Pages

Wednesday, May 13, 2015

SAYA MAHU JADI TELEFON PINTAR

"SAYA MAHU JADI TELEFON PINTAR"

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak.

Lalu ditanya oleh suaminya “Kenapa menangis ni?'' “Lihatlah karangan budak ni.."

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.

Jadikan Saya Sebuah telefon pintar

“Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah telefon pintar.Saya ingin mengambil kedudukan telefon pintar... Menikmati kehidupan sebagaimana telefon pintar ayah n ibu.. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa melihat saya. Saya akan diberi perhatian serius ketika dilihat. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti telefon pintar. Ayah akan memegang saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya. Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti telefon pintar pada setiap masa."

 Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata, “Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!"

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat. “Abang, itu karangan anak kita!"



Jika diperhatikan skrg ni, suami & isteri masing² dok sibuk belek n focus hp masing².. layan email, facebook, whatsapp, wechat..
kdg² anak² dok tgk ja dri jauh sambil main mainannya..
Sama² la kita berikn prhatian ....
Ni zaman trend dunia global ..

7 comments:

  1. huhu2, anak kita yg membuatkan kita insaf kann ;p

    ReplyDelete
  2. kesian kan ... anak-anak sekarang ramai yg miskin kasih sayang :)

    p/s: dah lama tunggu entri baru nhhas :)

    ReplyDelete
  3. masa berkualiti bersama anak2 semakin kurang..keluarga zaman sekrang..

    ReplyDelete
  4. Kita terlalu sibuk dengan dunia pintar kita,..anak2 jadi terpinggir.

    ReplyDelete
  5. @ tiga lalat - yeah they alwiz did that. Sgt ikhlas mmberi pendapat.

    @ sis bw... hihihi. Betul. Bila kurang kasih sayang, kurang perhatian tu pasal generasi hari ini ramai yang kurang ajar. Huhuhu.

    @cikgu farrah ...
    yeah... bnyk kes kematian disebabkan smart phone...
    huhuhu...

    Ini semua dunia...
    huhuhu...

    Kemajuan yang disalah guna...

    ReplyDelete
  6. huhuhu...dah menjadi trend masa kini,rasa macam tak complete hidup kalau tak belek hp..

    ReplyDelete
  7. mmg berleluasa skrg...sis JM pernah jumpa...sepasanga suami isteri dan seorang anak dalam lift...si suami dan si isteri masing2 mengada gadjet..x bercakap antara satu sama lain...si anak...mereka x peduli..itu dunia gadjet skrg

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)