Pages

Tuesday, September 22, 2015

Jom Kenali Ubat Anda ... Jawapan kepada Q&A CARA-CARA SIMPAN UBAT

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hyde Odie... Waaa... sangat touching mouching dengan sokongan korang untuk kempen hidup sihat #KnowYourMedicine  yang dianjurkan sebelum ini... Kepada SEMUA yang menyertai JOM BERKENALAN ... Bukan pemenang yang ku cari ... Hanya sekadar ingin berkongsi secebis info yang ku perolehi ... Semoga ianya mendatangkan manfaat buat kalian dan mereka-mereka yang berada di persekitaran kalian - rakan, family, officemate, housemate, dan mate yang lain-lainnya...

thanx sis farah  dan kakak kembar - sis nohas  - sebab participate actively in your blog to create awareness among your readers ...
Terima kasih buat semua yang bagi jawapan, dan berkongsi pandangan, yang jadi rakan blogger picisan ni... terharu ... sob sob sob ... 

Tengs Sis BW, my dear SSS, Puan Wawa de vitamin lady,  Cik Ash de purple lady, Zafirah, Cikgu Etuza, kak Azie, sis Yaya Ismail, Sis Nora Karim, sis Qaseh Abadi, sis ros reeza, Sis JM, Sis Deanne Morni,  mummy julia, kak zakie, angah dan semua yang menyertai ... maaf tak dapat nak hyperlink semua ... sebab saya bersiaran dari hospital dan henfon yang terbalik ... hahahaha... bosan - bosan menunggu baca jawapan korang memang menghiburkan ... jom hi-5 sep sep ... jawapan kita cam sama jer... makna nya itulah pemikiran kita rakyat malaysia sebenarnya kan kan kan ... hihihih ...  I saw comment from my dear sister penyelaras duta kenali ubat anda bagi negeri selangor Sis Baiti, in my comment box. ... Thank my dear sister ... gigih menaip jawapan .. hihihih

So untuk itu ... ini lah jawapan - jawapannya ... i paste them here... dan siri #KnowYOurMedicine ni akan bersambung setelah saya berjaya melarikan diri dari hospital nanti ya... hahahaha ... wish me luck and good health everybody ...

JAWAPAN SOALAN BETUL ATAU SALAH - CARA-CARA SIMPAN UBAT MASYARAKAT MALAYSIA ...

Jawapan picture 4 tu hahaha... kita semua beri jawapan yang salah ... termasuk lah saya... sebab kita tak tau itu kotak insulin kan .... kak farah je perasan tu kotak insulin... hihi...

p/s : kalau rasa ianya bermanfaat ... please share... 

Jadi...jawapan yang betul mengikut piawaian pharmacist ialah...jeng-jeng:


picture 1; ubat yang dibiarkan dalam sampul bersama label adalah BETUL. Tetapi ubat yang dah siap asing dalam pillbox adalah SALAH. Dulu pegawai farmasi memang galakkan pakai pillbox tetapi kita perhatiikan banyak keburukan guna pillbox. eg; ubat terdedah kepada kelembapan which will compromise its stability & ubat yang berlainan jenis dibiarkan dalam 1 bekas dalam mudah berinteraksi antara satu sama lain. This eventually will reduce its efficacy. makan ubat pun tak optimized. 

picture 2: ini contoh yang BETUL ubat dibiarkan dalam sampul bersama label yang dah lengkap dengan info asas ubat tu. Jadi akan kurangkan medication errors; konsep 5B- pesakit yang BETUL. ubat yang BETUL. dos yang BETUL. cara pengambilan yang BETUL. masa yang BETUL.

picture 3: ni contoh pesakit yang sangat bagus & BETUL. Sepatutnya as a child, we should assist our parents to store medications properly. Sometimes elderly tend to consume wrong medications. ini common scenario yang kami jumpa dengan pesakit tua di hospital & klinik kesihatan.

picture 4: gambar ini sangat sangat SALAH. ubat yang dalam kotak2 tu sebenarnya stok insulin. ubat insulin yang belum guna sepatutnya kena simpan dalam peti sejuk sebab kalau simpan dalam suhu bilik akan tahan selama 1 bulan sahaja. insulin sanagat sensitif kepada suhu. sesiapa pernah belajar sains boleh kaitkan dengan struktur protein yang akan denatured jika suhu tidak sesuai. insulin ni guna untuk kawal gula pesakit kencing manis. yang kotak biru tu sebenarnya pen insulin yang guna untuk cucuk insulin ke dalam badan kami jumpa ramai pesakit yang tak faham cara penggunaan & simpan insulin yang betul. this is one of biggest challenge for pharmacists. ni mungkin sebab pesakit2 kencing manis ni biasanya orang tua. too many info during counseling session. jadi, farmasi pun banyak terima insulin2 yang tak dapat digunakan lagi yang sangat2 waste of money =(

picture 5: kotak insulin tu betul dah letak dalam peti sejuk tapi sebab pesakit ni letak kat pintu peti sejuk kita bagi SALAH untuk caranya. kalau letak di pintu peti sejuk, insulin ni akan terdedah kepada perubahan suhu bila kita buka & tutup pintu tu...yang paling bagus letak insulin di bahagian dalam peti sejuk..tempat yang kita biasa letak2 tupperware.

Picture NO. 6 ; yang macam pencil box biru tu adalah pen insulin...kesian makcik ni sepatutnya pen insulin tak perlu simpan dalam peti sejuk... boleh letak pada suhu bilik & jauh dari kanak-kanak ye..kan ada pulak cucu bawa pergi sekolah pen insulin tu...pernah ada pesakit datang bawa pen cakap pen rosak walaupun baru je pakai...bila selidik rupanya pak cik tu letak dalam peti sejuk. dalam pen ada ada skru & tiny parts yang dibuat dari besi. jadi bila terdedah kepada suhu yang ekstrem...macam konsep pengembangan & pengecutan akhirnya kan buat pen jadi rosak sebab mekanisme dia dah rosak...

picture 7 dan 8: pesakit ni pun sngat-sangat BAGUS. saya bagi 5 bintang *****

picture 9: ni la bentuk ubat insulin dalam cartridge. pesakit ni saya rasa dia keluarkan cartridge once dia dah guna. sebenarnya cara ini SALAH. ini kerana cartridge insulin ni akan terdedah kepada udara yang mana terdedah kepada bakteria. Ingat, insulin ni akan msuk directluy kedalam badan...jadi kita perlu pastikan cartridge yang dah guna perlu sentiasa ada dalam pen insulin. boleh buka once insulin dalam cartridge dah haBIS. selalunya 1 cartridge insulin ada 300 unit, average pesakit guna yang basal insulin hanya kurang dari 10 unit sekali sehari. Jadi 1 cartridge boleh tahan sampai sebulan. 

p/s: banyak lagi info dah bagi...huhu..

Semoga bermanfaat ya ... sementara menantikan entri akan datang - kalau rajin ... ziarah lah web ni ... KNOW YOUR MEDICINE (KENALI UBAT ANDA)

@LovesNHHas

p/s: bagi yang rasa dia gigih jawab dan wajar dapat hadiah... sila emel kan nama alamat dan henfon... insya Allah nanti saya poskan .... INSYA ALLAH ... 
Sebab nak cari yang jawab betul semua macam tak ada je... hahaha...
reallife.nhhas@gmail.com

32 comments:

  1. syukran diatas pencerahan..maknanya tak yah letak dlm pillbox..letak dlm sampul ubat je..hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah... sy pun tgk tu dia kata salah... tergezut gak.
      Sepenuh yakin jawab BETUL... hihihi

      Delete
    2. tk sangka ye..selama ni ingat pill box tu solution terbaik

      Delete
  2. alaaaaaa....bru igt nk tlg jwb hrni...tp sempat jugak la tumpang jawapan dr SS..aci x?? hehehe

    simpan ubat cara yg salah boleh menyebabkan ubat rosak dan mgkin ada kesan sampingan...so kena simpan elok2....sy pun suka simpan ubat sekali dgn label...senang nk kesan ubat apa...takut silap mkn ubat....haru tuhhhh

    ReplyDelete
  3. masuk dlm container bertingkat kecik tu nampak cantik tapi tak sesuailah pulak ye. Patutlah doktor biasa bagi kita dlm sealed pack comel-comel. Ikut ajelah ye.

    Apa pun nice sharing sebab jarang info begini dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Container bertingkat mcm laci tu okay kak.
      Yang tak okay pillbox yg ada DAY tu ..
      Sbb dlm tu bercampur2 ubat semua jenis dah bukak sarung nya..
      Nnt ubat2 tu berkawan "sblm waktu nya"... hihi

      Delete
  4. Salam..hehe..tertinggal pulak 1 gambar...PICTURE NO. 6- yang macam pencil box biru tu adalah pen insulin...kesian makcik ni sepatutnya pen insulin tak perlu simpan dalam peti sejuk...boleh letak pada suhu bilik & jauh dari kanak-kanak ye..kan ada pulak cucu bawa pergi sekolah pen insulin tu...pernah ada pesakit datang bawa pen cakap pen rosak walaupun baru je pakai...bila selidik rupanya pak cik tu letak dalam peti sejuk. dalam pen ada ada skru & tiny parts yang dibuat dari besi. jadi bila terdedah kepada suhu yang ekstrem...macam konsep pengembangan & pengecutan akhirnya kan buat pen jadi rosak sebab mekanisme dia dah rosak...wallahua'lam...harap tak de lagi yg tertinggal =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih baiti... jasa mu ku kenang... sbb tolong buat skema jawapan...

      Delete
  5. Saya rasa saya terbalik label 7 dan 8 tu... tp since jawapan dia sama... kira halal lh ye... hihi

    ReplyDelete
  6. Erkk..saya sllu ltk dlm pillbox supplement tu kalau blk kg...mmgla sbb terkena udara.huhuhu..

    Salam perkenalan..1st time dtg sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... sy jarang makan ubat... hihi.
      Pillbox tu parents saya guna...
      Dan ramai officemate guna utk ltk vitamin.

      Delete
  7. betul semua sangkaan (dalam hati :p) ... kecuali yang bab insulin tu satu apa pun tak tahu langsung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lah ok... dlm hati pun d ambil kira...

      Meh emel kn alamat ... nnt kita bg ole2 ... with love froM REAL LIFE IS REAL... Hihi

      Delete
  8. nice sharing huda ... nanti akan share juga la :)

    ReplyDelete
  9. Salam Aidiladha Huda... nanti bila free emailkan alamat kay Klik Sini

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Ceh... mn ada salah semua...
      Hihi... ada yang betul kanda ss

      Delete
    2. SS jawap pakai toyol... he he he...

      Delete
  11. Replies
    1. Alhamdulillah .. panjang2 kan... semoga bermanfaat.. insya Allah

      Delete
  12. Info dan panduan yang menarik ni....ubatan yang bersepat tak disimpan mengikut sampul dan label dia takut di capai oleh kanak2 ...lebih merbahaya lagi apabila termakan...

    ReplyDelete
  13. Nanti kalau saya balik Malaysia, saya nak tengok macam mana parents saya letak ubat-ubat diaorang.

    By the way, maaf ya kak sebab tak tahu pun yang akak tak tahu yang saya dah tukar url blog. Dah lama dah saya tukar url. Dah siap buat pengumuman dah masa tu. Mungkin terlepas pandang ^_^

    ReplyDelete
  14. panduan berguna ni huda. almaklum, suami kak ni ubatnya berpek-pek sekali dapat

    ReplyDelete
  15. Assalamu'alaikum Dik Huda, maaflah baru sempat singgah ke mari. Insya-Allah, I'll reblog this entry. Biar lebih ramai yg dapat manfaatnya :)

    ReplyDelete
  16. baru laa ramai yang lebih memahami cara penyimpanan ubat yang betul.. kekadang kita rasa dah betul tapi cara kita masih salah kan..

    ReplyDelete
  17. dah baca entry ni kat blog Farrah.great sharing huda!

    ReplyDelete
  18. Ekin dah hantar alamat tu.maaf sory.lambat ada masalah aritu

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)