Pages

Wednesday, January 13, 2016

Day 6/2015 = Day4 Last Day @ Queenstown : Luxury Lake Suites

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ... 

15 December 2015 (Selasa); Hari ke-4 merangkap hari terakhir di Queenstown, New Zealand.
Bukanlah merupakan hari yang ditunggu-tunggu. Ha ha ha.  Selalunya kalau pergi bercuti, aku sering tidak sabar nak balik sebab bagi aku, rumah aku adalah tempat paling best untuk aku berehat. Ha ha ha.
Tapi punyalah bestnya  New Zealand dan punyalah bestnya Luxury Lake Suites  ni dan punyalah sekejapnya aku melepak kat new zealand ni, membuatkan aku rasa tak nak balik. Hwa hwa hwa...
Dan paling best, puan ibu dan en.abah berulang kali cakap diaorang suka enjoy dan appreciate sangat dapat jejak kaki kat NZ ni - Ya Allah ... bersyukur dan happy sangat rasanya. Cuma terkilan sebab tak dapat bawa mereka ke lebih banyak tempat yang menarik. Tapi abah cakap "dalam hidup ni tak boleh dapat semua. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Ini pun dah berlebih sangat Allah beri. Kalau nak banding dengan amal ibadat dan kesyukuran kita" ...
Hi hi hi... abah selalu pesan macam tu. Syukur ... sabar ... redha ...
Ingat ye anak-anak semua...

Okay ... aktiviti hari terakhir ... lepak hotel je... menikmati pemandangan Tasik Wakatipu (betul ye nama dia wakatipu... #WaTakTipuLu #percayalah.

Masa aku google trip untuk NZ ni aku jumpa nama Tasik Tekapo, Tasik Wanaka... Sampai aku kata; "harap-harap tak adalah Tasik WaKenaTipu"  ... miahahahahaha... 

Okay untuk hari terakhir ni aku target nak review 2 perkara : Review Accomodation at Luxury Lake Suites dan Review on Queenstown - TOWN.

Okay meh kita mulakan.

REVIEW ON LUXURY LAKE SUITES, QUEENSTOWN, NEW ZEALAND.

Okay sebagaimana namanya "luxury" ... ye sesungguhnya hotel ni memang tersangatlah luxury nya. Harga boleh tahan mahal. Ni angkara adik aku lah ni. Sungguh-sungguh dia nak duduk sini. Aku tak berapa nak setuju sebab mahal. Tapi kalau ada penaja sponser... aku nak le... ha ha ha...
Aku usha-usha hotel lain yang boleh nampak view tasik juga - sebab tasik wakatipu tu memang cukup besar. ceruk mana ko duduk pun ko nampak tasik tu. Dan aku cadang nak lah cari dekat dengan town dan harga yang lebih waras... Tapi adik macam errmmmm tak berapa nak agree. Disebabkan adik sungguh-sungguh nak duduk tempat ni dan dia bagi aku nama hotel ni a few weeks before her very final exam. Aku pun malas nak argue, malas nak cakap banyak, kang dia stress tak boleh jawab exam, fail lagi... mati aku kena marah ngan puan ibu dan encik abah. dan bertambahlah lagi hutang aku ngan penaja (sebab aku penjamin study beliau; tiap-tiap semester terima statement kewangan macam nak pitam rasa ... ha ha ha) ... Lagipun duit boleh cari ... adik perempuan aku sorang tu je lah ... 

Okay ... Luxury Lake Suites ni ... hmmm macam mana ye aku nak cakap... Bagi aku worth the price lah.  Berbaloi dengan bayaran cuma yang tak baloinya kejap bebeno aku stay situ. ha ha ha...


Ni view Luxury Lake Suites dari seberang Tasik Wakatipu. 
(Sumber booking.com)

psstt : betul ye nama dia wakatipu... #WaTakTipuLu #percayalah.

actually aku buat reservation menggunakan booking.com
sebab booking.com ni bagi aku reliable, tak ada hidden charge tapi pricey sket (orang kata). Tapi bila aku bandingkan harga dengan trivago, trip adviser sama je harga nya sebab diaorang ada charge apa ntah lagi, pastu kena deduct terus 10% bla bla bla.
tapi dengan booking.com ni... aku booking je, bayaran semua setel dengan hotel.
Dan bestnya Luxury Lake Suites ni, dia start charge kad kredit kita pada pukul 5.30petang date yang kita nak check in. Macam Top 10 Te anau haritu, harini aku booking online - esok dia dah charge credit card aku ... padahal nak pergi lagi 90 hari... ngeng betul... 

Aku check in check out Luxury Lake Suites ni 2 kali. 
Maksudnya macam ni:
12 - 13 Dec. 2015 : Check in Luxury Lake Suites, Queenstow.
13 - 14 Dec. 2015 : Check in Top 10 Holiday Park, Te Anau.
14 - 15 Dec. 2015: Check in Luxury Lake Suites, Queenstow.

Hari 12 Dec. 2015 yang flight kiteorang re-route to Christchurch tu kan ke aku setel kastam pukul 5.30petang. Tolong buat ulang kaji kat DAY 1 ye... penat iols tulis...

Elok je aku keluar dari kastam tu.. henfon aku pun berbunyi. Aku tengok message dari bank cakap dah charge untuk LLS Queenstow NZD XXX.XX sedangkan masa tu aku kat Christchurch lagi sedang ting tong macam mana nak pergi Queesntown ... (psssttt tu pasal aku ada rasa nak lempang  aweq Jet Star tu dengan option yang Jetstar bagi ... sebab kad kredit aku dah kena charge... dan aku ada lagi 450km ++++ nak sampai Queenstown tu.  ha ha ha... nanges ...

Okay, Luxury Lake Suites ni ada 3 block building at 3 different location but it is located near to each other.  Tapi kunci MESTI ambik kat office dia Mantra Marina ye . 
Ni lah safe box yang aku berlari mencari pada pukul 3.00 pagi dalam hujan lebat dan gelap tak ada lampu.  
Sekali lagi tolong buat ulang kaji kat DAY 1 ye... penat iols tulis ... ha ha ha...


Kat Mantra Marina ni pun ada bilik penginapan, macam di bawah ini : 

Tapi kami ditempatkan di Oak Apartment iaitu apartment block ke 3 dari building mantra marina ni. Kena drive dalam 5 minit.

Nak habaq mai kat hangpa ... nak bagi tips lah ni.
Aku harap-harap orang LLS ni TAK bacalah review ni... 
ha ha ha...

Okay... Kat kebanyakan hotel kat negara omputih ni macam UK, Ausie, NZ ni ... diaorang charge kita per pax.  Maka kalau ko stay kat hotel yang satu building dengan management office - dia ada cctv dan dia pantau sapa yang masuk hotel tu dengan ko ... nanti dia datang ketuk pintu ko tanya yang dok situ berapa orang. miahahahaha... berkira sungguh... ciss... (mak cik aku kna ni kat UK)

Pasai tu aku kena bayar hotel ni mahal giler. rate untuk 2 orang dan 4 orang punyalah jauh beza. nak pitam aku. pastu dia bagi SEBIJI APARTMENT PUNYALAH BESAR -  2 BILIK  2 KATIL KING dan 1 BILIK 2 KATIL SINGLE. Hall yang maha besar. ada leather sofa ada dapur, ada washing machine siap ada dryer, detergent ... SEMUA LENGKAP lah LLS ni ... dah macam dok rumah sendiri baq ang... parking free ye. 
Walaupun amat sangatlah best nya sampai rasa tak nak balik ... tapi bagi aku still membazir lah dapat rumah besar tapi duduknya 4 orang je. ha ha ha... nanges dalam hati.

Tapi ianya berbaloi kalau korang datang LLS NZ ni 6 orang ke, 10 orang ke 12 orang ke...
Tapi masa booking tu, korang book apartment for 4 adults je. Gerenti dia bagi ko apartment besar ni.
janganlah ko declare 10 orang. kang dia charge 10 orang... rugi rugi...
Dannnn best partnya ... sebab office dia kat building lain - dia memang tak datang cek pun ko duduk situ berapa orang ... yang penting ko jangan pergi serbu ambik kunci tu ramai-ramai. tu bodo nama dia.  Tips ini terpakai untuk LLS sahaja ye. sebab aku kena drive 5 minit dari mantra marina ni untuk ke Oak Apartment. Semua urusan yang nak mintak extend late check out... semua kena uruskan kat mantra marina.  Mungkin sesetengah orang rasa leceh, tapi bagi aku ini satu advantage lah kalau korang nak datang ramai - ramai.  weih bayar seribu - dapat stay 10orang ... okay apa. baru rm100/pax/day.
Seriously berbaloi - baloi... Try tau dok sini kalau hangpa datang sini ramai-ramai.  

Tapi kalau takat datang 2 - 4 orang dan budget is the constraint ... mungkin tak yah lah dok sini sebab MAHAL. 

Tapi bagi aku still okay je... sekali sekala belanja puan ibu dan encik abah holiday tempat macam ni...  apalah salahnya.  Banyak puan ibu dan encik abah dah berbelanja untuk membesarkan kami adik beradik... ececewah...Once in a life time kata encik abah. hi hi hi ... No hal lah ... Moga Allah ganti dengan lebih baik, Insya Allah ... 

Jom tengok rupa apartment kitaorang ... 

Ni bilik dengan katil king mengadap tasik ni ...
ha bilik adik aku...
dia dah lari cop siap-siap...
tak bagi aku masuk pulak tu... 
ha ha ha...

Ni bilik parents aku... 
Pun mengadap tasik...

Ni bilik yang ada 2 katil single ... tingkap pun tak ada ...
Sapa dok kat sini?  Aku ler ... ciss...
dok dekat pintu keluar... hampeh ... 

Tapi ni pun sangatlah selesa.
Tidur mati dalam tu.
Mak gerak pun aku refuse to wake up.
ha ha ha ... 

Tong sampah dalam kitchen cabinet ye. ha ha ha... 

Ni dapur dan dining hall ... 
yang sangat lah best nya.
Sonok mak aku cooking kat sini.

Ni hall dan sudut balkoni dia yang mengadap tasik wakatipu ...
betul ye nama dia wakatipu... #WaTakTipuLu #percayalah.

Semua bilik ada bilik air sendiri.
Dan bilik air dia sangatlah best.
Pendek kata semua bestlah LLS ni...
Bayar pun best kan kan kan...
Kalau LLS bagi tahap toilet macam Top 10 Holiday Park Te Anau tu - memang hampeh le kan kan kan.



Gigih ambik gambo dengan bilik air?
Ha ha ha. Aku nak tunjuk shower gel tu je. Dah lah botol besar. Wangi pulak tu.
Tapi tak berani bawak balik... takut tumpah dalam bag ... sebab naik flight kan.



ha... nampak ni.. boleh memanaskan diri kat pemanas ni.
weih ... memang fe feeling omputih baq ang.
Seumur hidup belum pernah merasa tau...
apa salahnya sekali sekala... jakun skit ...
ha ha ha...

So ... kalau korang menginap di hotel... berikut adalah panduan checklist yang korang boleh tanya ... checklist bermalam di hotel di luar negara (spesifik - new zealand) .hi hi hi ..

1. Parking . 
Jika self drive ... adalah amat penting untuk korang tahu, hotel ni bagi free parking atau tidak. Sebab ada hotel yang tak sediakan parking - so kena park di public parking yang ada ketikanya bayaran boleh tahan mahal dan ada yang jauh dari hotel.

2. Kitchen and utensils . 
Jika nak save budget, kena bawak /beli bahan mentah dan masak sendiri ye. So tanya hotel - ada kitchen ke tak. Dan kitchen tu ada apa - dapur gas ke letrek ke/ ada periuk belanga segala ke/ pinggan mangkuk / etc.  Dan lokasi kithchen tu di dalam bilik korang atau sharing kitchen.
Sama ada kitchen dalam bilik or sharing... sila bawak "sabun taharah" untuk tujuan "sertu" atau samak sebelum korang guna peralatan tersebut.  Semenjak kejadian di Melbourne 2 tahun sudah - aku pergi mana-mana negara pun aku bawak sabun tu. Memang mahal. Seketul RM10++ . Tapi aku beli juga. Aku potong 4. hi hi hi.

3. Toilet
Kena tau toilet kat dalam bilik atau share.
Kalau tak kisah share toilet kat luar bilik penginapan... terserah.
Tapi aku kisah... sebab nak p toilet mandi segala "renyah" lah nak bawak baju toiletres segala kat toilet luar ... susah nak jaga aurat. Kalau korang boleh manage .. then terserah.  Meh ajar aku macam mana ur toilet management... :-)

4. Heater
Bagi negara Ausie dan NZ ni dalam building memang sering sejuk walaupun musim summer. especially NZ. Mungkin kerana kedudukannya yang begitu southern of de globe.  Agaknya.  Maka, jadikan amalan - sebelum pergi bercuti - sila check cuaca dan suhu ye.  Dan kalau korang jenis yang tak tahan sejuk seperti aku, adalah amat penting untuk kau pastikan pihak hotel menyediakan heater dalam bilik dan selayaknya ada "blanket heater" .   Seriously blanket tu ada heater ye. bersambung dengan elektrik ...  Mula-mula dulu aku takut juga nak tidur atas blanket yang ada arus elektrik tu. tapi dah sejuk bebeno... tak tahan aku... aku alas blanket tu dan aku pun dapatlah tidur dengan nyenyaknya... alhamdulillah.

Nota: sebenarnya benda pasal heater ni sangat buat aku insaf lah.  Kesiannya orang-orang miskin kat kawasan sejuk tu kan.. macam manalah nak memanaskan badan dimusim sejuk ni.
Dan buat aku bersyukur dilahirkan di negara beriklim khatulistiwa.  alhamdulillah.

5. Wi-fi
Bagus kalau dapat bilik yang bagi free-wifi... hi hi hi... 

6. Dan lain2 fasiliti seperti iron, mesin basuh ... bonus lah kalau ada. Tak ada pun tak apa kot ... bagi aku lah... 

Errrmmm tu je kot nak share... ada idea nanti aku sambung...

Semoga bermanfaat...
@Loves^^nhhas

28 comments:

  1. Bestnya pi tempat orang...lelaki tu ayah huda ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yo lah. Sapa lagi ...
      Dlm trip ni kan sy pergi dgn parents sy.

      Haaa ni kak yan ni tak buat homework lah ni.

      Ni mesti tak baca entri sy yang lalu...
      Penatttt sy tulis pjg2...

      Hwa hwa hwa

      Delete
  2. Dimana2 penginapan sekarang dah ada kemudahan wifi...jimat data..hihi

    ReplyDelete
  3. Subhanallah..pemandangan kat belakang balkoni tu cantik

    ReplyDelete
  4. Kakak ni yg cuma membaca pun rasa seronok apa lagi tuan punya badan dapat menikmatinya. Lagi special abah dan mak happy. Betullah demi parents buatlah yg terbaik tak apalah nak swap cad berapa kali pun. Bukan selalu pun - dan satu lagi kakak pegang kata abah tu bersyukur sebab nikmat yg kita dpt dariNya lebih banyak dari amalan kita yg tak seberapa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miahaha... blk msia mak bg duit balik banyak giler... hi hi hi.
      Mak riso anak dia bankrup mkn megi... hi hi hi

      Delete
  5. aduhaiiii dpt menebeng kt balkoni tu ngadap tasik warghhhhh heaven!

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar betul huda tak tau menebeng..hehe. menebeng tu macam 'bersidai', atau pun berdiri je sandar tak buat pape

      Delete
  6. gmbr cikhuda dlm bilik air pon chantek., hehe2

    ReplyDelete
  7. wahhhh besarnya bilik yang adik kak Huda cop tuh....katil dia lebar giler.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. King size omputih... mmg ler besau. Hi hi hi

      Delete
    2. sedap tido golek hujung ke hujung..hehe

      Delete
  8. saya cadang nak ke auckland..di selatan ye...anda pi utara ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan mkl...
      Auckland dan wellington di bahagian utara NZ. Depa pgl nothern island.

      Christchurch n Queenstown di southern island of NZ.

      But hv feri transfer from wellington to southern... x ingat stop port mn.

      Kna tgk company sewa kereta tu bg x kereta tu transfer inter island... kdg charge nya lain.

      Or else blh opt : drive auckland - wellington... then ambik flight ke christchurch n sambung drive ke queenstown.

      Delete
    2. please drive me like crazy in Auckland.. ha ha ha...

      Delete
  9. cantiknya bilik hotel tu..memang puas kalau takat duduk tak buat apa..betul tu, sekali-sekala spend duit untuk parents, apalah sangat banding apa diorang dah korban untuk kita

    ReplyDelete
  10. alamak... siap kira ke berapa orang? tak boleh nak berdestinasi budget langsung.

    ReplyDelete
  11. nasib baik huda bawa ibu abah kan ... tak terasa rugi lah sangat bayar mahal untuk diorang selesa.

    kalau pergi dengan kawan, walaupun dah share 4, rasa rugi tak sudah. hehe :p

    ReplyDelete
  12. Biliknya memang nampak mewah sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. There is nothing place like home...
      * ayat jaki... he he he...

      Delete
  13. Perghhh... Uncle posing kalah mat saleh baq hang.... ha ha ha...

    ReplyDelete
  14. Ada cara nak bawak shower gel tu... Gumpal dalam baju busuk ikat dlm plastik... Abis citer...

    ReplyDelete
  15. kalu tengok Suites ni tapi dok 4 orang... memang membazir giler kan... kalu kat mesia... SS dah ajak 1 kampung... ha ha ha..

    ReplyDelete
  16. Kalu SS stay sini... Memang rasa tak nak kuar bilik dah... Perghhhh! Mewah gilosss..

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)