selesa, jiran yang baik, etc.... TAPI jangan jatuhkan diri kita dalam zon selesa... sebab orang yang jatuh dalam zon selesa mudah melupakan Allah...
   cth.:  jika seorang isteri terlalu baik buat serba serbi kerja rumah, subsidi lagi kat suami belanja keperluan rumah, sehingga suami tu rasa selesa "alah, tak apa, isteri aku boleh handle semuanya".  so suami ne akan "jatuh dalam zon selesa"  dan berpotensi untuk lupa tanggung jawab dan berjimba-jimba di luar rumah dengan orang lain...

vi. POINT yang menarik: (*_*)
 "ORANG PEREMPUAN SELALU BIMBANG APA YANG ORANG LELAKI LUPA, "
 " ORANG LELAKI PULAK SELALU BIMBANG APA YANG ORANG PEREMPUAN INGAT"...

vii. Tiap kali teringat kejahatan orang lain.... jangan lah sebut kata2 yang negatif, sebab kata2 yang negatif tu akan meracun jiwa... so gantikan dengan istighfar dan banyakkan sebut : "Ya Allah, aku maafkan dia,  gantikan apa yang hilang padaku dengan gantian yang lebih baik"...
sebut banyak2 kali kemaafan.... jangan ulang sebut kemarahan....

viii.  Apa yang kita ingat sebenarnya menggambarkan siapa diri kita...

ix.  Tapi.... ada juga orang, kita boleh maafkan dia, tapi tetap kena buat aduan pada pihak berkuasa untuk ambik tindakan supaya dia boleh "disedarkan menerusi undang-undang"... Kalau tak, nanti dia "naik lemak".

x. Jangan jadi tukang sebar fitnah / luahan perasaan... Fitnah tu tidur... dan Allah melaknat orang yang "mengejutkannya" (i.e. yang saya faham menyebarkannya lah)...

xi.warna adalah terapi hidup kita. warna yang paling best adalah warna alam... so kalau stress, g lah luar tengok warna-warni alam...

xii.  Nak didik hati kena didik dengan iman. i.e dididik dengan mengingati Allah. Banyakkan zikir, solat sunat, berdoa, jaga solat fardhu di awal waktu, etc...


Saya terkesan dengan kata2 dipenghujung rancangan "Aku nak jadi orang yang memaafkan seperti mana yang Allah perintahkan"  seperti firman Allah S.W.T., menerusi surah ali-imran ayat 159-160 berikut:

Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Maka apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya... (Surah Ali-Imran, ayat 159).
Jika Allah menolong kamu maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri.  (Surah Ali-Imran, ayat 160).

LAST but not least... Ustaz said (lebey kurang ar ayat):
"Hidup ne memang pentas/ medan ujian... Para nabi dan rasul pun diuji, apa lebihnya kita sampai tak boleh diuji???"

Boleh baca entri "Cemerlang dalam Ujian" kalau lapang....

sekian entri pagi jumaat... semoga bermanfaat....

stay tune... stay alive... stay healthy...stay happy and de most important ... stay away from MASALAH.... hehehehe....salam sayang semua...nhhas

3 comments:

  1. thanks untuk entry ni..
    kak dah download tapi belum sempat dengar habis...
    tqvm dear...

    ReplyDelete
  2. kalau kak ada gmail, bagi lah, saya share ngan gmail lagi cepat. tak yah akak d/load satu2...

    semoga bermanfaat kak...

    ReplyDelete
  3. Huda, thanks so much for sharing this. Sangat2 bermakna buat akak. Moga kita jadi hamba-Nya yg sentiasa memaafkan dan rendah diri memohon maaf :)

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)