بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ ْ ِ
أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ الۡعَافِيَۃَ
Ya Allah, TERIMA KASIH atas kehidupan hari ini untuk NAFAS dan REZEKI yang Engkau limpahkan.
Jadikanlah permulaan hari ini penuh dengan KEBAIKAN, pertengahannya membawa KEJAYAAN dan pengakhirannya suatu KEBERUNTUNGAN..
Jadikan awalnya RAHMAT, pertengahannya NIKMAT dan penghujungnya PENUH BERKAT..
Ya Allah, beri kan lah kami semua ‘Afiyah serta kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan duniawi dan juga ukhurawi, mendapat rahmat, nikmat, keberkatan dan keredhaan dari mu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Sehinggan 23 Disember 2020, jumlah kes kumulatif Covid-19 di Malaysia telahpun mencecah angka 98,737 kes mengatasi China yang mencatatkan kes 86,882 (ada yang mendakwa China tidak mengemaskini atau tidak berkongsi rekod penularan wabak di negara mereka yang terkini)
Disaat
kebanyakkan negara masih mengawal pintu sempadan dan sedang berura-ura untuk kembali
menutup pintu sempadan antarabangsa ekoran penemuan variant Covid-19 yang baru
yang telah termutasi dengan genom yang lebih mengganas (katanya).
Tekanan
baru muncul di Britain pada akhir November dimana UK mula menyiasat mengapa
kadar jangkitan COVID-19 di Kent tidak menurun. Kajian sekumpulan pakar di UK menemui
sekumpulan penyebaran yang cepat di England dan London tenggara yang dikaitkan
dengan varian coronavirus. Namun, banyak yang masih belum diketahui mengenai
jenis virus ini, yang dikenali sebagai garis keturunan B.1.1.7. Strain ini
terkenal karena jumlah kes yang meningkat di beberapa bahagian di England, dan
jumlah kes dan jumlah wilayah yang melaporkan jangkitan daripadanya semakin
meningkat, menurut COVID-19 Genomics Consortium UK (COG-UK).
Semalam (23
Disember 2020), Malaysia pula mengesan mutasi baharu virus A701V. Tetapi masih
belum mengesahkan kekuatan mutasi baru ini.
Dalam masa
yang sama kerajaan sedang merancang kesesuaian untuk membuka kembali pintu
sempadan bagi pemacuan ekonomi. Yang
mana saya pasti keputusan ini membimbangkan sebahagian besar rakyat terutamanya
petugas barisan hadapan.
Pelbagai reaksi masyarakat bila disebut tentang waba ini. Penyakit “Wahn” – cinta dunia takut mati.
Sekarang ni
memang semua sedang wahn dari wuhan (takut mati). Adakah waba yang melanda
petanda kemurkaan, ujian, teguran atau bala ?
Apa sahaja
penyakit dan musibah, waba yang berlaku, itu petanda dunia semakin menuju ke
penghujung.
Apa tanda burung perepat,
dalam semak kaki tersula.
Apa tanda kiamat dah dekat
Bumi bergolak mengirim bencana.
(pantun ustaz badlishah)
Bencana ni ada banyak bentuk, antaranya
Kegagalan teknologi (contoh pesawat jatuh, keretapi tergelincir, kapal karam, pesawat hilang tak jumpa sampai sudah)
Bencana sosial politik (konflik, rusuhan, peperangan termasuklah penyebaran waba.
Macam sekarang ni covid-19, sebelum ni ada h1n1, influenza, denggi, sars, merscov dan macam2 lagi.
Bencana geogologis klimatologis (tsunami, gempa bumi, taufan, banjir)
Orang Islam dah lama diperingatkan tentang semua ini. Tapi jangan sampai kita tak dapat melihat rahmat di sebalik kejadiann.
Apa makna
musibah?
Diambil
dari ayat quran
Surah At-Taghabun. Ayat 11: Tidak ada sesuatu yang berlaku kepada seseorang melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Baik atau
buruk semua dengan izin Allah.
Tapi bagi manusia kalau buruk tu musibah, yang baik tu nikmat.
Wallahualam.
Hakikatnya,
tiada wang pun mati, kena covid pun mati.
Sesungguhnya
mati iku sangat pasti. Ianya sunnatullah.
Doalah
sungguh-sungguh
Ya Allah Ya
Rahman, Ya Rahim, Ya Rauf, Ya Ghaffur, Ya Ghaffar, Ya Affuw, Ya Tawwab, semoga Huda sekeluarga dan
semua yang membaca doa ini diberi kesudahan yang baik, dengan iman sempurna dan
taubat yang diterima Allah dan ada tempat disyurga NYA buat kita semua. Insha
Allah. Ameen.
mugo huda n keluarga sentiasa dlm keadaan selamat sejahtera ., aminn ya robbal alaminn
ReplyDelete