Pages

Tuesday, November 12, 2013

Andai ku tahu...

Assalamualaikum wbt.

tarikh hari ini ... 12.11.13 = 8 muharram 1435H.
(esok till jumaat, kalau berkesempatan, jom puasa sunat muharram)...

Apa pencapaian kita dah berada dalam 8 hari di tahun baru ini?

What did i do today?  setiap langkah hampir menuju syurga Allah atau ke mana?

Masa untuk "melangkah pulang" semakin hampir... Sudah bersediakah aku untuk menghadapinya?

Sana sini berlaku bencana, berlaku pergaduhan, permusuhan, peperangan yang boleh menyebabkan kesengsaraan, kematian, kedukacitaan...

Tatkala hari ini kau, aku dan kita semua sedang gelak ketawa gembira mengata / menjadi juru ulas perihal tingkah laku manusia dan makhluk lain, sang penjaga waktu, sang "pencatat minit" di bahu kiri dan kanan kita tidak terlepas sedetik pun mencatat tiap perihal tingkah laku, tutur bicara kita...

Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman.
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat harta itu.
Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas.
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
Mereka itulah orang yang berhak mewarisi.
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya...

(Surah al-mu'minun, ayat 1-11)

Mohon lah maaf kepada manusia disekeliling kalian, sementara masih diberi kesempatan..
Bertaubatlah kepada Allah, Tuhan Pemilik Arsy yang Agung...
Perbanyakkanlah amal saleh ...

Sesungguhnya masa pulang ku dan juga kamu semakin hampir...
Semoga Allah permudahkan urusan dan laluan kita untuk menjadi penghuni syurga firdaus Nya...
Insya Allah.... ameen....

Andai ku tahu…Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…


Andai ku tahu…Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…


Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku

menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…




Ya Allah, Ya Rabb...guide me all the way to Your Jannah Firdaus, don't let me go astray...
tetapkan aku dalam nikmat iman dan islam. Ilhamkan aku hikmah dan kebijaksanaan serta keimanan dan kesabaran dalam menguruskan amanah ku didunia ini...
Rezekikan aku taubat sebelum mati, Rezekikan aku kekal hidup dalam iman dan islam, mati dalam iman dan islam, serta mendapat syurga firdaus Mu......

salam sayang,
nhhas...

4 comments:

  1. betul tu huda, masa tidak pernah akan berundur kebelakang, setiap detik usia bertambah tanpa sedar,moga Allah memberi kekuatan untuk terus mengatur langkah dijalan yang lurus.

    ReplyDelete
  2. tima kasih ummi...
    huhuhu...
    "time to go home" is getting nearer...

    ReplyDelete
  3. Kalau check balik...masih banyak yg belum dapat dilakukan walaupun ada dalam checklist azam tahun baru hijrah. Bukan kerana baru beberapa hari memasuki tahun baru,tapi entah cukupkah lagi usia berbaki..

    P/s selamat berpuasa dan.berbuka. Kak tade rezeki nak posa...huhu..Allah tak izinkan(tst le...)

    ReplyDelete
  4. amin..terima kasih atas peringatan bersama :)
    sllu berdoa supaya dpt jd insan yg lebih baik..

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)