Pages

Friday, January 9, 2015

Batas pergaulan...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...


I found this reminder is very useful and worth sharing...


Ketika itu, saya menelefon seorang tuan guru yang alim serta amat saya hormati cara pergaulannya dan penghormatannya kepada kaum wanita. Sebaik mengangkat gagang telefon, beliau terus bertanya apakah keperluan saya menghubunginya. Bila saya melontarkan persoalan, beliau terus menjawab pertanyaan itu tanpa bertanya lebih lanjut seperti pertanyaan : “Saudari belajar di mana, jurusan apa,” dan seumpamanya . Sebaliknya, sebaik sahaja selesai memberikan jawapan, beliau terus meminta maaf, memberi salam dan lantas mengakhiri perbualan.

Pada saya, inilah contoh yang amat tepat agar pergaulan antara dua jantina dapat dijaga sebaik-baiknya. Walaupun jarak usia antara keduanya mungkin jauh, namun syaitan tidak memandang itu semua. Asal saja ada ruang, fitnah yang merosakkan boleh saja mengetuk jendela rasa.

Amanah dalam menjaga batas perhubungan, sama ada di hadapan orang lain atau ketika bersendirian inilah yang menjadi ujian semua orang baik seseorang itu bergelar agamawan terkenal sekalipun.

Seorang suami atau isteri, boleh saja menahan diri atau mengawal perbualannya ketika berchatting bersama seseorang lain berbeza jantina sewaktu di rumah atau ketika pasangan dan anak-anak ada bersamanya, akan tetapi bila bersendirian di pejabat atau ketika berjauhan dari pasangan dan anak-anak, maka kawalan itu sudah longgar, lantaran itu tidak sedikit yang tersasar dari batas dan sempadan pergaulan yang disyari’atkan.

Situasi sebegini hakikatnya menuntut kejujuran seseorang kepada ALLAH Subhanahu wa ta’ala dalam mengukur sejauhmana urusannya itu satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata. Dan kejujuran itu pula bergantung kepada sejauh mana keimanannya kepada Yang Maha Esa. Jika muraqabatillah seseorang itu kuat ( yakni merasa diri sentiasa dalam pandangan ALLAH ), maka itu yg akan menjadi pengawal dirinya. Jika tidak maka kemungkinan besar, dia hanyut bersama dengan teknologi moden ini.

Full article read HERE...
Actually Ustazah Norhaslina Jusin nak share tentang kerisauan terhadap anak2 zaman teknologi ni... tapi saya rasa... phrase di atas is a very good reminder to adult / parents too...
Suami orang berchatting dengan isteri orang di laman sosial... what a very unhealthy era im living now... huhuhu...

Semoga bermanfaat...

@nhhas


3 comments:

  1. salam

    i couldnt agree much..basically lelaki, perempuan (read: husband, wife) pun sama je..sebab tu kena sentiasa ingat batas dalam pergaulan..kan?

    like kkdg apa yang kita nk buktikan sangat..nak bgtau yang kuta ni rapat sangat/mesra sangat dgn kengkawan/bbdk opis? puhlissss

    ReplyDelete
  2. setuju... jangan suka sangat sembang dgn berlainan jantina kalau bukan muhrim, mahram

    tapi kalau orang tegur. kita jawablah apa yg ditanya, takyah nak ramah mesra sangat la ;)

    ReplyDelete
  3. memang sgt bermanfaat lah Huda...terima kasih for sharing..peringatan juga kepada sis JM kekadang 'terlanjur' kata :-)

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)