Pages

Monday, August 31, 2015

Birthday Gift yang paling manis

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Speechless... 

Jazakillah khayr sister farah 
(Setiap kali nk sebut famf tower saya mesti ingat rapunzel)...

Hihihi...

Nampak kek comel untuk birthday girl yang comel dan manis...
Haha... #perasan. #cikmanisahlesing
Dah siap jadi profile picture kat whatsApps...

Terima kasih kak farah atas ingatan...
Semoga Allah merahmati mu jua. 
Insya Allah...

Semoga  KITA SEMUA SEKELUARGA dalam redha Allah sentiasa di dunia dan akhirat ...
 dimudahkan jalan untuk beramalan dengan amalan ahli syurga, 
diberi kesudahan yang baik dalam hidup dengan lafaz keyakinan 
Lailahaillallah Muhamad Rasulullah....
Insya Allah ...

HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA...
I LOVE MALAYSIA...

We only have this bless land to live...
Lets Make doa for our beloved country Malaysia...

May Allah have mercy on all of us...
May Allah have mercy in this land of Malaysia...

Aamiin ya rabbalalamin

The Daily Reminder 1 : Jangan Bazirkan Masa dan Usia Kita

16 Zulkaedah 1436H
31 Ogos 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ  ٱللَّهِ  ٱلرَّحْمَـنِ  ٱلرَّحِيم

Apakah Perkara2 Yang Melalaikan, Menghiburkan & Pembaziran?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
(Luqman: 6)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ ، وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ " . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Berdoalah kepada Allah dalam keadaan engkau yakin akan diterima. Ketahuilah, Allah tidak akan memakbulkan doa daripada hati yang lalai".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Tipu Daya Syaitan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۖ وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ الْغَرُورُ

Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
(Fathir: 5-6)

Sabda Nabi SAW:

إن من الناس مفاتيح للخير مغاليق للشر وإن من الناس مفاتيح للشر مغاليق للخير فطوبى لمن جعل الله مفاتيح الخير على يديه وويل لمن جعل الله مفاتيح الشر على يديه

"Dari kalangan manusia ada yang menjadi kunci kebaikan dan penutup serta penghalang kepada kejahatan. Dan ada pula yang menjadi kunci kejahatan dan penutup kebaikan, bergembiralah bagi sesiapa yang dijadikan oleh Allah sebagai kunci kebaikan di tangannya, dan celakalah mereka yang kunci kejahatan di tangannya".
(Hadith Riwayat Ibn Majah)

كل أمتى يدخلون الجنة إلا من أبى_ قيل ومن يأبى يا رسول الله ؟ قال: من أطا عنى دخل الجنة ، ومن عصانى فقد أبى.
رواه البخارى عن أبى هريرة.

“Semua ummatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Ditanya orang: Siapakah yang enggan masuk syurga ya Rasulullah? Berkata Nabi: Orang yang mentaati aku, itulah orang yang akan masuk syurga dan orang menderhakai aku maka sesungguhnya itulah orang yang enggan masuk syurga".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Sunday, August 30, 2015

Surah Fussilat : Verse 30 - 36

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...


Surah Fussilat, Verse 30:
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ

(As for) those who say: Our Lord is Allah, then continue in the right way, the angels descend upon them, saying: Fear not, nor be grieved, and receive good news of the garden which you were promised.

Surah Fussilat, Verse 31:
نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ

We are your guardians in this world's life and in the hereafter, and you shall have therein what your souls desire and you shall have therein what you ask for:

Surah Fussilat, Verse 32:
نُزُلًا مِّنْ غَفُورٍ رَّحِيمٍ

A provision from the Forgiving, the Merciful.

Surah Fussilat, Verse 33:
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

And who speaks better than he who calls to Allah while he himself does good, and says: I am surely of those who submit?


Surah Fussilat, Verse 34:
وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ

And not alike are the good and the evil. Repel (evil) with what is best, when lo! he between whom and you was enmity would be as if he were a warm friend.

Surah Fussilat, Verse 35:
وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ

And none are made to receive it but those who are patient, and none are made to receive it but those who have a mighty good fortune.

Surah Fussilat, Verse 36:
وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

And if an interference of the Shaitan should cause you mischief, seek refuge in Allah; surely He is the Hearing, the Knowing.

Saturday, August 29, 2015

My 2nd birthday gift for year 2015


Because of this pain ...
Right after they take off all the jarum n plaster etc...
I feel the nikmat of...
Ya Allah betapa nikmatnya dapat ambil wuduk dengan sempurna...
Ya Allah betapa nikmatnya dapat sujud dengan sempurna...
(Kalau tak sebab jarum dan plaster tu... aku terlupa nak appreciate nikmatnya ambik wuduk ... nikmatnya sujud dengan pergelangan tangan yang sempurna)

Sebab... when the plastic n jarum was there...
Ambil wuduk lalu kan air di tempat mana yang boleh...
Solat dan sujud seperti biasa tapi tapak tangan kanan ku tidak dapat ku tekapkan ke sejadah sebab pergelangan tangan tak boleh lipat - ada jarum... sakit nya ...
Innalillahiwainnailahirajiun....

Despite of all bad management by the hospital that might cause a death to patient ...
I thank Allah ... 
for giving me this chance to live ... 
Alhamdulillah...
I should not asked for more but to ask Allah forgiveness and to give me enough time to settle all my amanah, hutang, setelkan salah silap dengan orang etc.
This is 2nd time Allah send me this reminder... 
I should be prepared ...
My time is so much near ...
(Korang pun... kena bersedia)

Owh Allah thank you for the reminder.
Thank you for Your love towards me...
I shall now ... really really really need to think seriously about death...
Kadang kita rasa kita dah sedia ... tapi bila "ujian" tu betul2 datang...
Menggelabah...
Betul ke aku bersedia untuk "pulang"???

Ya Allah ...
Hidupkan aku dengan iman...
Matikan aku dengan iman ...
Masukkan aku ke syurga firdaus Mu dengan iman.
Ambil lah aku pulang dalam keadaan yang telah Kau ampunkan dosa-dosa ku dan telah ada tempat ku di syurga Mu...
Berilah aku kesudahan yang baik Ya Allah ...
Amin ya rabbal alamin...

p/s: to all doctors and nurse who take a very much good care of me ... may Allah rewards you the best... 
To those doctors n nurse who MAYBE accidently ignore me and almost cause a death ...
 i forgive u and please forgive me for scold u guys...

Afterall uols pun manusia biasa ...
Kesilapan pasti berlaku...
Cuma bila "bermain dengan nyawa manusia" ... ignorance n bad management might kill your patient...
Please be extra carefull ya ...

Thank you mama & ayah ... boy n shikeen... along... ecah ... for the helps given...
Maaf sebab susahkan...
Thank you to all yang sincerely keep me in your doa...
Jazakallahu khayr...
Semoga Allah sayang anda semua...
Insya Allah...

Above all... 
Alhamdulillah ...
Thank you Allah...

Be prepared ... 
Our time is sooooo much near ...


Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya.
Kembalilah kepada Tuhan mu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (disisi Tuhanmu)

Al-Fajr 89: 27-28


Monday, August 24, 2015

Manusia dan Harapan


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Dikongsikan petikan slot Pesona D'Zahra di Radio IKIM.fm (tarikh tak ingat) bersama Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin menyambung perbincangan mengenai Manusia dan Harapan
Artikel ini di cedok dari penulisan ruangan Agama di surat khabar Berita Harian.

(anda juga mungkin berminat untuk mempelajari SENI MEMAAFKAN di capaian INI)...

Semoga bermanfaat...

*********************************************************************
Seseorang hamba Allah SWT itu masih boleh terus melangkah dalam keadaan getir kerana didokong oleh harapan. Maka kerana itulah kita digalakkan berdoa dan memohon kepada Allah SWT supaya diberikan kebaikan dunia dan akhirat.

Menjadi lumrah bagi seseorang itu bersandarkan harapan yang diberikan oleh Allah SWT sebagai motivasi meneruskan kehidupan, namun ada dalam kalangan kita yang tertipu dengan menaruh harapan melalui bisikan syaitan.

Mengikut sejarah, manusia pertama disogokkan dengan harapan yang dibisikkan syaitan adalah Nabi Adam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua." (Surah al-A'raf, ayat 21).


Tiga jalan lupakan manusia kejar akhirat...

Kita perlu selalu sedar syaitan musuh yang sentiasa berusaha dengan muslihatnya menyesatkan dan memesongkan kita daripada jalan Allah SWT. 
Ustaz Muhamad berkongsi tiga jalan sering digunakan syaitan dalam usaha menawan hati manusia supaya berharap kepada dunia dan melupakan pencarian akhirat.

Tiga jalan itu ialah :
  1. mencari puas hati;
  2. ketenangan dengan jalan maksiat; dan 
  3. kaya dengan jalan bakhil. 
Raja Namrud contoh yang dapat kita lihat sebagai manusia dibisikkan untuk tidak merasa puas hati. Namrud dikuasai perasaan tidak puas hati yang meluap terhadap Nabi Ibrahim.
Dinyalakannya api yang luar biasa marak dengan tujuan mendera dan menzalimi Nabi Ibrahim sekeras-kerasnya bagi usaha mencari puas hati.

Dalam konteks hari ini, apabila rumah tangga dilanda badai, kekerasan dan helah digunakan bagi menyakiti pasangan bagi mendapatkan perasaan puas hati. Sedangkan semua tidak pernah berjaya memberikan ketenangan hakiki bagi mereka yang menurut bisikan syaitan.

Andai ketika bermuhasabah diri kita mengesan adanya sifat mazmumah, kembalilah kepada fitrah kemanusiaan iaitu mencari ubat hati. Lazimnya mereka yang menurut hawa nafsu dalam perbuatan akan hanya menyebabkan lebih banyak kekecewaan dalam kehidupan.
Islam mendidik umatnya bersabar dan Allah SWT menjanjikan darjat yang tinggi kepada orang yang sabar serta bersedia memaafkan orang yang berbuat kesalahan terhadap dirinya. Itulah yang dikatakan sebagai ubat hati.
Orang hatinya jauh daripada mengingati kekuasaan Allah SWT, tidak berpegang dengan panduan hidup yang dibekalkan kepadanya menerusi al-Quran dan jauh daripada mengamalkan panduan ditinggalkan Rasulullah SAW melalui hadisnya.

Hati kosong mudah dipengaruhi syaitan...

Ini mengakibatkan hati menjadi kosong dan sunyi, yang hanya memudahkan ia dipengaruhi oleh bisikan syaitan. Fikiran dipandu suara negatif akhirnya menyebabkan perbuatan yang tidak sesuai dengan syariat Islam.

Kesunyian dan kekosongan menyebabkan seseorang itu akan mencari-cari keseronokan atau hiburan dengan harapan untuk mengisi kehampaan akibat kesunyiannya. Tidak sedikit mereka yang mempunyai kedudukan atau pangkat tinggi, kelihatan zahir mempunyai kesempurnaan tetapi mencari ketenangan dengan jalan maksiat.

Mereka tercari-cari jalan untuk mengubat hati yang kosong dan tidak tenang. Ada yang mengambil dadah, minum arak, melanggan teman sosial, namun masih tidak membawa kepada ketenangan untuk mengisi hati yang kosong.

Orang dipengaruhi harapan daripada syaitan yang menjanjikan kekayaan itu datang dengan memiliki sifat bakhil dan kedekut. Mereka mempercayai sikap kedekut dan bakhil itulah yang menyebabkan mereka dapat mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya.

Rasulullah SAW bersabda: "Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (Riwayat Muslim).

Amalan memberi sedekah kepada yang memerlukan amat digalakkan dalam Islam. Perlu kita fahami, rezeki yang dikurniakan kepada seseorang itu adalah milik Allah SWT dan hanya pinjaman kepada hamba-Nya semata-mata.

Seseorang Muslim seharusnya tidak terlalu sayang kepada harta benda dan tidak terikat untuk membelanjakannya kepada perkara kebaikan. Kita perlu fahami setiap pemberian yang dikeluarkan untuk jalan kebaikan akan diganti oleh Allah Taala.

Sedekah juga tidak mengurangkan harta kerana Allah SWT sentiasa menambah keberkatan dan suburnya harta, atau ganjaran dijanjikan Allah di akhirat nanti akan menggantikan harta yang disedekahkan dengan berlipat ganda.

Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan manusia akan memperdaya hati serta fikiran seseorang supaya merasa berat mengeluarkan harta atau wang ringgitnya ke jalan sedekah dan infak. Mereka yang dipengaruhi bisikan ini akan diperhambakan dan disibukkan urusannya dengan mencari wang dan harta.

Walaupun mencari harta dan kekayaan digalakkan dalam Islam, tetapi ia perlu berlandaskan kepada usaha, ikhtiar dan seterusnya reda serta tawakal kepada Allah SWT atas pemberian-Nya. Harta dan rezeki seharusnya melapangkan dada dan bertujuan memberi khidmat kepada empunya harta itu.

Ia juga sebagai jalan kita memperoleh ganjaran pahala daripada Allah SWT dengan mengembalikan sebahagiannya ke jalan yang diredai-Nya. Usaha mencari rezeki adalah satu kewajipan manusia tetapi yang mengurniakan kekayaan itu adalah semata-mata urusan Allah SWT.

Waspada permainan syaitan...

Berwaspadalah dengan mengelakkan diri daripada dipermainkan syaitan yang mahukan manusia itu melupakan akhirat melalui jalan mencintai dunia. Allah SWT memerintahkan kita bukan mencari harta semata-mata tetapi juga mencari keberkatan.

Ustaz Muhamad memberikan tiga panduan dalam menilai keberkatan harta iaitu;

  • harta itu membawa kepada kebaikan, 
  • semakin berharta semakin tenang hatinya, 
  • harta itu mencukupkannya dan banyaknya menggembirakan seseorang.

Jika harta itu sering memberi kerunsingan hati dan selalu merasa tidak cukup, periksalah semula akan jalan masuknya harta itu dan bagaimana kita membelanjakannya. Berhati-hatilah dengan harapan yang kita pertaruhkan dalam hidup ini sama ada berlandaskan iman atau bisikan syaitan.

* Penulis ialah penyampai dan Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm


Thursday, August 20, 2015

K.E.B.E.R.K.A.T.A.N

“Itu tak berat awak kata? Itu beratlah. Tahu salah,.haram,tapi buat juga”
Berat memang berat. Tapi si pelaku masih sedar dia berbuat dosa. Jika ada peringatan atau keinsafan, ada harapan dia akan sedar lalu bertaubat atas dosa-dosanya. Tapi apa yang saya maksudkan sebelum ini lebih halus daripada itu.

“Maksud awak orang yang melakukannya tak sedar yang itu haram dan berdosa?”
“Ya. Lantas apa pun keadaannya dia tidak merasakan perbuatan itu satu dosa. Dia tidak akan bertaubat atas perbuatannya itu kerana beranggapan perbuatan itu tidak berdosa.”
“Cepatlah… apa dia?”
“Curi masa!”jawab saya pendek
Dia tergamam.
“Bayangkan, katalah kita bekerja dengan majikan kita – tak kiralah dengan pihak swasta atau kerajaan ataupun dengan syarikat kita sendiri tetapi bukan kita seorang yang memilikinya. Kita dibayar gaji untuk sebulan dengan tempoh jam tertentu sehari  untuk bekerja. Katalah 8 jam. Tetapi tidak semua tempoh 8 jam tu kita gunakan berkerja…kita buat kerja sampingan,tidur,mengular,mengulat dan macam-macam lagi.”

“Tapi sekarang kita kan ada punch card. Jika tidak masuk berkeja tepat pada waktunya,kita akan diambil tindakan. Mana boleh tak cukup masa.”
“Punch card hanya mampu mencatat waktu kita masuk bekerja, tetapi bolehkah ia mencatat waktu kita mula bekerja?” soal saya.
Dia menggelengkan kepala.

“Katalah kita masuk tepat jam 8 pagi. Tetapi kita hanya mula bekerja jam 8:15 pagi. Itu tak masuk lagi lepak-lepak di tempat minum, perbualan telefon yang berlarutan, kerja sampingan, konon kerja luar tapi melencong ke tempat lain.
Macam-macam cara orang curi masa.”

“Salah tu memang salah. Tapi biasalah…”
“Sebab tulah saya katakan tadi ini lebih halus dan lebih berat. Sebab kita kata biasalah. Sebenarnya biasa bagi kita, tetapi adakah itu biasa pada pandangan dan nilaian Allah?”

Dia menung seketika.

“Umar Ibn Aziz, padamkan lampu yang menggunakan minyak kerajaan apabila anaknya hendak bercakap soal keluarga. Umar al-Khattab, tak berani buat advance gajinya daru baitulmal bila dipersoalkan apakah ada jaminan yang dia akan hidup sampai cukup bulan untuk membayar wang advance yang didahulukan kepadanya?”
“Itu kisah orang besar…”
“Ya orang besar yang memandang soal kecil sebagai besar. Sepatutnya kita lebih-lebih lagi. Kita sebagai orang kecil sepatutnya kita lebih-lebih lagi. Kita sebagai orang kecil sepatutnya lebih memandang soal kecil sebagai besar.”
“Takkah kita sengaja membesar-besarkan perkara yang kecil?”

“Beginilah, sosej bersalut usus babi yang kita termakan, bukan sengaja. Setelah kita tahu, kita bertaubat. Taubat terus dengan Allah. Kita tak sengaja, kita tak tahu, atau kita tidak berhati-hati. Bukan itu maksud kita. InsyaAllah kita ana diampunkan, jika kita benar-benar menyesal. Itu dosa kita dengan Allah.”

Tapi dosa curi masa; sedangkan, gaji yang kita terima penuh, sedangkan pada hakikatnya kita tidak layak dibayar pada tempoh masa yang kita curi. Masa yang dicuri sekarang sudah bertukar jadi duit curi. Siapa punya duit yang kita curi tu? Kalau kerajaan, duit rakyat. Kalau swasta, semua pemegang modal atau saham. Katalah kita sedar dan hendak bertaubat, bukan mudah. Tak semudah termakan sosej haram, cukup dengan Allah. Tetapi ini kena minta halal dan maaf pada semua yang punya hak……….


Buku Nota Hati Seorang lelaki – Ustaz pahrol Mohd Juoi   http://genta-rasa.com/

Tuesday, August 18, 2015

My 1st birthday gift for year 2015



Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Me velanja orang untuk event ni.
Dan tiba2 hari ni ada orang velanja saya untuk event ni pulak...
Masya Allah...
Alhamdulillah...
Since dis event will be a day b4 sis nohas birthday and a day b4 my birthday ...
Lets just say this as my birthday gift in advance ...

Jazakillah khayr sister yonna...
May Allah bless u for velanja me the tix for this conference...

Actually yonna cannot make it for this event since she need to volunteer for ilm fest.
I want to buy her tix 
(sbb yonna bli at rm100 je - super early price)...
Deal with her since last week... n today she asked "huda sudi tak nak terima kalau yonna belanja"...

Opocot... torkojut den.
Yonna ni aku tak kenal pun...
Rilex je velanja aku kan...
#dejavoo

Hihihi.. jadi jgn takut velanja orang yang kita tak kenal... yang penting niat ikhlas...
Satu hari Allah akan balas dan ganti dengan lebih baik ... tidak di sini... pasti "di sana" kelak ada habuannya buat kita...

Put your trust on Allah.
Alhamdulillah... thank you Allah...

Jazakillah khayr yonna...
May Allah bless you...

Dan ... untuk awak2 semua... jom pergi conference ni...
The Daily Reminder conference.
29&30 Aug 2015 
@PICC malaysia...

Loves@nhhas ...


Thursday, August 13, 2015

Jagung segar menyerang Putrajaya

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Adalah dilaporkan... kami diserang oleh jagung segar dari ladang.... jagung gred AA yang dipetik dari ladang terus dihantar ke putrajaya ... 
Walaupun aku bukan peminat jagung... tapi melihatkan jagung berisi penuh segar bugar ni.... dari tak minat pun terus order.... 


2 hengget setongkol....
Manis dan sangat sedap.
#cikManisahLesing


Kawan zoom pulak macam ni...
Oowh kena order... kena order...
JM... nak tak? 
Saya hantar kat JM kalau nak...

Dan sifat aku ialah... barang baik tak reti jamah sorang2... aku open order kat jiran dan kawan-kawan tx...
 (geng jepun juai mahal... orang jepun x makan jagung ke... fuyooo...)

Hasilnya...
Kereta ku sudah boleh dibuat carboot sale jagung...
Kereta ku dah berbau perfume jagung.
Hihihi...

Ni dah order for second time...
Yang pandainya...
Aku order kan untuk rakan dan jiran... aku lupa order untuk diri sendiri...
Owh lawak apakah ini...
Nak nanges rasa...
Haha... last-last rakan yang jual jagung ni bagi aku free seplastik besar...
Masya Allah... alhamdulillah.
Tengs kak sue... sayang kamu banyak-banyak...

(Kak sue... senior di office sedang cuti belajar. Yang empunya ladang jagung tu orang kampung /sedara beliau di kampung di N9)...

Kami order punya order ... umah kak sue di penuhi 500 tongkol jagung at one time...

Mau nanges dia... haha....
Legend lah ko kak...
Masterji jagung pulak...


Ni baru 100 tongkol...
500 ???
Haha... sib baik tak kena rush ngan BPH.

Ni jagung yang jiran aku beli.

Dia anta aku gambar jagung rebus je.
Haha...

Ni jiran sebelah rumah masak...
Dia bagi aku sepiring...
Alhamdulillah... macih maisara...
Sebab aku tak rebus jagung.
Aku buat menu lain.

OKAY...
ini menu bubur jagung ku....

Bahan - bahannya ialah ...
Jagung... haha... kalau ko letak durian dia tak jadi bubur jagung ye... sila faham...

Aku buh sagu sikit 
(hasil pow dari jiran - tengs kak uda ... ) 
Kak uda ni kalau boleh seisi dapur dia nak bagi kat aku ... tak payah aku g kedai.
Aku nak beli sagu tu... sungguh2 dia suruh ambik kat umah dia... hadoiii... dannn aku g kedai ... betul2 sagu tak ada... haha...
Kak uda gelak kan aku... hihihi... katanya dia suruh kedai tu sorok dari aku... 
Hihihihi....

Aku guna fresh milk...
Tak guna santan... tak guna susu ideal.
Reason..."healthy life style konon"...
Pastu kena bebel ngan makcik aku...
"Ko ni merosakkan resepi asli. ish ish ish".

Buh gula... garam secukup rasa... dan daun pandan ... 


Tadaaaaa .... dah siap....
Bawak office .... selamat ... 


Loves ... @nhhas

Tuesday, August 11, 2015

Kemaskini kehidupan...

#iLoveMalaysia
#sehatiSejiwa

Al-fatihah.....

p/s: bila hati terkenang ... hanya doa yang mampu dititipkan... semoga Allah memelihara kita semua dunia dan akhirat... insya Allah....

Happy Birthday Malaysia...
Happy Birthday Tanah Melayu...

@----/---

Assalamualaikum wbt...

04.09.2014 = 09.11.1435H...

Banyak yang berlaku... banyak yang mahu dicatat... banyak yang mahu diingat... tapi tidak banyak yang mampu diperbuat.
Perjalanan masa terlalu pantas berlalu meninggalkan kita.  Terasa baru sangat mendengar amanat tahun baru dari inchi boss YAB NAR... ne dah sampai ogos... dengar pula amanat merdeka inchi boss.
Tapi iya ke dengar? ke saya biarkan tv tu bercakap sendiri? Hihihihi...
BTW.. ini 3 amanat merdeka inchi boss...




Hmmmm... dalam meniti 57 tahun kemerdekaan negara malaysia yang tercinta ... tahun 2014 pasti mencatat kenangan yang tidak mungkin luput dari ingatan saya... selagi mana Allah mengizinkan memori saya terus menyimpannya kemas di kotak sereblum, serebrum dan sel-sel medula oblongata saya...

Terlalu banyak... sama ada yang personal mahupun yang bersifat nasional.

Untuk catatan kali ini... saya mahu rekodkan ibrah yang saya rasa berdasar beberapa peristiwa terutamanya peperangan di palestin dan isu MH 370 dan MH17 yang merupakan isu kemanusiaan... Isu kekejaman dan hilangnya sifat peri kemanusiaan dihati mereka yang bernama manusia yang lupa akan fungsi kejadiaan mereka di bumi Allah adalah sebagai khalifah dan mentaati perintah Allah...

Jujur saya katakan... tatkala membaca, mendengar dan mengikuti perkembangan MH370, ketika itu saya sudah berasakan ada tangan2 jahat yang merencana dan melakukannya. tapi siapa saya manusia kerdil yang hanya mampu mendapatkan sumber yang terbatas untuk dicantum-cantum menjadi teori dan telahan sendiri?  Tetapi ketika itu saya masih tidak takut untuk 'terbang'...  

Tetapi tatkala pagi jumaat 18 Julai 2014 (sbb dapat berita ikut waktu malaysia)... menerima hebahan melalui aplikasi W.A menyatakan satu lagi MH ditembak jatuh...dan rakan sempat memanjangkan rakaman di mana kapal terbang itu jatuh terhempas dan mayat mangsa bergelimpangan... passport yang ditunjuk dan yang paling membuatkan air mata saya mengalir deras di pagi jumaat penghulu segala hari itu apabila melihat cebisan rangka wing MAS yang terpampang logo MAS jatuh terbakar dalam bentuk serpihan... (tatkala menaip di papan kekunci ini juga air mata saya masih mengalir)... saya memandang itu sebagai maruah negara saya yang ditembak jatuh... yang dianiaya ... yang dipijak-pijak oleh manusia yang suara hati saya memang menyumpah-nyumpah dia sepanjang pagi itu... 

Memang saya doakan sepenuh hati agar orang yang membuar onar dan aniaya kepada negara saya itu dilaknat Allah... diberi hukuman yang setimpal dengannya... terlalu jahat.. terlalu kejam....




Be it whatever nonsense reasons... theory and conspiracy highlighted... pembohongan yang diketengahkan... kebenaran yang disembunyikan... Semoga Allah menghukum mereka yang berniat jahat kepada rakyat dan negara saya dihukum dengan setimpalnya.  
Semoga waris yang ditinggalkan mendapat pembelaan yang sewajarnya...

Jujur saya amat sakit hati dengan penganiayaan yang mereka cuba lakukan kepada rakyat dan negara saya... melihat lambang MAS yang berkecai itu... bagi saya itu maruah negara saya... kenapa "dipijak2" begitu... jahatnya kamu wahai si penjenayah...

Peristiwa MH17 juga sebenarnya buat saya sedikit gentar untuk 'terbang' pada mulanya. Lebih menakutkan, penerbangan adik yang dikasihi pada 2 Ogos juga menaiki MAS (Alhamdulillah... ketika entri ini ditulis, adek telah selamat sampai ke destinasi)...



Namun.... Allahuakbar... Maha Suci Allah yang tidak membiarkan saya hanyut dalam kemarahan dengan apa yang berlaku... tatkala mendengar peringatan-peringatan yang diberikan menerusi tadabur dengan kalam Allah (maklumlah bulan Ramadhan)... memberi hati ini ketenangan dan kekuatan serta keyakinan kepada hikmah yang Allah nak beri...

Di darat, dilaut, juga di udara... jika Allah nak ambil kita pulang... dimana jua pasti itu boleh berlaku dan akan berlaku... Usahlah kita bimbang nak naik kapal terbang lagi...

Justeru, saya akan tetap menyokong penerbangan negara saya...

Jauh didasar hati... saya cemburu juga dengan mereka yang terpilih itu...

 Allah ambil mereka pada hari jumaat... dalam bulan puasa... dianiaya orang... dan ada dikalangan mereka sedang dalam perjalanan orang yang menuntut ilmu... orang yang sedang mahu menghubungkan silaturrahim...

Allahuakbar... Benarlah... hikmah di sebalik sesuatu musibah itu berbeza kepada setiap individu...

Ketika berlaku sesuatu musibah... bukan semua nya membawa kepada keburukan... Mungkin dikalangan mereka yang "pergi itu"... adalah orang yang baru sahaja taubatnya diterima Allah... lantas perginya dalam keadaan yang bersih diampunkan dosanya oleh Allah...

Namun ada juga dalam musibah yang sama itu... ... mungkin dikalangan mereka yang "pergi itu"... adalah orang yang baru sahaja berbuat maksiat kepada Allah... lantas perginya dalam keadaan penuh kemurkaan Allah...

I'm not only referring to MH, but it can be in any situation ... accident, kebakaran banjir, hatta tsunami besar yang berlaku di acheh dan jepun sidikit masa lalu... Mungkin ketika tsunami itu berlaku ada hamba Nya yang sedang bersujud kepada Nya, lantas nyawanya diambil dalam keadaan bersujud kepada Allah... Allahuakbar...

Maka, benarlah ... kejadian  yang sama tetapi natijahnya berbeza bergantung kepada amalan seseorang itu ketika hayatnya... bergantung kepada rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita hamba Nya...

Jangan putus asa terhadap rahmat dan kasih sayang Allah... sebab rahmat dan kasih sayang Allah mengatasi kemurkaan Nya.

The help of Allah is very near...  

Lagi hikmah yang saya telusuri dan pelajari daripada nahas MH17 tempoh hari... tatkala melihat ulasan2 keluarga dan sahabat yang ditinggalkan... betapa sedihnya mereka kerana tidak dapat lagi bersama dan berjumpa dengan orang2 yang mereka sayang... lebih-lebih lagi bagi yang dalam perjalanan pulang untuk berhari raya setelah sekian lama tidak berjumpa... Allah... pasti  kesedihan dan kepedihan serta kerinduan yang di rasai seolah-olah tidak tertanggung ...

Tiba-tiba... ianya membuatkan saya terfikir... Bukankah dunia ini memang sifatnya sementara... kita takkan selamanya dapat bersama orang-orang yang kita sayang didunia ini... tapi diakhirat yang kekal abadi - peluang masih ada...
Bukankah lebih menyedihkan jika kita tidak dapat bersama buat selamanya dengan orang-orang yang kita sayang ketika di akhirat kelak... Allahuakbar...itu benar-benar menyedihkan dan menakutkan...  

Tatkala terkenangkan hakikat ini, air mata saya lebih deras mengalir... hati saya begitu bimbang apakah saya juga dapat bertemu dan bersama-sama dengan orang-orang yang saya cintai dan kasihi ketika hayat saya...

Adakah saya dapat bersama di syurga firdaus bersama ahli keluarga sahabat handai dan mereka yang saya sayang didunia ini?

Adakah dapat saya bersama-sama Rasulullah s.a.w nanti... Allahuakbar...

Hakikat itu lebih sedih dan pedih... dan lebih menakutkan...
Lantas saya membuat checklist... Allah... banyaknya yang masih perlu hamba Mu ini lakukan... masih banyak yang kami sekeluarga perlu lakukan... supaya kami bukan sahaja bersama dan berkasih sayang ketika di dunia... bahkan turut bersama dalam cinta dan kasih sayang hingga ke syurga firdaus Mu Ya Allah...

Ayuh... dalam baki masa yang Allah pinjamkan ini... 
kita pimpin tangan anak-anak kita... pasangan kita... ayah ibu kita ... dan semua yang kita sayang ...
agar tetap berada pada jalan yang benar yang Allah perintahkan ... 
yang Allah redha... 
beramalan dengan amalan yang benar... 
jaga solat... jaga amanah... jaga tutur kata dan tingkah laku kita...
jaga semuanya...
 saling ingat-mengingati kepada diri kita dan orang2 yang kita sayang agar "keep on track" sebab kita mahu bersama dengan mereka semua sampai syurga firdaus... Insya Allah...

Tidak kira siapa yang akan dijemput dahulu...  ayuh kita persiapkan diri kita sekeluarga supaya kita dapat bercinta, bersama dan berkasih sayang sampai ke syurga firdaus... Insya Allah...

Kerana.... mati itu pasti... setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati....

Dan bagi yang masih Allah pinjamkan nikmat usia ini... jom lah hidup dalam berkasih sayang dan menghargai orang-orang disekeliling kita...
Sesungguhnya... masa untuk "pulang" semakin menghampiri... 
Semoga kita semua pulang dalam husnul khatimah... Insya Allah...



Al-Fatihah buat semua mangsa MH17, MH370 dan semua muslimin muslimat yang telah kembali kepada Nya...





Sekadar itu... selamat hari merdeka... malaysia ku yang tercinta...

...dan selamat ulang tahun untuk saya juga... (*_*)
Terima kasih Allah... atas nikmat usia, iman dan semua yang Allah kurnia... Semoga diri ini menjadi hamba Mu yang bertaqwa dan bersyukur sentiasa...Insya Allah...

loves... nhhas....

nota : Ditinggalkan untuk kenang-kenagan....

Ada dikalangan rakyat malaysia yang menjadi mangsa MH17 itu ada kena mengena dengan orang-orang yang saya kenal rapat ...

1. Allahyarham Mohd Ali Md Salim - rakan kepada salah seorang boss saya yang juga sedang menyiapkan phd beliau di Netherland.  Boss saya ne, baru sahaja pulang ke Netherland tempoh hari dan sempat kembali ke Malaysia beberapa hari sebelum ramadhan... dan katanya sempatlah berjumpa dan bershopping dengan arwah.

2. Elisabeth Ng Lyeti - merupakan rakan kepada sahabat baik saya yang sedang menyambung master di UM... kata best fren saya itu... "dia bukan setakat rakan sekelas weih... dia kawan baik aku... dia group study aku... before dia g belanda tu, kiteorang final exam weih... aku siap p lepak mandi kat umah dia sebab umah dia dekat sikit... dia teman aku study sampai lewat malam... kalau aku ngantok tertidur, dia yang kejutkan aku untuk solat... sebelum dia balik malaysia dia txt aku... and cakap "i sampai nnt u dah habis sahur... petang nnt i temankan u berbuka puasa"... dia siap pesan kat aku raya nnt buatkan dia kuih sampan yang ada ceri tu... sedih betul aku weih.... mujur aku tinggal thesis jer, kalau aku ada paper lagi, aku tak sure aku boleh kuat untuk study atau tidak.... "
* okay yang ne paling sedih lah... sebab my best fren ne cerita sendiri kat saya ketika kami balik ke kampung bersama-sama semasa cuti merdeka yang lalu and share picture with mendiang pada hari2 akhir mereka bersama*.

3. Allahyarham Muhamad Firdaus bin Abdul Rahim... super junior di teluk intan. i don't know him. but arwah kawan kepada adek kawan baik saya ... jenazah turut di sembahyangkan di masjid berdekatan dengan rumah saya...

4. Shaliza Zaini - my auntie said she is anak ex boss my auntie... my auntie melihat dia membesar since she was a kid... so masa i dengar my auntie membuat sesi luahan perasaan tu... sedih betul dia... cerita-cerita yang dikongsikan yang saya kira off de record itu lebih baik...

5. Elaine Teoh - emak beliau adalah jiran my auntie yang sama seperti di no. 4 di atas. Juga ada cerita-cerita yang dikongsikan yang saya kira off de record itu lebih baik...




Monday, August 10, 2015

Jom Raya - TerimaKasih Blogger Nor Azimah


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...
Fuhhh... Hujung minggu yang hectic ... busy is part of my life already since pass 6 years living here being here and being me ehhhh (apa aku mengarut ni)...hahahaha...

Macam mana nak mula ya ... hahahaha.... Segala - galanya bermula apabila saya secara berseloroh menyapa Kak Azi di entri ini ... Perihal kak azi sekeluarga yang banyak nau makanan nya sampai katanya nasik dagang beliau tak dijamah ... ku jawab... kau biar betul kak... nasi dagang tak laku ... sungguh tak patut mereka melepaskan kesedapan itu... hihihi... Dengan nada berseloroh nya ku sapa 

"What... x de org pandang nasi dagang akak...
Owh mai... 
akk patut bg sy....
Sy ni nama nya nasik bin makanan mmg faveret all the tyme...
Umah sy tyme raya xde nasik..."

Atas faktor tak malunya aku - hahahaha... kAk Azi dengan sepenuh hati nya menjemput aku Beraya ke rumahnya untuk makan nasik dagang ... huhuhuhu.. ku ingat kan main-main aje.. tapi kak azi begitu bersungguh... Sungguh lah aku rasa bersalah tahu... ada pulak boleh main order2... hihihihi...
Tapi aku memang eksited nak jumpa kak azie juga... hihihihi... 

Arrangement made ... 9 August 2015 (24 Syawal 1436H) - yeah thats de date ...
Ku ajak Kak Yus untuk teman... Mucho gracias kakak sebab selalu teman saya buat misi atas jalan pelik2 ... Haritu kak yus teman ku ke Taiping ada kenduri ... Kak Yus ni memang always penyelamat lah... Aku lepak rumah kak yus dari pukul 10 pagi - tunggu kak yus buat biskut suji ... hahahah.. dia buat, aku tukang makan.. siyesly aku dok tepi oven menjaga oven (tapi sebenarnya makan je lebih), sementara tunggu kak yus bersiap... makan punya makan punya makan... ehhh kak yus buat suji ni ada event apa2 ke... selamba yaya betul aku membedalnya... (#aku dan makanan berpisah tiada... hahaha) ... terus stop... hahahaha... 


Kak yus ni memang suka masak, tapi tak suka makan... dia cepat kenyang.. tapi hobi dia masak... dulu dia jiran aku ... ngam lah. dia suka masak, aku suka makan. hahahaha... bila kak yus naik pangkat - tukar ke JB; 2 tahun (hilang tempat aku nak lepak)... pastu bila tukar balik ke putrajaya - dah tak dapat kuarters - Q nyer panjang... maka kak yus menyewa di kawasan lain... 

Nak citernya ... disebabkan kawasan rumah kak yus tu dah dekat kalau kita lalu area bangi lama (jalan dalam - maka pakcik waze pun memimpin lah kami ke rumah kak azi)... sampai naik mereng pak cik waze tu - sampai kiteorang dah di bawak masuk plkn, masuk hutan, silap tak terjun gaung je lagi ... 
hampeh betul waze ni... hahaha.. tapi memang jalan2 yang kiteorang lalu semalam memang win lah... kampung habis ... seriously best sebab sejuk je... tak jammed. Cuma nya tak ada signboard langsung...panik jugak...  bergantung sungguh dengan si pakcik waze ni yang bak kata bos aku sesat lagi menyesatkan... hahahaha... last2, kiteorang berenti kat ada satu umah kampung ni, diaorang tengah buat preparation untuk sambutan birthday anak dia (lupa pulak nak bagi duit raya kat baby tu) ...
Aku pun tros stop and tanya direction sebelum si waze ni bawak aku terjun gaung lagi... Hahahaha...

Apa-apa pun alhamdulillah selamat sampai ke rumah kak azi... dengan LEWAT nya... segan aku weih... hahahaha... (#aku dan sesat jalan berpisah tiada)...

Semalam dah berkenalan dah dengan Umar Zikri  - tabung UZ comel tau... sonok sakat dia kira duit raya ... hahahaha ... 
UZ sangat comel ok... nadrah dan abangnya (lupa nama) sangat lah comel dan baik juga...nadrah dah rupa wakil rakyat menyiasat punca kebakaran... hahahaha comel tau nadrah...
u kids are awesome... nanti jumpa lagi ye... Insya Allah... 

JAZAKILLAH KHAYR kak azi sekeluarga yang menjamu saya dengan makanan yang super lazat - masya Allah - tabrakallah - nasik dagang, bubur jagung, makaroni, tembikai, apam bunga ros... apa lagi ... cer kabo... banyak weih, tapi aku tak lah buat perangai ambik gambo satu-satu ... masih tahu malu di rumah orang, masih kenal adab bertamu Insya Allah. 

Sudah lah dijamu sesedap sedapnya... Ditapau lagi bak ang... so aku sajikan gambo yang ditapau lah yer... hihihihi ... ambik gambo kat umah sendiri idak ler malu bebeno. hihihi...


Kol 10 malam makan 2nd round nasik dagang... 
sambil buat agar-agar pelik kat dapur.

ngan tangan bernasik - nak juga bergambar tu.. haishhh...
UZ jeling2 kak acik huda. hahahaha...
Nadrah - ngelat ambik gambar jadi video, last2 abangnya yang tolong ambikkan. boleh nadrah join ambik gambar sekali... hihihihi...


On the way balik dari rumah kak azi, kiteorang masih lalu jalan lama yang mencabar tu sebab jalan nak ke Highway LEKAS tu jammed... huhuhuhu.  Daaaaan..... kiteorang jumpa durian untuk dibeli ditengah jalan... sedaaaappppnya. ... terus singgah dan beli...
Misi di rumah kak yus, buat pulut dan bubur durian... nyum nyum ...


Buat kedua-dua kekanda yang dikasihi - Kak azi dan kak yus... semoga Allah murahkan rezeki yang halal dan berkat buat kalian, dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat, Insya Allah. Semoga ukhuwah kita sampai jannah ya... Sayang korang banyak-banyak... from earth to de moon, pluoto, marikh andromeda seluruh jajahan cakerawala and comeback to earth... MMMMuuuuuuahhhhhh...

Sampai bertemu lagi - insya Allah ...

Loves @nhhas ....