Pages

Friday, May 27, 2016

Jom Borong Skirt Comel ...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hydie Odie ... Maaf lama tak bersiaran (walau pun tau tiada yang kisah - #BlogSendu)

Sorry juga lama tak blogwalking - life is tough recently ... hu hu hu ...

Sempena pay day minggu ini dan minggu depan - ayuh ceriakan diri dengan SHOPPING yeayyyy ...

Hari ini ter buka web Muslimah Clothing (Link SINI)  ... terus mata terberkenan kat skirt pink rose ni ... 






Seperti black and white ni - I  LOIKE ... 




material kain ni bukan lycra tau ... so tak melekap kat badan.
ntah le nama apa materialnya. hi hi hi ...

Apalagi ... Jom shopping at Muslimah Clothing (Link SINI

Semoga bermanfaat

So korang try lah usha ye ... paling penting sempena nak raya ni - dapat perfume free weih - WANGI ... while stock last ... 

cepat cepat cepat ... click kat sini -  Muslimah clothing   ...

Selamat bershopping ... Semoga bermanfaat ya ...


@loves_nhhas - your - dropshipper raya agent ... ecccewahhh...
 Muslimah clothing   
reallife.nhhas@gmail.com

Friday, May 20, 2016

XPDC RAMADHAN 1437H

#AndaiIniRamadhanAkhirKu #SempatKe

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Aku paste kan nota catatan kuliah Maghrib kat surau umah aku beberapa minggu lepas -setakat yang sempat aku catat ...


XPDC RAMADHAN ... by Maulana Wan Helmi

22Rejab 1437H (29 April 2016)
Surau Al- Islah, Fasa 7...

Tidak Allah jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Allah.
Manusia dan jin ibadahnya berbeza.
Ibadah manusia ikhtariah (boleh memilih - nak buat baik or nak buat lagha/lalai).
Boleh ibadah santai atau sungguh-santai...
Namun bagi kekasih Allah -  nilai ibadah ni sangat tinggi. Perlu buat sungguh-sungguh dengan berkualiti.
Dalam kubur dah tak berpeluang untuk beribadah.
Hanya di dunia je peluang kita untuk beribadah , untuk zikir , untuk solat, etc. dengan sungguh-sungguh.
Sepanjang tempoh umur yang Allah pinjamkan ini - "pulun" lah sungguh-sungguh peluang yang ada.
Allah bagi 3 bulan best penuh barakah untuk kita lipat gandakan ibadah kepada Allah.
Manusia ni malas dan rasa terbeban untuk beribadah sebab rasa kena buat untuk Allah... padahal Allah tak perlukan pun zikir /sedekah / solat / any ibadah kita.-Ibadah kita tu tak mengubah apa-apa pun pada Kerajaan dan Kekuasaan Allah ... Allah bagi ibadah tu untuk bekalan dan keperluan diri manusia itu sendiri ...
Jika dalam hati ada kekhuatiran tentang takutnya dengan azab Allah, tentang takutnya kualiti iman yang ada dalam diri kita, takutnya kalau ibadah kita Allah tak terima dan takut etc ... maka mulalah "bergerak" perlahan-lahan di waktu malam.
Siapa yang mula bergerak perlahan-lahan di malam hari akan sampai ke "destinasinya" ... insya Allah.

Persedian untuk pergi ke Ramadhan : - 

1) mesti doa - minta Allah berkati kita di bulan rejab dan sya'ban dan minta pada Allah agar sampai kepada Ramadhan dengan sempurna...
Dua penyakit :
Panjang angan-angan - rasa takkan sakit takkan mati etc...
Dan penyakit suka menangguh-nangguh ... kadang Allah dah bagi peluang terjaga 2 3 pagi tapi kita sombong - tangguh-tangguh tak nak bangun tahajud.  

Contoh; Allah dah bagi sakit - tapi tak nak insaf ... Aurat tak nak tutup ... Mulut masih nak bergosip ... tangan masih nak ambil yang bukan hak kita ... etc. 
Kita TAHU itu salah - tapi still nak buat yang tak baik - tak nak berubah ... Astaghfirullah aladzim ... Kami memohon keampunan Mu Ya Allah ... Beri kami kekuatan untuk berubah dan bertaubat...

2) Banyakkan istighfar - sayyidul istighfar ... kena taubat sungguh-sungguh. Minta Allah ampunkan dosa kita sungguh-sungguh - kelalaian kita ketika beribadah, dosa lidah - banyak gosip, mengumpat etc.

3) Start "bayar hutang" dengan Allah ... Hutang solat, hutang puasa, - kena qada. , etc..

Hutang baca Quran - kena khatam Quran at least 2 kali setahun "Quote by Imam /ulama _____" - I'm not sure - tak perasan quote by Imam/ulama mana .
Kalau tak baca Quran - hati akan berkarat ... nak kena polish... kena banyak ingati mati kena banyakkan baca Quran. Kalau rasa hati dah keras - kena banyak-banyak mengucap Lailahailallah Muhammadurrasulullah - takut-takut ada perbuatan atau perkataan yang tanpa kita sedari telah membatalkan iman - penyebab kepada hati menjadi keras.

Siapa banyak ingat maut Allah bagi 3 nikmat :-
1) nikmat taufiq untuk bertaubat.
2) Allah bagi kecergasan untuk beribadah.
3) Allah bagi kita rasa cukup dengan apa yang kita ada.

Kalau kita biarkan Ramadhan berlalu dengan sia-sia, maka amat rugilah kehidupan kita.
Ramadhan = tetamu yang datang membawa :
1)  Rahmat dari Allah.
2) Keampunan dari Allah - Siapa yang bangun menghidupkan Ramadhan, Allah akan ampunkan dosanya.
3) Keselamatan dari api neraka.

3 ancaman kepada umat Muhammad S.A.W :
1) disebut nama nabi s.a.w - tapi tak selawat.
2) sampai kepada ramadhan tapi tak dapat keampunan dari Allah
3) ada ibu bapa - tapi tak jaga / derhaka
Maka celakalah orang itu...
Nauzubillah ...

Dalam sebuah hadits qudsi disebutkan,

وَمَا تَقَرَّبَ إِلَىَّ عَبْدِى بِشَىْءٍ أَحَبَّ إِلَىَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ

Artinya:“Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada perkara-perkara yang telah Aku wajibkan kepadanya.” (HR Al Bukhari)


Hadis Qudsi " sentiasalah hamba2 Ku yang berlumba dengan amal ibadah sunat .... (To get complete hadis - tak sempat jot down ).

 Allah akan kasih dan sayang kepada hamba Nya itu. Allah perintahkan jibril untuk wajib kasih kepada hamba yang Allah kasih itu tadi ... Apabila Allah sayang Allah akan filter telinga kita apa yang kita dengar, Allah akan filter penglihatan kita, Allah pelihara kaki dan tangan kita dari berbuat perkara tak baik ...
Pendek kata kalau jadi golongan muqarrabin Allah akan sayang dan pelihara diri kita  hingga akhir hayat hingga kita dapat husnul khatimah...


Orang yang berlumba-lumba dalam beribadah iaitu golongan muqarrabin akan bersama dengan Allah dan rasulullah s.a.w di akhirat kelak.

Orang yang dekat dengan Al-Quran - Allah akan berkati masa dia, rezeki dia, etc ...
Azam untk beruzlah dari benda2 lagha - whatsapps, fb, etc ...
Sampai-sampaikan khabar gembira kepada kawan-kawan, saudara mara tentang keseronokan nak dapat Ramadhan ... tentang kebaikan dan kelebihan Ramadhan ... tentang persediaan-persediaan Ramadhan yang perlu dibuat ...

Azamkan untuk " Tinggalkan Maksiat ... TINGKATKAN TAAT" ...

~Nota tamat ...

Wallahualam ... 
Kalau ada mana-mana catatan saya yang salah - mohon bantu betulkan . Terima kasih.

Semoga bermanfaat 

@loves_nhhas

Aku selalu duduk termenung - fikir kalau aku mati - masuk kubur + gelap + dok sorang-sorang + Q&A dengan malaikat + etc ... bla bl bla ... okay fine - takut nak mati sebab rasa tak sedia ... 
tapi kalau nak tunggu sedia - manusia lalai macam aku ni memang takkan pernah sedia ...
Maka aku doakan - semoga aku sedia untuk pulang ... Diberi kesudahan yang baik dalam hidup dengan lafaz syahadah yang sempurna + keyakinan yang benar mantap + hutang yang telah berbayar + telah dimaafi dan memaafkan sesama makhluk Allah + telah Allah ampunkan + telah ada tempat ku disyurga Firdaus Nya ; mahu dekat dengan Rasulullah s.a.w. dan seluruh ahli keluarga dan sahabat yang aku kasihi ... Insya Allah --- aameen... 

Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).

Thursday, May 19, 2016

Dia pergi untuk selamanya ... Al-fatihah ...


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Ini edisi istimewa dalam duka - genap empat tahun pemergian sahabat yang kami kasihi ; Allahyarham Mohamed Noor Aizam bin Saudin ... Catatan asal aku empat tahun dahulu di SINI ...

Al-Fatihah ... Moga tenang kau di SANA sahabat.  Kami akan menyusuli mu kelak ... Allahuakbar... Masa pulang ku juga makin dekat ...

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami


Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

 Zam ... kiteorang rindu ko beb ... you are the best bro ...  
Kalau aku tak ada esok ... ada tak orang nak cakap aku best... sebab "ko dah tak ada" nak cakap aku ni best. hi hi hi ... kalau ko ada lagi beb, ko mesti bahankan aku sebab tak kawen kawen kan ... hi hi hi ... Kalau ko ada beb, ada orang nak tadah telinga dengar aku membebel marah hangin semua ada ...
 Beb aku mintak maaf aku selalu gadoh ngan ko... Buli ko ... selalu tak percaya bila ko cakap ko sakit ... tima kasih beb cover kerja aku masa aku g haji ... aku tak sempat belanja ko beb ... ko halal kan tak ? hu hu hu hu... Sib baik mak aku tapaukan air zam - zam ko beb ... kalau tak - aku kesal sampai mati beb ...
Ya Allah ... sedih nya ... We will joining you soon ... so soon beb ... 
Aku tak pernah lupa buat tahlil untuk ko beb ... Ko ni dah macam part of family aku pulak dah ... hi hi hi .. You re in de list bro ... always ... 
Thanx sebab jadi kawan baik aku beb ... Moga Allah ampunkan ko, sayang ko dan tempatkan ko di kalangan hamba yang Allah sayang ...

Al- fatihah ...


@loves_nhhas

#andaiIniRamadhanAkhirku. #SempatKe ...
Ya Allah ... berkati kami di bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikan kami ke Ramadhan dengan sempurna ... Aameen...

19 Mei 2016 bersamaan 12 Syaaban 1437H


Setiap kali masuknya Mei hati ini… belum pernah lagi hilang rasa ini…Ia masih terkesan walaupun setelah 4 tahun berlalu. Ya… 4 tahun lalu, seperti hari ini tanggal 19 MeiSue dan sebilangan besar kita dalam list ini kehilangan seorang sahabat yang pernah suatu masa dahulu menceriakan kami, pernah menjadi sebahagian daripada sejarah dan cerita kami……dia pergi untuk selamanya….menghadap Pencipta…
kami redha, walaupun pergi beliau itu hanya dalam masa sakit yang sangat pantas -19 hari dari tarikh allahyarham di masukkan ke wad!..

Tenang dan damailah wahai sahabat ... Allahyarham Mohamed Noor Aizam bin Saudin … AL FATIHAH…..Rasa baru semalam, arwah datang ke workstation Sue dan Cik F di Meto ..tuk bertanya khabar dan bercerita seharian punya cerita selepas habis waktu kerja……Begitulah esoknya, kami pula yang ke tempat beliau seusai kerja hari tersebut berakhir………
Begitulah sahabat, walaupun tiap-tiap hari berjumpa @ terserempak puntetapi tetap masih banyak cerita nak cerita dan mmg tak kan habis sampai bila-bila…..

Masih terbayang lagi kata-kata terakhir allahyarham pada Sue sebelum beliau diisytiharkan koma, “Sue aku akan balik kerja jangan bimbang..tapi nko mesti dah tak ada Aaron Aziz dah di aras 7 tu…aku rasa aku akan balik sebagai Osman Kering lepas ni”……Ayat balasan Sue pada beliau Tidak kisah lah Zam, nko jadi Aaron Aziz ke..Osman Kering ke..janji nko cepat sembuh dan balik kerja kembali ya”

Esoknya beliau telah dipindahkan dari Hospital Serdang ke Hospital Selayang. Sue dan sebahagian besar dari kami di Aras 7 itu dan juga team PERKISA ke Hospital Selayang sekali lagi…namun kali ini allahyarham tidak bersuara lagi…..kami yang hadir pun hanya dibenarkan masuk melawat berdua-dua bukan ramai-ramai …..renungan dan kata-kata semangat hanya ditelan begitu sahaja bila melihat sekujur badan yang kaku bertemankan mesin dan wayar-wayar berselirat menyapa kehadiran kami…..Hati kami ketika itu Allah sahaja yang tahu….tambah lagi melihat wajah ibu, ayah, isteri dan 2 anak kecil allahyarham yang menunggu penuh harapan di setiap lawatan kami…

Kini….yang pergi tetap pergi ... yang datang tetap ada , namun ia masih tidak sama pada sesuatu karektor dan keperbadian seseorang yang pernah Dia pinjamkan kepada kita…. Arwah Aizam akan sentiasa ada di hati kami sahabat-sahabat baiknya selamanya……Walau pun geng-geng kami pencen nanti, cara, watak dan apa yang beliau miliki itu tetap hanya pada dia sahaja yang kami jumpa… Sesunguhnya, setiap dari kita unik, dan jika kita memiliki pada sesuatu masa hargailah kewujudannyaSemoga Allah menempatkan roh sahabat kami ini dengan para syuhada….Insha allah….

Baik itu sahaja nak tulis pada hari ini……..

Adakala kita tersalah, Allah datangkan sahabat untuk menegur, Adakala kita betul, Allah datangkan sahabat yang patut ditegur, Adakala kita diuji, Allah datangkan sahabat untuk bantu kita, Adakala sahabat kita diuji, Allah beri kekuatan untuk kita bantu dia…..Jadi hargailah kewujudan sahabat…Mungkin dia adalah syurga bagi kita”- Prof HAMKA ...

Sudut penulis jemputan ... Sue ... 


Tuesday, May 17, 2016

Jubah Cantik Patuh Syariah - Your Labuh & Longgar Collection

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hi uols ... okay - dah jemu tak asyik I tempek muka I pergi perhentian ... hi hi hi ... So kali ini kita lari topik sikit ...  kali ni bukan dari zalora tau ... kih kih kih ...

Jom ... I nak introduce satu errrmmm produk abaya dari Muslimah clothing  (Click SINI untuk shopping)  

Ini bukan promoted content berbayar ye ... Hi hi hi .. Saya memang pengguna / pembeli tegar kat Muslimah clothing  sebab baju dia cantik - cantik dan murah ... Patuh syariah ... Insya Allah.
Lepastu owner dia suka buat SALE, suka bagi free item ( I kalau barang free mana boleh dilepaskan... yer dak ... ) hi hi hi ... I siap pernah dapat free abaya lagi - nama abaya tu abaya huda ... sebab I jawab feedback form MCC dengan super jujur ... hadoiii I ingat depa nak kecik ati ke apa ke kan ... sebab betul-betul punya I komen untuk improve ... kih kih kih ... sorry na team MCC... tapi abaya huda yang tinggal kat online kaler putih je... 

I pilih yang dapat hadiah haritu kaler dark blue ... dah habis kot... Barang baik memang cepat laku kannnn ... 

So sempena nak raya ni ... Kalau uols belum tempah baju raya lagi ... time macam ni biasanya tailor tak layan dah ... Atau kalau korang ada planning nak bertunang ke nak menikah ke ... try lah usha baju - baju cantek kat Muslimah clothing  ni ... Ya Allah ... cantik sangat sampai rasa nak menanges... I dah memiliki ber pasang - pasang abaya, dress, shawl, inner pun I pergi beli kat Muslimah clothing  ... tidak dilupakan palazo dan skirt labuh ... baju graduation adik I pun beli kat Muslimah clothing 



Ha ingat ni - kisah diva pergi windmil yang Sis JM kata dak ni "pakai kain" .. hi hi hi ...
Ni sebenarnya palazo yang I beli kat Muslimah clothing 


Kenapa saya suka Muslimah clothing  ?

1) sebab lace dia dekat lengan ... jadi untuk orang tak cukup ketinggian macam I ni ... nak sembat kat bawah tu - tidaklah rasa terkilan di hati ... betul tak ?
2) Pastu ... lengan dia ada zip ... ha ... senang I nak ambil wuduk 
3) Ada hidden side pocket ... senang sesak2 nak letak kunci kereta ke kan ... 
4) material yang selesa dan jatuh ...
5) Size available dari XXS sampai 5XL ... ha kau ... semua dapat merasa ... 
6) paling penting FREE POSTAGE untuk pembelian RM80 ke atas ...(dalam Malaysia je - luar malaysia ada postage cost bergantung pada lokasi)
7) Semua ni harga dia sangat mampu milik ... paling mahal pun RM165 - gojes abes dah yang RM165 ni  ... but most of it between RM80 - RM150 ... #CMLSUKA ... 

So korang kalau belum beli baju raya - atau nak tambah koleksi baju abaya + dress + blouse + skirt + shawl ... sila terjah website 




Berikut I share antara trending abaya yang I suka ... 


Ni antara contohlah abaya cantik 
Nama abaya ni ABAYA CADANCE  (RM140 - free postage)


Ni pulak contoh ABAYA CLIO (Click untuk usha koleksi CLIO) - RM150 - free postage



Ni bawah ni jubah faveret I  - nama dia ABAYA CASSIA  (RM150 jer - free postage)
Melting ... cantik sangat ... 


Sebab I sangat suka ABAYA CASSIA  ni ... maka I share lagi warna yang ada ... hihihi... 






Dan banyak lagi di Muslimah clothing 

Sempena nak raya ni sangat banyak diskaun yang diberikan oleh owner  Muslimah clothing  ... Maka eloklah jika korang jangan lepaskan peluang ini... Click link Muslimah clothing  ...  save sebagai faveret ke bookmark ke ... pastu shoppingggg yeay ...

Kalau korang malas nak shopping buat transaksi online - korang message I ye ... sebab memandangkan I ni one of their loyal or PEMBELI TEGAR ... so I registerlah buat dropship dengan  Muslimah clothing   sempena nak raya ni ... So kalau uols malas nak buat transaksi online ... roger I okay - nanti I bereskan untuk uols ... sampai abam posmen anta depan rumah uols okay ... Insya Allah ...

Dan macam biasa boleh tinggalkan pesanan kat bawah or emel I .... reallife.nhhas@gmail.com  ... nanti bolehlah kita ber whatsApps ke apa ke ea ... 

Macam biasa juga ... jangan bimbang .. Muslimah clothing  a.k.a MCC ni Insya Allah reliable.  Saya hanya promote apa yang saya betul-betul pakai dan guna ... Kalau best memang saya cakap best ... Kalau sengal - saya  dok diam-diam dan tak promote kat uols ... 

So korang try lah usha ye ... paling penting sempena nak raya ni - dapat perfume free weih - WANGI ... while stock last ... 

cepat cepat cepat ... click kat sini -  Muslimah clothing   ...

Selamat bershopping ... Semoga bermanfaat ya ...


@loves_nhhas - your - dropshipper raya agent ... ecccewahhh...
 Muslimah clothing   
reallife.nhhas@gmail.com

Fuhhhhh ... Akhirnya ... I nak promote bisness sendiri ... thee...
#RakanBloggerSilalahSupport ... hi hi hi ... 

Tag kat blog korang ... borong lah untuk diri sendiri + anak + mak + mak mertua + adik beradik ...
Hoccay ... Tengs korang ... sayanggggg banyak ... mmmmuaaahhhh... 

Saturday, May 14, 2016

When Diva went for Snorkeling : 5 Snorkeling Check Point at Perhentian Island

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hyde odie ... 

Ha .. Dah belajar teknik snorkelling bersama ahkak WhoDa kat sini kan : TIPS UNTUK FIRST TIMER SNORKELLING ... Maka hari ini ahkak nak bawak uols semua menelusuri 5 check point yang ahkak pergi ber snorkel di Pulau Perhentian tempoh hari ya.

Day 2: 10.00 pagi - 5.00 Petang.


10.00 pagi  - 1.00 petang : 3 Lokasi snorkelling iaitu ;
Tiga Ruang | Turtle Point  |  Shark Point
1.00 - 2.30 petang : Rehat dan makan tengah hari
2.30 - 5.00 petang : 2 Lokasi snorkelling iaitu ;
The Lighthouse | Romantic Beach


Check Point 1 : TIGA RUANG
lamaaaaa aku lepak dalam boat - sebenarnya aku tak berani nak terjun ... takut weih ... Berapa kali cubaan untuk terjun... siap aku dah duduk kat tepi boat .... ehhhh tak jadi ... masuk balik ... gayat aku ... So aku duduk dalam bot lepak-lepak ambik mood tengok orang snorkeling ...



Bagi ikan makan macam ni ...


Owh kalau pergi snorkeling bawak lah roti ke biskut ke - 
baru ikan-ikan cantik ni nak datang dekat kau tau ... 


Dah berani sikit - barulah aku ngan akhmar terjun dalam laut ni...
Air dia separuh kaler turqoise separuh kaler biru.
Apa bezanya?  Aku pun tak tahu ... Kalau korang tahu - cer share ... 




makin lama makin jauh ....
hamboiiii tak sedar diri nampaknya ...
dah lah aku bukan nampak sangat tu ... tak pakai cermin mata.
kang ntah bot mana - mana aku tuju kang tu ... 



While we're snorkeling, dis two young lady "curik boat"  ... ha ha ha ...






akhirnya setelah puas snorkelling di check point pertama ... kami pun pulang ke boat ...






Sesuatu telah terjadi di TIGA RUANG - 
Khairin ni macam - macam jenis kamera dia ada ... So she gave me her underwater camera dengan pesanan "ko tolong ambikkan picture bawah laut tu weih aku nak tengok"  ...Aku refused sebab aku takut rosak - tapi khairin meyakinkan aku kamera tu memang boleh guna dalam air ... SO aku pun akur ...  Unfortunately - something happen to the camera - menyebabkan air masuk - And aku punyalah rasa bersalah ... Dengan penuh chillex nya khairin cakap "rilex lah, bukan salah kau ... kamera tu dah lama... ada lah tu rosak nya" and she said tak yah ganti ... hu hu hu ... And until now aku masih rasa bersalah - errr khairin, Jom beli  kamera baru ... maaf tau ... hu hu hu ... 

Maka the rest of the trip - kami tak ada underwater camera... hu hu hu ... 

Check Point 2 : TURTLE POINT 

Kat turtle point ni - aku ngan akhmar tak terjun sebab letih ... pastu keliling tu penuh boat and ramai lelaki - aku segan ... pastu abam2 bot tak matikan enjin bot - menyebabkan ada bau petrol ... selain terkesan akibat camera yang telah berlaku sesuatu tadi ... hu hu hu ... 




Sekali sekala turtle tu muncul - sangatlah besar ... tapi bila tengok orang ramai - dia malas dah naik kat permukaan laut... So kalau kau snorkelling kat Turtle point ni ... kau akan jumpa turtle macam ni.


Gambar di cilok dari Sealife Inn ... 


Selesai beramah tamah kak mah dengan encik turtle - maka moh lah kita jumpa habitat lain pula di check point ke - 2 iaitu lah JERUNG a.k.a shark point ...


Check Point 3 : SHARK POINT

Kat shark point ni hanya aku je yang turun snorkelling. Akhmar dah tak nak turun. Tak sure kenapa... Setelah aku paksa pun gagal (nampak sangat negotiation skill aku hampeh) ... hi hi hi... maka aku turunlah dengan jelitawan-jelitawan yang lain.  Dalam boat aku ada 3 group - so aku join group diaoranglah.  Siap aku pesan "adik-adik jaga akak tau - akak ni dah lah tak pandai berenang ... rabun pulak tu"  ... kah kah kah... Maka adik-adik tu telah menjaga ahkak huda dengan baik sekali ... Jazakillah khayr adik -adik manis ya .

Masa abam boat cakap nak pergi Shark Point - aku macam endah tak endah ... Oooo mungkin nama tempat tu je kot... Mana ada shark kat malaysia ni ...
Kau nampak ... aku memang fail sikit subjek geografi ni ... 
Sungguh aku ingat Malaysia ni tak ada shark ... ha ha ha... 

Sekali bila turun je ... Ha kau ... berselirat aku tengok shark cam gini ...


Betul lah weih ... ada shark ...  setakat yang aku nampak sendiri adalah kot 2 or 3 ekor ... tapi gerenti lebih dari seekor...  Rilex je kau berenang dengan shark ...  Bila dah balik putra yang berjaya ni aku dok terkenang-kenang "gila betul aku p berenang dengan shark" ... Sebenarnya masa dalam air tu - aku cuba lah berbaik sangka :

"OOO Shark ni belum tumbuh gigi ni ..." dan
"oooo ni baby shark je ni - belum reti baham orang ... "

Pastu tetiba ... sungguh bercirikan tetiba ... tengah - tengah snorkelling tu aku teringat;

"eh kalau ada baby Shark - mestilah ada bapak shark, mak shark, atok nenek uncle auntie shark kan kan kan - ehhh mana pergi BIG shark tu semua - takkan terrer nau penduduk pulau ni keluarkan shark ni bila dia dah besar kan kan kan ... Ish kalau dia berjaya keluarkan pun - macam mana dia gerenti dia dah berjaya keluarkan SEMUA shark yang ada gigi" ....

Ha gelak gelak ... hamboiiii biasa tu korang gelakkan aku ye...  Betul weih aku terfikir and siap bermonolog tentang semua persoalan tu ...

Lebih best lagi aku teringat pulak citer omputih "jaws"  kot  - kalau tak silap aku.  Jaws ngan shark tu sama ke? ha ha ha... tak kisah lah - yang penting yang aku tengok dalam filem tu - shark / jaws ni akan serang kau kalau dia ada bau darah - contoh kalau kau luka ke apa ke kan ...

Pastu aku terfikir pulak - 
"eh, abam bot ni tak ada cakap pulak sapa yang ada luka tak boleh snorkelling kat shark point" ...

pastu aku terfikir pulak lagi -
"eh, ni kalau ada dikalangan yang snorkelling ni period ke hapa - ha sudah ... bahaya ni" ...

Disebabkan banyak sangat berfikir dan bermonolog - ha ha ha terus takut.  Toleh -toleh belakang "alamakkkkk dah jauh aku tinggalkan boat"...

Dan tetiba time tu jugalah laut bergelora ... pedih dah air masuk mulut tersedak ... mask terrenggang dari muka - maka air masuk idung semua ada ... But key point dia kat sini JANGAN PANIK ... Slowly aku swim back to de boat sambil menentang arus dan gelora laut yang dah mula kuat ... hu hu hu ... takut weih tak tipu ... hu hu  hu ...

Nampak tak? Memang tengah lautan kiteorang berenang ... 
Ish macam tak percaya pulak aku berjaya buat semua ni.
Masya Allah... Alhamdulillah ... Thankyou Allah ...
Snorkelling di Pulau Perhentian ni antara wish list before i die.
#MasaPulangKuMakinDekat


Ahkak berjaya sampai ke garisan penamat ...  #cintadiAkhirGarisan ...

... Alhamdulillah ... Maka jom lah kita balik ...

Gambar kat shark point ni tak banyak - sebab kawan - kawan aku semua dah letih 
dan RUPA - RUPANYA ... sesuatu telah berlaku di atas boat semasa ketiadaan ahkak di atas boat. Ada anggota dari group dalam boat kiteorang mabuk laut dengan sangat teruk sampah termuntah ... dan agaknya bila dia pun muntah yang lain dalam boat yang tak terjun snorkelling tadi pun ikut pening sekali ... Achik lak jenis tak sampai hati - g urut budak yang pening berangin tu - penyudahnya achik pulak yang pening sampai berangin... Ha sudahhhh ...

Abam boat tanya - nak balik makan kat mana?  Kami - kami yang masih bertenaga ni ingatkan nak habiskan lagi 2 check point baru balik kampung nelayan - sebab kami belum lapar - dan boleh jamak takhir solat zohor asar ... TAPI TAPI TAPI dah berlaku insiden muntah pening segala ni - kenalah semua sekali balik kampung nelayan ... 
Janji asal - nak anto je sapa yang dah tak nak snorkeling balik chalet - yang nak, stay dalam boat dan teruskan snorkeling ... 

tapi bila sampai je kat jeti kampung nelayan ... ha ha ha ... semua pakat turun ... dah nampak bumbung chalet terus rasa letih nak tidur semua ada... Yang kekal degil nak ber snorkelling adalah 6 orang termasuk haku ...
Abam bot suruh kiteorang pindah boat... Tapi geng2 awek baju hitam dari pahang tu buat derk je "kami tak kira ... kami nak g snorkling ngan abg mi juga ... kami tunggu jugak dalam bot ni" ... ha ha ha...
Nyampah betul abam bot tu nak layan kiteorang ... Dah lah kiteorang ntak ntak kaki nak g snorkeling tengah hari buta tu sebab kiteorang malas - kang kalau balik bilikkang - memang tak turun dah ... GERENTI ... ha ha ha...

Selamba je abam bot tu tinggalkan kiteorang kat tepi jeti kampung nelayan with his word : "Pukul 2.30 kang jumpa balik kat sini" ....

ha ha ha... Degil punya pasal - tak nak gerak gak dari bot tu ... Selamba je brother tu blah ... MOTIP ?  Kiteorang lah bengong ... ha ha ha... Kami boleh lah jama takhir ... Yang brother tu nak jama apa ke benda ... dia kan local people... Ngeng betul lah kiteorang ni ... Tapi brother tu best sempoi - orang nya tak banyak cakap ... muka macam nak cari gaduh ... tapi banyak lak ilmu swimming n snorkelling yang kami dapat dari beliau ...  Dia punya level sempoi tu - siap benarkan kiteorang bawak bot dia ... gila ke tak gila ...  ha ha ha...

Sementara menunggu abam tu p makan dan solat, kami lepak tepi jeti dengan baju2 sejuk tu ... Memang kami tak nak balik bilik sebab kalau balik GERENTI kami tak turun dah ...  So While waiting, eh eh eh ... nampak ada akak jual sotong celup tepung ngan kepok leko goreng pisang sedap ... TER PAK SA lah aku makan sebab sotong tu nampak macam awesome sangat ... dah lah rm7 je. Aku belanja lah budak - budak berlima dari 2 group yang lain tu juga ... kiteorang makan sikit sorang je sebab kang takut muntah ... 
Geng aku semua dah masuk bilik sebab diaorang dah letih ... Aku ada gak niat balik snorkelling kang nak tapaukan sotong ngan kepok tu kat diaorang ... tapi bila aku balik - sotong tu dah habis ... akak tu pun dah siap-siap nak tutup kedai ... Lebih memilukan bebudak bertiga tu tak lunch sebab tunggu aku - AKU RASA AMAT AMAT AMAT BERSALAH.
Tapi diaorang tidur kat bilik sebenarnya - diaorang letih ... si achik je layan movie kat phone dia ...

     Girlfrens ...if you read this; sorry ya korang tak lunch sebab tunggu aku ... aku lupa nak pesan suruh korang lunch ... Aku pun tak jangka lah abam tu suh kiteorang tunggu gak kat situ - sebab janji asal kan lepas drop kan korang - kami patut terus p snorkelling ... sorry tau tau tau ....

Setelah berjanggut kami tunggu brother tu akhirnya dekat jam 3 petang baru dia muncul ... hu hu hu ... Maka naiklah kami ber 6 je dalam bot tu pergi snorkelling ... hi hi hi ... jahat tau kami  - membazir petrol brother tu ...



Check Point 4 : The Lighthouse 
Ahkak lemas kat sini ... hi hi hi







inilah pak cik awi.
tak tau pak cik awi ni dari mana ... tapi dia nak p jeti besut ke big island ntah... so dia naik bot ngan kami dari kpg nelayan... 
pak cik ni anak2 dia educated. Ada yang kerja ngan MAS... Seronok sembang ngan pak cik awi ni... hi hi hi

Check Point 5 : Romantic Beach

Sampailah ke check point terakhir ... kat romantic beach ni banyak haiwanan laut yang cantik macam nemo kaler oren belang-belang ... best ... subhanallah ... masya Allah ...

Dan kat sini satu-satunya tempat snorkeling yang nampak pantai ... hihihi... tapi nak tengok nemo tu kaki tak jejak "lantai laut" juga ... apa pun romantic beach ni sangat cantik lah ... 





Dan kat sini juga brother tu ajar aku and nisa (my new fren) swimming without our life jacket ... dia "rampas" life jacket kiteorang masa kiteorang selamba pergi pijak coral kat tengah laut sebab letih ... dapat je tempat boleh letak kaki ... ha kau terus  jer pijak ... janam coral tu...
... huhuhu ... dah life jacket kena "rampas" kau nak mati ke nak hidup? Berenang gak lah ... choi.... boleh pulak timbul.... hadoiiii ... okaylah ... dapat ilmu


under water ni I cilok dari web sealife Inn ye...
sebab I tak ada underwater camera.
But this is de view I enjoy back there in Romantic beach ... lebih kurang


Dalam tak dalam sangat lah ni ... kena letak "2huda" baru boleh pijak "lantai laut"



okay ... habis dah ... 
Jom balik...

Orang kata - kat Romantic Beach ni - sunset dia cantik ... Romantic gitew...
Tapi tak kuasalah pulak I nak dok kat laut time-time maghrib tu kan ...

Maka ...

Ni jer lah kisah snorkeling kami ... 
Amacam ? Hocay Perhentian ??? 
Owh Perhentian I'm in Loveeeeee ...

Hihihi ... ada rezeki kami datang lagi ... 
Insya Allah ... 

Malam tu kami p berjemaah kat masjid putih di kampung nelayan ... 
Best + cantik dan masjid yang diimarahkan ... aku suka suasana tu ...
sampai ada wish nak datang situ lagi time Ramadhan nanti #inMyDream

Sorry tak ada gambar dalam masjid...
Tapi masjid putih tu sangaaaattttt cantik ...

Okay tu je kisah kami ... Bercuti ke Pulau Perhentian Malaysia ...

Esoknya kami bersambung percutian ke negeri Kelantan ... nak tahu ke mana? 

Bersambunggggggg ... Insya Allah...

Semoga bermanfaat
@loves_nhhas


Day 1 : Departure & Arrival 
Day 1 : Diva ber jungle trekking & Long Beach
Day 1 : Windmill & Long Beach trip
Review pakej bajet dan murah at Sealife Inn

Day 2: Bersarapan di Kampung Nelayan Pulau Perhentian
Day 2 : Tip Snorkelling for First TIMER.
Day 2 : 5 Check Point Menarik untuk Snorkelling di Pulau Perhentian