Pages

Wednesday, April 13, 2016

Doa buat jiran ...

Hari kesedihan.

Aku tidak dapat menahan sebak.
Melihat ujian yang menimpa jiran ku; Kak Norasikin.
Suaminya; En. Aziz tiba-tiba jatuh sakit pada petang jumaat 4 Mac 2016; dihari anak sulung mereka mendapat keputusan SPM yang cemerlang. En.Aziz - sesak nafas-dikejarkan ke Hospital Putrajaya pada petang itu juga oleh jiran kami Imam Saufi... dan selepas pulang dari kerja petang tu, aku menghantar anak-anak kak nor; Iman dan adik serta kakaknya ke Hospital bagi menemani umi dan abahnya.
En.Aziz berada di ICU dari 4  Mac 2016 hingga 8 April 2016. Pada petang 8 April kami menerima WA daripada kak nor memaklumkan suaminya telah dipindahkan ke wad biasa. Alhamdulillah... Kami kira itu satu perkhabaran positif setelah genap 6 kali jumaat beliau di ICU...


Tup-tup ... semalam; 11 April 2016 - kami mendapat perkhabaran suaminya sedang nazak ... Allahuakbar ...
Petang ini pula kami mendapat perkhabaran yang kak nor mengambil keputusan untuk pindahkan suaminya ke Hospital Kubang Krian...sebab menurut Iman "Hospital Putrajaya dah suruh bawak balik - diaorang cakap no hope... tapi HUSM kata boleh terima , jadi Umi nak bawak balik." Lepas maghrib tadi (12 April 2016) Kak nor mengiringi suaminya untuk dipindahkan ke Hospital Kubang Krian dengan menaiki ambulans.
Ini bermakna Iman dan adiknya akan berpindah sekolah. Urusan perpindahan sekolah juga telah diselesaikan ...
Sekejap ni tadi 1130 malam... aku ketuk pintu rumah mereka. Iman dan adik juga kakaknya masih ada ... Mereka akan bertolak ke Kelantan esok bersama saudara mara mereka...
Ya Allah sedihnya ...
Adik-adik ni lah best fren aku semenjak beberapa tahun lamanya kami berjiran. Hampir saban petang lepak main bola dan macam-macam jenis main kat depan rumah aku. Adik-adik yang sangat kuanggap seperti adik-adikku sendiri. Tolong jaga rumah time aku out station. Tolong anta makanan untuk aku. Aku pun rajin layan merapu ngan diaorang...
Ya Allah sedihnya.
Tak tau lah ada rezeki lagi ke tidak untuk akak jumpa korang lagi.
Sedihnya Ya Allah.

Buat Kak Nor ...
Semoga akak kuat untuk terima ujian ini... Semoga Allah beri kesembuhan buat abg aziz dan beri kesudahan yang sebaik-baiknya buat akak sekeluarga, Insya Allah.
Saya pasti merindui akak kelak.

Buat adik-adik...
Semoga korang tak lupa akak. Jaga diri baik-baik. Jaga umi baik-baik ... All de best. Akak akan sentiasa doakan korang. Insya Allah... Ada rezeki kita jumpa lagi... Insya Allah ...

Ya Allah... berilah kesembuhan dan kesudahan yang baik buat kak nor sekeluarga...
Pelihara keselamatan kesihatan dan kesejahteraan diri kami dan diri mereka jua Ya Allah ...

Aameen ya Rabb ...

@loves_nhhas ....

13 comments:

  1. amin....moga Allah memelihara mereka sekeluarha..dan en aziz kembali sembuh seperti biasa..inshaallah

    ReplyDelete
  2. salam,
    Allahu. moga jiran akak diberikan kesembuhan oleh Allah

    ReplyDelete
  3. akak jangan sesedih tau, insyaAllah ada yang terbaik Allah titipkan

    ReplyDelete
  4. Moga dopermudah setiap satu urusan keluarga ini.

    ReplyDelete
  5. Sekurang-kurangnya mereka balik kampung, ramai yang boleh tengok2kan.

    ReplyDelete
  6. Part paling menyampah nak baca... NO HOPES!

    ReplyDelete
  7. SS dah lalui semua di atas! Menjaga orang sakit dan menjadi orang sakit... Perit... Yang faham... Hanya kita dan Allah...

    ReplyDelete
  8. Semoga ada kesembuhan dan kebahagian... Aamin...

    ReplyDelete
  9. Cik Manisah Lesing jangan sedih... Kalu Cik Manisah sedih SS pon sedih... :-(

    ReplyDelete
  10. amin, semoga Allah permudahkan urusan kak nor dan keluarga.

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)