Pages

Monday, January 5, 2015

Muslimah High Class


Bagaimana menjadi muslimah 'High Class’...

1. Motivate diri dengan mengatakan setiap hari,
“Aku muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang. Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga."

2. Syurga itu mahal, di huni oleh orang-orang mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah). Bukan yang sebaliknya.

Bagaimana menjadi Muslimah High Class :

3. Muslimah High Class adalah yang takut kepada Allah dan RasulNya. Beriman dan bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Sangat ambil berat akan perintah Allah. Sangat takut akan marahnya Allah kepada dirinya. Dia meletakkan Allah adalah keutamaan yang utama dalam segala yang dia lakukan. Setiap perintah Allah cuba dipatuhi.

4. Solat 5 waktu, menutup aurat, berbakti kepada kedua ibubapa, rajin membaca Al-Quran dan menuntut ilmu, taat kepada suami, mendidik anak dengan baik dan lain-lain lagi.

5. Muslimah yang High Class itu yang setia. Setia dalam banyak perkara. Terutama sabar dan solat. Setia dalam berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Setia dalam membaca Al-Quran walaupun pada permulaan dia letakkan target sehari sehelai.

6. Muslimah High Class setia dalam mencurahkan kasih sayang yang High Class kepada ibubapanya, kepada suaminya, kepada guru-gurunya, kepada sahabat-sahabatnya, kepada anak-anaknya dan kepada seluruh manusia yang lain mengikut syariat yang digariskan dalam islam dan mencontohi sikap Nabi Muhammad SAW.

7. Muslimah High Class muslimah yang berani untuk mengambil langkah untuk berubah. Dia berani untuk berubah walaupun perlu menggunakan “analogi anak kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan sehingga menjadi pandai berjalan dan akhirnya pandai berlari.

8. Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi yang terpilih tapi tidak memilih. Melangkahlah perlahan-lahan. Jika sebelum ini tidak solat, sekarang sudah solat juga satu perubahan. Jika sebelum ni bercakap kasar, sekarang berusaha sedikit demi sedikit untuk menjaga tutur kata juga ialah satu perubahan.

9. Muslimah High Class seorang yang tabah hatinya dalam ujian hidup. Allah menguji kita sesuai dengan kesanggupan kita.
Allah menguji kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi tabah dan menjadi perempuan yang berdikari, matang, kental jiwanya walau apa jua di hadapan. Allah mempersiapkan diri kita untuk amanah-amanah yang lebih banyak di masa akan datang.

10. Muslimah High Class sedar, tahu, dan mahu. Dia sedar yang akhirnya dia akan mati dan kembali kepada Allah. Dia sedar yang setiap apa yang dia lakukan didunia akan dicatat samaada sebagai pahala dan dosa. Kerana matlamatnya ingin bertemu dengan Allah, Rasulullah, dan berbahagia selama-lamanya di Syurga.

Sama sama kita berusaha menjadi Muslimah High Class.

Wallahu'alam ...

Dipetik dari group whatsApps...

26.10.2014
Usrah Bidadari Bidadari Syurga, Johor

5 comments:

  1. jom kita usaha jadi muslimah yang high class.. :)

    ReplyDelete
  2. nice one..berusaha menjadi muslimat high class..

    ReplyDelete
  3. smoga berjaya menjadi muslimah high class..

    ReplyDelete
  4. nice.. sama-samalh kita berusaha untuk jadi muslimah high class. bukan mudah kan. caiyok :)

    ReplyDelete
  5. huda juga seorang yg bleh di kategorikan muslimah high class kerana tak lokek kongsi ilmu dan info dalam blog ni sebagai rujukan semua..terima kasih

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)