Pages

Friday, February 17, 2017

Jom ke Australia ke kita : Cadangan itinerary ke MELBOURNE, Australia #I'mInLove

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Ye mari - mari .. .. ..  hari ini kakak kawasan melben nak berkongsi cadangan itinerary dan tempat menarik di Melbourne yang boleh dikunjungi ketika bercuti ke sana.

Ini sebagai panduan - kalau korang nak bercuti sendiri tanpa bantuan agensi pelancongan (Baca: travel agent),  atau jika mengikuti agensi pelancongan, korang boleh menilai sendiri tempat yang depa janji nak bawa tu - berbaloi atau TIDAK dengan harga pakej yang ditawarkan.

Sebabnya? Kebelakangan ini ramai juga kawan-kawan saya menghantar mesej bertanyakan perihal cadangan itinerary dan tempat menarik di Melbourne yang boleh dikunjungi.  

Banyak duhet ampa no. Ampa dok kutuk-kutuk duhet malaysia tak laku - gomen is bad bla bla bla ... kencang juga ampa bercuti no... haissshhh ... Hokay tak apa - duit ampa, rezeki ampa - p lah berjalan melihat keindahan alam ciptaan Allah - dicipta untuk mereka yang berfikir dan berzikir mengingati NYA - Insya Allah.

Hocay, back to discussion !

Saya ada deraf itinerary yang sekadar #contenganJalanan ehhh tak - conteng tangan dan taip secara ringkas di MsExcel (#WeLoveExcel). 
Apabila diminta oleh bestfren - saya forward je lah - pastu pandai-pandailah diaorang adjust - sebab saya conteng cam gitugitu aje.  Sampai satu tahap - saya diminta cam gini "Boleh dak ang tolong tulis elok-elok. Ang tulis lah mana aku patut p dulu mana patut p kemudian. Mana tak patut p langsung ka"

Hamboiii dah bagi betis nak peha ... gittew uols ...  konsep sangat kau nak hakak yang #RajinTakBanyak ni - #TulisElokElok katanya...  berapa sen lah dia bayar hakak?  Nan hado... Ceri pun hakak tak dapat apatah lagi correlle. Cheese pun dia tak hadiahkan - adake patut. hihihi. Takdelah #GurauSahajeNoks

Okaylah nak kata properly written schedule - still no lah - I never did thing properly - far from perfect - dats me yo.  But I think this suggestion MAYBE can give uols rough picture how you should start your journey in MELBOURNE #I'mInLove.  So lets cekidout.

Sebelum itu - korang tau ke Melbourne tu letaknya di mana?  Please don't give AUSTRALIA as answer. #HakakBalingBantalJapLagi.
Maksud saya - ampa tau ke Melbourne tu terletak di ceruk mana kat Australia nun?  Dah google? Sebab Australia tu besaq baq ang.
Ha p google kat google map k. Hi hi hi.

Sebelum tu - anda dinasihatkan baca juga Senarai Semak Melancong Ke Australia kat SINI.


Jangan lupa semak Musim dan Suhu - sebab Ausie ni "terbalik" dari Europe
Bunga / Spring : September hingga November
Panas / Summer : Disember hingga Februari (suhu mencecah sehingga 46 darjah celcius)
Luruh / Fall / Autumn : Mac hingga Mei
Sejuk / Winter : Jun hingga August (suhu mencecah sehingga -2 darjah celcius)



Untuk panduan ya.

DAY 1:
Pusing melbourne city.

Day 1 jika nak pusing-pusing melben city je, ni tidak perlu sewa kereta lagi - all places can be reach via public transport - senang je… tapi kena ada MyKi card ye. Option yang ada sangaaat banyak. Tapi sebelum tu, nak bagitau : 

Jarak dari Melbourne Tullamarine International Airport - ke Melbourne City dalam 20km++.

Boleh juga kalau nak sewa kereta dari airport - tapi dalam CITY biasanya susah parking and it is costly. Maka mungkin boleh pertimbangkan untuk menaiki public transport from airport to the Melbourne city - Owh jangan lupa ambil Tourism Booklet sebaik sahaja keluar dari perut kapal terbang ye. Kat airport tu ada tourism booklet - kadang kat dalam tu ada voucher + kupon diskaun ke attraction yang ada pada masa itu

Nak sewa kereta terus pun boleh. Silakan. Duit anda - hak anda - hihihihi...  

Antara cadangan tempat untuk pusing-pusing in Melbourne city adalah seperti berikut :

1.1 Federation Square :
Federation Square - kat sini ada Melbourne Visitor Center. Boleh lah tengok apa best offer kalau nak g secara berpakej.  

But I would suggest you to drive lah kalau nak g Philip Island and GOR… tak best lah ambik pakej… Kalau nak drive, saya pernah sewa dengan Budget Car Rental, dan Hertz.  Sila request untuk tol device ye... kalau tak nanti kena denda AUD30...



belah kanan yang macam artistik building (konon) ni lah federation square.
(tu ada tulis Melbourne Visitor Center)
I can't find my / our picture in here.
Mana ntah dah hilang.

Jalan kaki kat bangunan yang ala-ala bangunan lama tu - ha kat situ Flinder railway station


Boleh pusing-pusing melbourne city naik city circle ni - tapi lama lah nak tunggu - dulu-dulu free je naik ni.  hilang sabar jugalah menuggunya. Kiteorang naik ni pergi Harbour mana ntah. yang ada banyak yard and kapal tu.





1.2 Melbourne state library : Library depa unik… best … kalau suka boleh lah pergi - kalau tak skip je.


tak reti ambil gambar dari atas.
masa ni I tak ada kayu sakti (baca sebagai monopod selfie stick)
tapi eh sekarang pun tak ada juga


kan ... dijaga oleh darth vedar star wars.
kita hado?  
hahaha ...


ni muka depan melbourne state library


Kisah ku di Melbourne State Library dan Federation Square dan berhari raya di Melbourne boleh tinjau di entri SINI

Kisah ku ber Ramadhan di bumi Melbourne juga ada tapi malas nak cari link - cari arh sendiri k - hihihi... it was in Julai/August 2012 entries.

1.3 Royal Botanical Garden


 
Kisah ku? Boleh dibaca DI SINI  ada banyak lagi benda best kat sini. ada shrine of remembrance juga. 

1.4 Fitzroy garden melbourne

1.5 Boleh singgah kat Melbourne Medina :
Boleh solat kat sini. Cer cek kalau boleh tinggal bag kat sini. Toilet bersih. Boleh mandi atau tidak - tak ingat. Tapi bolehlah kalau nak refresh diri.
(in case hari last tu dah check out hotel nak cari tempat nak mandi b4 fly blk malaysia. Nnt donate lah some money kat tabung situ.
Location : berdepan dengan Eureka Skydeck.

Boleh baca kat LINK SINI untuk my story mory di Royal Botanical Garden dan Melbourne Medina 

1.6 Brighton Beach Bathing Boxes
Ni ada kotak-kotak colorful tepi pantai tu. Kalau berhajat nak ke sana, kena pergi waktu siang, kalau tak - camno nak ambik gambo ngan box color-color tu kan.

Saya tak ingat dah tren apa saya ambik sebab saya gerak dari rumah di Clayton. Tapi kena berenti kat Brighton Beach Station, jalan kaki boleh tahan jauh juga lah - jalan sisir pantai : Brighton Beach and jumpa lah dengan Brighton Bathing Boxes.


Jauh glerz hocay nak jalan dari pit stop tren.
Adik malas jalan so dia suruh saya jalan sendiri.
Geram lah juga.
Sapa nak tolong ambilkan gambarkan.


Tengah-tengah jalan jumpa orang - minta tolong ambilkan.


Dah sampai depan ni tiada orang yang reliable nak minta tolong ambilkan gambar . 
Tangan depa basah dan berpasiaq (baca sebagai : berpasir)
So I ambil ajelah gambar bathing box ni #WITHOUTME
Geram pulak bila tengok.
tak pe lah - janji sampai sudah...
ehhh nampak bayang sendiri pun boleh lah...
Hahaha...





sejauh itu ku menapak pergi.
maka sejauh itu jugalah ku menapak semula ke train station.
Tapi sebelum tu, dah alang-alang sampai pantai ... apa lagi ...
Jomlah rendam kaki ...
yeeehaaa... 


Blog pun tak hapdet lagi sebab tak ada masa. MALAS
If nak g sini, kena estimate masa untuk g St.Kilda, kalau tak, memang tak sempat nak kejar panguin tu. Agak2 lepas Asar - boleh gerak dah dari sini ke St. Kilda.


1.7 St. Kilda Beach

Penguin Hunting - maghrib time. - tempat untuk tengok penguin secara percuma kalau ada rezeki - hihihi ...

Nota : Penginapan dan Pengangkutan.

Jarak Philip Island ni dari Airport dalam 160km ++ untuk jalan bertol dan 170km ++ untuk jalan tanpa tol ).

Kalau ampa mampu turun-turun kapal terbang terus nak ke Philip Island - silakan.  
Tapi saya tak cadangkan begitulah. Saya cadangkan Hari ke-2 baru bergerak ke Philip Island.
Macam saya - "tinggal" kat Clayton Victoria.  
Maka saya sewa kereta kat car rental belakang umah je.  
Kena jalan kaki sket lah dalam 15 minit untuk ambik kereta di pagi hari.

Jarak dari Clayton ke Philip Island dalam 120km ++.

Kawan-kawan saya pun ada yang ikut jejak langkah ni i.e lepas habis merayap kat Melbourne city - diaorang menginap di Clayton - sebab kos rendah sikit berbanding di CITY dan senang parking. 

Jarak dari Melbourne city ke Clayton dalam 20km++.  
Kalau naik maxi taxi - cost dia dalam 80 - 100 AUD.  
Kalau nak naik train je pun boleh. Bawak je bag. Naik dari Flinders Railway Station ye. Depan je dengan Federation Square. (kalau tak sure - tanya je orang - nanti depa bagitau biasanya - Insya Allah). Nak berenti kat mana?  tu bergantung ampa ambik penginapan kat mana.  Ha sudah - g study map laluan train vs your accommodation ye.

Okay back to discussion:

DAY 2 : Phillip Island
Mesti keluar pagi-pagi…. Paling lambat pukul 8 mesti keluar. Ambik kereta sewa and  start your journey.
Refer interactive map ni : for places that you can plan to go.

Antara yang sempat saya lawati - lawatan seharian suntuk ke Philip Island ialah :

2.1 Panny Chocolate Factory
kalau masuk laluan yang betul, tempat awal yang akan dijumpai -  Panny Chocolate Factory.
ramai orang tak nak masuk tapi saya masuk - bagi saya tempat ni BEST  …
ada game yang korang blh main - hadiah dia coklat free…
ada mesin boleh buat coklat sendiri …
Punyalah best kat tempat ni - sampai 2 entri saya tulis 
My experience share here : - bergembira di Panny Chocolate Factory







2.2 Ladang Kangaroo - and koala bear ….
seriously tak ingat nama tempat ni apa sebab macam tak ada je dalam interactive map. (warook farm kot...ntah) okay dah ingat ... nama ladang tu "wild life park".
Tempat ni best sebab ladang dia besar - macam2 haiwan ada, pastu orang tak ramai … tu yang best tu …
Kebanyakan orang akan g Maru Koala & Animal Park - tapi kiteorang rasa tempat tu tak best sebab ramai orang -
housemate adik saya pergi pun, dia pun cakap tak best sangat. Best lagi  tempat yang kiteorang g haritu... katanya lah ...

My experiences and a lotttttt pictures shared here :



Obviously I'm scared of any animal  ...



So kita menumpang encik abah bergambar sahajalah ... 









2.3 A Maze n Thing
Banyak benda pelik dalam tu. Dengan skill photography yang baik - berbaloi masuk.
Macam haritu saya g dengan abah saya - dia tak enjoy main all sebab age factor… hahaha.
Kalau yang muda-muda g best lah kot .. .. ..
tapi kalau ada tempat lain nak g, tak yah lah masuk - singgah luar je ambil gambar sebagai bukti dah sampai - okay.

Baca sini : Pengalaman aneh di A Maze n Thing Melbourne  best lah juga kalau masuk ... main game merepek-repek dalam tu. 


2.4 The Nobbies

Ni wajib pergi singgah ambil gambo - kalau tak singgah sama macam tak sampai Philip Island okay.



Boleh baca sini untuk kisah-kisah dan gambar menarik di The Nobbies Philip Island, Melbourne
On the way boleh singgah Woolamai beach Phillip Island, dan Pyramid rock.

2.5 Panguin Parade
Saya singgah untuk ambil gambar je.
Tak masuk tengok panguin sebab panguin keluar waktu maghrib.
My parents tak bagi drive balik malam-malam.
So terus gerak balik Clayton.
Lagipun kalau dah jumpa panguin kat St.Kilda - tak yah dahlah beli tix tgk panguin kat sini... Mahal.

Habis Hari ke-2. 

Terpulang nak tidur di Philip Island atau tidak - Saya balik dan pulang semula ke Clayton dan tidur di Clayton sahaja. Kawan-kawan saya pun masa depa p depa balik tdoq kat CLayton.  Yang menyewa di Mebourne City pun depa balik bermalam di City. Kiranya kami tak bermalamlah kat Philip Island tu.  Manageable to do ONE DAY TRIP bergantung kepada keupayaan masing-masing ye.



Dari Clayton - esoknya boleh bergerak ke destinasi berikutnya 

(which is in real life saya pergi tahun berikutnya - hahaha -  sebab lepas balik Philip Island haritu - saya sekeluarga p Sydney - okay ni kita citer lain kali lah - Insya Allah.)

DAY 3 :

3.1 Tesselar Tulip Festival :
Tulip Festival ni berlangsung pada musim bunga.  Biasanya dalam mid September until mid October setiap tahun...  Dannn saya tak pernah pergi. hahahaha.
Korang boleh refer web ni: http://tulipfestival.com.au/  kalau berhasrat nak pergi.  Make sure ambik tiket flight yang sama sewaktu dengan festival ini.
Saya tak pernah pergi sebab time saya pergi je dia baru je berakhir semalam ... 
Belum rezeki.
Jika tak cukup masa, tak perlu luangkan masa lama sangat di sini. Sebab tulip ni best nya kat belanda. Hihihi… 
Bagi saya ianya macam floria putrajaya je - Cuma bayaran dia lebih mahal - dan dia letak bunga tulip... (ni bagi pandangan saya lah)  #ayatOrangKecewaTakDapatPergi
Kalau nak pergi sini - alang-alang dah sewa kereta - drive je lah terus kan.  Set your GPS k. hihihi. Dah alang-alang bayar mahal - make sure ambil gambar setiap kuntum bunga yang dijumpai ya.

Sikit info akak share :
Tesselaar Tulip Festival
357-359 Monbulk Road, Silvan  
Adults : $24
Concession : $20.00
Children (under 16) : Free (accompanied by adults)

Okay - kalau tak nak pergi Tulip ni macam saya ... ATAU selepas ke Tulip Festival ni - korang boleh ke The Puffing Billy yeay...

3.2 The Puffing Billy
Naik keretapi wap. Tengok semua orang naik macam best.
Saya tak pernah pergi - RUGINYAAA… sebab asyik tak kena timing saya.
Cek timing ea, and korang patut cuba ... sebab kat malaysia tak ada, kat NZ ada tapi tak boleh naik pusing-pusing...
Boleh refer sini : http://puffingbilly.com.au/en/
Puffing Billy ni letaknya di Belgrave (I study tapi tak sempat pergi).. Dan nak naik tren tu ada jadualnya.  Bukan main redah je.  So sila semak kat web yang disertakan ye.
Mahal juga naik ketapi wap ni - Kos di Puffing Billy ni dalam AUD50++ ... bertabah ye.
Dah alang-alang sampai tu - pejam mata - jalan je... hihihi.

Selesai?  Okay habis je berjimba-jimba dengan keretapi di Puffing Billy ni ... Bolehlah korang pertimbangkan untuk bergerak ke The Great Ocean Road (GOR) .  
Yeay - best tempat ni.  Kalau ke Melbourne tapi tak pergi Great Ocean Road - maknanya trip korang ke Melbourne tu macam invalid lah ... hahaha... i.e tak lengkap lah kot bagi saya.  Tapi tak nak pergi pun tak apa.  Ni saya bagi cadangan je...

3.3 Journey to Great Ocean Road

Jarak dari Belgrave ke Great Ocean Road dalam 280 km ke 350km ++ 

Bergantung route mana yang korang pilih.
So kalau nak pergi - mesti gerak hari ke-3 dalam tengah hari or after lunch ke GOR.
Kalau tak, nanti dah gelap takut susah nak singgah dan tengok pemandangan yang maha indah. Masya Allah...
Itinerary and place for accomodation boleh jadi tak boleh sama kot sebab kami bergerak pagi lepas subuh, dan kami menginap di Hujung GOR. (kalau definisi hujung dan pangkal kita adalah sama kot... hahaha)

Kalau korang gerak tengah hari or petang, try cari penginapan di awal-awal GOR, macam dekat Lorne ke kan. sebab tak berbaloi nak patah balik.
Make sure lalu laluan yang betul ye, kalau tak nanti tak jumpa laut.  So ikut korang lah, nak datang lalu laut or nak balik baru laut sebab dia macam circle. 

Suggestion penginapan, Lorne, Port Campbell or Apollo Bay.
Or else, saya suggest, if korang nak g afta lunch macam tu, g ikut jalan yang bukan jalan laut... so korang akan jumpa "hujung dulu", i.e area 12 Apostle tu dulu - cantik tengok sunset kat situ. Sila ambil gambar pemandangan sunset banyak2 nnt share dengan saya ye...
 So pagi esok baru gerak ke seterusnya - ikut pesisir laut - baru akan jumpa Lorne, lighthouse, etc.
So plan your journey lah - sebab ada 2 entrance nak g GOR ni. haritu saya guna M1 Highway from free toll highway. - adik saya yang study jalan, sy tgk gps je.

DAY 4 :  The Great Ocean Road,
Explore GOR …. Boleh refer web ini : http://www.greatoceanroad.info/

Ada sangaaaaatttttt banyak pit stop menarik… mesti singgah tau.
Saya tak sempat hapdet blog lagi, tapi antara yang saya ingat saya singgah.

4.1 Cape Otway Lighthouse, mainland Australia’s oldest surviving lighthouse.



light house kat atas tu.
since semua tak mau naik - so I pun tak naik lah.

Korang nanti dah alang-alang sampai - p naik sana k.

Ada je jalan. Tapi dah 3 tak nak naik lawan 1 - kalah lah I.
 hihihi  
maka kita mainlah air laut.

kuat juga ombak.
tapi abah tak bagi main lama kat sini sebab takut anak kesayangannya ditelan ombak.

#KalauTakutDiLambungOmbak
#JanganBerumahDiTepiPantai
#tetiba





 4.2 Pintu gerbang GOR. Great Ocean Road Memorial Arch, 6 km of Port Campbell


Shawl tu kak NOHAS bagi ... 
cantikkan.
Jazkillah khayr kak...MMMuuuuahhh
mana-mana berjalan memang I angkut.
Kak - nanti bagi lah lagi ye.
Ehhhh... hihihihi ...


Driveeeee lagi - jumpa Lorne, jumpa hutan ntah apa-apa lagi ... kena ber jungle tracking sket.
Okaylah ...
Cantik juga.
tapi sebab saya pergi GOR ni sebaik sahaja saya pulang dari Queenstown New Zealand,
semangat masuk hutan tu jadi kurang sebab NEW ZEALAND tu dah cukup cantik saya explore.
hihihi... so yang lain-lain tu macam tak terbandinglah gittew KONONnyalah.
padahal - the real reason - saya sangat letih.  Trip 2015 ni adalah trip yang paling letih dalam sejarah perjalanan saya ke Melbourne selama 4 tahun tu.












4.3 coastal towns of Lorne, Apollo Bay and Port Campbell

4.4  Nama tempat ni 12 Apostles Explore the Port Campbell National Park, and view the famous and uniquely formed rock stacks (ni paling hujung lah kot. saya pun kena patah balik sikit dari penginapan.)


ni lah 12 Apostles

cantikan gambar ni I ambil ... hihihi ..



RINDU nya nak pergi Melbourne lagi ... 




ni ntah nama apa tak tau.







sebenarnya boleh turun ke pantai tapi jauh juga kena jalan.
Puan Ibu tak larat.
dan puan ibu tak bagi I turun - #nantiHilangKatanya
 hahaha... maka cukuplah sampai di situ sahaja.




4.5 AND A FEW MORE TAK INGAT DAH NAMA TEMPAT - London Bridge, 7 Km west of Port Campbel, Bell Beach (Pantai btk bulan Sabit), etc ...

4.6 Kalau ada masa, lajak lah ke Halls Gap … boleh tengok The Grampians, The Balconies, Mackenzie Falls, Broken Falls, Reids Lookout, etc.

4.7 kalau ada masa lagi - singgahlah Ballarat (tp saya tak singgah sebab semua orang dah letih - dan hanya saya yang memandu - sgt penat lah…

Tidur semalam di Great Ocean Road ye.  Again - ampa kena study lah ampa nak tdoq kat mana - nak p mana.  

Saya dah bagi nama tempat - ampa p google k.  Nak bercuti tak boleh malas buat kajian lokasi tau. 


Kalau ampa gerak DAY 3 ke GOR - Maknanya petang DAY 4 tu kalau tak nak bermalam dah di GOR - maknanya petang DAY 4 tu ampa dah kena gerak balik ke melbourne city.
Tapi kalau ampa nak bermalam semalam lagi di GOR pun terpulang kepada bajet masa dan kewangan masing-masing.

DAY 5 : Mornington Peninsular

Sila ke pautan ini Enchanted Adventure Garden  untuk melihat kegembiraan saya ber garden roses di Melbourne - besttttt - kalau musim bunga and summer sangat cantik.  Jika punya masa lah.  Atau mungkin pagi anda ke Ballarat, dan selepas itu ke Enchanted Adventure Garden.




 
Sila bawak sunblock.  WAJIB

Boleh refer link sini : untuk tempat menarik dan rare dikunjungi pelancong luar.

Kalau journey and 5 hari sahaja - tak apa - skip sahaja kawasan ini ya.
Owh ya - nak pergi sini tak ada train sampai ke garden ni.  Dia macam ntah lah - lereng-lereng bukit juga. Lebih digalakkan untuk memandu.

Bacalah kat link yang saya kongsikan ini : http://www.enchantedmaze.com.au/


DAY 6 : Kembali ke Melbourne City 

6.1 Morning : Queen Victoria Market (Vic Mark)
Wajib lah - sebab kat sini sourvernir terpaling murah. 
Shoppinglah kat victoria market. (Ada pasar basah - jual buah, sayur, bunga. dan Ada pasar kering i.e. bahagian yang jual sourvernir ... survey all shops b4 beli ye) ...
Kalau tak silap saya - Vic Mark tutup hari Isnin - cer check balik - tak ingat dah saya.
Kalau jumpa cherry - wajib belikan saya sekilo - ha ha ha… or should I say - wajib cari cherry bawak balik bagi kat saya ;-p ...
Sourvernir vic market ni murah - frdge mgnet, key chain, mug,  Tshirt pun boleh dapat dalam AUD 5.  tapi normal price diaorang jual tshirt AUD 8-10.




ada pasar basah - jual wine pun ada etc .



dah nak tutup dah.
ni tahun 2012 - bulan puasa masa ni.
and its winter... 
puasa 9 jam je rasanya masa ni.
hihihi ...


memang seronok beli fresh fruits kat sini.
disebabkan dah selalu ke sini - dah lupa nak bergambar kat Vic Mark ni.
hihihi - ada ni je. sorry.


6.2 Kalau sempat g lah DFO
Honestly - saya tak pernah pergi sebarang DFO kat melbourne. Sebab saya kirim je barang kat adik saya time sale.
If tak silap - DFO yang terdekat dengan Vic Market ialah DFO Essendon.
Kalau tak silap lah.

6.3 Flinder Station
Ambil gambar je - trade mark Melbourne.  Tapi dari hari pertama patutnya korang dah lalu lalang depan Flinder Station ni sebab dia memang tengah city tu - kira macam KL Sentral gittew.



6.4 Melbourne Harbour
tak ingat lah nama tempat ni - sebab saya g tahun 2012… best juga… ada ship yard cam gitu… Yang penting ada tempat solat..
Dockland or Victoria Harbour kot.

6.5 Melbourne University  /  Etihad Stadium
if sempat lagi - g lah ambil gambar kat Melbourne University … dan Etihad Stadium.

6.6 Ambik Gambar kat Yarra River  in case kalau tak sempat 1st day tu…





~the end~

Sekadar cadangan.
Dah habis ... Balik le ke tanah air tercinta ... 

Kalau pergi ketika Winter, ada satu lagi tempat yang korang boleh pertimbangkan iaitu Mount Buller/ Mount Bawbaw (dalam Jun/Julai) - macam menarik juga tengok orang pergi.  Tapi kalau nak real main salji - baik pergi New Zealand.  hihihi.  Saya tak pernah pergi tempat ni - sebab ntah - saya takut kot nak drive time winter - jalan licin. Bahaya sebab tak biasa kan... 


Nota keberangkatan pulang.
Kalau nak jalan-jalan sebelum pulang ke airport - korang boleh kowtim dengan penginapan kalau boleh late check out.  Or boleh tumpang letak bag ke macam mana.  Or boleh tumpang mandi and bersiap kat Melbourne Medina ke. Kan.  

 Amacam?  Bermanfaat?  

Sebarang cadangan/ pandangan/ pembetulan fakta dan pautan, boleh ditinggalkan diruangan komen secara beradab.


#AdabDIBalasBeradab


#Biadap? Tidak akan diluluskan.

Kalau ada tempat-tempat menarik lagi yang korang pergi - jomlah share.

Semoga bermanfaatlah ye.

@loves_nhhas

66 comments:

  1. nk g melben tp nk tgk grand slam je hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perhhhh g melben utk tgk grand slam je....

      Hebatt tau anies... hihihi

      Delete
    2. sbb nk jumpa pemain fav sy je hgahah boleh gitu?

      Delete
  2. Ada plan nak pergi lagi ke Huda?
    Dah macam nak balik kampung sendiri aje:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh nk pindah situ terus kak. Hihihi

      Delete
  3. wow..thanks for sharing..ntah bila nak gi..huhu..plan dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq bg kita shawl cantik.

      Nnt nk g roger2 lh ... kot2 blh join

      Delete
  4. Salam Jumaat, dah lama bunda tak singgah kesini... bunda pun sekarang dah jarang update blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi bunda...
      sorry lama tak drop visit belog bunda...
      bloglist saya hilang.

      kena demam agaknya blogspot ni.

      tgh mengumpul semula senarai bloglist.

      Delete
  5. chantekknyer shawl dan pemakai shawl mkcik nohas tu kannn., hehe2

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. belum tuan,

      harap2 juga nak pindah duduk sana,

      hihihi... manakan tahu rezeki suatu hari nnt. Insya Allah.

      #Pray4Huda

      Delete
  7. Replies
    1. tuan MKL .. lenkali saya p melbourne - cari Dr. Nassier lah - ajak tolong jadi tourist guide. hihihi

      Delete
  8. Seronoknya! Bilalah berpeluang sampai ke sana.

    Salam perkenalan. Done follow sini.

    ReplyDelete
  9. oh em gee...rindunya Melben! Noobies tu memang wajib! GOR tu cantik tak hengat. Rasa nak repeat! Tetibe teringat entry travelogue yang mereput tak habis Erkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom lah me repeat cik sal.


      errr oit - abeskan trip jepun dulu plsss.

      hihihi

      Delete
  10. Seronok yg amat tgk nhas pergi Melben..
    Memang dalam perancangan LZ ke sana tapi masih belum berkesempatan.. Syukur ada post ni boleh buat rujukan..
    Terus follow blog nhas.. 😄

    ReplyDelete
  11. Wah lengkapnya kakak kawasan bagi tip

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... tak boleh lawan SS.

      Dia lagiiiilengkap.

      siap nak turn right left entrance semua ss guide.

      jauh lagi saya nak sampai level tu.

      hihihi

      Delete
  12. Byk tempat nhhas cover ni..kena gi lama baru boleh jd adik kawasan..;))

    ReplyDelete
  13. Amvoi! panjang entry nih! baru baca separuh.
    Nanti Mrs. A datang lagi ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang jangan tak datang.

      sila baca sampai abes.

      hahaha

      Delete
  14. Cer gambo gitew kat Putarjaya Botanic Garden... He He He...

    ReplyDelete
  15. sbab terbaca blog awak ni.. sy ingin repeat ke melbourne lg.. pernah kesana tahun lepas. stay di MH. trip sndiri yg ckup bajet. sgt best smpai skrg tak boleh lupa.
    anyway gambar2 yg awk ambil ini cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap hari rindu nak ke melbourne lagi. hihihi.
      semoga Allah rezekikan untuk sampai lagi kelak.

      Insya Allah

      Delete
  16. akak orang cakap nak lepas imegresen australia susah yeke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa mudah je. as long as tak bawa benda yang dilarang.
      dan declare apa yang dibawa.

      setakat ni saya semua lepas.
      alhamdulillah.

      jemput2 lah baca entri2 saya yang lalu.

      banyak sangat dah share tips

      Delete
  17. Thanks sis nhhas bagi itenery yg banyak membantu. sy plan nak ke sana tahun hadapan musim sejuk/winter ..

    ReplyDelete
  18. Salam..boleh pm itenary dan bajet jika ada kepada saya..noridayu77@gmail.com
    Saya akan ke sana pada 18 jun 2018. Nak kena buat bajet betul2..sebab ramai yang pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. my itinerary as above sis.

      bajet you need to have your own calculation.

      saya jarang share bajet dengan orang.

      saya travel - layan je.

      bring some money and happily spend them all as per plan.

      hihihi...

      secara asas...

      sediakan duit untuk :

      penginapan.
      pengangkutan.
      makan minum.
      souvenir.

      if you need further help, pls email me ... as i'm not really with my blog until i don't know when ...

      reallife.nhhas@gmail.com

      Delete
  19. assalamualaikum, saya nak tanya la, boleh x bagi saya berapa anggaran kasar nak ke sana tu dari segi

    1)penginapan
    2)fee masuk
    3)pengangkutan
    4)makan minum
    5)souviner

    bagi anggaran kasar je, please

    #memerlukanpertolongan
    #tripbersamafamily

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam ...

      Kena tahu nak pergi mana dan nak menginap di mana dan berapa lama.

      1) untuk penginapan you boleh cek online (selalunya saya guna booking.com) and estimate bajet melalui situ.

      2) fee masuk - u nak p mana? cer try list nak p mana... baru boleh estimate entrance fee berapa. ausie ni modern... most of the places yang tourist attraction akan ada online so boleh cek fee kat situ.

      Sorry ... I can't simply put up a budget for u. dan saya memang tak share bajet percutian saya di public kerana bagi saya itu privacy saya.

      3) pengangkutan - u nak guna public transport atau rent a car?
      untuk public transport boleh cek di web ini "https://www.ptv.vic.gov.au/tickets/myki" ... or google for "myki melbourne/ victoria australia".
      myki ni boleh guna kat semua public transport tram, tren, bas...but not for taxi (ni kena guna card credit atau CASH).

      untuk sewa kereta - boleh cek online ... saya pernah sewa kereta dengan Hertz dan Budget Car Rental ... sebab tu yang paling dekat dengan rumah.

      so u boleh estimate bajet thru the online prices.

      pls take note... ausie ada tol so sila minta tol device dari syarikat sewa kereta tu ye.


      4) makan minum -- errmmm ntah lah ... u kira lah per head / per day meal / total number u'll be there.

      cth u estimate cost per head for meal ... AUD20/person/sehari * 5 hari sana .. so makan dalam AUD 100 /day (ni kalau u mmg nak makan totally kat luar dan tak nak bawak any food) ... ausie makanan yang dah siap masak mmg mahal ... tp raw food n masak sendiri agak murah lah #bagisaya. at least masa saya pergi ianya murah lah berbanding tanah air ...

      5) Souvenir - banyak souvenir murah di Queen Victoria market ... masa saya pergi ... tshirt blh dpt dalam aud 5 each ... tapi kalau nasib u tak baik maybe dia jual aud 12. aud 3 pun saya pernah dapat.

      fridge magnet pun murah. dah jatuh kalau convert rm3 je saya beli.

      TAPI TAPI TAPI.
      Please take note... ini amount yang saya dapat masa saya pergi sepanjang 2012 hingga 2015 ... sekarang dah 2017 ... kena tengok currency rate juga dan rajin google online ... current rate for the accommodation, entrance fee, transport, food and souvenir ...


      semoga dapat membantu ...

      saya jarang buka blog sekarang sebab ada kekangan tugas lain yang lebih penting... anything boleh emel (harap saya buka emel juga...)

      emel ada di bahagian bawah blog ...

      tq

      Delete
  20. Salam sis articles u byk membantu.i nak pergi end of Jan 2018 hehe caman u apply visa online ke :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh baca kat sini : http://hnr318.blogspot.my/2014/02/senarai-semak-melancong-ke-australia.html

      or google my entry senarai semak melancong ke australia.

      yeap saya buat online - mahal sikit tapi reliable.

      boleh juga pergi mana2 travel agency minta mereka buatkan ... ada yang nak tlg buatkan.

      Delete
  21. Terbaik. JOM WHATSAP..KOT2.buleh tlg buat itinerary kat i olls :) buleh ke cayang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ... akak kena belanja saya tiket flight terbang ke melben lah return tic.

      hihihihi...

      Delete
  22. salam nk tnya, total ground cost berapa ye

    ReplyDelete
  23. salam....saya ada beberapa soalan nak tanya...
    1) kalau awal bulan jun ada salji tak di mount buller?
    2) boleh tak bawak balik cheese ke Malaysia hand carry je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cek lah dengan met ausie. atau web mt buller berkaitan.
      saya tak boleh nak jawab le ada salji ke idak. huhuhu...

      boleh je bawa balik cheese. tak ada masalah.
      sepatutnya tiada masalah nak handcarry atau luggage.

      unless kalau ausie ada peraturan baru pula tak boleh bawa keluar cheese.
      dan malaysia ada peraturan baru tak boleh bawa masuk cheese.
      hahaha ... tu kena p cek lah.

      Delete
  24. Rajin menulis! Anyway, power lah pergi sendiri dan explore semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya seluruh ausie tu melbourne ... sydney ... dan new zealand ... insya Allah selamat je travel sendiri.

      Delete
  25. Salam..sis gerak lpas subuh g GOR..sis stay kt mna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak ingat nama tempat tu.. nanti saya recall balik.
      Its a cottage house.
      Syantek sangat... tapi sunyi.
      Err GOR tu mmg sunyi as a whole pun. Hihihi

      Delete
  26. Salam adik. Can share your story driving from philip island to sydney tak. I will be there mid September 2018 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak kak.
      Saya g Sydney tu naik flight.
      Sebab saya malas drive. Hihi.
      Sorry kak

      Delete
  27. Bole tahu kt clayton n port campbell sis chq in kt mna..(nma hotel@apartmnt tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sangat. saya ter lepas pandang komen ni. maaf sangat2.

      dan juga saya lupa nama hotel yang saya stay kat GOR tu.

      clayton saya duduk rumah my sister

      Delete
  28. Dri Lorne blh singgah di Kenneth River..parrot bebas terbang..hulur je kuaci beli di kedai sebelah, kejap je dh kena kerumun 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh Kenneth River.... macam saya tak singgah je.
      kena pergi lagi nnt insha Allah

      Delete
  29. Dear sis,
    Apa maksud "Sila request untuk tol device ye... kalau tak nanti kena denda AUD30"
    Device je kan so utk card top up cam mana plak? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat device toll tu nnt minta car rental tu top up terus

      dia macam konsep RFID.

      Delete
  30. i've always wnted to go to aussie tp xde rezeki lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha Allah sampai nanti. bahkan melangkah lebih jauh lagi.

      Delete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)