Pages

Friday, May 20, 2016

XPDC RAMADHAN 1437H

#AndaiIniRamadhanAkhirKu #SempatKe

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Aku paste kan nota catatan kuliah Maghrib kat surau umah aku beberapa minggu lepas -setakat yang sempat aku catat ...


XPDC RAMADHAN ... by Maulana Wan Helmi

22Rejab 1437H (29 April 2016)
Surau Al- Islah, Fasa 7...

Tidak Allah jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Allah.
Manusia dan jin ibadahnya berbeza.
Ibadah manusia ikhtariah (boleh memilih - nak buat baik or nak buat lagha/lalai).
Boleh ibadah santai atau sungguh-santai...
Namun bagi kekasih Allah -  nilai ibadah ni sangat tinggi. Perlu buat sungguh-sungguh dengan berkualiti.
Dalam kubur dah tak berpeluang untuk beribadah.
Hanya di dunia je peluang kita untuk beribadah , untuk zikir , untuk solat, etc. dengan sungguh-sungguh.
Sepanjang tempoh umur yang Allah pinjamkan ini - "pulun" lah sungguh-sungguh peluang yang ada.
Allah bagi 3 bulan best penuh barakah untuk kita lipat gandakan ibadah kepada Allah.
Manusia ni malas dan rasa terbeban untuk beribadah sebab rasa kena buat untuk Allah... padahal Allah tak perlukan pun zikir /sedekah / solat / any ibadah kita.-Ibadah kita tu tak mengubah apa-apa pun pada Kerajaan dan Kekuasaan Allah ... Allah bagi ibadah tu untuk bekalan dan keperluan diri manusia itu sendiri ...
Jika dalam hati ada kekhuatiran tentang takutnya dengan azab Allah, tentang takutnya kualiti iman yang ada dalam diri kita, takutnya kalau ibadah kita Allah tak terima dan takut etc ... maka mulalah "bergerak" perlahan-lahan di waktu malam.
Siapa yang mula bergerak perlahan-lahan di malam hari akan sampai ke "destinasinya" ... insya Allah.

Persedian untuk pergi ke Ramadhan : - 

1) mesti doa - minta Allah berkati kita di bulan rejab dan sya'ban dan minta pada Allah agar sampai kepada Ramadhan dengan sempurna...
Dua penyakit :
Panjang angan-angan - rasa takkan sakit takkan mati etc...
Dan penyakit suka menangguh-nangguh ... kadang Allah dah bagi peluang terjaga 2 3 pagi tapi kita sombong - tangguh-tangguh tak nak bangun tahajud.  

Contoh; Allah dah bagi sakit - tapi tak nak insaf ... Aurat tak nak tutup ... Mulut masih nak bergosip ... tangan masih nak ambil yang bukan hak kita ... etc. 
Kita TAHU itu salah - tapi still nak buat yang tak baik - tak nak berubah ... Astaghfirullah aladzim ... Kami memohon keampunan Mu Ya Allah ... Beri kami kekuatan untuk berubah dan bertaubat...

2) Banyakkan istighfar - sayyidul istighfar ... kena taubat sungguh-sungguh. Minta Allah ampunkan dosa kita sungguh-sungguh - kelalaian kita ketika beribadah, dosa lidah - banyak gosip, mengumpat etc.

3) Start "bayar hutang" dengan Allah ... Hutang solat, hutang puasa, - kena qada. , etc..

Hutang baca Quran - kena khatam Quran at least 2 kali setahun "Quote by Imam /ulama _____" - I'm not sure - tak perasan quote by Imam/ulama mana .
Kalau tak baca Quran - hati akan berkarat ... nak kena polish... kena banyak ingati mati kena banyakkan baca Quran. Kalau rasa hati dah keras - kena banyak-banyak mengucap Lailahailallah Muhammadurrasulullah - takut-takut ada perbuatan atau perkataan yang tanpa kita sedari telah membatalkan iman - penyebab kepada hati menjadi keras.

Siapa banyak ingat maut Allah bagi 3 nikmat :-
1) nikmat taufiq untuk bertaubat.
2) Allah bagi kecergasan untuk beribadah.
3) Allah bagi kita rasa cukup dengan apa yang kita ada.

Kalau kita biarkan Ramadhan berlalu dengan sia-sia, maka amat rugilah kehidupan kita.
Ramadhan = tetamu yang datang membawa :
1)  Rahmat dari Allah.
2) Keampunan dari Allah - Siapa yang bangun menghidupkan Ramadhan, Allah akan ampunkan dosanya.
3) Keselamatan dari api neraka.

3 ancaman kepada umat Muhammad S.A.W :
1) disebut nama nabi s.a.w - tapi tak selawat.
2) sampai kepada ramadhan tapi tak dapat keampunan dari Allah
3) ada ibu bapa - tapi tak jaga / derhaka
Maka celakalah orang itu...
Nauzubillah ...

Dalam sebuah hadits qudsi disebutkan,

وَمَا تَقَرَّبَ إِلَىَّ عَبْدِى بِشَىْءٍ أَحَبَّ إِلَىَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ

Artinya:“Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada perkara-perkara yang telah Aku wajibkan kepadanya.” (HR Al Bukhari)


Hadis Qudsi " sentiasalah hamba2 Ku yang berlumba dengan amal ibadah sunat .... (To get complete hadis - tak sempat jot down ).

 Allah akan kasih dan sayang kepada hamba Nya itu. Allah perintahkan jibril untuk wajib kasih kepada hamba yang Allah kasih itu tadi ... Apabila Allah sayang Allah akan filter telinga kita apa yang kita dengar, Allah akan filter penglihatan kita, Allah pelihara kaki dan tangan kita dari berbuat perkara tak baik ...
Pendek kata kalau jadi golongan muqarrabin Allah akan sayang dan pelihara diri kita  hingga akhir hayat hingga kita dapat husnul khatimah...


Orang yang berlumba-lumba dalam beribadah iaitu golongan muqarrabin akan bersama dengan Allah dan rasulullah s.a.w di akhirat kelak.

Orang yang dekat dengan Al-Quran - Allah akan berkati masa dia, rezeki dia, etc ...
Azam untk beruzlah dari benda2 lagha - whatsapps, fb, etc ...
Sampai-sampaikan khabar gembira kepada kawan-kawan, saudara mara tentang keseronokan nak dapat Ramadhan ... tentang kebaikan dan kelebihan Ramadhan ... tentang persediaan-persediaan Ramadhan yang perlu dibuat ...

Azamkan untuk " Tinggalkan Maksiat ... TINGKATKAN TAAT" ...

~Nota tamat ...

Wallahualam ... 
Kalau ada mana-mana catatan saya yang salah - mohon bantu betulkan . Terima kasih.

Semoga bermanfaat 

@loves_nhhas

Aku selalu duduk termenung - fikir kalau aku mati - masuk kubur + gelap + dok sorang-sorang + Q&A dengan malaikat + etc ... bla bl bla ... okay fine - takut nak mati sebab rasa tak sedia ... 
tapi kalau nak tunggu sedia - manusia lalai macam aku ni memang takkan pernah sedia ...
Maka aku doakan - semoga aku sedia untuk pulang ... Diberi kesudahan yang baik dalam hidup dengan lafaz syahadah yang sempurna + keyakinan yang benar mantap + hutang yang telah berbayar + telah dimaafi dan memaafkan sesama makhluk Allah + telah Allah ampunkan + telah ada tempat ku disyurga Firdaus Nya ; mahu dekat dengan Rasulullah s.a.w. dan seluruh ahli keluarga dan sahabat yang aku kasihi ... Insya Allah --- aameen... 

Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).

25 comments:

  1. assalamualaikum Huda
    wak terkedu kaknoor membaca nya
    terimkasih mengingatkan kaknoor yg selalu lalai
    walaupun umur dah lanjut masih lagi dok buat macam2
    mudahan ALLh temukan kita dgn ramadhan kali ni dngn lebih bersedia
    alhamdulillah setiap kali ramadhan mmg kami akan buat family tadarus setiap tahun
    dan berterusan hingga selepas ramadhan jugak cuma taklah tentukan mesti khatam setiap bulan. Terpulanglah siapa yg cepat baca bersama terjemahan nya akan cepatlah khatam
    biasa nya orang yg dok kat rumah yg selalu cepat khatam ye dak
    berbanding diaorang yg belajar dan kerja

    copy paste ya
    Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kita ingat mengingati kak...
      dok peringat kt diri sendiri juga ni

      Delete
  2. Petang akak terisi dengan perkara yang bermakna baca entri ini.
    Thanks so much, Huda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengs singgah laman usang saya...

      Hi hi hi

      Delete
  3. Mudah2an ada rezeki kita bertemu Ramadhan 1437 :)

    ReplyDelete
  4. bersusah-susah (pulun sungguh2) di bawah langit, berehat-rehat di bawah tanah, bersenang-senang di bawah arasyh..

    semoga pjg umur hingga ke bulan Ramadhan al-Mubarak..ameen..

    ReplyDelete
  5. Salam ramadhan tak lama lagi...

    ReplyDelete
  6. Allahurabbi, terima kasih huda atas perkongsian yg penuh manfaat.
    semoga Allah kurniakan kita sampai ke ramadhan kareem dan dapat rebut nikmat di bulan penuh kerahmatan. amin insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. terima kasih Huda, atas peringatan..Allahu, rasa banyak khilaf diri ni.selalu lebihkan dunia, padahal pahala bukan banyak mana. bila bangun untuk tengok bola lagi mudah dari bangun untuk beribadah, memang rasa kena muhasabah balik amalan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya nak peringat diri sendiri juga ni.
      banyak juga yang lalai.
      huhuhu

      Delete
  8. semoga umur kita panjang dan sempat bertemu Ramadhan lagi..Insha Allah

    ReplyDelete
  9. Quran pun dah lama tak baca..uhuhk

    ReplyDelete
  10. salam sis..
    terima kasih ingatkan kami semua dgn entry ini.. kadang kita mudah terleka..
    very appreciate..
    sama2 lah kita tingkatkan amalan...insyaAllah...

    ReplyDelete
  11. Thanks Huda.. Atas peringatan. Ada jugak yg sudi berkongsi buat mummy yg selalu lalai ni.. nanti doa lebih2 tuk mummy sekali ok.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kita ingat mengingati...

      Jangan lupa doakn saya juga ya

      Delete
  12. bulan ramadhan sentiasa di nanti kerana amalan baik tak kira sunat atau wajib di gandakan pahala..jon rebut!

    ReplyDelete
  13. agk nyer kalu diukur ketebalan iman yg ada ni, agk nyer lbh nipis drpd kulit bawang...allahu akbar!

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)