Pages

Tuesday, April 21, 2020

Step by Step Puding roti Suka Hati Dapur Huda (versi air fryer)

Kisah dia.
Roti dah expired beberapa hari. Tapi memang buh dalam peti ais.
Pastu semalam jiran ada kerja kat cameron highland, kami kirim strawberry sekilo sorang. Bangun pagi ni tengok jiran tetangga dok hapdet menu strawberry dari nasi lemak, ke puding roti, pancake strawberry, strawberry celup coklat. ewah kemain mereka semua. Hmmm saya makan berulas-ulas dah strawberry bila secara tiba-tiba teringat puding roti nadira. Nadira ni jiran saya yang pandai baking. Dia la share resepi haritu, dan dia ada bagi saya suku daripada yang dia buat awal PKP haritu. So saya pun whatsapps la dia dok tanya macam-macam.
Oh disclaimer. Saya tak pernah buat puding roti seumur hidup. Ini la pertama kali saya cuba.
Saya cuba ikut resepi nadira. Tapi eh alamak saya tak ada tepung jagung. Saya tanya la pula kakak kesayangan master chef seantero dunia (ya ampun over nya kau huda). ha ha ha. Saya tanya kak ira - pun jiran saya juga yang sangat hebat memasak, dari lauk pauk, pelbagai nasi dan baking, semua beliau hebat.
So mentoring by kak ira - sebab nadira tiba-tiba ada kerja kot. So saya modified sahaja la resepi asal disesuaikan dengan apa yang ada di dapur saya.

Resepi asal ada sos. Tapi memandangkan puding roti saya dah just nice lembut dan lembik dan dah dipenuhi dengan bermacam buah-buahan masam manis dipadukan pula dengan chocolate chip cair. Perrrhhhhh. Saya kira ianya sungguh enak dimakan begitu sahaja tanpa sos. Dan ini adalah puding roti yang paling sedap dan mewah yang saya pernah makan. Kah Kah Kah. seriously. Saya pun tak sangka ianya secara tak sengaja tersedap.
Sudahlah tak ada tepung jagung, belasah gula putih, terlebih bubuh telur. Ehhh mujur la kau sedap labu.

Yang sebenarnya bahan tak cukup nak buat sos tu kalau ikut resepi asal nadira. Sebab tu la saya modified.

Maka terima lah resepi puding roti suka hati dari dapur huda. Dibakar menggunakan air fryer legend.

Semoga bermanfaat.

Resepi Puding Roti Suka Hati Dapur Huda
(versi air fryer)

Bahan A:
  1. Roti (sapu butter/planta) - saya guna 6 keping
  2. Susu segar atau Susu cair
Rendam la roti tu 10-15 minit dalam loyang, buh susu.
Roti tu kalau nak comel boleh la potong kecil.
Bahan B:
  1. 4 sudu besar GULA.
  2. 1 sudu besar Esen VANILA.
  3. 2 atau 3 biji TELUR.
Pukul telur, esen vanilla dan gula.
Kalau rajin nak blender pun boleh.
Masukkan bahan B ke dalam loyang yang dah dimasukkan dengan bahan A.
Bahan C:
Untuk aksesori tambahan, boleh la ditaburkan:
  1. Chocolate Chip.
  2. Letak la buah-buahan digemari.
Masukkan dalam AF
1st time
  1. suhu 160
  2. masa 7 minit..
2nd time
  1. suhu 160
  2. masa 15 minit
kalau korang nya tak masak lagi, boleh la self adjusted.
Nak senang tengok je la video ni step by step.

terima kasih cikgu Fitrah Afiffah
Resepi asal dari Nadira Naser https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10157876304936091&id=546306090

VERSI COMEL .... HAHAHA

12 comments:

  1. Canggih la dapur dah ada AF..mak ni dok goreng mcm zaman dulu kala lg huhu..bila nk beli tah

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang banyak gadjet ni sebab dia jarang masak mak. ha ha ha

      Delete
  2. Replies
    1. dah sedap secukup rasa tayah sos. kah kah kah.
      padahal bahan tak cukup la mak.
      maklum la masak setahun boleh kira dengan jari.

      lagipun 1st timer la mak. kih kih kih.
      nanti saya improve bila2.
      insha Allah

      Delete
  3. Replies
    1. kebetulan jiran ke cameron highlan kelmarin kak. hi hi hi. kirim le

      Delete
  4. Sedapnya! Lama x makan strawberry. Rajin Huda masak time PKP ni ye. Hehe

    ReplyDelete
  5. Wah..warna warni...menarik perhatian ni...

    ReplyDelete
  6. auuchhh. topping dia dah macam pavlova pulak tengok. >.<

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)