Pages

Thursday, April 9, 2015

Sehari Berlalu Umur Berkurang Sehari ...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ... 

saya terima kiriman video ini dari wasap group keluarga dan saya rasa ianya sangat bermanfaat dan worth for me untuk taip semula untuk renungan bersama ... 

Saya ingin sampaikan satu sajak untuk renungan kita bersama
@----/----
(sumber : whatsapps)
Penulis asal - belum dapat dikenal pasti...


Sisa hidup semakin pendek
Yang boleh kita makan, makanlah.
Yang boleh kita pakai, pakailah
Yang ingin kita beli, belilah.
Kalau masih mampu memberi, berilah
Masih mampu berbahagi, berbahagilah
Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur
Jangan khuatir dengan ahli waris
Allah subhanahuwataala yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha

Nikmatilah hidup ini dengan pasangan kita selagi masih berada
Sehari berlalu umur berkurang sehari
Bila kita lewati hari ini dengan bahagia...
Kita sangat beruntung

Berbuat baiklah
Selalu mengucap syukur
kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil oleh Allah untuk pergi kepada Nya

Waktu cepat berlalu
Hidup itu sangat singkat dan susah
Dalam sekejap kita memasuki masa tua - ITU PASTI

Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang
Bila membanding ke bawah kita akan merasa lebih
Bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya - KITA PASTI BAHAGIA

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada
Manfaatkanlah sebaik-baiknya
Harta kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan...
Semua itu hanyalah sementara hanyalah pinjaman...

Yang terbaik dan terpenting adalah perilaku yang baik
Sentiasa membantu orang
Tidak berbuat hal-hal yang tercela
Mengawal diri...
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada

Dan yang terpenting agar selalu melatih diri sihat zahir dan batin
Ini kerana kesihatan adalah kekayaan kita
Dan modal utama menikmati kebahagian hidup ini

Kasih ibu bapa kepada anak-anak tidak ada batasnya
Kasih anak-anak kepada ibu bapa jelas batasnya
Sedarlah...
Tatkala anak sakit
Hati ibu terhiris...
Tapi tatkala ibu bapa sakit
Anak cuma tengok dan bertanya ala kadar...

Anak-anak memakai wang orang tua sudah seperti keharusan
Tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku...
Oleh itu cukupilah diri sendiri,
dan berikanlah kepada anak sebijak yang mungkin...

Rumah ibu bapa adalah rumah anak-anak
Tetapi rumah anak belum tentu menjadi rumah ibu bapanya
Ibu bapa selalu memberi anak-anak tanpa batas
Tetapi tidak semua anak-anak akan berbakti kepada ibu bapa...

Selamat kita meniti hari tua yang mendatang

Semoga Allah subhanahuwataala akan merahmati hidup kita di dunia dan di akhirat.

1 comment:

  1. Salam..syukran berkongsi tazkirah ni, sebagai peringatan utk mengisi sisa kehidupan..

    selagi kita dan ibubapa masih hidup, berbaktilah kpd mereka..jasa mereka terlalu besar..unconditional love..

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)