Pages

Monday, August 31, 2015

The Daily Reminder 1 : Jangan Bazirkan Masa dan Usia Kita

16 Zulkaedah 1436H
31 Ogos 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ  ٱللَّهِ  ٱلرَّحْمَـنِ  ٱلرَّحِيم

Apakah Perkara2 Yang Melalaikan, Menghiburkan & Pembaziran?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
(Luqman: 6)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ ، وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ " . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Berdoalah kepada Allah dalam keadaan engkau yakin akan diterima. Ketahuilah, Allah tidak akan memakbulkan doa daripada hati yang lalai".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Tipu Daya Syaitan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۖ وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ الْغَرُورُ

Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
(Fathir: 5-6)

Sabda Nabi SAW:

إن من الناس مفاتيح للخير مغاليق للشر وإن من الناس مفاتيح للشر مغاليق للخير فطوبى لمن جعل الله مفاتيح الخير على يديه وويل لمن جعل الله مفاتيح الشر على يديه

"Dari kalangan manusia ada yang menjadi kunci kebaikan dan penutup serta penghalang kepada kejahatan. Dan ada pula yang menjadi kunci kejahatan dan penutup kebaikan, bergembiralah bagi sesiapa yang dijadikan oleh Allah sebagai kunci kebaikan di tangannya, dan celakalah mereka yang kunci kejahatan di tangannya".
(Hadith Riwayat Ibn Majah)

كل أمتى يدخلون الجنة إلا من أبى_ قيل ومن يأبى يا رسول الله ؟ قال: من أطا عنى دخل الجنة ، ومن عصانى فقد أبى.
رواه البخارى عن أبى هريرة.

“Semua ummatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Ditanya orang: Siapakah yang enggan masuk syurga ya Rasulullah? Berkata Nabi: Orang yang mentaati aku, itulah orang yang akan masuk syurga dan orang menderhakai aku maka sesungguhnya itulah orang yang enggan masuk syurga".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

4 comments:

  1. Huda sayang!!! selamat hari lahir semoga ceria2 selalu dan bertambah amalan yg baik ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah... Allahumma aamiin.

      Semoga Allah merahmati SJM juga... insya Allah

      Delete
  2. Kekuatan dlm diri perlu ada utk menangani tipu daya syaitan. Kita yg lemah ni cepat je terjebak.

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)