Pages

Tuesday, March 11, 2014

Bila seorang pilot Islam berkata-kata...

Assalamualaikum wbt...

Semalam ... balik rumah dah jam 800 malam +++... (banyak kerja... huhuhuhu)... sampai jer rumah, terus switch on tv - tak perasan pula tu channel tv3.... kebetulan tgh buletin utama - sedang menemuramah Ketua Juruterbang 777-200 MAS, Kapten Norudin Abd Majid...

So kapten said... 

"memang possible kapal terbang tu berpotensi hilang 100% dan bukannya kes ini tak pernah berlaku pada airline lain... Maka jika pun ditakdirkan hilang - kemungkinan itu ada dan tidak mustahil... Ini kuasa Allah ... Allah berkuasa jadikan apa sahaja... Sebagai umat islam kita kena percaya tu... Science tu science juga tapi kena ingat pada pencipta science ini juga. Kembali kepada Allah itu penting..."

Sungguh touching bila beliau sebut dengan penuh yakin...


" DUA cara bagi membolehkan pesawat MH370 ditemui.
Pertama, doa orang yang soleh.
Kedua, doa ahli keluarga."
(nota: boleh cari rakaman ne kat youtube or tv3 kay)...

So semua... ayuh kita doa dengan penuh ikhlas dan mengharap semoga ada jalan penyelesaiannya dalam kes ini... Allahu akbar...
Ada beberapa point yang di highlight oleh boss besar pagi ini... Kita sebagai manusia biasa, sebagai orang islam... mesti ada rasa empati dan simpati kepada mangsa yang terlibat termasuk waris... Doakan yang baik2... Dalam islam tidak ada istilah putus asa... encik boss besar turut ingatkan peristiwa Nabi Yaakub yang menangis sehingga buta matanya tapi tak putus asa berdoa semoga Allah selamatkan anaknya Nabi Yusuf a.s.  (boleh rujuk kisah ne dalam Surah Yusuf ya (surah ke-12)... So jangan putus asa... kena keep on berdoa... 
Dunia sedang memerhatikan malaysia sekarang... Bagaimana keupayaan dan kecekapan kita dalam menangani krisis ini setelah pelbagai krisis besar yang berjaya negara kita tangani... Ini beri impak yang besar pada sosio ekonomi negara dari pelbagai aspek seperti politik + kepimpinan,  keselamatan, ekonomi dan pelaburan, pelancongan dan sebagainya...
Jadi sebagai rakyat malaysia - sila jangan tumpang sekaki dengan menjadi tukang sebar rumors, spekulasi dan sebagainya sebelum kita tahu kebenarannya... 
Please... keep on pray for those involve in MH370 tragedy and for our country safety and security... 

p/s: dalam hati, eden suspen juga bila US dan lain2 country dah mula masuk menghulurkan bantuan... betul, we thank them for the support and helps....  walaupun pada dasarnya niat dia baik nak tolong dalam SAR ne... harap2 orang2 dibahagian national security, jangan ler take it "too open" and jeopardize national security from the other aspect...  sebab dalam keadaan panik ne, macam2 boleh jadi dan terlepas pandang... huhuhuhu....

Ya Allah... selamatkan penumpang dan anak kapal MH370  juga peliharalah keselamatan kami rakyat malaysia sekaliaannya daripada sebarang mara bahaya dan ancaman yang tidak sepatutnya... Ameen...
Ingat tu....
Pertama, doa orang yang soleh.
Kedua, doa ahli keluarga.

Till write in again, Insya Allah...
stay tune, stay alive, stay healthy, stay happy and stay away from masalah okay....

loves... nhhas...

7 comments:

  1. Allahuakbar, ummi pun ada tengok Cma, sungguh terkesima dengan kata-katanya. Sama-sama kita terus berdoa.

    ReplyDelete
  2. Huda..ummi pun ada tengok, memang terkesima dengan kata-katanya. Subhanallah, kecanggihan tidak dapat mengatasi kuasa ALLAH SWT.Sama-sama kita terus berdoa.

    ReplyDelete
  3. Exactly dik... kakak masa menonton tv malam tadi terpikat dgn titik akhir kenyataan diberikan.

    Jadikan renungan kita sebagai hamba yg kerdil kerana semua di dunia ini milikNya...

    ReplyDelete
  4. setuju dengan kapten tu ...

    setuju juga dengan part yg p/s tu :)

    bila baca ni penulisan hamba Allah ni, ada sedikit rasa risau... https://www.facebook.com/notes/al-faedah/pesawat-mh370-red-flag-atau-false-flag/482901128498552

    ReplyDelete
  5. yg baik jd tauladan. sebaik2 senjata org mukmin ialah doa.

    Salam kenal :)

    ReplyDelete
  6. takut nak naik flight pun ada sket bila dah jadi macam nie. even mungkin ratio kejadiannya rendah, tp perasaan risau / bimbang / seghiau pun ada lagi nie..
    #prayforMH370

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan part yang last tu..
    Dalam pada kita menerima bantuan tak mustahil depa dalam diam depa cuba dapatkan sesuatu yang kita ada.. Jangan terlalu mudah memberi ruang pada mereka.. tolong tu tolong gak tapi janganlah sampai maklumat keselamatan negara bocor.

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)