Pages

Wednesday, March 26, 2014

Who re de real killer or murderer?

Assalamualaikum wbt...

after red from dis belog n kecoh2 depa sembang kat office, it makes me things not only twice but more than that about "Who are de real killer or murderer?" Adakah yang mendakwa kita murderer tu adalah the real murderer kerana menggunakan fasiliti kita sebagai helah? wallahualam...


Baca dari belog INI

Seram sejuk saya membacanya... dah macam dalam novel or filem jer dah...

Ya Allah... Semoga Engkau tunjuki siapa yang benar dan siapa yang salah... Semoga Engkau zahirkan kepada kami cerita sebenar dan hikmah disebalik kejadian MH370 ini... Janganlah mereka yang tidak bersalah dizalimi dengan difitnah seolah-olah merekalah yang bersalah...


Tunjukkanlah Ya Allah... Tunjukilah kebenarannya ya Allah......


Muslim... pls keep on doa.... Pls... 

p/s;......

Berikut ini pula beza penerimaan orang beriman dengan orang yang tak ada iman....

***********************************************************************


"Kata-kata terakhirnya pada saya malam itu ialah "I Love you". Kata-kata itu akan sentiasa menjadi memori yang manis dengan dia.

"Mohd Hazrin bukan sahaja seorang suami malah adalah sahabat karib saya.

Saya terlalu merinduinya, namun saya redha dengan apa yang berlaku dan menganggap dia pergi ke destinasi berikut seperti biasa tetapi jika dia kini berada di Lautan Hindi, bersemadilah dengan tenang," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini malam ini.

Intan Maizura berkata anak sulung mereka, Iman, 4, kerap bertanya mengenai bapanya sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan mengenai perkembangan terbaru penerbangan MH370 pada Isnin lepas.

"Sehari selepas pengumuman itu saya beritahu anak saya bahawa bapa pergi kerja dan kapal terbang dinaiki bapa rosak serta tidak akan balik kerana bapa sudah berada di syurga.

"Bila dia (Iman) meminta berjumpa dengan bapanya, saya beritahu supaya banyak berdoa dan akan berjumpa. Alhamdulillah, dia faham dan tidak pernah bertanya lagi," katanya.


"Sebagai orang Islam, kematian itu sudah pasti dan merupakan janji Allah jadi, kita harus redha serta sentiasa mendoakan orang tersayang," katanya. 

Baca penuh  di SINI

3 comments:

  1. Bila tiba musibah macam ni, ketara sangat penerimaan orang beriman dengan tidak kan.

    ReplyDelete
  2. Ramai dah yang tulis teori macam tu, ada logiknya, tapi tak sanggup nak dengar kalau itu kebenarannya .....
    Rakyat china ni satu hal, lepaskan geram kat Malaysia sebab diorang tak berani nak lepaskan geram kat kerajaan China. Plane dari china dah banyak kali terhempas kot. Pastu diorang ni kan jenis takut mati.....
    Malaysia ni jadi mangsa je, nak nak pemimpin kita jenis banyak kes, yang boleh diugut pemimpin luar

    ReplyDelete
  3. betul kan... tak sanggup nk dengar.
    macam lagi sanggup dengar technical faulty (tapi itu akan bagi kesan negatif pada ekonomi malaysia dari aspek pelancongan dan industri penerbangan)... huhuhuhu....

    sis btw, ada gak yang rasional... hehehe... depa tau depa punya boikot ja... orang lain punya boikot tak tau lagi... hehehe...

    http://www.sinarharian.com.my/semasa/media-china-minta-keluarga-bersikap-rasional-1.265792

    *****dipetik spt berikut:******

    "Perkataan dan tingkah laku tidak waras yang bercanggah dengan nilai-nilai asas sekalipun atas nama 'mempertahankan hak perundangan', tidak akan membantu dalam hal ini.

    Xinyu berkata keluarga dan waris perlu faham bahawa pencarian pesawat yang hilang itu membabitkan keupayaan ketenteraan dan rahsia pertahanan sesebuah negara.

    Oleh itu, menuntut sebuah negara berdaulat untuk mengeluarkan semua maklumat adalah tidak wajar, dan adalah mustahil bagi semua maklumat rahsia itu didedahkan.

    "Pendapat umum tidak sepatutnya menyalahkan pihak berkuasa Malaysia kerana kononnya menyembunyikan maklumat berikutan ketiadaan bukti, memandangkan kita perlu bertindak mengikut undang-undang dan bukan dengan 'membuat bising' atau menunjukkan tingkah laku yang agresif atau tidak waras," kata beliau.

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)