Pages

Friday, February 10, 2017

Senarai semak - barang nak p Haji

untuk senarai semak siri 2, click sini SIRI 2
Assalamualaikum wbt...
Ne bukan check list ilmiah mahupun check list ibadah. Tapi ia nya lebih merupakan barang yang anda tak terfikir nak bawak tapi rupa-rupanya ia amat penting untuk dimanfaatkan. Jom kita tengok apa ke bendanya...

1.Tupperware. Haha. Penting tau benda ne. Untuk tapau makanan n tapau air in case korang tak nak makan kt dewan makan yang disediakan pada hari-hari tertentu mungkin disebabkan faktor kesihatan yang kurang baik. Jadi, makanan yang ditapau adalah lebih hygienic bila nak dibawa menaiki lif (yang dikenali sebagai salah satu tempat penyebaran penyakit).

*nota: saya gelakkan mak pada mulanya, bila tgk mak masukkan Tupperware dalam bag dia, dan siap blh cakap: “ne apa kes jalan bawak Tupperware macam orang kampong…. Hahaha…” pastu mak jawab sambil gelak dengan penuh yakin, “hahaha… jangan pandang rendah, banyak manfaat benda ne…kita tunggu dan lihat…”

Dan setelah balik mekah dan banyak orang menyedari kepentingan Tupperware ne, mak pesan “angah, g masukkan dalam blog check list g haji, jangan lupa bawak tupperware”… ok… yang ne kelakar.

2.Jarum dan benang. Ne pun penting atas dua sebab. Yang pertama, jika anda berhasrat untuk tidak membawa banyak pakaian, dan nak beli jubah di sana, maka jarum dan benang adalah dijangka diperlukan bagi kerja sembat-menyembat. Yang kedua, ianya amat diperlukan jika baju anda bergurau kasar dengan tiba-tiba butang baju tercabut atau jahitan beretas. Kerana harga jarum dan benang disana mungkin tak terbayang difikiran anda.

3. IRON. bawak iron kecil yang for traveler tu aje. Ada orang kat malaysia gelakkan Saya sbb bwk iron. Tapi hakikatnya kat sana ada juga yang berhajat padanya. Please lah. Kalau kat malaysia, nak pergi kerja, keluar jalan-jalan pun kita nak pakai baju yang elok bergosok, takkan lah pergi masjid tak nak pakai pakaian yang terbaik? Memanglah tak ada sapa suruh kau bawak pergi arafah dan mina. Itu masa kerjakan haji. Tapi ne yang solat 5waktu di masjidil haram dan masjid nabi, takkanlah taknak pakai yang kemas. malulah sikit ya.

4. Jangan lupa hanger dan klip sebab klip yang dijual di sana kelihatannya kurang berkualiti, mudah ranap dan akan membuatkan pakaian anda kotor lalu terpaksa membasuhnya semula sedangkan masa untuk membasuh semula itu lebih baik dimanfaatkan untuk ke masjid. Mungkin ada klip yang berkualiti tapi tak jumpa cari lantaran masalah bahasa, dan kalau ada pun mungkin HARGA menjadi igauan ngeri. Seperti igauan ngeriku TERPAKSA membeli wrapping tape untuk tape kotak. Kat malaysia tape tu murah 3 4 hinggit je, tp kt sana 8riyal. Uhuk!!!uhuk. Mungkin saiz dan kualiti lebih baik kot. Hehehe. Elok selamat kotak parcel ku. Alhamdulillah. Wrapping tape juga boleh di bawa kalau rajin. Saya bawak. Tapi tak cukup. Hehehe.

5. Sabun mandi yang buku tu macam lux ke protex ke.hah silalah bawak banyak2 kerana harganya sangat mahal kat sana. Terlalu mahal sampai rasa macam tak logik pun ada. Boleh menangis. Serius tak tipu. Huhu. Shower gel terpulang. Kalau nak bawak pun boleh. Sebab kat sana memang mahal. Tapi kat sana elok jangan mandi beria sangat bersabun, nanti kulit gatal dan bersisik. Sabun mandi yang buku tu fungsinya untuk basuh baju. Hehehe. Sebab sabun basuh baju yang macam Fab ke breeze ke, akan merengsakan kulit anda. Jangan risau, kat sana anda tak berpeluh pun sangat sebab walaupun panas, tapi panas yang kering. Insya Allah.

6. Panadol, vicks, sanitizer... Bawaklah. Harga kt sana mahal...

oh ye,sila bwk panadol yg power sket seperti panadol soluble kerana bila semua orang makan pcm papan yang sama tu, peluang untuk sembuh mungkin lebih rendah. Kuman pun pandai mutasi ok. Tapi apa pun itu hanyalah ikhtiar. Yang beri kesembuhan dan kesihatan adalah Allah yang Maha Berkuasa. Usaha, doa, tawakal kepada Allah ya. Jangan putus asa. Berdoa betul2. Ayah saya tak sakit pun duduk sana. Cergas jer. Jeles betul. Disamping banyakkanlah minum air zam-zam. itu lebih baik. Sihat dan menyegarkan. Insya Allah. Anda pasti merindui air zam-zam apabila pulang. Sebab dah tak dapat minum air zam-zam berbotol-botol setiap hari. Sedey.

7. bag galas...

Bawak lah bag galas sendiri yang bersesuaian utk ke masyaer (erm, gambar nnt load), sbb if pergi THTS, alahai bag galas nyer kecil sangat. Tak muat nak bawa ketika masyaer yang lebih kurang 6hari 5 malam tu. Pastu mula lah bawak beg-beg kecil sebagai tambahan dan seterusnya nanti menyusahkan diri sendiri nak bawak turun naik bas. Kalau kena berjalan kaki gara-gara jalan jam, lagi lah tragis.Jadi bawaklah bag galas yang sesuai dengan diri masing2, alah, gulung-gulung aja letak dalam bag luggage.

Nota 1: erm nanti kalau nasib tak baik, kat airport, kalau imigresen Saudi LAPANG dan BANYAK MASA, mereka akan buka bag. Tapi Alhamdulillah saya tak kena buka bag ketika tiba ke Jeddah dan pulang dari madinah. Tapi sekadar peringatan, “barang2 kecil anda” letak lah dalam “uncang” atau bag kecil macam bag kasut yang tali jerut tu (erm, gambar nnt load), untuk letak “barang2 kecil anda”, supaya tak berterabur bila imegresen buka bag anda di tengah orang ramai.

Nota 2: kalau p dengan THTS, makan adalah sangat mewah. Setiap kali naik bas aje, makanan dah tunggu atas kerusi. Kadang-kadang terlalu banyak sampai dah tak boleh nak bawak. Jadi standby bawak tote bag (alah green bag tu), lipat2 kecik letak dalam bag selendang. Berguna betul tote bag tu. Seriously. Highly recommended to bring.

*** Kesimpulannya harga lah masalah utamanya. Kecuali tupperware, sbb anda kaya pun anda x jumpa tupperware kat sana. Jadi ucapkan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah mengilhamkan ibu saya untuk bawak tupperware.hehe.ramai orang jeles dengan tupperware ibu.

Ok yang bawah ne adalah senarai ilmiah sikit.



8. Buku doa-doa pilihan

Ha, yang ini list serious. Bawaklah buku doa. Nanti kat mina 3 hari, korang banyak sangat masa. Pastu dibazirkan dengan bersembang. Sungguh rugi. Sebab di bumi mina pada hari-hari tasyrik adalah waktu mustajab berdoa. Ambillah peluang tersebut. Selepas dah habis baca List doa sendiri (ha kena ada tau list doa sendiri), bacalah doa-doa yang diajar oleh rasulullah s.a.w sebab doa yang nabi s.a.w ajar adalah doa yang terbaik. Meliputi urusan dunia dan akhirat. Bawak buku doa yang betul yer. Yang bersumber dari al-quran dan hadis sahih.

(nota: suka berebut kat ruang yang terbatas seperti di raudhah dan hijr Ismail, tapi Allah buka ruang seluas-luasnya di bumi mina; 3 hari dan di arafah seharian, manfaatkanlah… jangan bazirkan dengan bersembang, tidur pun lagi ok, sebab tidur tu ibadah kalau diniatkan sebagai ibadah)…

9. MP3 or MP4 atau kalau handphone anda canggih pun dah ok dah. Tapi makesure lah dalam tu di install dengan zikir-zikir munajat, doa-doa taubat,doa-doa yang lainnya, zikir2 amalan harian, bacaan2 al-quran (dan bukan lagu mengarut kelengkung kelengkang (ayat mama) ) . Sebab nya ialah, yang saya nampak, ada 2 lah. 1, kadang-kadang ‘orang-orang biasa macam saya ne’ perlukan alat bantuan untuk menghadirkan rasa khusyuk untuk berzikir. Dan bila telinga dah melekap dengan ear phone mp3 tu, maka mulut secara spontan akan sentiasa berzikir dan dapat mengelakkan daripada bercakap perkara yang sia-sia.

10. Buku ne: makkah mukaramah dan madinah munawarah. Good reference. Tapi kalau dah hafal, tak payah bawak.




Lain-lain senarai, kalau anda berniat nak bersedekah, barang yang dicadang di bawa dari Malaysia adalah seperti:

1. Stokin – sebab ramai jemaah suka pakai stoking koyak / nipis. Mungkin mereka tak perasan. Kadang2 rasa kesal jer dalam hati sebab dah sah-sah solat tu tak sah. Saya pernah lah pinjamkan seorang makcik ne stokin sebab Saya pakai 3 lapis stoking. Jadi Saya bagi lah lapisan kedua tu kat dia. Kalau kita bawak banyak, kita boleh sedekah. Dapat pahala tau. Sebab tolong orang beribadah dengan sempurna. (or at least cuba mencapai tahap kesempurnaan itu.). Insya Allah.

2. Bawak strepsil / gula2 ubat batuk banyak2. Gunting kecik2 dan boleh bagi kat jemaah2 yang batuk kat masjid. Mesti diaorang suka. Erm Saya pernah demam kat mekah masa g umrah 2004 dan g haji 2011. Tapi masa g haji paling “terbaek” sebab dah di beri 3 paket antibiotic yang mana paket ke-3 tu Saya buang jer sudahnya. Tak berkesan langsung. Minum air zam-zam lagi mujarab. Insya Allah. Eh, sebenarnya nak cakap. Kat mekah ada satu antibiotic yang agak bagus. Tapi kena beli sendiri lah kat farmasi nya. MAHAL… itu sudah pasti. Tapi Alhamdulillah. Membantu. Nama antibiotic tu BAKTIXIM (kaler biru merah). Harga SR56 ada 6 biji, sehari makan 1 jer. Ubat ne dari Jordan if tak silap. If jumpa cari kat Malaysia bawak ler sesiap kalau harganya tak mahal. Tapi check with my SIL hospital Malaysia tak ada ubat ne.

hoccay...
sekian dahulu senarai semak yang sempat disenaraikan ^_^.
semoga bermanfaat ya.

p/s:  kalau rasa bermanfaat boleh lah tinggal kan komen atau kongsi link ne dengan kawan2...
kalau list ne tak lengkap atau merapu, boleh lah add in yang saya terlepas pandang kat kotak komen...

catatan asal : 18-Mei-2012 (Jumaat)
fakta benar berdasarkan pengalaman menunaikan fardhu haji musim 1432H (2011)

~re-post atas permintaan dan keperluan~
Semoga bermanfaat. Insya Allah

15 comments:

  1. Salam - satu nasihat yg terbaik. Dulu masa saya pergi Umrah saya selalu melihat mereka yang berpengalaman mengambil kesempatan untuk bersedia dan berbakti kepada jemaah lain. Kita yg tak tahu dan faham hanya melihat sahaja. saya berazam pada musim haji tahun ini (saya akan bertolak ke Mekah pd 22 sept ) bukan sahaja melakukan yg tebaik dalam Ibadah saya tetapi juga membantu Jemaah lain yang memerlukan. terima kasih atas nasihat. shikh@dynac.com.my

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt...
    Shikh...
    selamat berangkat. Semoga dikurniakan haji yang mabrur. dimudah kan segala urusan dunia akhirat.

    tolong doakan untuk saya sekali ya.

    Doa arafah nnt saya emel... Insya Allah.

    doa nya di pc lain. skrg outstation....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...Alhamdulillah, mmg tgh mencari2 apa2 barangan yg selain dr checklist yg TH bg...ur advice mmg bermanfaat..cam tupperware tu .. mmg x terfikir nk bwa..thks so much..doakan sy juga akan berangkat ke Mekah pd 18/9/2014 ni..in Sha Allah...Ameen..

    For Shikh semoga kita sesama mendapat haji Mabrur yg mabrurnya bertahan hingga ke syurga ..ameen...ameen Ya Rabb..
    (tamar_zai@yahoo.com)

    ReplyDelete
  4. @tamar_zai

    Alhamdulillah...
    Semoga diberi kesihatan yang baik...dimudahkan segala urusan dan semoga mendapat haji yang mabrur...


    Doakan saya sekali yer...
    Semoga hidup dan mati dalam iman yang sempurna.
    Istiqamah dalam iman dan amalan yang Allah fardhukan dengan sempurna... Insya Allah...

    jaga diri baik2...

    ....
    #rinduBaitullah
    #rindu Rasulullah s.a.w.

    ReplyDelete
  5. Nhhas dah pergi haji rupanya. Bagusnya dapat pergi haji muda-muda ni ...

    kalau dah ada anak, alamatnya kena tunggu anak besar. (selain kena tunggu que :)

    ReplyDelete
  6. setuju dengan list ni...hanger dan sepit baju sangat penting sebab kt sana akan kerap basuh baju. Dan ubat jugak, sebab kat sana lain macam sikit. Tapi masa saya pergi umrah, barang macam toiletries takdelah mahal sangat. Mungkin masa haji lain kot. Semoga entry ni berguna buat yang nak pergi haji.

    ReplyDelete
  7. Jarum dan benang kakak memang bawa walau kemana pun Huda.
    Kakak ingat masa balik tu jarum dan benang itulah yg membantu kakak tulis nama/address atas kain (akak bawa juga artline 70) utk tulis atas kain jahit atas beg yg baru dibeli utk isi barang. Boleh tolong makcik-pakcik yg tua beli beg gondol tanpa tanda. Dahlah sama bila mutawif kata tulis nama dan alamat mestilah dia terpinga-pinga. Abang dgn kakaklah yg bantu. Abg masa tu kan jadi AJK.

    Tupperware pun betul sebab kadang memang malas nak makan di dewan kan. Makan dlm bilik selesa. Kakak tak bawa masa pergi tapi beli di sana.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih senarai semak ni. Boleh buat rujukan nanti.

    ReplyDelete
  9. good list. Tak sangka agak banyak jgak benda2 yg sangat membantu untuk kegunaan kat Mekah/Madinah.

    ReplyDelete
  10. nice sharing .. nnt boleh refer2 sini.

    ReplyDelete
  11. Hajjah Huda dah la ye ni..tahniah diberi peluang jd tetamu Allah di usia yg muda trang tang tang tu

    ReplyDelete
  12. Byk ilmu dan tips dr entry ni..kdg benda kecik mcm tu kita terlepas pandang

    ReplyDelete
  13. cuma ada pengalaman g umrah je... mmm kalu nk tambah, mungkin powerbank kot... ;-)

    ReplyDelete
  14. baca sekali imbas jer lah nampaknya sebab turn haji 2040 adoiii :p

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)