Pages

Saturday, April 11, 2015

Smile of a believer : Tackling Life's Struggles

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Minggu lepas, 7 April 2015 berpeluang turut serta dalam kuliah by Shykh Kamal al makki yang diadakan di UNITEN Bangi.

Aku sampai selepas maghrib dalam pukul 810malam gitu... tapi syakh start cakap 5 minit sebelum isya... hihihi... so berenti solat isya dulu... 
Habis isya... hihihi nampak makhluk comel 3 beradik ni dah sampai (my niece n nephew)...

Masalah diaorang tak boleh nampak makde comel ni... diaorang extra happy...
Diaorang x de buat bising jerit2 macam bebudak lain... tapi sepatah syakh tazkirah...
macam2 pulak diaorang tanya... hihi...
jenuh nak explain...

Tapi kids were good lah dat nite... alhamdulillah... and ai'man gave me a very good teka - teki yang buatkan aku terkesima kejap dengan jawapannya ...



Okay... sekarang ... 
aku nak tanya korang ...
apa benda di atas ni korang rasa-rasa?
Boleh war-warkan dekat rakan dan tanya apa jawapan mereka...

Sapa teka betui... mai claim hadiah kat aku.
(group ahli syurga, min, wahidah, ahli TOF tak aci lah teka sebab dah tau jawapan...)
Hihihi...

23.4.2015 tamat dah jawab teka-teki ni.
 JAWAPAN AI'MAN IALAH ..... (CLICK HERE FOR de ANSWER)

Btw.... ku kongsikan sedikit nota yang sempat ku catatkan... sikit bebenor yang ku catatkan... selebihnya ku share nota kak shila yer... subhanallah kak shila siap buat mind map okay... 





Dan yang sempat aku catat ... yang kat bawah ni je... sebab dok sibuk main kejar2 dengan arrissa. Pastu ariff ngn ai'man dok buat QnA je ngan aku... haha...
oklah... yang penting diaorang tak buat bising dan ganggu orang lain kan...

My notes :

surah al ankabut - ttg test in life ....
" adakah manusia fikir bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?
(29: 2)

Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang orang yang benar dan orang orang yang berdusta (29:3)...


Betapa azab nya neraka sampaikn rasa x pnh rasa apa2 nikmat ketika d dunia.

Betapa best nya syurga... sampai x ingat pnh rasa seksanya dunia.

Manusia mudah lupa Allah.
Sering ingat/doa pjg kpd Allah bila dlm kesusahan.
Bila senang... lupa Allah.
Sbb tu Allah bagi "test/ susah " dlm hidup spy manusia ingat kt Allah.

Jgn putus asa bila doa blom d makbul kt dunia sbb Allah reserve pahala /makbulnya doa itu kt akhirat
Jika manusia tahu nilai doa di akhirat - they will wish spy doa2 nya tak dimakbulkn didunia.
Sbb ganjaran pahala yg dia dpt di akhirat.
Pahala sbb sabar... etc.

Ada seorang wanita yang sakit di zaman rasulullah s.a.w.... beliau minta nabi s.a.w doakan kesembuhan beliau sebab kalau nabi s.a.w yang doa ... surely makbul.
Tapi nabi s.a.w bg beliau option - nak nabi s.a.w doa kn kesembuhan atau nk sabar yg mana ganjarannya adalah syurga?

Ibrah cerita ini ialah - if kita hidup zaman nabi s.a.w boleh lah ada peluang minta nabi s.a.w doakan ...

Tapi bagaimana dgn nasib umat yang hidup selepas kewafatan nabi s.a.w.?
So penawarnya adalah "doa dan sabar". Jangan putus asa dari rahmat Allah s.w.t.

Sekian... di kongsikan... semoga bermanfaat...
jazakillah khyr kak shila sbb kongsi nota yang awesome itu...

Loves @nhhas






9 comments:

  1. wow ... kak shila tu mesti kreatif org nyer, sambil dengar talk sempat lagi buat mind map, cantik pula tu :)

    erm.. teka teki oleh budak-budak, jawapan mesti simple. jawapannya: tiga rectangular :p

    ReplyDelete
  2. Jawapan nya sangat tak budak. You will be surprise to know his answer... bisa nangis...

    ReplyDelete
  3. Sangat menarik dari tazkirah yg dikongsikan. Idea cute dari budak comel utk makda dia auntie pun nak tekalah sayang. Tiga rectangle itu adalah bayangan Ai'man kepada amalan seseorang. Yg hijau tu org tua mestilah sepatutnya amalan dah banyak. Yg sedikit tu utk org baru meningkat dewasa masih belum penuh lagi dan yg last tu macam Ai'man masih belajar (tapi cerdik sebab selalu ikut tazkirah kan..)

    Life test, Hope and how to pass test map disediakan sangat cantik. Siap kakak enlarge and print lagi. Cuba menggali dari yg diberikan. TQ.

    ReplyDelete
  4. jawapannya...bisa nangis?? alamak..kena fikir betul2 ni..

    box yg colour hijau (atas sekali) tu penuh, yg no. 2 mcm separuh, yg last tu kosong..

    box tu merujuk kpd hati - box yg kosong tu, hati kena kosongkan dari sifat2 mazmumah, yg no. 2 - dunia kena ambil separuh saja, box yg penuh- hati kena dipenuhkan dgn ketaqwaan kpd Allah..

    syukran berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  5. Masya Allah..

    tapi kan..tapi kan..malasnya nak pikir, nak tggu jawapan dari budak cerdik tu ajelah, boleh gitu kan.

    tazkirah yg bermakna..jzkk

    ReplyDelete
  6. susah juga nak berfikir seperti aiman..
    ada 3 colour, mesti ada makna dis itu..
    ibarat charge hp...
    kalau penuh amanlah kita nanti di sana
    yang kedua tu of course charge separuh..
    yg last tu...kalau tak caj, batteri tinggal nyawa2 ikan..camna nak bawa bekalan ke sana..
    gitu kot aiman...
    aiman ooo aiman

    p/s yg last tu nak kena save n print. br leh study..izinkan ya tuan rumah:-))

    ReplyDelete
  7. perkongsian yg baik dik, sesungguh nya kita mesti lah selalu bersabar dengan apa yg ALLAH berikan, kerana setiap kejadian yg terjadi pasti ada hikmahnya, yg penting selalu lah dekat dgn ALLAH ..

    ReplyDelete
  8. haha.. ingatkan aiman budak kecik lagi.. rupanya budak besar :p

    tapi teka teki jawapan macam orang dewasa. sentap :)

    ReplyDelete
  9. ala, x sempat nk jawab.. hehehe.. padahal tak tahu jawapan pun..

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)