Pages

Wednesday, June 1, 2016

Sempurnakah Ramadhan ku???


Re-post sempena Ihya Ramadhan ...

Assalamualaikum wbt...
Dikongsikan nota Kuliah maghrib "Sempurnakah Ramadhan ku"...
by ustaz shamsul hakim, pensyarah USIM... @ surau al islah, presint 9, Putrajaya pada 16 Jun 2014 (18 Syaban 1435H).....

 *************************************

Adakah kita bersedia utk dipinang ramadhan yang datang membawa pelbagai bentuk hantaran dan ganjaran daripada Allah S..W.T... ?

Persiapan kita utk menerima kehadiran ramadhan...

Setiap tahun ramadhan datang jumpa kita tepat pd 1ramadhan...
Bagi mereka yang bersedia, persediaan telah dibuat since rejab...bahkan lebih awal dari itu...

Bilamana dtg nya ramadhan... Dibuka semua pintu syurga, ditutup semua pintu neraka, dan syaitan dibelenggu...

Setiap tahun ramadhan dtg pinang kita utk menjadi penghuni syurga Allah... tapi berjaya atau tidak pinangan itu bergantung pada persediaan kita...

Analogi... Kalau nak kawin pun, kita akan tengok "latar belakang" pasangan yang meminang dan di pinang...

salafussoleh punya rindu ngn ramadhan dah minta pd Allah agar dpt bertemu ramadhan, 6bulan sebelum ramadhan...
Sepanjang 6bln slps ramadhan pula mereka mtk agar Allah terima amal ibadah mereka spjg ramadhan yg lalu...

bagaimana kita pd harine?
Jangankan rejab, lagi 2mgu nk ramadhan pun blh ada acara2 berbentuk hiburan lagi...
Seolah2 tak rasa apa... Tak rasa nk dipinang oleh ramadhan... Tak rasa nk grab "hantaran" janji takwa dan balasan syurga yg d bawa ramadhan...

kehebatan ramadhan... Allah seru dgn panggilan yg mulia i.e. "wahai org2 yg beriman"...
Iman yg sebenar2 bertapak dlm hati...

 Rujuk...Surah al-baqarah ayat 183-185

(183): Wahai orang2 yang beriman, Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa... 

... Wahai orang2 yg beriman...
... Puasa ne tlh d fardukan juga pd umat yg terdahulu dr kamu...
... Perintah bukan saja utk suka2...tp sbb Allah nk bg anugerah yg besar...i.e takwa... Dan sbgaimana kte tahu takwa adalah "lesen" utk kte menjadi penghuni syurga Allah...

Allah ampunkan segala dosa bg orang yg puasa benar2 kerana Allah dgn penuh iman dan takwa...

Dosa ibarat racun yg merosakkan diri dan akhlak seseorang...

penyakit hati umat akhir zaman... Sbb x berlaku pembersihan "hati" yg d penuhi "racun dosa"...

umpama jika kita memakan banyak makanan yang bukan-bukan dan tidak berkhasiat, yang akhirnya menjadi racun pada tubuh badan...yang boleh trigger kanser dlm tubuh...

Sesungguhnya, keampunan Allah itu maha luas terutamanya dalam bulan ramadhan... Maka mohonlah keampunan daripada Nya... menurut hadis berikut, dosa selain syirik akan diampuni


عن أنس رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول - قال الله تعالى : يا بن ادم إنك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان ولا أبالي , يا بن ادم لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم استغفرتني غفرت لك , يا بن ادم إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئاً لأتيتك بقرابها مغفرة - رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح

Terjemahan:
Dari Anas radhiallahu 'anhu, ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Allah ta’ala telah berfirman : “Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni dosamu dan Aku tidak pedulikan lagi. Wahai anak Adam, walaupun dosamu sampai setinggi langit, bila engkau mohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku memberi ampun kepadamu. Wahai anak Adam, jika engkau menemui Aku dengan membawa dosa sebanyak isi bumi, tetapi engkau tiada menyekutukan sesuatu dengan Aku, niscaya Aku datang kepadamu dengan (memberi) ampunan sepenuh bumi pula”. (Riwayat al Tirmizi, Hadis Hasan Sahih).


******

Allah buka seluas-luas pintu rahmat kepada semua hamba Nya... Jika lah manusia itu blh melihat rahmat keampunan dan kasih sayang Allah, nescaya kte akan terpegun dan rasa menyesal kenapa tak taubat dan mohon ampun pd Allah...

Allah kunci serapat-rapatnya pintu neraka... kerana tidak mahu ada hamba Nya yg menempah tiket ke neraka... Tapi manusia yang degil tak sedar diri ada juga yang "pecah masuk" pintu neraka dengan membuat larangan2 Allah... seolah2 sengaja menempah tempat ke neraka Allah...
Betapa Allah sayang pada kita orang beriman ne, bukan setakat buka pintu syurga seluas2nya, tutup pintu neraka serapat-rapatnya... Bahkan Allah membelenggu syaitan... Agar kita dapat fokus beribadah...cari rahmat dan redha Allah...


وَنَادَىٰ أَصْحَابُ النَّارِ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ أَفِيضُوا عَلَيْنَا مِنَ الْمَاءِ أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى الْكَافِرِينَ ﴿الأعراف: ٥٠﴾
Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka dengan firmannya): ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): "Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu". Mereka (ahli Syurga) menjawab: "Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir".

إِنَّ شَجَرَتَ الزَّقُّومِ﴿٤٣﴾ طَعَامُ الْأَثِيمِ ﴿٤٤﴾كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ ﴿٤٥﴾كَغَلْيِ الْحَمِيمِ ﴿الدخان: 43-46﴾
  
(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, - (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka). (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, - Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.


Ganjaran ramadhan...rahmat... Keampunan... Kelepasan drpd api neraka...

kena azam dari skrg,agar pinangan ramadhan tahun ini kita terima dgm persediaan yang rapi...

...siapkan hati utk terima ramadhan... (sama mcm seorang wanita yg persiapkan hati dan diri utk terima pinangan seorang lelaki yg bakal menjadi suaminya)

...sempurnakan kewajipan umum i.e sempurnakan solat fardhu sesempurnanya...
Jaga solat fardhu elok2...

...bwk barang keperluan dan tinggalkan bebanan yg x perlu... Usahakan agar b4 ramadhan, semua beban2 dosa d langsaikan... Mtk maaf dgn semuaorang yg kte buat salah... Dosa tu yg jd beban menyebabkan manusia berat(malas) nak buat baik,nak beribadah...

... Banyakkan solat tarawih i.e buat sampai siap sama2 dgn imam...

bnykkn baca quran...
Qiamulail...

wallahualam... Setakat tu yg sempat sy catatkan berdasarkan kuliah maghrib td...

...diharapkan kawan2 sudi ringankan beban saya, Huda Sani, dgn memaafkan semua salah dan silap saya sama ada yg sedar mahupun tidak...

tengs korang...love uols.... 


p/s: catatan ini telah disemak dan ditambah pada bahagian Hadis dan Quran oleh ustaz shamsul... (he is my former guru talaqi di USIM)...

p/s; thanx ustaz sebab betulkan catatan nota saya...



17 comments:

  1. Sedih bila melihat senario masakini memang jelas. Menyambut ramadhan bagai terlindung dek sambutan selepas ramadhan. Aturcara selepas ramadhan lebih menyerlah... kena didik hati dan siapa yg dibawah jagaan kita Huda.. Huda belum ada anak tak apa. Kakak inilah kena selalu memberi ingat utk diri sendiri dan yg dibawah jagaan...

    ReplyDelete
  2. tqvm atas perkongsian ini, huda

    kak ada terdengar kat tv..satu ustazah perempuan (lupa program sebab nak keluar)..

    dia kata, puasa kita tak diterima selagi kita belum memohon maaf kepada kedua ibu bapa kita sebelum masuknya Ramadan. selalunya kita mohon ampun maaf masa hari raya saja, katanya

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. tqvm atas perkongsian ini, huda

    kak ada terdengar kat tv..satu ustazah perempuan (lupa program sebab nak keluar)..

    dia kata, puasa kita tak diterima selagi kita belum memohon maaf kepada kedua ibu bapa kita sebelum masuknya Ramadan. selalunya kita mohon ampun maaf masa hari raya saja, katanya

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang sangat bermanafaat, untuk muhasabah diri ini, moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

    Alhamdulillah..bertuahnya ada ustaz yang tolong betulkan, mesti anak murid yang jayyid jiddan ni.

    ReplyDelete
  5. ku mengharapkan ramadhan kali ini peuh makna
    agar dapat kulalui dengan sempurna..
    -mambai

    ReplyDelete
  6. Sebaliknya bukan bulan ramadhan ini untuk menyuci hati..perut untuk meringankan diri melakukan ibadah.. .malah disogokkan lagi dengan pesta makan yang berbagai...ibarat siang berpuasa mlm berpesta makan...

    AllahuAkbar...makin menjadi2 pula zaman sekarang ni...belum puasa lagi dah terpampang buffet berbuka sana sini...inilah salah satu yang dimaksudkan ...

    ReplyDelete
  7. alhamdullah jom kita sambut bulan ramadhan dgn berzikir..

    ReplyDelete
  8. Salam kakhuda, moga Allah kestemukan kita semua dengan ramdhan :) InsyaAllah , moga kita sama sama hargai setiap detik masa di bulan mulia

    ReplyDelete
  9. syukran..bertemu dgn bulan Ramadhan bagaikan bertemu kekasih..rindunya..
    akk juga nk meminta maaf, zahir & batin..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih Huda kongsikan coretan yang sangat bermanfaat ni

    ReplyDelete
  11. mengharap yg lbh baik dpt dilaksanakan slps ramadan ini dan berterusan smpi bila2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, anies. Moga Ramadan jadi titik tolak perubahan kita kepada yg lebih baik & sempurna :)

      Delete
  12. Thanks Huda atas perkongsian ini. Moga memberi manfaat kepada seluruh alam.. Amin

    ReplyDelete
  13. Terima kasih huda, perkongsian yang baik.

    ReplyDelete
  14. Hebat dan mulianya Ramadan. Moga kita semua berpeluang utk rebut semua keistimewaan yg ditawarkan Ramadan :)

    ReplyDelete
  15. actually singgah sini nak wish raya ;)

    ReplyDelete
  16. selamat hari raya huda ... mohon maaf zahir dan batin kalau ada terkasar bahasa bila komen kat sini kay.

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)